CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 23-12-2013 03:58 PM | Show all posts
Sekali lagi Latifa cuba menghubungi Saif. Tetap sama! Panggilannya tidak berjawab. Dia menyandarkan tubuhnya di sofa lobby salah sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur itu.

Buat apa dia di hotel itu? Macam biasa lah. Nak jumpa kekasih gelap yang sudah menjadi suami orang itu, terpaksa lah jumpa curi-curi kan?

Sudah hampir setahun setengah dia berkasih dengan suami orang itu. Pernah diugut bunuh oleh isteri Dato itu, namun langsung tidak terkesan dalam hatinya. Memang cukup mewah hidupnya apabila bersama dengan Dato itu! Apa yang dia nak, semua dapat!

“Sayang..”

Bahu Latifa di sentuh dan pipinya terus dikucup manja. Latifa tersenyum dan terus menarik lengan Dato kesayangannya itu. Dato itu duduk bersebelahan dengannya.

“Rindu kat I tak?” tanya Dato itu sambil mencuit dagu Latifa yang runcing itu.

“Mestilah rinduu..” Latifa terus melentokkan kepalanya ke dada Dato miang itu!

“I ada surprise untuk U.” Ujar Dato sambil menggosok manja peha Latifa yang gebu itu.

Mereka sudah tidak peduli mata yang memandang di lobi itu termasuk pekerja hotel itu.

“Surprise? Ape?” Latifa teruja.

“Jom check in dulu!” Dato yang bermisai tebal itu tersengih gatal!

“Ok..ok. Jom!”

Latifa tersenyum keriangan. Terus dia bangun sambil menarik lengan Dato itu ke kaunter pendaftaran. Hmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2013 04:01 PM | Show all posts
Yusuf menarik tangan Saif yang sedang menggenggam lengan Hasya itu.

“Tak baik berkasar dengan perempuan.”

Saif melayangkan penumbuknya ke muka Yusuf tetapi malangnya dia sekali lagi tewas! Yusuf sempat mengelak dan sempat balas penumbuknya ke muka Saif. Tepat kena pada pipi kirinya.

Saif mengaduh sakit! Dia yang berkulit putih kuning itu cepat naik merah kulitnya jika menahan kesakitan.

“Aku tak nak cari pasal dengan kau.”

“Kenapa mesti kau kau terus ganggu hidup aku? Tak puas lagi ke apa yang kau dapat dari kau kecil sampai sekarang?!” Saif mula luah apa yang terpendam selama ini.

Yusuf diam. Dia masih memandang anak mata Saif itu. Hasya bersilih ganti memandang Yusuf dan Saif di hadapannya.

“Awek aku pun kau nak rampas jugak ke? Tak cukup-cukup dengan minah saleh kat oversea kau lapah?!”

Yusuf sekali lagi menumbuk Saif. Kali ni Saif ditumbuk di perut. Memang jatuh terduduk Saif.

“Aku tak pernah ungkit kisah silam kau.” Tegas Yusuf sambil dipandang Hasya.

Saif perlahan-lahan bangun lalu berdiri memandang Yusuf.

“Jangan bawa penyakit sudah la kan?” sindir Saif sambil tersengih.

Yusuf berang! Dia terus tumbuk, tumbuk dan terus tumbuk Saif bertalu-talu. Saif tidak terlawan dengan Yusuf yang berbadan sasa itu. Dia lemah.

Hasya menarik badan Yusuf.

“Sudah! Sudah!” jerit Hasya sambil menarik kuat badan Yusuf.

Yusuf tercungap-cungap menahan amarahnya yang masih berbaki itu. Saif berdarah muka dan mula merasa bisa dibadannya akibat ditumbuk bertalu-talu.

“Awak nak dia mati ke?!” jerit Hasya menyedarkan Yusuf yang sudah berpeluh itu.

Hasya membantu Saif bangun. Saif mengesat darah yang mengalir keluar dari mulutnya sambil memandang Hasya dan seterusnya memandang Yusuf.

