CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4693|Reply: 23

Sharnaaz Persiap Diri Jadi Pelumba Motosikal Profesional

[Copy link]
Post time 5-12-2013 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Dek kerana sudah tidak tahan lagi untuk berdepan dengan pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan dirinya sejak dari mula bergelar anak seni sehinggalah saat ini, justeru pelakon kesayangan ramai produser, Sharnaaz Ahmad mengambil keputusa untuk mengudur diri dari dunia hiburan tanah air. Atau dalam erti kata lain, bersara dalam masa terdekat ini.
Namun Sharnaaz yang ditemui minggu lalu berkata, keputusan mahu bersara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana dia baru sedar yang dia punya beberapa lagi projek besar yang harus dilaksanakan dahulu sebelum dia betul-betul 'cuci tangan' dari dunia lakonan.
"Ikutkan hati memang saya nak bersara cepat. Tapi ada beberapa projek yang perlu saya laksanakan dulu. Antaranya, satu projek drama dengan pihak produksi dari Singapura. Memang, saya sayang kerjaya lakonan ini. Ini adalah passion saya. Tapi saya sudah tidak mampu lagi berdepan dengan lepas satu, satu kontroversi dan fitnah itu dan ini. Kalau dalam setahun saya boleh tahan lagi. Tapi sampai satu tahap apabila ibu bapa dan keluarga saya dikaitkan sama dengan kontroversi saya, saya betul-betul tak boleh tahan", tegasnya ketika ditemui baru-baru ini.
Sebaik saja angkat kaki daripada bidang yang menjadi sumber rezekinya sejak lima tahun ini, Sharnaaz berkata dia bakal kembali kepada kerjaya lamanya, iaitu dalam bidang hartanah. Malahan lebih mengujakan anak kelahiran Pulau Pinang ini, dia mahu merealisasikan cita-cita yang lama dipendam, sebagai pelumba motosikal profesional.
"Dah lama dah saya minat sukan lumba motosikal. Sekarang ni saya dah mula menjalani latihan sebagai pelumba motosikal profesional. Sekarang ni saya dah mula menjalani latihan di litar Sepang. Setakat ni saya dah belajar jatuh", katanya sambil sempat lagi bergurau.
Jebat Dalam Diri
Ketika ini Sharnaaz sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC). Drama 60 episod terbitan Pena Creative Sdn Bhd itu menggandingkannya dengan Nelydia Senrose.
Memengang watak sebagai Jebat, kata Sharnaaz dia menerima tawaran malah teruja mahu menjayakan drama adaptasi dari novel yang sama judulnya ini kerana karakter Jebat ada banyak persamaan dengan dirinya.
"Satu penghormatan bagi saya bila diberi kepercayaan menghidupkan watak Jebat. Karakter jebat itu sendiri sangat dekat dengan saya. Bila saya baca skripnya, perjalanan ceritanya seperti ada kaitan dengan diri saya. Tapi drama ni bukan lah betul-betul kisah tentang saya.
"Untuk drama ni saya dengan rela hati botakkan kepala, saya naikkan berat badan saya. Setiap hari sebelum pegi set, saya ke gym dulu", katanya.
Dalam masa sama Sharnaaz mengagumi lakonan pasangannya, Nelydia Senrose. Pertama kali bergadingan, Sharnaaz menyifatkan Nelydia seorang pelakon yang bagus dan mudah untuk mereka mendapatkan keserasian.
"Nely bagus. Dia punya lakonan memang diluar jangkaan saya. Sebagai contoh, bila dia pengang saya, saya boleh 'rasa'", ujarnya.
BKATC arahan Jamal Khan menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan Jebat, seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina berubah dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan.
Tidak pernah terlitas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Namun segalanya berubah apabil dia bertemu dengan Mastura jatuh hati padanya. Tetapi mampukah dia membalas cinta Mastura?
Selain Sharnaaz dan Nelydia, drama 60 episod ini turut dijayakan barisan pelakon termasuklah Iqram Dinzly, Dato' Jalaludin Hassan, Lisdawati, Adeline Tse, Tony Uesoff dan ramai lagi. BKATC akan ditayangkan setiap Isin hingga Rabu mulai 9 Disember 2013, secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134).

http://www.malaysiandigest.com/h ... al-profesional.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement nak minta bakal dilahar si gayah coverina ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesitu pulak perginya....! Elok2 bawak motor tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:09 PM | Show all posts
semoga berjaya la ye ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 11:45 PM | Show all posts
ada je benda dia nih..ok lah utk maintain keluar di media kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:07 AM | Show all posts
Baik2..jgn sampai tercedera teruk sudah..semoga berjaya x kisah la bidang apapon ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2013 12:58 AM | Show all posts
xyah la nak puji2 si nelly.. kang si qi tu meroyan plak semula..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 10:28 AM | Show all posts
gud luck shanazzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 12:01 PM | Show all posts
ok lah tuh, gaya ada tu nk jd plumba motosikal pro..... Last edited by miss_manja on 6-12-2013 12:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:22 PM | Show all posts
pena creative tu under zeila jalil kan?
hope citer ni best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:25 PM | Show all posts
gayah sungguh le mamat ni nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:41 PM | Show all posts
sukati ko la shahnaz..aku rasa ko ni dah masuk zaman kejatuhan dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia pegang, saya dpt rasa.

Kang ngamok pulakkk brader seketol tuuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa? Rasa apa shanazz oi?
Ni mmg statement bg p cik q mengamuk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 12:56 PM | Show all posts
pls jgn benti, nanti da takley tgk muka handsome you shanaz!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 01:48 PM | Show all posts
bila dipegang dia boleh rasa? erkk.. marahler si qi plak kang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2013 02:29 PM | Show all posts
hati2 merempit abam..jgn sampai mati katak..hukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:39 PM | Show all posts
Bukan ke dh tua nk jd plumba..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 02:56 PM | Show all posts
sharnaaz ni kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 03:40 PM | Show all posts
Sama je dgn shilalas - 2-2 attention seeker. Agaknya derang ni sunyi n slg merindu kot.. tu yg buat apa sume mcm x kena... Wahai nd lala bg le balik anak awak couple dgn nanaz ni.. Kesian laks tgk derang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.381240 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list