CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afiffms

VIDEO Erma Fatima Bayar Saman Rebecca Nur Islam RM11,200 Dgn Duit Syiling 5 sen

 Close [Copy link]
Post time 5-12-2013 10:42 AM | Show all posts

Erma Fatima bayar hutang guna syiling 5 sen

Erma Fatima bayar hutang guna syiling 5 senBy Hafidah Samat | Yahoo Newsroom – 17 hours ago



                                               

Erma Fatima


PENGARAH filem-drama dan penerbit terkenal Erma Fatima kini dapat menarik nafas lega kerana hutangnya sudah langsai dibayar.

Hutang yang dimaksudkan membabitkan pelakon Rabecca Nur Islam yang merupakan wang tuntutan samannya terhadap produksi milik Erma, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd selepas pengarah itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama ‘Dejavu di Kinabalu’ tahun lalu.

Wang saman sejumlah RM11,200 itu dibayar Erma dalam bentuk wang syiling 5 sen. Erma turut menyertakan senaskhah Al-Quran untuk Rabecca. Wang dan Al-Quran itu dihantar oleh peguam Erma serta beberapa orang pembantu ke pejabat peguam Rabecca pada Selasa.

“Saya menyedari tindakan ini mungkin akan menyebabkan Rabecca menolak wang itu. Sejujurnya, saya tiada niat langsung untuk menghina Rabecca dengan tindakan tersebut. Dan saya rasa tidak perlu dia mempertikaikan niat saya menghantar Al-Quran tersebut yang saya anggap menjadi saksi dalam menentukan siapa berada pada pihak yang benar,” kata Erma.


“Bagi saya, kita boleh melaungkan pada satu dunia tentang siapa sebenarnya berada pada pihak yang betul. Persoalannya, adakah duit itu hak seseorang itu atau tidak?” tambah Erma yang baru merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama melalui filem ‘Aku Bukan Malaikat’ di Anugerah Skrin 2013.

Pada Al-Quran itu Erma ada menulis sekeping nota ditujukan pada Rabecca. Nota itu berbunyi: “Rabecca, kita boleh berbohong kepada dunia, tapi kita tak boleh berbohong pada diri kita dan Allah. Andai duit ini benar-benar duit awak maka halallah ia. Jika ia bukan hak awak, maka saya tidak akan halallkan dunia dan akhirat. Selamat meraikan kemenangan.”

Erma Fatima
Apabila ditanya samada dia kesal dengan apa yang berlaku, Erma berkata tindakan Rabecca untuk ke memperbesarkan hal itu ‘memalukan’.

“Kenapa perlu ke mahkamah? Bukannya dia tidak mengenali saya. Perkara kecil ini boleh dibawa berbincang dengan saya,” katanya.

Erma mengakui kealpaanya kerana tidak mengambil prosedur betul  ketika menamatkan kontrak Rabecca dari produksi drama itu apabila gagal menghantar notis pemberitahuan bertulis kepada pelakon itu.

“Dalam kontrak memang ada tertulis bahawa produser berhak menghentikan kontrak seseorang pelakon dalam produksi itu. Apabila masalah mula timbul, saya terpaksa melakukan perkara yang betul dengan ‘mematikan’ watak Rabecca,” kata Erma.

“Dan saya mengaku itu kesalahan saya,” jawabnya ringkas.

Memetik daripada laporan mStar, Rabecca memberitahu tindakan pengarah itu dilihat seperti tidak berpuas hati selepas pihak peguam Erma bersama beberapa orang pembantu menyerahkan wang berkenaan dalam beberapa bungkusan berserta Al-Quran di pejabat peguamnya.

Sejurus selepas mendapat wang tuntutannya, Rabecca membuat keputusan memulangkannya dan turut meminta Erma untuk ‘membayar dengan cara berhemah’.

Dan apa kata Erma?

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan jadi saya akan membayar menggunakan nota RM1 pada Rabecca,” kata Erma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 10:43 AM | Show all posts
mcm nak tiru samsung aje...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:45 AM | Show all posts
tukarla duit rupiah bagi kt dia ..bole jadi juta rupiah... penuh kete tu nk muat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:46 AM | Show all posts
sebijik mcm citer the confession of shopaholic  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:46 AM | Show all posts
sajer bakor line laa tu..kasik panas lg...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:48 AM | Show all posts
dua-dua pun bimbo..dah namanya retis..attention seeker..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2013 10:49 AM | Show all posts
rebecca nur islam...very islamic gitu..

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:49 AM | Show all posts
dah salah byr je laaaa..gigih bebeno nak sakitkan hati org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 10:50 AM | Show all posts
Tak silap kalau duit syilling kalau lebih dari certain amount (tah RM2 kot) penerima ada hak menolak.  Tak pasal2 kena ambik balik, tukar balik, dah jadi satu kerja... masa nak cari 5 sen banyak tu pun aku rasa kena spend duit gak.. tindakan yang kurang bijak dari Erma Fatimah.. menyusahkan diri sendiri.. malah Rebecca pong melonjak2 kegembiraan pasal dah menang 11K, pastu dapat tambah menyusahkan Erma..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:50 AM | Show all posts
ifanonline posted on 5-12-2013 10:49 AM
rebecca nur islam...very islamic gitu..

andartu pojaan ifan juga kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:53 AM | Show all posts
rikiruj posted on 5-12-2013 10:50 AM
Tak silap kalau duit syilling kalau lebih dari certain amount (tah RM2 kot) penerima ada hak menolak ...

dalam undang2 malaysia, penerima berhak menolak apabila pemberi membeli barangan atau perkhidmatan...in this case, erma bayar saman...so cik rebecca kena terima jugak...because it constitutes paying a fine...not buying a service or items...so in this case, rebecca sakit aje lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:54 AM | Show all posts
jonlabu posted on 5-12-2013 10:50 AM
andartu pojaan ifan juga kah?

belum andartu lagi rasanya...



Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:55 AM | Show all posts
ifanonline posted on 5-12-2013 10:54 AM
belum andartu lagi rasanya...

ya ampunnnn itu spentot terlorot kah apa kah???
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:55 AM | Show all posts
Duit jugak tu kan....

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:57 AM | Show all posts
jonlabu posted on 5-12-2013 10:55 AM
ya ampunnnn itu spentot terlorot kah apa kah???

that is nur islam for u..cahaya keislaman...versi rebecca...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 10:57 AM | Show all posts
Dah salah teknikal drpd pihak sendiri, terima jela keputusan mhkamah. Apela suka cari masalah sgt. Masing2 poyo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Both attention seeker!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:01 AM | Show all posts
ifanonline posted on 5-12-2013 10:57 AM
that is nur islam for u..cahaya keislaman...versi rebecca...

bimbo sundet berspender terlorot itu siapakah? loyar? majistret? wa tadak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:02 AM | Show all posts
awat la andartu nixar ni pindah ke bod gossip...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:03 AM | Show all posts
"lu bikin gua susah .. wa bikin lu susah .. haahahah . hadap ler 5sen tu ...
" .. agaknya itu ler fikiran beliyauu ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069104 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list