“Apa pandang?! Nak aku tumbuk lagi ke? Kau memang tak pernah berubah kan?” gertak Yusuf yang agak sedikit cemburu apabila melihat Hasya cuba membantu Saif.

“Sudah-sudah la tuu..” kata Hasya seperti menyebelahkan si Saif.

“Kau dibayangi bayang-bayang kau sendiri, Saif. Aku tak pernah bermusuhan dengan kau. Hidup kau pun aku tak pernah ambil kisah!” jelas Yusuf.

“AKu tak nak kau rampas Hasya dari aku!”

“AKu tak pernah rampas Hasya dari kau.”

Hasya terus memandang Yusuf. Ternyata Yusuf tiada perasaan padanya. Hasya malu pada diri sendiri. Dan dia bertepuk sebelah tangan selama ini. Yusuf terpaksa!
Last edited by momey on 23-12-2013 04:05 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 04:07 PM | Show all posts
dan yg ini last utk ptg ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 04:10 PM | Show all posts
Latifa yang masih berada di atas katil bersama Dato itu, tersenyum memandang rantai emas di dalam kotak di hadapannya.

“Nak I pakaikan ke?” tanya Dato yang masih tidak berbaju itu.

Latifa mengangguk sambil tersenyum. Dato mengambil rantai itu lalu dipakaikan ke leher Latifa.

“Cantik..” Latifa terus berkucupan dengan Dato itu.

“Love U..”

“Love U so much, dear..” balas Dato lalu mengambil selimut dan mereka tenggelam sekali lagi di lautan penuh noda.

Syaitan bersorak keriangan!


                                                                 **********


“Hasya!! Ada call ni!” jerit Raudhah dari dalam rumah.

Hasya sempat memandang Saif dan Yusuf sebelum dia beredar masuk ke dalam rumah. Sekarang tinggal Saif dan Yusuf sahaja ketika itu.

“AKu benci tengok muka kau!” kata Saif lalu ludah ke bawah.

Yusuf diam. Masih memandang wajah Saif.

“Hasya milik aku!”

“Selagi kau tak kahwin dengan dia, dia bukan milik kau.” Yusuf bersuara dengan penuh makna!

“See? Aku dah agak, kau ada hati kat dia kan?!!!”

“Lebih baik kau balik sebelum lekat penumbuk ni kat muka kau lagi" Tambah Yusuf sambil menunjukkan penumbuknya.

“AKu tahu kenapa kau tergesa balik sini.”

“Kau nak kata aku nak rampas Berjaya Maju Holdings?”

“Heh! AKu tak heran sangat pun sebenarnya pasal tu. Sebab bapa aku pun sememangnya orang kaya dah kan?” Saif merapatkan dirinya dengan Yusuf.

Saif bertentang muka dengan Yusuf.

“Kau sakit kan? Sakit yang tak ada ubat! Hahahaha”

Yusuf diam. Sabar dan cuba berlagak biasa. Dia tak nak orang lain tahu apa penyakitnya. Itupun belum pasti penyakitnya itu!

“Tak lama lagi kau akan mati. Mati!!!!” jerit Saif lalu masuk ke dalam kereta dan terus pergi dengan meninggalkan Yusuf dan masa lampaunya.

Yusuf menyesal! Masa tidak boleh diundur kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 04:10 PM | Show all posts
ok dah!
insyaallah esk momey smbung lg ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 07:54 AM | Show all posts
momey posted on 23-12-2013 02:10 PM
tq mawar..
insyaallah jap g momey smbung lg ckit hihi

tenkiu tt...
best cte tt nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2013 07:57 AM | Show all posts
mawar65 posted on 24-12-2013 07:54 AM
tenkiu tt...
best cte tt nie...

morning, mawar..
tgh mengarang ni sblum start keje. jap g momey post erk!
hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 07:59 AM | Show all posts
momey posted on 24-12-2013 07:57 AM
morning, mawar..
tgh mengarang ni sblum start keje. jap g momey post erk!
hikhik

owh.. okey..
mawar tggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2013 08:03 AM | Show all posts
yeahhhh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 11:11 AM | Show all posts
meh smbung ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 11:28 AM | Show all posts
Selepas selesai berborak dengan Mak Tom pasal kenduri tahlil malam itu, dia meletak ganggang telefon. Kemudian dia memandang Raudhah yang berdiri disisinya itu.

