CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 31-12-2013 04:00 PM | Show all posts
Diam membisu. Hasya yang duduk di sebelah Yusuf yang tengah memandu itu masih terkejut akan berita kematian Saif. Begitu cepat masa berlalu. Saif telah pun pergi meninggalkan dunia yang fana!

“Kalau nak pergi ziarah pusara Saif, saya boleh bawa kan.” Pelawaan Yusuf itu memecah kesunyian.

Hasya terus memandang Yusuf.

“Kita singgah kejap la ye.” Sambung Yusuf yang memakai rayban hitam itu.

Hasya diam dan hanya mengikut sahaja kehendak Yusuf. Dia memandang permandangan di luar.

Ligat otaknya mengimbas kembali ketika saat bersama Saif. Cukup bahagia dan indah sekali! Saif lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya. Selama dia bersama Saif, Saif tak pernah nodai dirinya sehinggalah di Thailand baru-baru ini. Tak sangka semuanya berlaku dengan begitu cepat sekali.

Airmata turun membasahi pipinya. Yusuf perasan namun dia buat-buat tak nampak. Dia tak nak melayan perasaan dirinya dan juga tidak mahu Hasya menaruh harapan pada dirinya!

Handphone Yusuf berdering. Tertera nama Daisy di skrin.Yusuf mengeluh. Dibiarkan sahaja handphone itu terus berdering.

“Kenapa tak jawab?” tanya Hasya sambil memandang handphone Yusuf di tangan Yusuf.

Sesekali Hasya cuba curi pandang siapa yang hubungi Yusuf sehingga menyebabkan Yusuf tidak jawab! Dia Berjaya!

“Daisy? Siapa Daisy? Perempuan cantik yang datang hari tu ke?” bisik hati Hasya lalu memandang Yusuf.

“Tak penting pun.”

“Mana tahu tak penting?”

Raudhah yang duduk di kerusi belakang menonton lakonan real di hadapannya itu. Dah serupa si isteri cemburu bila dapat tahu ada perempuan lain yang cuba mengganggu suaminya! Raudhah ketawa kecil.


                                                                      **********


Kematian Saif itu masih menjadi perbualan hangat di Berjaya Maju Holdings. Daud bertanggungjwab menanggung kerja Yusuf di pejabat sepanjang dia bercuti minggu itu. Dia yang banyak berjasa dari arwah ayah Yusuf masih hidup lagi. Susah senang dia telah rasa bersama termasuk dengan Dato Jamaludin. Oleh itu, Daud adalah orang kuat yang Yusuf paling percaya!

Pintu bilik Daud dibuka tanpa mendapat arahan. Daud bersama dua orang lagi staffnya terkejut akan kehadiran Daisy disitu.

“Yusuf mane?”

“Puan, saya rasa puan tersilap bilik. Bilik Tengku di hadapan sana.”

“Saya dah pergi ke bilik dia. Gelap! PA dia pun tak ade. Skandal ke ape dua-dua orang tu?!”

“Maaf, puan. Setahu saya Tengku bercuti. Esok baru dia masuk ofis. PA dia ada tadi mungkin keluar makan kot. Sekarang kan waktu lunch?” terang Daud dengan penuh hemah.

“Hmmm..Korang kenal tak aku ni sape? Tentu tak kenal kan? Nak tahu tak?”

Daud dan dua orang staffnya itu agak tertarik dengan cara percakapan Daisy. Daisy tersenyum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2014 03:08 PM | Show all posts
nk smbung ckit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 03:10 PM | Show all posts
Hasya memetik sekuntum bunga melur di pokok hadapannya lalu di letak berdekatan batu nisan Saif. Airmata dikesat. Kemudian dia bangun lalu berjalan menuju ke kereta Yusuf. Yusuf dan Raudhah sengaja membiarkan Hasya bersendirian di kubur Saif tadi.

“Jom, saya hantar kamu berdua balik.” Kata Yusuf lalu masuk ke dalam kereta diikuti Hasya dan Raudhah.

Tiba-tiba Hasya terdengar ada suara memanggil namanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Aippp!! Ni bukan drama ‘Tanah Kubur’ ok! Hahaha

“Hasya, masuk!” rupanya Yusuf yang panggilnya masuk ke dalam kereta kerana dari tadi Hasya asyik termenung memandang pusara Saif.

