CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332069|Reply: 2496

UMRAH & HAJI VOL. 14, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

[Copy link]
Post time 3-12-2013 10:49 PM | Show all posts |Read mode



Assalamualaikum kepada semua pengunjung .. terutama bakal jemaah Umrah/Haji.


Kesinambungan kepada thread I ~ XIII UMRAH & HAJI, bagi semua pencinta kota suci Makkah & Madinah. Moga pengunjung berkongsi pengalaman, ilmu, cerita, gambar, video Umrah/Haji masing2. Agar apa-apa ilmu dan coretan di thread ni menjadi panduan dan diberkati Allah SWT.
InshaAllah.

Amin.





Pautan untuk thread terdahulu :

Umrah XIII  - 100 m/s, 15.10.12 ~ 03.12.13,  2480 post

Umrah XII  - 100 m/s, 14.05.12 ~ 11.10.12, 2490 post

Umrah XI- 100 m/s, 27.01.12 ~ 13.05.12, 2478 post

Umrah X  - 100 m/s, 21.03.11 ~ 27.01.12, 2483 post

Umrah IX  - 100 m/s, 04.07.10 ~ 20.03.11, 2487 post

Umrah VIII  - 100 m/s, 02.03.10 ~ 05.07.10, 2491 post

Umrah VII  - 100 m/s, 13.10.09 ~ 08.03.10, 2476 post

Umrah VI - 101 m/s, 13.06.09 ~ 12.10.09, 2524 post

Umrah V- 135 m/s, 07.04.09 ~ 12.06.09, 3358 post

Umrah IV  - 106 m/s, 25.02.09 ~ 08.04.09, 2632 post

Umrah III  - 240 m/s, 06.07.08 ~ 25.02.09, 5993 post.

Umrah II  - 101 m/s, 07.06.08 ~ 06.07.08, 2514 post.

Umrah I  - 106 m/s, 06.09.04 ~ 07.06.08, 2634 post.


Comments

Assalamualaikum. Mohon kerjasama supaya mematuhi syarat2 membuka thread. sila letak info2 berguna di page 1 utk kemudahan forumer2 membuat rujukan. Terima kasih. Assalam  Post time 4-12-2013 02:54 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2013 11:21 PM | Show all posts
Senarai Jemputan Umrah 2013/14 - InshaAllah
(Jika ada kesilapan/perubahan, sila PM)

Bil
Jemaah
Tarikh
1
cintapdyg1
13.01.14
2
solaris
15.01.14
3
babycha
18.01.14
4
miko02
20.01.14
5
nhhmm
20.01.14
6
tia1960
23.01.14
7
ija9695
Jan 2014



8
lurve82
05.02.14
9
monorail
22.02.14



10
kimoree
Mar 2014


Last edited by transporter on 3-12-2013 11:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 07:23 AM | Show all posts
salam
visa umrah dia 2013 bila dibuka? tq pencerahan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 08:27 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua....masuk sini kne cakap sopan2...thread lain saya huha huha...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:10 AM | Show all posts
norliha posted on 4-12-2013 07:23 AM
salam
visa umrah dia 2013 bila dibuka? tq pencerahan....

Wa'alaikum salam.

TA mula boleh apply visa di kedutaan arab Saudi KL mulai hari ini (4/12) atau esok (5/12). Jemaah umrah mula masuk KSA pada 9 Disember 2013. Maklumat ini saya dapat daripada akhbar ArabNews:

"The Kingdom has plans in place to receive 6 million Umrah pilgrims this year, up from the over five million who came last season, according to Bandar Hajjar, minister of Haj.

Hajjar said the Umrah season starts at the beginning of Safar, or Dec. 9. The ministry has begun receiving Umrah visa applications through its global electronic network, which is linked directly to the Ministry of Interior, the Ministry of Foreign Affairs and other government agencies."






Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:11 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt

TK Tn Haji Transporter sbb buka thread yang baru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2013 09:32 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt

Kepada bakal-bakal Duyuf ar-Rahman, tuan/puan sangat-sangat disarankan agar mengikuti kursus umrah yang diadakan oleh TA masing-masing. Sebab ini akan memantapkan lagi pengetahuan tuan/puan mengenai ibadah umrah ini supaya tuan/puan dapat menjalani ibadah tersebut dengan tenang. lebih-lebih lagi bagi jemaah wanita sebab mereka mempunyai masalah yang khusus - iaitu takut-takut didatangi haid semasa tawaf dsb.

Dan kalau boleh usaha juga untuk hadir kursus yang dianjurkan oleh TA lain yang berdekatan. Kenapa ya?
Sebab, selain daripada mendapat tambahan ilmu yang tidak dicover oleh TA masing-masing, anda akan mendapat sudut pandangan yang berbeza daripada pembimbing umrah yang berbeza.

Bagi diri saya yang dhaif ini, sudah dua minggu saya menyibukkan diri menumpang dengar kursus yang dianjurkan oleh Andalusia Cawangan Melaka. Tetapi sebagai adat orang menumpang, pandai-pandailah membawa diri apabila mereka menghidangkan sedikit juadah (biasanya nasi lemak dan air mineral) ketika rehat. Makanan tersebut adalah diperuntukkan kepada jemaah yang mengikuti TA tersebut sahaja. So pandai-pandailah bawa bekal sendiri.