“Kau salah. Dia tak ada apa-apa perasaan pun kat aku.” Kata Hasya sambil berjalan ke sofa lalu duduk.

“Yeke? Aku tak percayalah.”

“Hmmm..”

“Kau sedih?”

Hasya terus memandang Raudhah.

“Aku malu dengan diri aku. Sebenarnya aku dah mula taruh hati pada dia.”

Yusuf yang tercuri dengar perbualan itu sudah agak apa yang akan berlaku dan ianya sudahpun berlaku!

“So, tunggu apa lagi?”

“Bukan mudah, Raudhah. Lagipun dia dah jelaskan semuanya tadi yang dia tak ada hati dengan aku.”

“Cuba.”

“Cuba? Tak nak la aku..”

“Cuba lah pikat hati dia! Jika ada jodoh, insyaallah ke jinjang pelamin.” Raudhah memberi semangat pada sahabat baiknya itu.

Hasya diam. Tiba-tiba Yusuf masuk ke dalam rumah lalu terus masuk ke dalam bilik. Hasya memandang Raudhah.

“Kau tengok tu!”

Mereka berdua ketawa kecil membuatkan Hasya kurang sedih di awal senja itu.


                                                                       **********


Saif meneruskan perjalanan. Pulang ke Kuala Lumpur. Handphonenya sekali lagi berdering.

“Perempuan gedik ni nak apa lagi?” Saif tujukan ayat itu pada Latifa.

Bukan Latifa yang hubunginya tetapi nombor yang dia sendiri tidak tahu! Tetapi dia terus teringat akan kotak di sebelah tempat duduknya itu. Kawan Jasir mungkin!

“Hello.”

“Berhenti di simpang kanan di depan.”

“Siapa ni?”

“Ikut arahan saja la. Tak payah banyak cakap sangat!.”

Panggilan dimatikan. Saif mula bingung. Dia belok ke kanan dan terus memberhentikan keretanya. Berani betul dia! Sudah lah kawasan agak berhutan sedikit dan sunyi!

Kereta wira kelabu datang dan memberhentikan keretanya di hadapan kereta Saif. Keluar dua orang lelaki yang sasa badannya sambil berjalan ke arah Saif. Saif memberanikan dirinya keluar dari kereta.

“Mana kotak tu?” tanya salah seorang lelaki yang ada parut di bawah mata kanannya.

Saif tanpa banyak kata terus masuk ke dalam kereta lalu mengambil kotak itu. Kebetulan tanpa disengajakan, sebaik sahaja dia mengangkat kotak itu, kotak itu bocor karana isinya agak berat.

“Dadah?”

Lelaki yang berparut di mata itu terus merampas dadah di tangan Saif lalu yang seorang lagi lelaki itu tanpa sebarang arahan terus menembak ke arah Saif. Tepat di dadanya!

“Apasal kau tembak dia?!”

“Hapus bukti!”

“Hapus bukti tengkorak kau! Ada ke aku suh kau tembak dia? Adoi laaaa Confirm polis cari kita lepas ni! Ko niiiii memang bangang betul la!”

“Dah-dah! Masuk ke dalam kereta!” panggil seorang lagi lelaki yang menjadi pemandu kereta wira itu.

Semua dalam keadaan cemas. Mereka bertiga pergi meninggalkan Saif keseorangan. Malang sungguh nasib Saif pada hari itu! Dia hanya mampu berdoa agar dia diselamatkan dalam keadaan jalan raya yang sunyi sepi dari kereta yang lalu-lalang pada masa itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:22 PM | Show all posts
Sebaik selesai kenduri tahlil malam itu, Yusuf ‘on’ kan handphonenya.