Hasya tersedar lalu terus masuk ke dalam kereta.


                                                                **********


Daisy ketawa kecil.

“Buang masa je cakap ngan korang semua! Hahaha” kata Daisy dan terus berlalu pergi keluar dari pejabat itu.

“Perempuan tu bukan ke sepupu Tengku? Kan sebelum ni dia pernah datang jumpa Tengku kan? Yang buat kecoh tu?” kata Azlan sambil garu kepalanya yang tak gatal itu.

“A’ah. Aku ingat! Yang terus masuk bilik Tengku hari tu. Tiba-tiba hari ni datang nak jadi perempuan psiko plak! Hahaha dah gila ke ape?” sambung Khairul.

“Perempuan tu memang psiko pun! Hati-hati sikit dengan dia..” jawab Daud yang lebih makan garam dari staffnya itu.

Daud bukan sahaja kenal keluarga Dato Jamaludin, malah kenal keseluruhan keluarga Tengku Yaseer!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 03:18 PM | Show all posts
Setelah menghantar Raudhah pulang ke rumah, kini giliran Yusuf menghantar Hasya pula. Mereka berdua masing-masing melayan perasaan sendiri di dalam kereta sambil dengar lagu dari Kumpulan Search itu.

“Gadisku..seri mewangi bagai disiram selautan kasturi..”

Hasya mengangkat sebelah keningnya. Kemudian dia menoleh ke arah Yusuf.

“Masyaallah, sedapnya suara dia!” bisik hati Hasya.

Yusuf hairan. Dia mengerling sedikit anak matanya ke arah Hasya.

“Tutup mulut tu!”

Dengan cepat Hasya menutup mulutnya. Mukanya kemerahan menahan malu! Yusuf ketawa kecil.

“Ingat saya tak pandai nyanyi ke? Sedap tak?”

“Ermm..boleh la.”

“Boleh la sampai ternganga mulut begitu?”

“Eh, mamat ni! Cari pasal nampak.” Hasya menahan geram.

Yusuf ketawa lalu memberi isyarat belok ke kanan. Kemudian dia memarking keretanya bersebelahan dengan kereta Hasya yang tersadai beberapa hari itu.

“Asyik rosak je baby awak tu..” tegur Yusuf sambil membuka tali pinggang keledar.

“Baby saya?”

“Tuu..kereta awak tu!”

“Owh!”

Sekali lagi Yusuf ketawa dapat kenakan Hasya.

“Betul-betul dia kenakan aku ni..” omong Hasya sendirian.

“Dah sampai dah ni. Tak reti nak keluar?”

Hasya geram. Yusuf ni dah kenapa? Hahaha Kesian Hasya. Hasya keluar dari kereta. Sebaik sahaja dia hendak membuka bonet belakang kereta untuk mengambil beg pakaian, Yusuf terlebih dahulu membuka bonet itu. Diambilnya beg Hasya lalu diletaknya di bawah.

“Saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati awak. Suka tengok muka awak bila merajuk.”

Terdiam Hasya. Nak marah pun tak jadi bila terpandang wajah Yusuf yang tersenyum manis itu. Mereka berdua bertentangan mata.

“Awak..kita mungkin tidak boleh bersatu. Tak mungkin saya akan terus sakitkan hati orang yang saya sayang. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk perlahan-lahan lupuskan perasaan cinta dan sayang pada gadis dihadapanku ini..” bisik hati Yusuf sambil memandang tepat ke arah anak mata Hasya.

Hasya seperti dipukau. Kagum dengan ciptaan Tuhan yang cukup sempurna dihadapan matanya.

“Sekiranya kita ditakdirkan hidup bersama, aku janji akan jaga kau sehabis baik dan tiada siapa dapat pisahkan kita kecuali maut!” bisik hati Hasya pula lalu tersenyum memandang Yusuf.

“Eh, senyum pulak dia! Dah, gi masuk rumah!”

Teguran Yusuf itu mengejutkan Hasya dari lamunan. Kena lagi!

“Terima kasih, Tengku..”

