CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25270|Reply: 210

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
Post time 11-12-2013 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Salam.

Momey kembali lagi! hikhik..
Ada citer baru nak luah ni. Tajuknya ' Bisikan Cinta'. Cerita yang hanya rekaan semata-mata. Cerpen pendek! Tapi tak la pendek mana..panjang cikit je!
Hanya suka-suka untuk tatapan pembaca yang disayangi.
selamat membaca dan harap enjoy!
Seperti biasa, kutukan dan kritikan membina amat2 dipersilakan!

Last edited by momey on 5-2-2014 02:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2013 09:27 AM | Show all posts
Hasya Alya membetulkan tudung yang dipakainya. Tersenyum sendirian sambil memandang cermin yang memenuhi segenap ruang di bilik air pejabatnya itu. Kemudian matanya liar memandang jam tangan di pergelangan kiri.

“Alamak! Dah kul 8.30 la..Tu la kau, Hasya. Berangan je keje ko ye!” Hasya memasukkan lipstiknya di dalam handbeg lalu bergegas keluar dari bilik air itu.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, Hasya dengan tidak sengaja telah bertembung dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Tinggi, putih dan kemas penampilan rambutnya.

“Adoi!” Hasya menggosok dahinya yang terkena bahu kiri lelaki itu.

“Ops! Sorry..”

Hasya memandang lelaki itu.

“Sorry.. Tak Nampak ke orang kuar bilik air?!” cebik Hasya hanya di dalam hati.

Tajam Hasya memandang lelaki itu lalu terus beredar ke lif.

“Dia yang kalut keluar tak pandang orang lalu lalang, nak marahkan kita plak..” bisik hati Yusuf, pekerja baru di situ lalu terus beredar dari situ sambil tersenyum memandang Hasya.


                                                                 **********


Hasya membuka laci sisi lalu menyimpan handbegnya. Dicapainya handphone diatas meja lalu mula menaip mesej.

[ hai syg.. u dah mkn kew? ]

Mesej itu terus di’send’ kepada Saif, teman lelakinya itu.

Pap!!! Mejanya diketuk kuat. Punggung Hasya sedikit terangkat! Terkejut!

“Dah la masuk lambat! Sempat main mesej lagi erk? Masuk bilik saya!” jerit Puan Clarissa selaku Timbalan Pengarah di Unit itu.

Cebik Hasya sambil memandang Puan Clarissa masuk ke dalam bilik yang bertingkap hitam itu.

“Kan dah kene..hikhik” tegur Raudhah sambil menunjal kepala Hasya.

“Diam lah ko!” Hasya mengambil buku nota lalu berjalan masuk ke dalam bilik Puan Clarissa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 09:36 AM | Show all posts
Saif terjaga dari tidurnya. Kedua-dua matanya digosok sambil memandang jam di dinding. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Muncul Datin Jane, ibu tiri Saif lalu berjalan dan duduk diatas katil sebelah Saif.

“Mesti tak solat Subuh pagi tadi kan?”

“Leceh la mak cik ni..”

“Saif! I’m your mother. Please call me mama..”

Saif menepis selimutnya lalu bangun mencapai tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik air.

Mata Datin Jane sedikit berkaca. Hampir setahun dia menjadi ibu tiri Saif. Sehingga sekarang Saif masih belum dapat menerimanya sebagai salah seorang ahli keluarga itu.


                                                                       **********


Hasya dan Puan Clarissa bertentangan mata.

“Sampai bila awak nak macam ni, Hasya? Datang lambat.. Dah la datang lambat, boleh main mesej lagi! Kertas kerja untuk bentang hari Jumaat ni dah siap?”

Hasya menggelengkan kepalanya.

“See? Adoi laaa.. Boleh bangkrup syarikat kita ni Hasya!”

Hasya hanya diam.

“Saya potong gaji awak bulan ni.”

“Ha? Tapi puan..”

“No more tapi-tapi lagi. Saya dah fed-up!”

Hasya mengeluh.

“Now pergi sambung buat keje.”

“Puan tak boleh pertimbangkan lagi ke keputusan puan tu..”

“No! Please.. tolong keluar.”