“Waaa banyaknya missed call. Puan Clarissa? Dato J pun ada call ni. Ada hal penting ke?” bisik hati Yusuf.

Yusuf berjalan ke luar rumah. Hasya hanya memandang sambil mengangkat pinggan makan di ruang tamu itu.
Yusuf mula menghubungi Dato Jamaludin. Beberapa saat kemudian panggilannya dijawab.

“Yusuf..”

“Ada apa ni, Dato? Lain aja suara Dato ni.”

“Saif. Dia masuk hospital.”

Yusuf terkejut.

“Hospital mana, Dato?”

“HKL.”

“Insyaallah. Saya ke sana sekarang.”

Yusuf mematikan talian. Dengan cepat dia menaiki tangga masuk ke dalam rumah. Dia mencari Hasya di dapur. Tengah berborak sambil membasuh pinggan.

“Hasya..” panggil Yusuf lembut.

Hasya tak dengar. Raudhah yang perasan itu mencuit lengan Hasya.

“Tuu..Tengku panggil.” Kata Raudhah lalu sambung mengelap pinggan yang basah.

Hasya memalingkan wajahnya memandang Yusuf. Wajah lelaki kacak yang berpakaian melayu itu berdiri memandangnya dengan wajah gelisah. Hasya mengelap tangannya yang basah itu sambil berjalan ke arah Yusuf.

“Ada apa, Tengku?”

“Saya nak kena balik KL sekarang.”

“Kenapa?”

Perlu ke Yusuf bagi tahu? Perasaan cemburu masih ada di dalam hatinya. Hasya masih menanti jawapan dari Yusuf.

“Saif masuk hospital.”

“Ha?”

Raudhah yang turut dengar itu dengan cepat bangun lalu berjalan ke arah Yusuf.

“Saif masuk hospital? Kenapa?” sampuk Raudhah.

“Saya tak sempat nak tanya Dato. Err.. saya minta maaf ya. Rasanya saya perlu gerak sekarang.”

“Hati-hati..kirim salam pada family Saif.” Pesan Hasya lemah.

“Raudhah, tolong tengokkan Hasya ya. Kalau ada apa-apa cepat hubungi saya.”

“Insyaallah.”

Yusuf mengambil beg pakaiannya dari dalam bilik lalu terus keluar dari rumah itu.

“Sebab aku ke Saif masuk hospital?” tanya Hasya yang sudah mengalirkan airmata itu.

“Ishh..kau ni. Kita sama-sama doa moga tak ada apa-apa yang berlaku pada Saif tu erk..” Raudhah memeluk Hasya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:27 PM | Show all posts
Dato yang dikenali sebagai Dato Zamarul itu telah menghantar Latifa pulang ke kondo. Latifa membuka tali pinggang keledar sambil memandang kekasih gelapnya itu.

“Tak nak masuk dalam dulu ke?”tanya Latifa manja.

“Tak kot.”

“Bila kita nak jumpa lagi?”

“Nanti I bagi tahu.”

“Sayang..”

“Yes, dear.”

“Sampai bila kita nak macam ni? U janji banyak kali dah nak ceraikan wife U tu tapi sampai sekarang masih lagi dengan dia”

“Sabar laa..”

“Asyik cakap sabar je.”

“Alolo tak mo merajuk.”

Dato Zamarul terus menarik Latifa lalu memeluk erat. Mereka berkucupan seketika.

“Nanti kita jumpa lagi erk..” Kepala Latifa diusap.

Latifa terpaksa akur. Dia mengangguk lemah lalu keluar dari kereta. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, terus rambutnya ditarik dengan kuat. Dato Zamarul terkejut lalu sama-sama keluar dari kereta.
Rupa-rupanya isterinya, Datin Khaty.

“Tak guna punya betina! Tak de keje lain ke hah?! Rampas suami orang je keje ko kan?” Datin Khaty masih menarik rambut Latifa.