Last edited by msaadhamid on 4-12-2013 09:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 09:34 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 4-12-2013 09:11 AM
Assalamu'alaikum wbt

TK Tn Haji Transporter sbb buka thread yang baru.

Sama2.
Tunggu Haji-one lapor diri ke thread baru ni.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2013 09:39 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 4-12-2013 09:32 AM
Assalamu'alaikum wbt

Kepada bakal-bakal Duyuf ar-Rahman, tuan/puan sangat-sangat disarankan agar  ...

Sangat2 setuju.  

Umrah pertama kami, saya dan isteri pergi ceramah 8 kali.
8X baru rasa confident untuk menunaikan Umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 09:49 AM | Show all posts
transporter posted on 4-12-2013 09:39 AM
Sangat2 setuju.  

Umrah pertama kami, saya dan isteri pergi ceramah 8 kali.

Lagi satu ... kalau kita ada kemusykilan bolehlah bertanya kepada pembimbing umrah tersebut untuk mendapat feedback yang serta merta.




Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:02 AM | Show all posts
Menurut Tn Haji Mohd Arshad Ali sekarang ini, sbb musim umrah belum bermula, mudah sangat jamaah hendak mencium hajar aswad iaitu selepas solat Asar - queue sekejap sahaja.

Ya Allah permudahkanlah bakal-bakal tetamuMu melaksanakan umrah dan juga perkenankanlah permintaan mereka untuk mencium hajar aswad - batu daripada syurgaMu. Amin.


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 10:28 AM | Show all posts
norliha posted on 4-12-2013 07:23 AM
salam
visa umrah dia 2013 bila dibuka? tq pencerahan....

Waalaikumslam, kalau tak silap 8 disember ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 12:39 PM | Show all posts


Pantun Umrah
Nukilan: Mohd Saad Hamid
http://msaadhamid.blogspot.com

Lidah terkedu untuk berkata
Hati tersentuh menusuk kalbu
Sejuta rasa bermain di jiwa
Hanya Allah saja yang tahu

Lambaian Ka'abah seruan umrah
Mengimbau kalbu merimbun rindu
Terletak di tengah Kota Makkah
Beribu batu tetap ku tuju

MyVi kereta senang dipandu,
Kereta lama jangan dibuang,
Mencari masa menyulam rindu,
Semoga Allah beri peluang.

Pergi bulan berganti bulan,
Sekarang masuk bulan safar,
Pilih agen untuk perjalanan,
Nak berumrah sudah tak sabar.

Nukilan: Mohd.Saad Hamid
1 Safar 1435H / 4 Disember 2013
Lendu, Melaka. Last edited by msaadhamid on 4-12-2013 12:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 12:52 PM | Show all posts
Tahniah sudah ada rumah baru dan terima kasih Tuan Haji @transporter kerana meneruskan kesinambungan thread ni.

Calling calling untuk @haji_one masuk sini cepat he he. Tak sabar nak baca coretan Haji 2013.

Last edited by aily on 4-12-2013 12:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 01:21 PM | Show all posts
Ya Makkah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 01:27 PM | Show all posts
aily posted on 4-12-2013 12:52 PM
Tahniah sudah ada rumah baru dan terima kasih Tuan Haji @transporter kerana meneruskan kesinambungan ...

Sabar aily. Saya dah contact Haji1, dia agak sibuk, keja bertingkat-tingkat selepas balik dari tanah haram.
Nanti tengah bulan, dia masuk gempor thread ni kata dia.
Kita tunggu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2013 01:44 PM | Show all posts
transporter posted on 4-12-2013 01:27 PM
Sabar aily. Saya dah contact Haji1, dia agak sibuk, keja bertingkat-tingkat selepas balik dari tan ...

inshallah pergi 18hbDec/29Dec Andulusia



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2013 03:39 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 4-12-2013 10:02 AM
Menurut Tn Haji Mohd Arshad Ali sekarang ini, sbb musim umrah belum bermula, mudah sangat jamaah hen ...

mmg saya tgk melalui Mekah online streaming tak ramai org. jemaah berbaris, lelaki & perempuan asing2. ada masanya saya nampak jemaah wanita boleh solat betul2 depan Kaabah. sgt2 bertuah mereka.

teringat kenangan berumrah awal thn ni, bulan mac mmg dah ramai org, mmg tak ada barisan utk mengucup hajaral aswad, bersabar aja lah menunggu giliran sambil berdoa bersungguh2, ketika itu saya betul2 berada di depan pintu Kaabah, antara tempat yg mustajab utk berdoa. setelah menunggu dgn lamanya dan org yg berpusu2, akhirnya dgn tiba2 saya terus berada di depan HA, bagai mimpi rasanya, betul2 mcm magic saya sedang menatap HA, tiada org yg tolak2 saya dari belakang. terasa masa tu dunia tak wujud, rasa hening. terus saya mengucup HA 3 kali. syukur alhamdulillah sgt2, hanya dgn rahmat Allah sahaja yg mendekatkan saya ke HA, semasa pergantungan kita betul2 berharap kepada-Nya. masa tu lepas zuhur dgn keadaan cuaca yg panas lebih 40+ C & belum makan tengahari tapi terasa kepuasan dpt akhirnya mengucup HA walaupun sebelum pergi umrah byk saya baca kata tak perlu cuba sebab terlalu bertolak2 tapi semuanya mungkin, hanya perlu memohon kepada Allah agar dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 03:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2013 04:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.230464 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list