“Tak payah nak berterima kasih. Ini dah tanggungjawab saya.” Yusuf menutup bonet lalu masuk ke dalam kereta.

“Hati-hati..”

“Insyaallah. Esok jangan lupa masuk kerja pula ye. Ada satu paper urgent nak kena buat. Lepas dah selesai semua, kalau awak nak sambung cuti sampai hujung bulan ni pun tak pe.”

“Yelah.”

Yusuf menghidupkan enjin keretanya lalu pergi meninggalkan Hasya. Hasya terus tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 10:58 AM | Show all posts
sambung2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2014 04:04 PM | Show all posts
emiryn_darling posted on 3-1-2014 10:58 AM
sambung2...

jap erk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2014 04:09 PM | Show all posts
Pada malam itu.

Setelah kenyang makan nasi berlaukkan ayam goreng itu, Hasya duduk di sofa berhadapan televisyen. Masih terbayang setiap dua atau tiga hari ayahnya pasti akan hubungi dirinya untuk minta duit untuk main judi! Dia tak pernah marah ayahnya. Tak sanggup sebab ayahnya itu terlalu tua. Ketagihan main judi semenjak kematian ibunya itu. Ayahnya tak dapat menerima hakikat. Dan pada masa yang sama telah silap pilih kawan dan akhirnya makan diri!

Tak dinafikan, wajah Yusuf sentiasa bermain difikirannya. Makin lama makin 'sharp' gitew!

“Setiap kali jumpa dia, laju je jantung ni berdegup! Dah rasa macam dalam movie ‘dejavu di kinabalu ‘ la plak! Hikhik.. Tapi, kalau dah macam-macam cara aku tackle dia, dan dia tetap tak nak aku? Adoii malu besar kot! Tapi apa-apa pun kita cubalah dulu kan? Ada jodoh ade lah. Eh, ewah-ewah..baru aje kot kematian bekas ex-boyfriend kan? Gatalnya aku ni!!!!”

Hasya cubit sendiri pahanya. Kemudian dia memandang handphone disisinya.

“Ha? Apa kata aku call dia? Hmmm..”


                                                                     **********


Mak Esah menghulurkan semangkuk air basuh tangan kepada Yusuf. Yusuf yang sudah kekenyangan itu tersandar.

“Mak Esah, lepas ni saya basuh sendiri kat sinki”

“Baiklah.”

“Lagi satu, Mak Esah dah lama tak balik kampung kan? Mak Esah tak nak cuti rehat ke?”

“Tengku macam tak suka je Mak Esah duduk dalam rumah ni..”

“Ya Allah. Mak Esah, jangan lah berkecil hati. Saya tak bermaksud pun macam tu. Mak Esah ni dah macam mak saya dah. Mak Esah jaga saya dari kecil sampai saya dah hampir boroi dah ni haa..”

Mak Esah dan Yusuf berbalas ketawa. Yusuf dan Mak Esah berdiri bertentangan.

“Mak Esah cutilah dalam sebulan ni. Balik kampung. Mesti anak-anak dan cucu Mak Esah rindukan Mak Esah tu..” pujuk Yusuf yang begitu sayangkan pekerjanya yang setia di rumah itu.

Mak Esah mula menangis. Sayu!

“Jangan lah nangis, Mak Esah. Saya bukan suruh buat apa-apa pun. Cuma nak Mak Esah cuti berehat kat kampung je.” Sambung Yusuf.

“Mak Esah boleh datang lagi tak ke rumah ni selepas sebulan tu?”

“Boleh. Kan saya cakap Mak Esah ni dah macam mak saya.”

Sebenarnya Mak Esah dibuang oleh anak-anaknya. Biasalah kan? Memang dah wujud pun anak derhaka dizaman moden ini. Ibu yang susah hidup di kampung langsung tidak dipedulikan sehinggalah Mak Esah sendiri datang ke bandar mencari sesuap nasi.

Kebetulan semasa Mak Esah mencari kerja, dia terjumpa akan arwah ibu Yusuf yang sedang menampal iklan di hadapan pintu rumah mahukan pengasuh untuk menjaga anaknya iaitu Yusuf! Yusuf dibesarkan oleh ibunya disamping air tangan Mak Esah itu.