Latifa menahan kesakitan. Menangis je yang dia mampu ketika itu.

“Sayang. Please..”

“Awak diam!” marah Datin Khaty pada suaminya.

“Please..malu la kat orang”

“Oooo malu! Yang awak berskandal dengan betina ni awak tak malu pulak erk?! Dah la semua saya yang tanggung! Ada hati konon nak berkekasih gelap!!”

“Shhhh..”

Latifa terus memandang Dato Zamarul. Adakah dia ditipu?

“Dah..dah. Jom kita balik.” Dato Zamarul menarik Datin Khaty masuk ke dalam kereta.

“Kau ingat erk, betina! AKu pernah warning kau ari tu kan? Kali ni kalau aku nampak kau keluar lagi dengan laki aku, aku tak akan teragak-agak bunuh kau! Ingat!!!!!”

“Dah la tu!”

Dato Zamarul memaksa isterinya itu masuk ke dalam kereta.

“I balik dulu.” Kata Dato Zamarul lalu masuk ke dalam kereta.

Latifa ditinggal sendirian. Menangis tanpa ada sesiapa yang pujuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 03:41 PM | Show all posts
last utk ptg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 03:45 PM | Show all posts
Beberapa jam kemudian.

Pukul 12.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

Yusuf ke wad kecemasan. Kelihatan Dato Jamaludin dan Datin Jane sedang duduk di kerusi lalu sedar akan kehadirannya.

Yusuf berjabat tangan dengan sahabat baik arwah ayahnya itu lalu terus memeluk dengan erat.

“Sabar ya, Dato.”

“Saya belum bersedia kehilangan anak tunggal saya”

“Kita sama-sama doakan yang terbaik.”

Perlahan-lahan Yusuf mengusap belakang badan Dato Jamaludin. Kelihatan mata Datin Jane sudah bengkak tangisi apa yang berlaku pada anak tirinya itu.

Yusuf dan Dato Jamaludin duduk bersebelahan.

“Apa yang dah berlaku, Dato?”

“Tadi pagi dia macam tergesa-gesa keluar rumah. Lepas tu, time maghrib saya dapat call dari polis.”

Yusuf diam menunggu cerita dari Dato Jamaludin.

“Polis bagi tahu jumpa dia kena tembak dekat simpang jalan.”

“Kena tembak?”

“Polis syak ada kaitan dengan sindiket dadah sebab ada terjumpa sebungkus kecil dadah di bawah kereta Saif. Tapi semuanya masih di dalam siasatan.”

“Astaghfirullah..”

Yusuf diam. Dia mendoakan yang terbaik buat Saif. Moga Saif diberi peluang untuk berubah.

“Tapi.”

“Tapi ape, Dato?”

“Doktor ada bagi tahu tadi..”

“Bagi tahu ape?”

Dato Jamaludin memandang isterinya. Kemudian dia memandang Yusuf semula. Yusuf berdebar menunggu jawapan!


                                                                     **********


Jasir menghubungi Usop, lelaki yang telah menembak Saif itu.

“Bodoh ke ape kau ni? Yang kau pergi tembak dia ape hal hah?!!!” marah Jasir.

Dalam pada masa yang sama, dia merasa serba salah mempergunakan kawan sendiri untuk kepentingan diri!

“Aku takut!”

“Nak buat jahat tapi takut! Memang dasar bodoh!”

Jasir terus mematikan talian.

“Arghhhh!!!”

Terkejut bukan kepalang apabila dia mendapat panggilan bahawa orang bawahannya telah menembak Saif. Tak sangka akan jadi begini. Lain yang dirancang, lain yang jadinya.

Usop, budak yang tidak habis belajar. Mahu cari duit lebih untuk kemewahan diri dengan mengedar dadah membantu Jasir.

Musim sejuk di US itu langsung tidak membuatkan Jasir kesejukkan. Dia begitu berasa bersalah pada Saif.