Hasya menundukkan mukanya. Kemudian dia mencapai buku notanya dan dengan lemah dia keluar dari bilik itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 09:46 AM | Show all posts
Saif menuruni anak tangga satu persatu. Kemudian dia berjalan menuju ke meja makan. Nasi lemak kegemarannya telah terhidang. Dia pantas dia menarik kerusi lalu duduk.

“Baru bangun?” tegur Dato Jamaludin lalu duduk di sisi anak tunggalnya itu.

“Papa nak ape?” tanya Saif yang sudah terbantut seleranya itu.

“Dah sebulan tau Saif menganggur. Keje kat pejabat banyak yang Saif perlu settle!”

“Saif tak cakap pun nak keje ngan papa kan?”

“Habis dengan siapa papa nak harapkan kalau bukan anak papa ni?”

Saif terus bangun.

“Nak ke mana tu? Nape tak makan ni?”

“Dah hilang selera!”

Saif terus mencapai kunci kereta wolkwagen passatnya dan terus keluar dari rumah itu. Datin Jane mendapatkan suaminya.

“Sabar ye, abang..”

“Abang dah tak tahu nak cakap ape dah..”

Dato Jamaludin menggelengkan kepalanya.


                                                                        **********


Saif mengambil handphonenya lalu menghubungi Jasir. Panggilannya dijawab.

“Bro, kau kat ne?”

“Kat umah r.. nape?”

“Aku singgah sana jap!”

“Ok je..datang la.”

Panggilan dimatikan. Saif memang anak yang degil. Menjadi-jadi degilnya setelah kematian ibu kesayangannya. Saif anak yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua-dua orang tuanya itu baru sahaja tamat belajar di New Castle. Dia bercadang mahu berehat sepuasnya dan hanya fikir mahu enjoy sana sini dengan kawan-kawan. Langsung tidak fikir tentang syarikat ayahnya itu.
Last edited by momey on 11-12-2013 10:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 10:06 AM | Show all posts
Hasya termenung. Fikirannya kosong!

“Sya..kau ok ke?” tegur Raudhah lembut.

“AKu kena potong gaji r!”

“Ha?”

“Apa aku nak jawab dekat bapak aku tu? Mati lah aku..”

“Saif kan ade. Minta la tolong dia..”

“Betol gak kan? Hikhik lupa plak aku.” Hasya terus mencapai handphonenya di atas meja.

Kosong! Mesejnya tidak berbalas.

“Kenapa tak balas ni?” bisik hati Hasya.


                                                                        **********


Setibanya Saif di hadapan pintu rumah kondo milik Jasir, dia terus menekan punat loceng elektrik itu. Pintu dibuka. Muncul wajah Jasir dan seorang wanita berumur di dalam lingkungan 40-an.

“I balik dulu ya. Thanks for everything, dear..”

“Most welcome..”

Wanita itu mengucup pipi Jasir. Wanita itu sempat berbalas senyuman dengan Jasir sebelum beredar keluar dari kondo itu. Saif memandang Jasir.

“What the joke, Jasir..”

“Hahahah masuk dulu , bro!” Jasir mempelawa Saif masuk ke dalam kondonya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 10:10 AM | Show all posts
Puan Clarissa menerima panggilan daripada Dato Jamaludin.

“Yes, Dato..”

“Macam mana keadaan ofis sepanjang seminggu ni saya tiada di sana?”

“Ok, Dato. Tak de masalah yang tak dapat diselesaikan.”

“Good!”

“Tapi Dato..”

“Kenapa?”

“Ramai bertanyakan saya bila Dato nak masuk ofis semula. Saya pun tak tahu macam mana nak jawab.”

“Insyaallah dalam masa yang terdekat saya akan ke sana. Dan mungkin saya datang bersama anak tunggal saya.”

“That’s mean..anak Dato yang akan menggantikan tempat Dato ke?”

“Keputusan itu nanti saya akan umum bila mesyuarat akan datang.”

“Ok, Dato..”

Raudhah yang kebetulan lalu di hadapan bilik Puan Clarissa yang pintu biliknya tidak tertutup rapat itu telah mencuri dengar perbualan tersebut.


                                                                         **********


Saif merebahkan punggungnya di atas sofa buatan itali itu. Jasir menuangkan beer ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Saif. Saif yang sudah biasa dengan air kencing ‘setan’ itu dengan sekali teguk menghirupnya.

