CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2014 03:36 PM | Show all posts
yoozara posted on 16-1-2014 11:14 AM
sambungan pehlisss

hikhik jp nk smbung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2014 03:36 PM | Show all posts
cegitu posted on 16-1-2014 10:52 PM
Pleaseeee......

okey2 jap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 03:40 PM | Show all posts
Daisy dan Saiful keluar dari mahkamah serentak. Rumahtangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Saiful tekad untuk tetap menceraikan Daisy!

Daisy sempat menarik lengan Saiful.

“U nak ape lagi?!” Saiful cuba mengawal perasaan marahnya.

“I masih sayangkan U..”

Saiful mengenakan kacamata hitamnya lalu terus berjalan dengan ego meninggalkan Daisy keseorangan.


                                                                       **********


Hasya, Daud dan Latifa duduk di sofa. Kemudian Yusuf berjalan dari tempat duduknya lalu duduk di sofa bersama yang lain.

“Kita ada masalah besar ni. Tentang projek dekat Johor tu..” kata Yusuf sambil membuka beberapa fail.

“Maksud Tengku?” Hasya inginkan kepastian.

“Hmm..saya rasa Encik Daud boleh tolong saya. Encik Daud banyak pengalaman. Ok macam ni. Cik Latifa, tolong aturkan meeting urgent ni di pejabat tapak sana. Esok saya, Encik Daud dan Cik Hasya akan ke sana.” Terang Yusuf.

“Saya?”

“Cik Latifa tolong tengokkan office sementara saya tak ada dalam dua hari ni.”

“Dua hari?”

“Ya.”

Latifa semakin tidak puas hati.


                                                                       **********


Pada malam itu..
Di Pejabat, jam 9.30 malam.

Yusuf mengambil beberapa fail lalu masuk ke dalam bilik Hasya. Hasya yang tengah bertungkus lumus menyiapkan kerja ‘urgent’ itu langsung tidak memikirkan tentang masa yang tengah berjalan hampir tengah malam itu.

Yusuf berdiri bersebelahan Hasya sambil memandang Hasya menaip komputer. Dengusan nafas Yusuf menggetarkan jiwa dan raga Hasya.

“Minyak wangi apa la yang dia ni pakai sampai ke malam pun tak ubah baunya..hhmm” sempat lagi Hasya berbisik sendirian.

“Eh, silap tu!” Sebaik Yusuf ingin membetulkan ayat Hasya, dia hendak memegang ‘mouse’ tetapi terpegang tangan Hasya.

Bagai renjatan elektrik, Yusuf dengan pantas mengangkat tangannya.

“Allah..maafkan saya.” Ucap Yusuf yang sudah berdebar jantungnya itu.

Hasya terus bangun lalu memberi laluan pada Yusuf duduk ditempatnya. Hasya cuba berlagak seperti biasa. Padahal dalam hati, Ya Allah seronoknya bukan kepalang! Apa yang dia seronok pun tak tahu hikhik.

“Hasya, saya rasa kalau awak nak balik pergilah! Tinggal kita berdua je ni. Macam tak manis pula sebab hari makin larut malam.” Kata Yusuf sambil terus menaip di komputer.

“Tapi, banyak lagi yang belum settle ni..”

“Tak ape. Saya uruskan.”

“Betul ni?”

Yusuf terus memandang Hasya.

“Baik awak balik sekarang.”

Hasya mengangguk perlahan. Diambilnya handbeg di dalam almari.

“Tapi saya nak kena kunci bilik saya ni, Tengku..”

“Ya Allah, bilik awak ke ni? Adehh saya ingat bilik saya tadi hahaha.. jap lah! Awak tunggu kejap boleh? Nak siap dah ni..”

“Pulak? Adeh mamat ni. Nasib baik lah kau tu bos aku.” Bisik hati Hasya lalu duduk di sofa.

Tiba-tiba pintu bilik Hasya diketuk. Dengan serentak itu Yusuf dan Hasya saling berpandangan. Yusuf cakap tadi hanya tinggal mereka berdua sahaja! Siapa yang ketuk tu?


