CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5983|Reply: 40

'Suami Saya Tidak Koma' - Isteri Yazit (Search)

[Copy link]
Post time 3-12-2013 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)



PETALING JAYA: Isteri kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmat iaitu Ramlah Mat, berharap pihak luar tidak membuat spekulasi berhubung keadaan suaminya yang dikatakan bertarung nyawa dan berada dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Ramlah, 53, berkata, ramai yang beranggapan sebegitu selepas melihat foto Yazit yang dipasang tiub pada mulut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaliknya suaminya itu diberi ubat tidur untuk menjalani rawatan.

"Ramai yang dah silap anggap, orang kata Yazit koma, tetapi sebenarnya tidak. Doktor memberinya ubat tidur supaya dapat memasukkan tiub untuk menjalani rawatan.

"Paru-paru suami saya berair sehingga menyebabkan doktor perlu membuat rawatan menyedut air pada paru-parunya itu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Yazit yang mempunyai masalah buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSA pada pukul 3 pagi Isnin selepas mengadu sukar untuk bernafas.




Mereka sekeluarga tiba di Johor Bahru dari Kuala Lumpur pada Ahad lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Yazid.

Bagaimanapun tambah Ram, Yazit yang masih berada di ICU berada dalam keadaan stabil dan sudah sedar pada pagi Selasa.

"Alhamdulillah, dia sudah sedar dan Yazit perlu menjalani beberapa rawatan lagi. Mungkin dia akan dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini," ujarnya.

Pada 10 Ogos lalu, Yazit dipindahkan ke dua buah hospital iaitu dari HSA ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor.

Terdahulu, dia juga pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit buah pinggang.


sumber= mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2013 03:26 PM | Show all posts
gambo ni ye yang ckp koma tu

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:32 PM | Show all posts
syafakallah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:33 PM | Show all posts
tgk gaya mcm koma je. mungkin si isteri nak sedapkan hati sendiri..
semoga cpt sembuh abg yazid.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:34 PM | Show all posts
semoga sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:40 PM | Show all posts
husband sakit pun nak bergaduh ayat org tak cerdik, ayat org cerdik macam nih doakan semoga suami saya cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2013 03:48 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh uncle.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 03:52 PM | Show all posts
moga cepat sembuh ya...

beringat2 time sehat..jaga kesehatan, pemakanan dan eksais...bila dh dapat tiga serangkai tu kata orang payah..

sama2 la kita sentiasa beringat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 03:59 PM | Show all posts
semuga cepat sembuh........yg sihat tu doa2 kn la ya....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:12 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh Yazit ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:16 PM | Show all posts
moga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:17 PM | Show all posts
nak tanye...ape punca penyakit paru-paru berair ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:19 PM | Show all posts
addicted_girls posted on 3-12-2013 04:17 PM
nak tanye...ape punca penyakit paru-paru berair ni...

mandi malam
tido atas simen/takde alas

aku penah kena
seksa wooo..


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 04:22 PM | Show all posts
kesian...semoga cepat sembuh la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:03 PM | Show all posts
kira koma la tu walaupun doktor yang tidokan. atau beliau konpius koma dengan kritikal?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:28 PM | Show all posts
yup my mom pernah alami situasi ni,
mmg doctor kasi ubt untuk tido,
at same time mase tu pesakit dlm keadaan koma.
its take time nk sedar balik,
macam2 ubt kot kne cucuk,
moga2 sehat kembali la ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2013 05:39 PM | Show all posts
setankuning posted on 3-12-2013 04:19 PM
mandi malam
tido atas simen/takde alas

betul ke bab mandi malam ni.. masa arwah pakcik aku kena paru2 berair, mak cik aku penah tnya kat doktor sebab mandi malam ke? doktor tu gelak je, dia kata tu mitos orang melayu..

bila dgr gtu aku pon teruskan la aktibiti mandi malam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 05:40 PM | Show all posts
Semoga yg baik2 jek..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:28 PM | Show all posts
lepapilon posted on 3-12-2013 05:39 PM
betul ke bab mandi malam ni.. masa arwah pakcik aku kena paru2 berair, mak cik aku penah tnya kat  ...

haha mitos ke? yg bgtau aku tu doktor jugak acaner tuu..
tp nk mandi mlm bole.. cuma pakai air panas le kot..

semoga yazid cepat sembuh

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2013 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.203627 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list