CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6154|Reply: 0

TIP CANTIK UNTUK WANITA 40-AN

[Copy link]
Post time 5-12-2013 03:54 PM | Show all posts |Read mode


Apabila usia menginjak 40-an, anda mungkin mula perasan lebih banyak kedutan dan garis halus sekeliling mata, mulut dan dahi. Malah wajah mula kelihatan kusam.

Namun jika anda mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik, anda boleh menyerlahkan penampilan wajah dan mengurangkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Ikuti panduan ini.

Kurangkan Mengguna Alat Solek


Apabila wanita mencecah usia 40, mereka cenderung bersolek tebal bagi menutup tanda-tanda penuaan dan menjadikan
kulit mereka kelihatan lebih berseri. Namun ini memudaratkan kulit. Bedak asas tebal dan solekan berlebihan membuatkan kedutan dan garis halus makin jelas.

Tambahan pula, kimia dalam bedak padat yang kasar boleh menghasilkan penampilan yang bertompok dan pengilatan yang ada dalam produk ini mungkin menyerap ke dalam kulit dan tambah menjejaskan tisu dalaman.

Sebaliknya, gunakan produk penjagaan kulit jenis krim dan menghidrat yang tidak menjelaskan garis usia tetapi menjadikan kulit nampak licin dan lembut. Dapatkan alat solek yang mengandungi bahan seperti petrolatum dan glycerin.

Gunakan Produk Antipenuaan

Sudah tiba masanya mula menggunakan produk penjagaan kulit berumusan anti penuaan. Produk penjagaan kulit ini mengandungi bahan istimewa yang membantu melegakan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan.

Pastikan produk itu mengandungi bahan seperti alpha hydroxy dan retinoids. Dua bahan ini bukan sahaja merangsang penghasilan kolagen di dalam sel kulit tetap juga membantu memudarkan kemunculan kedut dan garis halus.

Nilai semula jenis kulit anda Semakin kita meningkat usia, kulit akan kehilangan kolagen dan fiber keanjalan. Disebabkan itu, kulit cenderung menjadi kering dan kendur.

Walaupun anda berkulit normal sepanjang usia, anda akan mula perasan kulit menjadi kering apabila meningkat usia. Ini adalah tanda anda perlu menukar produk penjagaan kulit dan gunakan yang khusus untuk kulit kering.

Tingkatkan Rutin Penjagaan Kulit Anda

Sehingga kini, anda mungkin mengamalkan rutin penjagaan kulit, pembersihan, mengelupasan dan pelembapan yang memberi kesan yang baik.

Namun, apabila anda memasuki usia 40-an, anda perlu menilai semula kulit anda dan meningkatkan rutin penjagaan kulit untuk sesuaikan dengan perubahan keperluan.

Pada usia 40-an anda akan mula melihat hasil penjagaan kulit anda selama ini, daripada sinilah anda menentukan penjagaan kulit tambahan yang diperlukan. Jika anda sentiasa menggunakan tabir suria dan mengamalkan penjagaan pencegahan, bermakna kulit anda mungkin tidak menunjukkan perubahan yang banyak.

Namun, jika anda mengabaikan penjagaan kulit selama ini, anda akan lihat kedutan dan garis halus menjadi lebih jelas apabila anda memasuki usia 40-an.


Rawat Jerawat

Jerawat adalah masalah kulit biasa ketika usia 40-an kerana naik turun hormon yang dilalui tubuh. Jerawat pada usia ini adalah masalah kulit yang serius.

Jadi anda perlu menggunakan produk penjagaan kulit khusus bagi mengenal pasti punca pertumbuhan jerawat dan merawatnya daripada akar umbi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.132793 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list