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 02:18 PM | Show all posts
erkk pencegah maksiat ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2014 07:03 AM | Show all posts
yoozara posted on 23-1-2014 02:18 PM
erkk pencegah maksiat ke?

jeng3... hahaha jap g momey smbung erk
nak mamam jap!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 02:19 PM | Show all posts
Cepat sambung taw...

Cik tungguu....debar sungguh....

hehehehehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2014 02:55 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 24-1-2014 02:19 PM
Cepat sambung taw...

Cik tungguu....debar sungguh....

alamak! hahaha punya pulun buat keja br tringat blom post lg haha
jap erk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2014 03:05 PM | Show all posts
Daisy memandang cermin dihadapannya. Ditenung anak matanya!

“Kenapa semua orang begitu kejam dengan aku? Salah ke kalau aku hanya minta kasih dan sayang dari orang yang aku cinta?”

Daisy membuka laci make-up nya. Diambil sebuah diary lama lalu dibuka. Kelihatan sekeping gambar yang sudah lama disimpannya. Gambar dia bersama Yusuf semasa bersama-sama belajar di Australia suatu ketika dulu.

“Aku sayang sangat kat kau. Aku sanggup buat apa saja untuk dapatkan cinta kau. Tapi kenapa selepas apa yang terjadi pada malam tu, kau terus tinggalkan aku?"

Daisy menangis. Diletakkan gambar itu di dadanya.

“Terimalah cintaku ini, Yusuf.. Aku dah tak sanggup kehilangan cinta kau lagi.”

Daisy tenung wajah Yusuf. Kemudian perlahan-lahan dia ketawa. Makin lama makin kuat.

“Lepas kau dapat apa yang kau nak, dah sedap bukan main terus kau tinggalkan aku erk??? Kau memang kejam!! AKu tau apa nak buat supaya kau jatuh ke tangan aku!”

Daisy mengambil gunting disebelahnya lalu ditikam-tikam gambar Yusuf itu.


                                                                    **********


Yusuf membuka pintu bilik yang diketuk hampir 3 minit itu. Suspen dibuatnya! Sebaik pintu dibuka, muncul wajah pak guard, Pak Amin dimuka pintu.

“Owh, Pak Amin. Ada apa-apa masalah ke?”

“Saya buat rondaan tadi. Pastu ternampak bilik Cik Hasya masih terpasang lampu. Saya risau jugak sebab yang lain dah balik.”

“Owh..ni haaa! Hasya ok je dengan saya. Tengah wat project report sikit. Ja gi dah nak balik dah ni.”

Pak Amin terjenguk-jenguk melihat Hasya di dalam bilik. Yusuf hairan.

“Nape, Pak Amin? Pak Amin risau saya apa-apa kan Hasya ke? Hahaha.."

Yusuf menoleh ke belakang.

"Hasya! Sini kau!” panggil Yusuf sambil menggamit tangan memanggil Hasya yang sedang duduk di sofa.

Hasya mengangkat keningnya sambil bangun dan berjalan ke pintu.

“Kenapa?”

“Pak Amin cari awak.”

“Hah?”

Hasya memandang Pak Amin. Pak Amin tersenyum melihat Hasya tidak diapa-apakan.

“Maafkan saya kerana mengganggu. Tapi, rasanya Tengku dan Hasya dah boleh balik sebab dah lewat rasanya dah ni. Dan tak manis rasanya berdua lama-lama. Faham kan maksud Pak Amin? Pak Amin anggap korang berdua dah macam anak-anak Pak Amin ja..”

“Saya faham. Saya tak salahkan Pak Amin. Jap saya settle sikit lagi. Pastu terus saya dan Hasya balik.”

“Ok.”

Pak Amin terus beredar. Yusuf memandang Hasya.

“Pak Amin macam tak pecaya kat saya je.. Muka saya macam muka perogol erk?” tanya Yusuf sambil menutup pintu.

“Haaa sudah! Dia tutup pintu pulak dah!” Hasya cuba berlagak seperti biasa. Control ketakutan.