“Dengan mak cik macam tu pun kau berselera erk? Geli wei!”

“Hahaha.. janji masyuk bro!” Jasir menghulurkan sebatang rokok pada Saif lalu disambut dengan baik.

Tiba-tiba handphone Saif berdering. Tertera nama ‘ Hasya Alya’ di skrin. Dia tidak menjawab panggilan itu.

“Apehal tak jawab?” Jasir menghembuskan asap rokok ke atas.

“Perempuan ni bosan la, bro!”

“Bosan sebab tak boleh ajak ‘main’ gitu?”

“Hahahaha..”

“Kan?”

“Ko pergi la siap cepat. Lepak kat luar jom!”

“Jom lepak dengan aku dalam bilik dulu..” Baru sahaja Jasir memaut lengan Saif, dengan pantas Saif menepisnya.

“Oiitt!! Aku dah tak buat keje tu dah erk..”

“Really?”

“Dah..dah. Pergi siap.” Saif terus bangun dan berjalan keluar dari kondo itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2013 10:40 AM | Show all posts
Pada waktu tengah hari, seperti biasa Hasya akan keluar berjalan ke seberang hadapan pejabatnya untuk membeli nasi bungkus. Dipandangnya dua,tiga kali ke arah kiri kanannya sebelum melintas.

Sebaik sahaja dia sampai di kedai makan tersebut, dia terus beratur menunggu giliran mengambil lauk pauk. Tuang punya tuang kuah ke dalam plastik kecil, tiba-tiba orang yang berdiri di hadapannya itu telah mengundur dan menyebabkan kuah itu terpercik kena baju Hasya.

“Ya Allah…” Hasya mengeluh.

Lelaki yang berdiri di hadapannya itu terus menoleh ke belakang.

“Ha? Awak lagi? Awak ni memang bawa bala pada saya tau!” jerit Hasya hanya dalam hati.

Hasya mendengus. Dengan perasaan marah dia terus ke kaunter dan membayar untuk nasi yang hanya sempat berlaukkan sayur sahaja.

“Cik! Cik!” jerit Yusuf yang sedar akan kesalahannya itu.

Selepas bayar, Hasya terus melintas jalan dan masuk ke pejabat. Yusuf tidak sempat mengejar Hasya.


                                                                   **********


Hasya mengesat airmatanya. Raudhah yang baru sahaja keluar dari pantry itu terperasan akan Hasya yang bersendirian di tempat duduknya.

“Nape kau nangis ni, Sya?” Raudhah cuba menenangkan perasaan Hasya.
Hasya menggelengkan kepalanya.

“Baik kau cerita kat aku..”

Hasya memandang Raudhah. Mereka berdua bertentangan mata.

“Saif tak balas mesej aku..”

“Ha? Itu je?”

“Ada satu lagi..”

“Ape?”

“Dah dua kali mamat mana ntah langgar aku. Memang bawa bala betul la mamat tu!”

“Eh, baju kau kotor laa..”

“Sebab mamat bala tu la!”

“Kau panggil dia mamat bala? India erk?”

“Melayu!”

“Hahaha..Dah! Pergi basuh dulu kotoran tu.”

“Raudhah..nape Saif tak jawab mesej aku, call aku pun tak..”

“Nanti kita pikirkan sama-sama. Pergi basuh kotoran tu dulu.”

Hasya bangun lalu berjalan ke tandas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 10:42 AM | Show all posts
Sesekali Jasir memandang Saif yang sedang memandu itu. Kemudian dia tersenyum sendirian.

“Kau ni dah kenapa?” Saif kurang senang dengan perilaku Jasir itu

“Untungla jadi anak orang kaya kan?”

“Untung la sangat!”

“Yelah, leh lepak sana..leh lepak sini! Keje tak yah buat tapi berkepok je duit dalam saku tu! Jeles aku, bro.”

“Nak jeles mende? Kita sama je..”

“Saif!”

“Ape?!”

“Kita buat bisness sama-sama nak?”

“Bisness ape?”

“Jual orang la! Masyuk wei..”

“Tak nak la aku.”

“Tu! Hasya tu.. Kalau kau gunakan dia, makan tak habis kot! Hahaha”

“Kalau kau nak jadi setan, jadi setan sorang-sorang. Aku tak nak join!”