“Kalau tak keberatan, saya sendiri akan hantar Mak Esah pulang ke kampung.”

“Eh, tak ape. Mak Esah boleh balik sendiri.” Mak Esah masih sembunyikan hal kekeluargaannya daripada keluarga Yusuf sehingga sekarang.

“Betol ni?”

“Betol..betol.”

Tiba-tiba hanpdhone Yusuf berdering.

“Mak Esah ke dapur dulu ya.” Mak Esah mengundur diri.

Yusuf memandang skrin handphonenya yang tertera nama Hasya.

“Hasya?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 12:19 PM | Show all posts
dh berabuk dh ni..
jap nk smbung ckit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2014 12:20 PM | Show all posts
Panggilan Hasya itu Yusuf tak jawab! Hasya hairan. Dia cuba sekali lagi menghubungi Yusuf. Tetap sama! Yusuf tetap juga tak jawab. Hasya mengeluh.

“Dah tido kot.” Hasya cuba memujuk dirinya.

Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.

“Siapa pula yang datang malam-malam ni?”

Hasya bangun lalu ke pintu. Perlahan-lahan dia membuka pintu.

“Hai, Sya!!!” jerit Raudhah yang suka mengenakan seluar pendek paras paha itu.

“Terkejut aku! Malam-malam datang sini nape?”

“Amboi, nak bebel pun bagi lah aku masuk dulu..”

Hasya menggelengkan kepalanya sambil mengambil kunci rumah lalu membenarkan Raudhah masuk ke dalam rumahnya.

“Aku bosan la, Sya. Kita lepak minum-minum kat luar nak?”

“Bosan? Mak ayah kau mane?”

“Outstation!”

“Alololo ciannya dia. Tidur lah rumah aku!”

“Tak nak lah! Baju apa semua mana aku bawak! Aku datang nak ajak kau lepak minum-minum je ni.”

“Malas laaa..”

“Jom la, darling!”

Raudhah memaut kuat lengan Hasya.

“Jom laaaa..”

“Kejap je tau! Esok keje kau tahu kan?”

“Yee..kejap je!”

Hasya bangun lalu masuk ke dalam bilik lalu mengenakan tudung bawal bercorak lalu keluar semula.

“Jom!” Hasya mengambil kunci rumahnya lalu dia dan Raudhah keluar dari rumah.


                                                                      **********

Yusuf ke dapur mencari Mak Esah.

“Mak Esah, saya nak keluar jap.”

“Yelah. Hati-hati ya, nak..”

“Ok!”

Yusuf yang sudah memegang kunci kereta itu terus berjalan laju menuju ke keretanya. Nak kemana Yusuf memalam ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 12:24 PM | Show all posts
Hasya dan Raudhah mengambil tempat duduk di kedai mamak yang terkenal dengan ramai pelanggan setia itu.

“Teh tarik dua!” bagi tahu Raudhah pada mamat yang mengambil pesanan itu.

“Best ke makan kat sini?”

“Best sangat! Betul ke kau tak nak makan ni?”

“Tak nak la. Dah malam. Kang gemuk..”

“Hahaha.. Takut tak muat baju kahwin erk?” Raudhah mencubit manja pipi bulat Hasya itu.

“Eh, kesitu plak dia!”

“Bila aku nak makan nasi minyak kau ni, Sya?”

“Adoi..apa yang kau merepek ni?”

“Hahaha jangan tunggu lama-lama.. Nanti Tengku dikebas orang lain, ternganga kau.”

“Tapi takkan aku pula yang nak mulakan dulu?”

“Tak de salah pun kan?”

“Malu la!”

“Malu kalu..rugi!”

Teh tarik dihidangkan di atas meja.

“Macam mana aku nak mulakan?” Hasya menghembus perlahan ke arah teh tarik yang panas itu.

“Aipp! Tak elok la hembus-hembus ni. Biar sejuk sendiri.”

“Yeke?”

“Sya! Sya!” jerit Raudhah sambil menepuk laju bahu Hasya.

“Kau ni dah kenape? Sakit la!” Hasya menepis tangan Raudhah.

“Tuuu tengok tuuuuu!” muncung mulut Raudhah ke arah belakang Hasya.