Yusuf berjalan ke arah Hasya. Semakin dekat dan terus dekat. Mereka berdua berdiri bertentangan. Hasya tunduk. Langsung tidak memandang Yusuf.

“Hasya..”panggil Yusuf lembut.

Hasya menelan air liur. Dia masih tunduk! Beberapa minit kemudian Yusuf ketawa lalu ke meja semula dan terus sambung menaip.

“Hampeh! Saje je ko erk nak kenekan aku!” Hasya geram lalu duduk di sofa semula.

Yusuf memandang Hasya. Dia tersenyum sendirian.

“AKu tak akan apa-apa kan kau. Kau bukan macam perempuan lain.” tersenyum Yusuf memandang Hasya yang menyebokkan diri membaca majalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2014 03:21 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Matanya sudah berpinau. Dia melihat Hasya tertidur di sofa. Setia menunggunya yang dijanjikan tadi pulang awal tetapi? Yusuf menutup computer selepas selesai di’save’kan di dalam pendrive. Yusuf membuka tali leher. Kemudian dia berjalan ke sofa.

Perlahan-lahan dia duduk di sebelah Hasya. Lembut wajah gadis di hadapannya itu. Mulus! Ringan tangannya bergerak mahu memegang tangan Hasya yang putih merah itu.

“Astaghfirullah..Astaghfirullah..”

Cepat Yusuf istighfar sebelum syaitan mengarahkannya buat lebih-lebih! Yusuf mendekatkan mulutnya ke telinga Hasya.

“Hihihihihi Hihihihihi” Yusuf mengilai di telinga Hasya.

“Arghhhh!!!” Hasya terkejut dan takut! Disangkanya hantu betul. Hantu handsome yang bernama drakula gitu! Hikhik

Terjatuh sofa Hasya dibuatnya. Yusuf ketawa.

“Tengku buat apa ni? Takut saya..” Hasya perlahan-lahan bangun sambil mengosok perlahan bontotnya.

“Hahaha..dah jom balik!”

Yusuf mengambil beg dan blazernya.

“Hah? Pukul 2.00 pagi??”

“Dah jom! Esok nak gerak awal kan? Kang tak pasal terlepas meeting.”

Hasya mengikut Yusuf keluar dari bilik itu lalu terus menguncinya.


                                                                     **********


Hasya dan Yusuf masuk ke dalam lif.

“Parking mana?” Tanya Yusuf sambil mengambil kunci di dalam poket seluarnya.

“B2..”

“Owh, saya B1. Nak saya temankan ke?”

“Eh, tak pe Tengku. Saya ok!”

“Betul?”

“A’ahh..”

“Tak takut hantu? Dah lewat malam ni..”

“Ishh mamat ni! Celupar gila mulut!”

Yusuf ketawa.

“Betul tak nak saya teman ni?” sekali lagi Yusuf tanya lalu lif di level B1 terbuka.

“Saya ok.” Terketar Hasya jawab.

“Kalau macam tu, elok-elok. Esok kita jumpa”

Yusuf terus keluar lif lalu meninggalkan Hasya keseorangan. Pintu lif tertutup. Sunyi! Beberapa saat kemudian pintu lif kembali terbuka. Dengan cepat Hasya berjalan menuju ke keretanya. Perkataan ‘hantu’ masih terngiang di telinganya.

“Dah la suruh teman sampai lewat pagi, pastu nak takutkan aku plak! Hampeh betul! Arghhhh!!”

Hasya membuka pintu kereta. Enjin mula dihidupkan. Sekali lagi dihidupkan.

“Damn!!!!”

Enjin keretanya tidak dapat dihidupkan. Macam biasa! Kereta yang selalu bawa masalah. Tetapi kereta tu jugak lah yang dia sayang! Matanya mula melilau memandang sekeliling. Sunyi dan kosong! Tiba-tiba bulu romanya berdiri tegak!

“Ya Allah..”

Hasya memang seorang yang penakut! Memang penakut! Haram satu cerita hantu langsung dia tak tengok. Risau terbawa dalam mimpi!