“Amboi, kasar nampak! Kata bosan dengan dia..”

Saif diam.


                                                                          **********


Hasya sekali lagi cuba menghubungi Saif. Tetap sama! Panggilannya tidak dijawab. Hasya memandang Raudhah.

“Dah la tu. Dia busy kot..”

“AKu rasa dia dah ada orang lain la.”

“Aipp! Tak mo cakap macam tu.”

Hasya cuba menahan airmatanya dari mengalir keluar.

“Sya, aku ada benda nak bagi tau kau ni.”

“Ape?”

“Tadi aku ade tercuri dengar perbualan Puan Clarissa.”

“Kenapa? Dia nak pecat aku ke?”

“Bukanlah! Dengar apa aku nak cakap ni!”

Raudhah mendekatkan mulutnya ke telinga kanan Hasya.

“Kemungkinan tempat Dato nanti akan dipangku oleh anak tunggal dia tu!”

“Saif?!”

“Shhhhh..”

“Yeke?”

“Ye! Itu lah yang aku dengar. Waaaa untung lah kau erk?”

“Untung? Untung apenye?”

“Yelah, boyfriend pengurus besar kot!”

“Tak de makna! Kau tengok lah sekarang ni pun. Call tak jawab, mesej tak balas. Lagipun, mak ayah dia bukan kenal aku. Silap haribulan dia orang dah ada jodoh untuk Saif.”

“Belum kenal? Tak silap aku, kau dengan Saif tu bukan dah 5 tahun berkawan ke?”

“Memang dah 5 tahun tapi secara sembunyi.”

“Ish, tak fahamlah aku.”

“Saif cakap dia belum bersedia bawa aku jumpa family dia.”

“Kenapa pula?”

“Ntahlah. Tapi Raudhah, aku dah betul-betul cintakan dia..”

Raudhah diam. Mereka saling berpandangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2013 11:07 AM | Show all posts
Saif dan Jasir masuk ke dalam sebuah kelab karaoke. Orang lain pergi sembahyang Jumaat, mereka berdua enjoy tak ingat akhirat! Handphone Saif yang sengaja di’vibrate’ kan itu masih lagi masuk mesej. Saif membaca mesej dari Hasya.

               [U kat mane, Saif? Kenapa tak reply mesej I? I call pun U tak jawab. Kenapa ni?]

Saif berjalan keluar dari kelab itu. Dengan segera, dia terus menghubungi Hasya.


                                                                       **********

Hasya gembira bukan kepalang apabila melihat nama Saif di skrin handphonenya. Dengan pantas dia menjawab panggilan tersebut.

“Hai sayang..”

“U ni dah kenape? Tak de keje lain ke? Mesej call, mesej call!”

“Saif..”

“I busy!” Saif terus mematikan talian telefon.

Hasya terdiam. Tanpa disengajakan, airmata mula membasahi pipinya. Hasya anak yatim yang kematian ibunya semasa melahirkan adik lelakinya. Adiknya itu juga meninggal kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Hasya sekarang hanya bergantung kasih sayang dengan ayahnya di kampung. Itupun ayahnya bukan seorang bapa contoh kerana ayahnya seorang kaki judi!

Bukan itu sahaja, ayahnya kerap minta Hasya bank in kan duit setiap kali dia ketagih main judi. Jika Hasya degil, ayahnya itu mengugut akan mengganggu Hasya di tempat kerja!
Hasya berjalan pantas lalu masuk ke dalam tandas. Pili air dibuka dan dibiarkan air mengalir memenuhi singki. Dia menangis! Wajah yang bujur sirih dan bertahi lalat di bawah bibir kanannya itu di tatap.

“Hasya rindukan mak..” bisik hati Hasya ketika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 11:08 AM | Show all posts
Saif masuk semula ke dalam kelab itu. Dia berjalan ke arah Jasir lalu terus duduk bersebelahannya.

“Kenapa masam je ni?”

“Tak ada apa-apa la..”

“Bro, aku ngan geng aku plan nak gi Thailand. Kau nak join tak?”

“Buat apa? Bila”

“Esok la..Esok Sabtu kan? Alaaa..lepak-lepak ler,bro! Masing-masing bawa awek sendiri. Yang tak ada awek tu, cari sana la! Hahaha”

“Yeke?”