“Maafkan aku, kawan.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 03:46 PM | Show all posts

insyaallah smbung hari khamis nanti ya..
daaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2013 02:22 PM | Show all posts

kudap utk ptg ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 02:24 PM | Show all posts
Pintu kecemasan dibuka. Muncul doktor pakar dengan wajah yang begitu sugul. Dia berjalan ke arah mereka bertiga.

“Macam mana dengan anak saya, Doktor?” tanya Dato Jamaludin sambil memegang tangan isterinya.

Perlahan-lahan doktor menggelengkan kepalanya.

“Ya Allahhhh…”

Dato Jamaludin jatuh rebah. Dengan cepat Yusuf memaut badan lelaki berumur lingkungan 50-an itu.

“Dato..Dato..”


                                                                      **********


Pada keesokkan harinya.

Yusuf minta undur diri setelah Saif selamat dikebumikan. Dalam beberapa tempoh yang dekat ini, pelbagai dugaan yang diterimanya. Bermula dengan kematian nenek yang tersayang, kemudian diikuti ayah Hasya dan yang terkini Saif. Dan kemungkinan, selepas ini adalah gilirannya!

Sebelum beredar, Yusuf sempat menyiram air mawar ke pusara Saif.

“Aku dah lama maafkan kau. Tenanglah kau di ‘sana’.”

Yusuf mengenakan kaca mata hitam lalu berjalan menuju ke keretanya.


                                                                     **********


Jam menunjukkan pukul 11 pagi.

Hasya dan Raudhah mengemas rumah sebelum mereka bergerak ke Kuala Lumpur setelah mendapat panggilan dari Yusuf.

Hasya masuk ke dalam bilik ayahnya. Dikemasnya bilik itu. Kemudian dia duduk diatas katil sambil memandang sekeliling bilik. Raudhah tiba-tiba masuk bilik itu.

“Semuanya hanya tinggal kenangan.” Ucap Hasya yang cuba menguatkan semangat.

Raudhah berjalan lalu duduk di sebelah Hasya.

“AKu kenal kau. Kau perempuan yang kuat semangat! Eh, kau dah buat iklan ke nak sewakan rumah ni?”

“Iklan apanye? Dah ada penyewa dah pun haha”

“Yeke? Siapa yang nak sewa?”

“Anak Mak Tom. Dia baru kahwin. So, dia orang cadang nak pindah sini hujung bulan ni.”

“Laaa yeke? Ok lah macam tu.”

Hasya kembali diam.

“Aku harap tak ada apa-apa yang berlaku pada Saif.” Sayu Hasya memandang Raudhah.

Raudhah memegang tangan Hasya.

“Aku pun doakan yang terbaik buat Saif.”


                                                                     **********


Yusuf terus memandu pulang ke kampung Hasya. Menjemput Hasya dan Raudhah pulang ke Kuala Lumpur. Segala urusan kerja diserahkan pada Daud, pegawai kanannya.

Di dalam kotak fikirannya masih terbayang akan wajah Hasya. Adakah Hasya jodohnya? Susah benar nak lupakan perasaan pada gadis itu. Namun sedaya upaya dia akan cuba jauhkan perasaannya untuk memiliki Hasya. Dia tidak mahu melukakan hati orang dia sayang! Sayang? Ohh no! Rupanya dia sudah ada perasaan pada Hasya!

“ Ya Allah.. aku tak sanggup lukakan hatinya, Ya Allah. Kau berikanlah kekuatan pada diriku untuk menempuh dugaan dariMU ini, Ya Allah. AKu tahu apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku dah bertaubat! Aku tak akan ulangi perbuatan ku yang lalu. Ampunkanlah segala dosaku, Ya Allah..” dengan serta merta airmatanya mengalir.

Yusuf memberhentikan keretanya di halaman rumah Hasya. Dia memandang rumah kayu di hadapannya itu.

“Adakah perasaan ini dinamakan cinta? Maafkan aku, Hasya. Saya bukan yang terbaik untuk awak..” Yusuf bermonolog dengan dirinya sendiri.

