CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5037|Reply: 18

[Jenayah] Tiga Beradik Malang Jadi Mangsa Pemuas Nafsu

[Copy link]
Post time 9-12-2013 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Tiga Beradik Malang Jadi Mangsa Pemuas Nafsu


Menyingkap kembali satu peristiwa yang jarang berlaku di negeri yang tidak berkebajikan ini untuk diambil iktibar kepada semua.


Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.



"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum.

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.



Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.



Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.



Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.



Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.



Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?





"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.



Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.





"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?





Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.



Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.




Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

Apapun catatan saya di atas hanya sekadar 10% daripada liputan bakal saya sajikan kepada penonton setia program 999.

Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota menjayakan misi kali ini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 10:14 AM | Show all posts
"Mangsa" konon
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:15 AM | Show all posts
Ni berita blog Mazidul Akmal tahun 2010  
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:23 AM | Show all posts
astro ke??cite lama la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:24 AM | Show all posts
kdg2 sedih baca perjalanan hidup org2 macam ni..
knpa boleh jadi mcam ni...
smoga mreka mendapat hidayah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjang nya crita cam drama swasta lak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2013 12:04 PM | Show all posts
Ada seorang Taliban Tua dari negri ini dulu cakap kalau Nabi Muhammad datang dia tentu gumbira kerana negri ini ditadbir secara Isle.......

Tak tahu mana Taliban Tua tu pergi sekarang......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:09 PM | Show all posts
ummah serambi mekoh yg berugama sunni wal jamaah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 12:24 PM | Show all posts
MAsyallah apa nak jadi dengan manusia ni.Dengan budak pon boleh jadi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:25 PM | Show all posts
Orang kat sana memang biasa perkara nih........

Wallahualam..... Last edited by Maideen. on 9-12-2013 12:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:30 PM | Show all posts
laaa cite lama ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:31 PM | Show all posts
ni mesti dari blog mazidul
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:33 PM | Show all posts
suka la ko mazidol tengkok ko macam tenok...bangga ko dapat higlite citer kedaifan/keaiban orang lain mcm keluarga tu..

kalau betul ko perihatin..baik ko tolong anak2 tu direfer ke pusat kebajikan dan dapatkan bantuan sewajarnya..back off la siall
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 01:10 PM | Show all posts
Sebenernya ramai juga spesis mereka ini datang ketempat Maideen untuk cari makan bersama sama pendatang lain seperti dari Bangladesh, Indonesia, Nepal, Vietnam dan Burma. Malah ada juga yang berjaya...


Last edited by Maideen. on 9-12-2013 01:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam kisah yg dipaparkan dalam drama semasa jer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:13 PM | Show all posts
Diharap kerajaan dapat membantu spesis malang ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 04:17 PM | Show all posts
1001 mcm cerita ada..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:36 PM | Show all posts
nak kenen la tu
cehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 04:50 PM | Show all posts
Inilah realiti kehidupan.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051707 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list