“Jom la join skali. Kau bawa Hasya tu. Mana lah tahu kat sana kau boleh ragut ‘cinta’ dia keeee…hihi”
Saif diam. Jasir seolah memberi dia idea baru.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
masihh gunakan sikap panas baran sbg tema citer ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 11:50 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 11-12-2013 11:25 AM
masihh gunakan sikap panas baran sbg tema citer ke


momey ngan panas baran xleh dipisahkan kot .. hikhik
xpe..enjoy je baca. nnti ada lg yg x puas hati jgn segan komen k.
tq dear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 02:29 PM | Show all posts
Jam hampir menunjukkan pukul 6.00 petang. Hasya mula mengemas barangnya. Kemudian, setelah kertas kerja tersusun rapi di atas meja, dia terus berjalan ke arah lif dan menekan punat ke basement tempat parking kereta.

Perlahan-lahan dia berjalan ke arah keretanya sambil fikirannya asyik teringat akan kata-kata Saif petang tadi.
Sebaik sahaja pintu keretanya dibuka, tiba-tiba dia ternampak akan kelibat lelaki yang digelarnya ‘mamat bala’ itu berjalan menuju ke sebuah kereta yang agak hampir dengan tempat parkingnya.

“Mamat ni lagi..” bisik hati Hasya.

Hasya terus masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta mula dihidupkan.

“Aik? Apehal tak boleh hidup ni? Adoi…”

Berkali-kali Hasya cuba menghidupkan enjin keretanya, masih belum boleh dihidupkan.

“Ada apa-apa boleh saya bantu?” tanya Yusuf yang tiba-tiba muncul di sebelah Hasya.

Terkejut Hasya lalu mengurut dadanya yang sudah berdegup laju itu. Hasya membeliakkan biji matanya. Dia membuka cermin pintu keretanya.

“Tak reti nak bagi salam ke?”

“Maaf. Assalammualaikum..”

“Waalaikummussalam!”

Yusuf tersenyum sendirian melihat gelagat Hasya itu.

“Kereta tak leh start ke?”

“Entah lah! Boleh tak saya cakap tiap kali jumpa awak, ade aje nasib malang menimpa diri saya ni?!”

Yusuf terdiam. Kemudian dengan perlahan dia kembali tersenyum.

“Tolong buka bonet enjin depan. Saya tolong tengokkan..” lembut Yusuf berbicara walaupun dituduh Hasya yang agak menikam jiwa itu.

Hasya menjerling tajam. Namun dia akur akan arahan Yusuf itu. Yusuf mula membelek enjin kereta tersebut.

“Owh, plug ni tercabut la.. Cuba awak start kereta!” arah Yusuf sambil memasukkan kembali plug yang tercabut itu.

Hasya mula menghidupkan enjin kereta.

“Alhamdulillah..” ucap Hasya sambil tersenyum.

Yusuf menutup kembali bonet enjin kereta sambil tersenyum memandang Hasya. Hasya yang masih berada di dalam kereta itu menghulurkan 2 keping duit RM50 kepada Yusuf.

“Untuk awak buat makan-makan.” Kata Hasya agak ego.

“Tak ape. Saya tolong kerana Allah. Hati-hati bawa kereta tu..” ucap Yusuf lalu berjalan menuju ke arah keretanya.

“Sombong!” Hasya terus menukar gear lalu bergerak keluar dari basement itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 02:32 PM | Show all posts
momey dtg kembali dgn buah tangannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 02:33 PM | Show all posts
Pada malam itu, Jasir dan Saif yang telah bertukar ke kelab malam terkenal di Kuala Lumpur itu mula mencari pasangan berhibur. Namun Saif tetap tidak melupakan Hasya. Selepas meneguk segelas beer, dia berlalu ke luar lalu mula menghubungi Hasya. Panggilannya dijawab.

“Hai sayang..” panggil Saif manja.

“Hai..”

“Nape ni?”

“Tanya I pula. U tu tiba-tiba mood baik je..”

“Yelah, I minta maaf. Tadi I ada masalah sikit. Ter’over’ marah U pula.. Jangan la merajuk, sayang..”

“Lain kali jangan buat macam ni lagi!”

“Ok..ok. I’m promise!”

Hasya tersenyum sendirian.

“Hasya Alya..”panggil Saif dengan penuh manja dan menggoda.