Yusuf keluar dari kereta. Pada waktu yang sama juga, Hasya keluar rumah dan berdiri memandangnya.
Dup! Dap! Dup! Dap!

“Ya Allah..debaran jantung ini membuatkan aku tenang melihat wajahnya. Adakah ini debaran cinta? Oh! Aku tak sanggup lukakan hatinya, Ya Allah..” bisik Yusuf lalu tersenyum memandang Hasya.
Hasya membalas senyuman itu. Hasya meniti tangga turun ke bawah manakala Yusuf perlahan-lahan berjalan ke arahnya.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Jawab Hasya lembut.

Hasya tenung anak mata Yusuf. Ya! Dia tidak boleh bohong pada dirinya bahawa dia sudah jatuh hati dengan lelaki di hadapannya itu!

“Aku akan berusaha memikat hati lelaki yang bernama Tengku Yusuf Tengku Yaseer ini” Hasya berbisik sendirian.

“Dah siap ke?”

Hasya masih termenung memandang Yusuf sambil tersenyum.

“Hello..Hasya..”

Hasya terkejut dari lamunan. Dia malu!

“Tengku, macam mana dengan Saif? Dia ok ke?” tanya Raudhah yang tiba-tiba muncul.

“A’ah la..Saif! Macam mana aku boleh lupa dia bila aku tengok wajah Tengku ni? Adoi la, Hasya.. Kau ni banyak berangan betul la!” bisik hati Hasya.

“Saif?” Yusuf terus memandang Hasya. Bagaimana harus dia mulakannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2013 03:52 PM | Show all posts
meh nk smbung ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2013 03:55 PM | Show all posts
Daisy, seorang perempuan yang telah pun berkahwin dengan seorang pegawai Tentera Laut. Oleh kerana suaminya itu jarang pulang bertemu dengannya, membuatkan Daisy agak liar apabila bertemu dengan rakan-rakannya. Terutama lelaki! Semua itu dia dapat sembunyikannya dengan begitu mudah sekali. Bukan sekali dua, malah sudah berkali-kali suaminya itu kena tipu! Kesian kerana ditipu dengan mudah dengan perempuan murahan ini!

Pada suatu ketika dahulu dia pernah mengorat sepupunya sendiri, Yusuf namun ditolak mentah-mentah. Mereka berdua pernah belajar bersama dan tempat yang sama di Australia. Oleh sebab itu, kegiatan dan perangai Yusuf ketika zaman jahiliah dahulu dia tahu. Malah lebih dari itu!

Daisy kesunyian! Ada suami serupa tak ada suami aje pun! Mula lah dia nak buat perangai jahatnya. Ganggu hidup Yusuf! Dia malu apabila lamarannya ditolak Yusuf kerana Yusuf hanya menganggapnya sebagai adik.

“Kau dah berkali-kali ‘main’ dengan aku, baru gedik nak anggap aku adik ya?!! Memang jantan tak guna!”

Daisy juga kenal akan Danial. Namun dia tidak berminat dengan Danial yang agak alim itu. Nak pandang muka perempuan pun hanya untuk beberapa minit sahaja. Lepas tu dia akan bercakap tanpa memandang muka perempuan dihadapannya. Bosan bagi dirinya!

“Aku akan bocorkan rahsia kau. Jaga! Kau ingat kau boleh terlepas macam tu aje selepas apa yang kau dah buat kat aku? Sorry to say la, kau pun macam jantan durjana yang lain jugak!” kata Daisy sambil menyikat rambutnya di hadapan cermin.

“Hahahaha..aku rasa dia balik Malaysia ni pun sebab pembohongan aku tentang apa yang berlaku kat Australia tu! Bagus la kalau dia percaya. Biar dia merana dan biar dia rasa apa yang aku rasa apa yang dia dah buat kat aku! Hhahahaha” sambung Daisy lalu gelak kuat di dalam biliknya sendirian. Dah serupa orang gila dah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.090127 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list