Dengan tangan yang terketar dia mengambil handphone di dalam handbeg. Dia dapat rasa seperti bunyi berdengus di telinga kirinya. Sambil mulut tak berhenti berwirid, sambil tu dia cuba menghubungi Yusuf. Yusuf sahaja yang berada difikirannya ketika itu.

Panggilannya dijawab!

“Saya takut..” terketar-ketar Hasya dibuatnya.

“Tunggu jap. Saya pegi sana sekarang. Tunggu tau!”

Hasya mematikan talian. Tanpa sengaja dia menangis. Takut sangat nampaknya tu! Beberapa minit kemudian, Yusuf datang dengan keretanya. Dengan pantas Yusuf parking keretanya bersebelahan kereta Hasya. Dia keluar dari kereta dan terus memandang Hasya yang masih menutup mukanya dengan bantal kecil.

“Hasya..Hasya!” panggil Yusuf sambil mengetuk tingkap bersebelahan Hasya.

Hasya terkejut. Dia memandang Yusuf disebelahnya. Merah muka dan matanya akibat menangis ketakutan.

“Bukak pintu ni!”

Hasya mengikut arahan Yusuf. Sebaik pintu dibuka, Hasya terus keluar lalu terus memeluk Yusuf! Erat sekali pelukan itu. Semasa di dalam pelukan itu, Yusuf dapat merasakan degupan jantung Hasya yang begitu kuat sekali degupannya.

“Shhhh..”

“Takut..takutt..” Hasya masih di dalam dakapan Yusuf.

“Jom saya hantar awak balik.”

Hasya diam. Masih memeluk Yusuf.

“Hasya, jom saya hantar awak balik.”

“Saya takut..”

“Ye, saya tahu. Jom kita balik.”

Perlahan-lahan pelukkan dileraikan. Yusuf membawa Hasya masuk ke dalam keretanya. Kemudian dia mengambil handbeg Hasya di dalam kereta lalu dikunci kereta Hasya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 07:04 PM | Show all posts
hehehehe...next
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Next.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Next please....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 09:45 AM | Show all posts
ok! jap nk smbung erk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 09:53 AM | Show all posts
Yusuf memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar rumah Hasya. Hasya masih tertidur. Dia memandang wajah mulus itu. Tersenyum!

"Geramnya aku tengok budak kecil molek ni. Cubit pipi tu kang! Tapi... kita hanya ditakdirkan hidup sebagai kawan sahaja, Hasya."bisik hati Yusuf lalu mengeluh perlahan.

“Hasya..” panggil Yusuf sambil menggoyangkan sedikit bahu Hasya. Hasya terjaga.

“Dah sampai rumah awak dah ni.”

Hasya menggosok kedua biji matanya. Kemudian dia memandang Yusuf disebelah.

“Dah sampai ke?” Hasya masih dalam mood mengantuk.

“Yeee..dah sampai intan payung..”

Hasya terus memandang Yusuf. Motif Yusuf panggil dia intan payung? Yusuf ketawa sendirian.

“Dah sampai ni. Pergilah masuk.” Kata Yusuf selamba sambil membetulkan tali pinggang keledarnya.

“Saya dah banyak menyusahkan Tengku.”

“Eh, tak de lah. Selagi saya mampu, saya akan tolong.”

“Terima kasih banyak-banyak, Tengku.”

“Ya.. Elok-elok tu masuk dalam rumah. Sebelum tidur, basuh kaki tu dulu. Kang tak pasal-pasal mimpi hantu!”

“Ishhh..tak habis-habis nak usik aku la dia nii!” Hasya geram.

Hasya diam. Namun dia sedikit tersenyum apabila melihat lelaki baik dihadapannya itu turut senyum memandangnya.

“Jumpa esok insyaallah. Saya balik dulu erk.”

Hasya mengangguk lalu Yusuf terus berlalu beransur pulang.

“Lelaki ni buat aku jatuh cinta!”


                                                                     **********


Pada keesokkan harinya.