“Ape?!”

“Tengoklah! Jodoh udah sampai..”

Hasya terdiam. Terus dia menoleh ke belakang. Yusuf? Hasya kembali memandang Raudhah.

“Babe! Laju pula jantung aku ni berdegup.” Ucap Hasya tanpa berselindung.

“Hamboi..dan-dan jantung berdegup yee! hahaha”

Mereka berdua berbalas ketawa. Yusuf masih tidak perasaan Hasya dan Raudhah sedang melihat tingkah lakunya.

Yusuf berjalan laju menuju ke kaunter dan memesan sekeping roti canai dan teh tarik. Tiba-tiba dengan perasaan tidak malu, Raudhah mengangkat tangan lalu melambai ke arah Yusuf.

“Woi! Kau gila ke?” Hasya cuba mengawal perasaan malunya.

“Eleh..eleh. Padahal memang kau nak aku panggil dia kan?”

Yusuf perasan. Dia tersenyum lalu berjalan ke arah dua orang gadis itu.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam. Duduk lah.”pelawa Raudhah.

Yusuf duduk bertentangan Hasya dan bersebelahan Raudhah.

“Minum je ke?”

“A’ah. Diet!” jawab Raudhah sambil melihat Hasya yang terdiam dari tadi.

Yusuf memandang Hasya. Hasya kekok dipandang sebegitu rupa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 12:24 PM | Show all posts
Daisy mengenakan pakaian tidur. Suaminya yang sudah bermula cuti rehat itu sedang melayan internet di atas katil. Dengan lenggang lenggok Daisy berjalan ke arah suaminya itu.

Kemudian dengan perlahan dia mengusap belakang badan suaminya lalu mengucup dari bahu ke leher. Saiful, suaminya itu menolak lalu sambung mengadap internet kembali.

Daisy mendengus!

“U ni dah kenape?” Daisy tidak puas hati. Ajakkannya ditolak mentah!

“Nothing!” Saiful langsung tidak memandang ke arahnya.

Daisy sekali lagi mencuba. Kali ini dia mengusap perlahan paha suaminya lalu cuba hendak mengucup bibir lelaki bermisai itu.

“Please!” jawab Saiful lalu bangun dan duduk di sofa.

“Apa dah kena dengan U ni?!”

“I letih. Rehat je la malam ni erk?”

“I rindukan U, sayang..”

“Esok-esok je la.” Saiful tekun membalas inbox di dalam facebooknya itu.

Daisy mula tidak puas hati. Dia bangun lalu berdiri di hadapan suaminya.

“U ada betina lain erk?!” Daisy menolak badan suaminya.

Saiful geram. Dia terus bangun.

“I ke U yang ada jantan lain?!!” balas Saiful yang sudah terbeliak biji matanya itu.

Daisy terdiam.

“U ingat I tak tahu apa U buat selama I tak ada kat sini? Bukan main lagi erk jantan tu laa..jantan ni laaa!”

“Siapa yang buat cerita ni?”

“Siapa yang buat cerita tu U tak payah nak sibuk sangat! Bukan main U berlakon depan I kan? Kat belakang, berbatang-batang U taram!!” Saiful mula hilang sabar.

Daisy diam. Kali ni rahsianya sudah terbongkar. Hairan bagaimana suaminya itu tahu akan aktiviti liarnya itu!

“Nape diam? Nape diam?!!!”

Saiful menarik kuat rambut Daisy itu.

“Sakitla!”

“Sakit lagi hati I ni tau!”

Nafas Saiful turun naik.

“I rasa kita patut cerai.”

Daisy terlopong dengan kata-kata dari suaminya itu.


                                                                                          **********


Bukan main lagi mereka bertiga berborak saling bertukar cerita. Gelak ketawa silih berganti. Sesekali Hasya cuba curi memandang Yusuf. Ya! Dia selesa dengan lelaki itu.

“Rasa macam dah lewat dah ni. Elok lah kalau kita beransur pulang.” Kata Yusuf sambil memandang jam di tangan yang menunjukkan pukul 12.30 pagi.

“Eh, yelah..rasa macam cepat pula masa berlalu.” Raudhah menjerling memandang Hasya yang dari tadi asyik tersenyum aje.

