CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19118|Reply: 126

Pelakon serupa dengan johan as'ari katanyer! Sorry shilala.. ko terlambat!

[Copy link]
Post time 5-12-2013 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Baharu Dikatakan 'Kembar' Johan As'ari


Amirul tidak melihat persamaan wajahnya dengan pelakon Johan As'ari sebagai satu masalah besar.

PETALING JAYA: Pelakon baharu Amirul Ariff mengakui ramai pihak menyangka dia 'kembar' kepada Johan As'ari ekoran iras wajah mereka yang mempunyai persamaan.Amirul, 25, berkata, dia bagaimanapun tidak kisah dengan sangkaan itu kerana menganggap masyarakat mula menyedari kehadirannya di dalam industri hiburan sebagai pelakon.

"Sebelum ini ramai yang menegur dan bertanya adakah saya Johan atau mempunyai hubungan saudara dengannya dan saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.

"Mungkin ada hikmah wajah kami seakan-akan sama tambahan pula saya adalah pendatang baru dalam bidang lakonan," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Amirul, dia berharap namanya dikenali bukan kerana persamaan tersebut sahaja sebaliknya mahu diterima kerana bakat.
Amirul membuat penampilan pertamanya dalam filemKolumpo dengan memegang watak utama dalam karya yang diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma.


Dalam filem Kolumpo, Amirul yang memegang watak utama bergandingan dengan Sharifah Amani.

Dalam perkembangan sama, Amirul berkata, dia tidak menyangka diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah filem berkenaan iaitu Syed Munasar untuk memegang watak utama.Jelas Amirul, walaupun gementar namun dia menyahut cabaran tersebut yang dianggap berharga buatnya.

"Selain watak utama saya juga dapat bergandingan dengan Sharifah Amani dan beberapa pelakon hebat lain dan ia adalah pengalaman berharga," katanya.

Sementara itu, Amirul berkata, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara tidak sengaja namun dia berhasrat untuk meneruskan karier sebagai pelakon selepas ini. Sebagai pendatang baharu, dia juga telah bersedia untuk menghadapi asam garam dunia hiburan selain menerima kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.

"Bidang perfileman sebenarnya bukan asing bagi saya kerana sebelum ini saya bekerja di belakang tabir dan pernah terlibat dalam banyak projek jadi saya tidak kekok apabila berada di set.

"Menerusi peluang ini juga saya ingin membuka ruang untuk diri sendiri mencuba cabang lain dalam bidang perfileman dan lakonan adalah salah satu daripadanya," jelasnya.

Tambah bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang perfileman ini, dia tidak merancang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai focus puller kerana itu adalah minat utamanya. "Banyak perkara yang kita boleh belajar jika duduk di belakang kamera dan mana tahu pada masa hadapan saya mampu mengarahkan drama atau filem saya sendiri," katanya.

Kolumpo menemui penonton di pawagam bermula Khamis (hari ini). Ia turut dilakonkan oleh Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Farid Kamil dan Dira Abu Zahar.


Last edited by xanderz on 6-12-2013 09:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 12:20 AM | Show all posts
ok la bg la die ni kat shila tu hahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 12:22 AM | Show all posts
maxim posted on 5-12-2013 12:20 AM
ok la bg la die ni kat shila tu hahah

Kannnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada iras2..haha..ade gk muke nk same dgn si johan ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:29 AM | Show all posts
haahlaa ade iras2... hrp2 heols xde konrobersi murahan seperti irasnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat shila amzah!!! Call dibs cepattttt sebelum dikebas org! Hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
hrp dia berlakon best sbb dia budak aswara kn
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ek eleh.. aku yang akan cucuk jarum oi.. gigih nak shila di padankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
brookemcqueen posted on 5-12-2013 12:32 AM
Cepat shila amzah!!! Call dibs cepattttt sebelum dikebas org! Hahahaha

Aku yang akan kebas. ada masalah..? oh abangku nak lolipop.kah.kah.kah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah...
Klau mommy jd sheila..mmg nanges lah aku..
Asyik jadi bhn jer skrg...
Gambr yg first tu cam xler sm sgt....
Yg kedua tu adalh skit
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:39 AM | Show all posts
Cara kemut muka tu seirasss
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
shaykays posted on 5-12-2013 01:39 AM
Cara kemut muka tu seirasss

Wow kemut kemut.. i like..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawaklah korg ni...
Sakit perut mommy gelak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 02:43 AM | Show all posts
Ensem sket dr johan playboy tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 03:11 AM | Show all posts
Laaa..ingatkan johan yg blakon dlm citer ni..trus cop x best. Seb baik bukan johan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 03:29 AM | Show all posts
ye la sejibik muka Johan....to shanaaz x yah susah2  nak memikirkan shila lagi..sheols bakal dpt penganti Johan...aku x suka kalo shanaaz kembali pd shila..x suka cara nd lala malukan shanaaz depan media...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 08:02 AM | Show all posts

uihhh ensem dia ni dr johan..


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 08:10 AM | Show all posts
Johan lg ensem lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 08:17 AM | Show all posts
mmg samer... sbb ku igt johan as'ari yg belakon citer kolumpur tu.... hoho... sejibik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 08:24 AM | Show all posts
gilaaaaa samaa

haruslah shilalat follow ig dia cepat2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070642 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list