Seawal pagi Hasya bangun. Siapkan diri dengan kemas dan wangi. Mahu jumpa Yusuf katakan! Eh, seronok nampak! Seolah Yusuf itu teman lelakinya pulak. Tiba-tiba hon kereta bunyi. Cepat Hasya mengintai di balik jendela. Tak sabar nak berjumpa dengan Yusuf!

“Encik Daud je? Mana Yusuf?”

Semalam dalam perbincangan, Yusuf dan Daud akan datang bersama dan akan mengambilnya di rumah. Hasya mengambil beg pakaiannya lalu keluar rumah. Pintu dikunci dan perlahan-lahan dia berjalan ke arah Daud.

“Encik Daud sorang je ke?” tanya Hasya lalu masuk ke dalam kereta.

“Kita terpaksa pergi berdua ke johor.”

“Ha? Tengku mana?”


                                                                        **********

Sunyi! Dalam fikiran Hasya masih terbayang akan wajah Yusuf.

"Demam? Tu laaa..kaco aku sangat semalam. Kang merasa lah kau hikhik.." Hasya tergelak sendirian.

"Amboi, apa yang bermain dalam fikiran tu? Sampai tergelak ni.." tegur Daud yang sedang memandu itu.

"Tak ada apa-apa lah. Encik Daud, petang ni pas meeting kita pegi melawat Tengku nak?"

Dalam ketawa dia masih risau akan keadaan Yusuf itu.

“Boleh je. Lagipun meeting ni pukul 3 tak salah saya dah boleh settle dah. Lepas tu kita balik singgah rumah Tengku jap.”

“Ok.”

Hasya berbunga riang. Tak sabar rasanya nak jumpa kekasih hati! Ha?? Dah gila bayang nampaknya si Hasya ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 09:55 AM | Show all posts
Selepas solat Subuh tadi, Yusuf kembali baring di atas katil. Lemah betul badannya ketika itu. Panas dan berpeluh!

“Ya Allah..aku redha akan sakit yang aku tanggung sekarang ni..”

Yusuf menjamah secubit roti gardenia putih lalu terus mengambil penadol dua biji lalu ditelannya. Diteguk setengah air masak lalu dia baring semula. Mengambil selimut lalu menutup keseluruhan tubuh.

Waktu sakit sebegini, terus terbayang akan wajah ibu kesayangannya.

“Ibu..” bergenang air mata dibuatnya!


                                                                       **********


Hasya dan Daud sama-sama masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kedatangan Daud nampaknya tidak sia-sia. Semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan pantas.

Hasya, masih sempat bermain mesej dengan Yusuf!

[ Assalammualaikum.. Encik Daud bagi tahu saya Tengku tak sihat.. Tengku dah makan ubat ke? ]

Hasya tunggu! Tunggu dan berharap Yusuf membalas mesejnya.

[ Waalaikummussalam. A’ah. Ini lah akibatnya usik orang sangat kan? Hikhik.. Saya dah makan ubat. Jgn risau k.. ^_^ ]

“What??? Dia balas la.. siap smile lagi..hikhik” Hasya seronok mesejnya dibalas.

[ jg diri tau.. ]

[ Insyaallah..thanks! ]


Hasya tersenyum sendirian. Kemudian dia menyimpan handphonenya semula di dalam handbeg. Rasa tak sabar pula nak jumpa petang nanti!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 12:11 PM | Show all posts
ckit utk lunch ari ni
mnum air je hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2014 12:15 PM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari..

Yusuf terjaga dari tidur. Kepalanya masih berat dan panas badannya agak sedikit berkurangan. Diselaknya selimut lalu bangun turun menuju ke dapur. Sebaik sahaja dia hendak membuka pintu peti ais, dia terdengar bunyi nafas yang membuatkan nafsunya turun naik.

“Hai sayang..”

Yusuf dipeluk dari belakang. Terkejut bukan kepalang! Dengan pantas dia meleraikan pelukan itu dan terus menoleh ke belakang.

“Daisy?”

Daisy tersenyum. Dengan hanya memakai gaun singkat paras paha dia sandar ke dinding. Kaki disilangkan.