“Saya minta diri dulu la. Korang berdua jangan lambat sangat balik. Anak dara tak elok duduk luar macam ni lewat malam.”

“Baiklah, Tengku.”

Yusuf mohon undur diri. Hasya yang dari tadi diam asyik memandang Yusuf sahaja.

“Oiitt! Dah..dah! Jom balik! Kang kena embun kang, demam pulak!” Raudhah bangun lalu menarik lengan Hasya.

Mereka berdua jalan seiringan ke tempat parking yang mula kekurangan kereta itu. Sunyi sepi!

“Cepat, Hasya. Gelap ni.” Kata Raudhah sambil berjalan laju ke arah keretanya.

“Jap la..kasut ni..”

“Tak faham aku! Malam keluar minum teh tarik aje pun sampai nak berkasut tinggi bagai..hmm”

Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang menutup separuh mukanya itu lalu terus mengacukan pisau ke leher Hasya.

“Aku nak duit!!”

Raudhah dan Hasya menjerit ketakutan.

“Diam!!!!! Korang jerit lagi aku bunuh kawan kau ni!” gertak lelaki itu.

Raudhah dan Hasya masing-masing dalam ketakutan.

“Bagi aku duit!”

“Kami tak ada duit!” jawab Raudhah berani.

“Tipu! Handbeg tu ape?! Bagi aku!”

Raudhah cuba main tarik tali dengan lelaki itu. Dia tak tahu keadaan itu lagi membuatkan Hasya dalam keadaan bahaya.

“Kau main-main dengan aku erk?”

“Lepaskan perempuan tu!” Muncul Yusuf di saat Hasya dan Raudhah memerlukannya.

Perompak yang berani itu semakin kuat memeluk Hasya.

“Kau rapat, aku bunuh dia!” perompak itu ugut.

“Please..”rayu Hasya yang sudah menangis ketakutan itu.

“Banyak mana kau nak?” tanya Yusuf sambil mengeluarkan dompetnya.

“semua dalam dompet kau tu!”

“Tamak betul kau erk? Meh amik sini”

Yusuf mengeluarkan beberapa keping duit lima puluh ringgit dari dompetnya. Perompak itu masih teragak-agak untuk berjalan ke arah Yusuf.

“Kau takut dengan aku ke? Perompak mana boleh takut-takut! Meh sini ambil duit dari aku ni haa..” Yusuf menayangkan beberapa keping duit di tangannya.

Menggeletar perompak itu berjalan ke arah Yusuf. Tanpa sedar Hasya terlepas dari pelukkannya. Dengan pantas Yusuf mengambil peluang menarik perompak itu lalu ditumbuknya berkali-kali. Perompak itu mengaduh sakit. Yusuf menarik kain yang menutup separuh muka perompak itu. Melayu! Yusuf menggelengkan kepalanya.

“Aku nak tanya kau. Kau rompak duit ni, kau nak buat apa?”

Perompak yang dalam lingkungan belasan tahun itu diam.

“Jawab bila aku tanya! Kau nak beli dadah ke?!” Yusuf mencengkam kolar baju budak hingusan itu.

“Nak beli ubat untuk mak. Mak sakit.”jawab budak itu tanpa skrip.

Yusuf mula tersentuh hatinya. Hasya dan Raudhah saling berpandangan.Budak itu mengesat airmatanya.

“Nah! Ambil duit ni.” Tanpa banyak cakap, Yusuf menghulurkan 4 keping duit lima puluh ringgit.

“Mak aiii banyaknya dia bagi..” bisik hati Hasya sambil mengurut lengannya yang masih sakit digenggam budak itu.

“Ha?” budak itu masih tak percaya.

“Ambil lah! Beli ubat mak dan buat belanja makan.”

Budak itu terus ambil dan terus lari meninggalkan tempat tersebut.

“Eh budak ni! Dapat duit terus lupa diri.” Jerit Raudhah.

Yusuf berjalan ke arah Hasya.

“Awak ok ke?”

“Saya ok. Tengku, banyaknya Tengku bagi duit tu. Tak takut ke dia tipu?”

“Saya tak rugi apa pun. Yang penting awak selamat dan dia gembira.”