“Ya.”

“Nak ikut I pegi jalan-jalan tak esok?”

“Nak..nak! Pegi mane?”

“Ikut kawan-kawan I gi Thailand. U dah ade passport kan?”

“Ade.”

“Good! Bukan ape, yang lain siap bawa awek masing-masing. Takkan I nak pegi sorang-sorang kan? U kan girlfriend I..”

Hasya terus merasakan dirinya amat penting dalam hidup Saif ketika itu. Hasya diam.

“I sayangkan U, Hasya. I memang perlukan U dalam hidup I..” ucap Saif sambil tersenyum sinis.

Hasya terasa akan keikhlasan Saif itu.

“I juga perlukan U.”

“Esok I ambil U kat rumah erk..”

“Ok.”

“Love U, sayang..”

“Love U too..”

Panggilan dimatikan. Saif tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 02:41 PM | Show all posts
fatehana posted on 11-12-2013 02:32 PM
momey dtg kembali dgn buah tangannya

hikhik buah tgn xpa..jgn buah lain udah hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2013 02:47 PM | Show all posts
Hasya terus menghubungi Raudhah.

“Raud, esok aku tak jadi temankan kau pegi shopping laa..” Hasya berbau kegembiraan.

“Boleh tak jangan panggil aku Raud? Belasah kau kang..”

“Ok..ok. Sorry dear..hihi”

“Amboi, happy kemain lagi. Saif ajak kau keluar ke?”

“A’ah. Dia ajak aku join member dia gi Thailand esok.”

“Thailand? Nikah?”

“Nikah kejadahnye? Tapi kalu nikah pun, aku setuju je..”

“Sayang betol kau kat Saif erk?”

“Dah tentu! Saif tu dah macam nyawa aku dah..” Hasya tersenyum sendirian sambil memintal rambutnya yang paras bahu itu.

“Jaga diri baik-baik tau.”pesan Raudhah yang begitu sayangkan sahabatnya itu.

“Ok, don’t worry dear..”

Panggilan dimatikan. Hasya tersandar di sofa. Dia yakin Saif tidak mainkan perasaannya. Saif adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya. Hasya sanggup mati demi cinta hatinya itu. Dia kenal Saif semasa mereka berdua hadir di majlis rasmi pembukaan Syarikat baru Dato Jamaludin itu. Bermula di situ, perkenalan berlaku tetapi semasa dalam tempoh 5 tahun itu, Hasya langsung tidak dibawa Saif untuk berjumpa dengan keluarganya. Sehinggalah Saif sambung belajar di luar Negara, mereka masih terus berhubung walaupun Saif berlaku curang dibelakangnya yang selama ini Hasya tidak tahu.


                                                                        **********


Pada keesokkan harinya, Saif seawal pagi sudah bersiap dengan sebuah beg sandang lalu berjalan ke dapur. Kelihatan ibu dan ayahnya sedang berbual mesra sambil menjamu sarapan. Saif menjerling tajam memandang ibu tirinya itu.

“Nak ke mana ni, Saif?” tanya Dato Jamaludin lalu berdiri.

“Adelah.” Jawab Saif lalu mengucup tangan ayahnya dan terus berlalu keluar dari rumah.

Datin Jane mendapatkan suaminya lalu cuba menenangkan perasaan. Datin Jane, seorang usahawan wanita  yang sentiasa berada di belakang suaminya sama ada susah ataupun senang. Arwah isteri Dato Jamaludin juga adalah bekas sahabat baiknya. Datin Jane memikul tanggungjawab ini kerana amanah dari kawan baiknya itu. Saif tidak tahu! Yang dia tahu, ibu tiri barunya ini hanya mahu merampas kasih sayang ayahnya itu!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2013 03:02 PM | Show all posts
momey posted on 11-12-2013 02:41 PM
hikhik buah tgn xpa..jgn buah lain udah hahahaha

mohteppp buah yg tu lak
buah yg tu simpan elok2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 03:03 PM | Show all posts
Hasya mengenakan pin tudung yang terakhir di bahunya itu. Kemudian dia tersenyum memandang wajahnya di cermin. Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta.

“Saif!” Hasya terus berlari anak ke pintu utama lalu membukanya.