“Macam mana U masuk rumah I ni?”

“Seksi pula I tengok U pakai boxer merah ..urmmm”

Daisy bermain lidah lalu mengenyit sebelah matanya. Dia cuba menyentuh pipi Yusuf, namun ditepis pantas.

“I rasa baik U keluar.”

“Tak nak..”

Daisy memang degil. Yusuf yang masih lemah itu terus berjalan menuju ke ruang tamu. Daisy mengikutnya dari belakang.

“Sayang.. I rindukan U la!” Daisy menarik lengan Yusuf.

“U nak ape lagi ni?”

Daisy merenung tajam memandang Yusuf.

“U tanya I apa yang I nak lagi? U tahu tak apa yang U dah buat pada I?”

“Kisah lama!”

“Kisah lama U cakap? U penyebab hidup I hancur!”

“Tak payah nak berdrama la..”

Yusuf mengambil setin air 100plus lalu menutup pintu peti ais semula.

“Dengar sini, Yusuf!” jerit Daisy sambil memegang muka lelaki dihadapannya itu.

Yusuf dan Daisy bertentang mata.

“I dah serah semuanya pada U. Semuanya! Kenapa susah sangat U nak terima cinta I?” mata Daisy berkaca.

“I tak sengaja. I'm sorry.”

“Bukan ini jawapan yang I nak.”

“Bukan niat I nak..noda diri U! Cuma masa tu I dalam keadaan tak sedar. Mabuk!”

“Tapi U cakap U nak bertanggungjawab!”

“I tak cintakan U!”

“Kenapa?! Kenapa? Kenapa sayang? Kenapa?!”

“Sebab memang I tak cintakan U. Pasal malam tu memang I betul-betul mabuk! Diluar kawalan.”

“U tak boleh buat I macam ni!”

“Please!”

“U nak lepas macam ni aje ke?”

“Please, Daisy! Keluar..”

“I nak U kahwin dengan I!”

“U dah gile ke? U kan isteri orang!”

“I dah bercerai.”

“What?”

“Sebab U!”

“Memang dasar perempuan jalang!”

Daisy terus menampar pipi Yusuf. Yusuf diam tidak balas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 07:00 PM | Show all posts
Terima kasih Momey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 07:09 AM | Show all posts
cegitu posted on 27-1-2014 07:00 PM
Terima kasih Momey....

sama2 dear...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 09:26 AM | Show all posts
Danial menulis nama Yusuf di kad kahwin adiknya itu.

“Abang ni baik sangat! Nah, amik kad ni tulis semua nama panggilan ni erk..”

“Amboi, amik kesempatan nampak!”

Danial mencubit manja pipi adik bongsunya, Nina itu.

“Sakitlah..”

“Pas ni dah tak leh manja-manja dengan abang macam ni lagi tau. Awak tu dah nak jadi isteri orang.”

“Eleh..adik beradik kot kalu nak bermanja pun”

“Manja ngan suami dah lerrrr..”

“Hikhik..Abang, nak tanye boleh?”

“Ape?” tanya Danial sambil menyambung menulis nama tetamu di kad jemputan kahwin.

“Siapa kawan abang kat Austalia dulu tu? Yusuf ke ape ke nama dia..”

“A’ah, Yusuf. Nape?”

“Haa..betul la! Macam mana kes dia? Dah selesai ke?”

“Belum. Dia takut nak jumpa doktor.”

“Sian dia kan?”

“Kesian? Salah dia jugak! Siapa suruh nakal sangat rosakkan anak dara orang kan?”

“Tak baik abang cakap macam tu tau. Semua orang pernah buat salah.”

“Betul ape abang cakap.”

“Betul memang betul tapi kalau dia dengar, tak ke kecik hati dia. Nak tegur pun ada cara tauu..jangan sampai hilang kawan!”

“Hmmm..”

“Abang kena tolong dia. Kalau dia tak mampu sendirian, pergi teman dia. Orang macam tu perlukan sokongan.”
Terdiam Danial mendengar nasihat dari adiknya itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.079600 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list