“Hah?” Raudhah masih tak faham pendirian Yusuf itu.

“Dah, pergi balik.”

Yusuf teman Hasya dan Raudhah sehingga mereka berdua masuk ke dalam kereta.

“Raudhah, drive carefully. Hantar Hasya sampai depan rumah tau.”

“Insyaallah..”

Raudhah dan Hasya berlalu pergi. Yusuf berasa lega dapat selamatkan Hasya!
Last edited by momey on 15-1-2014 12:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:30 PM | Show all posts
nak lagi momey
bape hari dah takde entry
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:40 PM | Show all posts
momey posted on 15-1-2014 12:24 PM
Daisy mengenakan pakaian tidur. Suaminya yang sudah bermula cuti rehat itu sedang melayan internet d ...

adeh ayat berbatang2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 03:21 PM | Show all posts
yoozara posted on 15-1-2014 12:30 PM
nak lagi momey
bape hari dah takde entry

jap..br kuar dr klinik hukhuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 03:22 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 15-1-2014 12:40 PM
adeh ayat berbatang2

hakhak nakai niiii
babap kang!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 03:50 PM | Show all posts
Lagi......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2014 04:07 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 15-1-2014 03:50 PM
Lagi......

jap2..hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 04:12 PM | Show all posts
Daisy cuba memaut lengan Saiful namun Saiful dengan pantas menepisnya.

“Itu yang U nak kan?”

Daisy diam. Saiful mengambil beberapa helai baju di dalam almari lalu dibaling ke atas katil.

“U nak pergi mana?”

“Apa kurangnya I, Daisy? Apa U nak semua I belikan. Apa lagi yang U tak puas?”

Daisy diam kembali.

“I sabar je bila kawan-kawan I cerita pernah terserempak dengan U dengan mamat negro la..pakistan la.. U tahu apa yang I rasa time tu?”

Airmata jantan mula mengalir.

“I masih sabar. I bagi peluang dan harap U akan berubah. Tapi tak!”

“Listen here, sayang..” Daisy cuba memujuk Saiful.

“Sudahlah, Daisy. I tahu, keluarga I tak sekaya keluarga U. I tumpang kesenangan dari U.”

“Bukan itu maksud I..”

“Habis tu? U jadikan I mangsa untuk tutup kegiatan liar U tu? Macam tu?”

“I sunyi la, sayang.”

“Sunyi? Dulu masa I dapat tawaran kerja ni, U cakap U 100% sokong I. Sanggup susah senang bersama. Now? What happen now? Tell me!!!” jerkah Saiful melepas amarahnya.

Daisy menangis.

“I dah tak sanggup dah nak tanggup semua ni. Asyik makan hati tiap kali kawan-kawan ejek I ni dayus.”

“Bagi I peluang sekali lagi.”

“No!”

Saiful terus mengambil beg lalu menyimpan pakaiannya. Kemudian dia mengenakan kemeja dan seluar jeans.

“Jangan tinggalkan I..please..”

“Kita jumpa di mahkamah!” Saiful terus berlalu pergi keluar dari bilik.

“Sayang!!! Sayang!!!!” jeritan Daisy itu langsung tidak diendahkan.

Daisy terduduk. Menangis sendirian.


                                                                           **********


Beberapa minggu kemudian..

Jasir dan pembunuh Saif berjaya ditangkap! Berita ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati Hasya walaupun pengakhiran hubungan dia dan Saif bukan sebagai kekasih.

Bukan itu sahaja, malah semakin lama semakin rapat hubungan Yusuf dan Hasya. Di pejabat mahupun di luar pejabat! Ramai staf speku mereka berdua akan berakhir di jinjang pelamin!

Yusuf keluar dari biliknya.

“Encik Daud.. Cik Hasya.. dan Cik Latifa! Masuk bilik saya sekarang!” jerit Yusuf lalu masuk semula ke dalam bilik.

Mereka bertiga saling berpandangan sambil staff yang lain juga turut hairan. Masing-masing mengambil buku nota lalu masuk ke dalam bilik Yusuf.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 11:14 AM | Show all posts
sambungan pehlisss
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pleaseeee......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.111045 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list