Kelihatan Saif tersenyum di dalam kereta sambil membuat isyarat memanggil Hasya keluar.

“Kejap tau..” Hasya mengambil beg pakaiannya dan handbegnya lalu keluar dari rumah.

Setelah pintu dan grill rumah dikunci rapi, dia berjalan dengan lenggoknya ke arah Saif. Mereka berdua berbalas senyuman. Saif keluar dari kereta lalu mencapai beg pakaian Hasya lalu di simpan di dalam bonet kereta. Kemudian dia membuka pintu kereta untuk Hasya.

“Silakan Cik Puteri..”

Hasya tersenyum lalu masuk ke dalam kereta. Pintu kereta di tutup lalu Saif dengan tersenyum sinis lalu masuk duduk di bahagian pemandu.

Saif dan Hasya saling berpandangan. Saif mengambil tangan Hasya lalu mengucupnya. Hasya berbunga kegembiraan.


                                                               **********


Yusuf, anak yatim piatu. Dia juga akan pastikan setiap hari dia akan datang melawat neneknya di hospital. Neneknya yang sakit barah otak tahap kritikal itu sudah nampak terlalu nazak.

Pintu bilik khas tempat neneknya berehat itu dibuka perlahan-lahan. Airmata cuba ditahan dari mengalir keluar. Perlahan-lahan dia berjalan lalu duduk di sebelah neneknya itu. Tangan nenek digenggam erat.Dikucup dan diusap kepala nenek yang hampir botak itu. Mata nenek perlahan-lahan terbuka. Mereka berdua bertentangan mata. Nenek yang tidak lokek dengan senyuman itu masih mampu tersenyum walaupun dia sudah tahu jangka hayatnya hampir tiba.

“Yusuf sayang nenek..sayang sangat-sangat!”

“Nenek tahu.” Terketar-ketar tangan nenek membelai lengan kiri Yusuf.

“Yusuf..”

“Ya, nek..”

“Bawa nenek balik rumah. Nenek tak nak duduk lagi kat sini. Biarlah nenek mati..” Yusuf terus menutup mulut neneknya dengan jari telunjuk kanannya.

“Shhh..nenek kena banyak berehat ya. Nanti Yusuf akan bincang dengan doktor. Nenek jangan risau.”

Nenek tersenyum. Hanya Yusuf satu-satunya cucu yang boleh dia harapkan. Cucu dari anak sulungnya, Tengku Zulkarnain. Setelah kematian ibu dan ayah Yusuf akibat kemalangan ngeri, Yusuf dijaga oleh neneknya. Rumah keluarga Yusuf itu telah dihuni oleh bapa saudaranya iaitu adik ayahnya, Tengku Iskandar. Tengku Iskandar memang anak yang tidak boleh diharapkan. Tengku Iskandar mempunya seorang anak perempuan bernama Daisy. Rumah itu dibuat seperti rumahnya sendiri walaupun mereka telah diberi oleh nenek seorang sebuah rumah.

“Yusuf..”

“Ya, nek..”

“Rumah banglo nenek yang kita duduk tu, Yusuf jangan jual ya. Nanti dah kahwin tinggal di situ ya, sayang..”

Yusuf hanya menggangguk. Nenek semakin lemah.

“Rumah ayah Yusuf tu nenek rasa..”

“Pasal rumah tu, Yusuf rasa Yusuf tak perlu nak berebut dengan uncle Is. Biarlah kalau itu yang dia nak. Lagipun dia tak boleh buat apa dengan rumah tu sebab nama pemilik pun atas nama Yusuf kan? Biarlah kalau dia nak duduk di situ.”

“Yusuf anak yang baik. Cucu nenek yang baik..”

Yusuf terus memeluk neneknya. Dia sudah tidak dapat menahan lagi airmatanya dari mengalir keluar.

“Redha nenek pergi ya, sayang..” Nenek mengusap manja pipi Yusuf.

Yusuf tertunduk. Tiba-tiba nafas nenek tersekat.

“Nek..”

Yusuf terus keluar mendapatkan doktor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 03:04 PM | Show all posts
fatehana posted on 11-12-2013 03:02 PM
mohteppp buah yg tu lak
buah yg tu simpan elok2

adeh hahahaha
bila musim ujn tiba, kepala pun dh ting tong gitew hikhik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.345663 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list