CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 28-1-2014 10:37 AM | Show all posts
Sebaik sahaja Yusuf hendak membuka pintu peti ais, sekali lagi dia di halang Daisy.

“I jadi macam ni semuanya sebab U! Sebab U!”

“Bodoh! Hancurkan diri sendiri kerana cinta yang tak berbalas.” Yusuf makin malas melayan Daisy.

“I cintakan U, Yusuf!”

Yusuf menarik lengan Daisy. Dibawanya Daisy keluar dari rumah.

“Sakit la!”

Daisy mengusap lengannya yang digenggam kuat Yusuf itu.

“Rasanya kita dah tak ada apa-apa yang nak dibincangkan.”

“U faham tak U lelaki pertama yang ragut dara I? U faham tak?!!!”

“So?”

“I nak U bertanggungjawab!!”

“I rasa better U balik la.”

“Ke U nak I umumkan 1 Malaysia bahawa U ada AIDS???”

Yusuf diugut. Terus matanya membulat. Daisy mula tersenyum lebar.

“Berambus!”jerkah Yusuf menahan sabar dari menampar pipi Daisy.

“Hahahaha..takut ke?”

“Berambus! Berambus!!” Yusuf terus menolak Daisy sehingga ke luar pagar.

“Si Caroline macam mana? Dah mati ke dia?”perli Daisy sambil tersenyum sinis.

Yusuf masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu. Daisy yang masih ketawa keseorangan berjalan masuk ke dalam kereta.

Yusuf terduduk. Perlahan-lahan airmata mengalir keluar. Bukan tangisi takut mati menjelma tetapi, terus dibayangi dosa-dosa yang lampau. Penuh noda!

Tiba-tiba handphonenya berdering. Dia bangun lalu mengambil handphonenya di atas meja kopi.

“Danial?”


                                                                      **********


Daisy terus menerus ketawa bagaikan perempuan gila meroyan sambil memandu kereta. Seronok dia dapat menyakitkan hati Yusuf.

“Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain boleh dapat!”

Daisy mula mendail nombor. Panggilannya dijawab.

“Kau kat mana, Roy? Makan aje keje ko erk? Jumpa kat tempat biasa! Sekarang tau!”

Daisy terus mematikan talian dan terus membelok ke arah kanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2014 12:22 PM | Show all posts
matila je la watak daisy
meluat menyampah dah ..sawan + meroyan daisy nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 12:30 PM | Show all posts
yoozara posted on 28-1-2014 12:22 PM
matila je la watak daisy
meluat menyampah dah ..sawan + meroyan daisy nie

nnti mati la tu hikhik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 01:07 PM | Show all posts
momey posted on 28-1-2014 04:30 AM
nnti mati la tu hikhik..

bagus
hahahha

jahat plak haku nie

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2014 11:13 AM | Show all posts
yoozara posted on 28-1-2014 01:07 PM
bagus
hahahha

jap nk smbung ckit sblom cuti raya cina ni hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2014 11:19 AM | Show all posts
Yusuf menjawab panggilan dari Danial itu.

“Assalammualaikum.” Danial memberi salam.

“Waalaikummussalam.”

“Bro, lemah ja ni. Demam ke?”

“Lebih kurang macam tu la.”

“Ke kau ada masalah lain?”

“Hm...Daisy.”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia ugut aku! Dia cakap kalau aku tak kahwin dengan dia, dia nak sebarkan pada semua orang yang aku ada AIDS. Aku buntu la, bro!”

“Ha? Habis tu kau cakap ape?”

“Aku malas la nak layan dia. Aku tengah serabut gila ni! Habis aku..”

“Macam ni. Aku faham kau tengah tak sihat sekarang ni. Yang pertama aku nak tanya kau, bila kau nak pergi jumpa doktor ni? Sampai bila nak jadi tanda tanya?”

Yusuf diam.

“Yang kedua, kalau dia kata kau ni ada AIDS kan, kenapa dia nak gak kau kahwin dengan dia erk? Kau nampak tak permainan dia? Orang waras ni kalau tahu orang tu ada penyakit boleh bawa maut, bodoh kot kalau terima orang tu kan?”

Yusuf terus berdiri. Adakah Daisy memperbodohkan dirinya selama ini?

“Tapi.."

“Macam ni la. Aku nak kau pergi jumpa doktor buat pengesahan dulu. Kukuhkan lagi fakta yang ada.”

“AKu takut la, bro. Kalau betul aku ada AIDS macam mana?”

“Pergi check dulu apa-apa pun.”

“Eh, tujuan kau call aku ni ada apa hal?”

“Sembang punya baik last-last baru tanya aku erk? Hahaha..aku call ni sebab nak jumpa kau la. Nak jemput datang kenduri adik aku kahwin.”

“Uishh ingat kau nak kahwin sorang lagi hahaha”

“Hamboi..nanti kau dah kahwin, baru kau tahu nikmatnya ada isteri ni. Pengorbanannya buatkan kau tak sanggup tinggalkan dia sendirian.”

Yusuf terus terbayang akan wajah Hasya.

“Hello..Hello.. Yusuf!”

“Oiii..aku ada lagi ni ha! Bila kau sampai sini?”

“Ingatkan dah ke angkasa lepas dah hahaha..semalam aku sampai dalam pukul 8.00 malam macam tu. Nanti kita jumpa kita borak lama sikit erk.”

“Boleh aje.”

“Ingat pesanan aku. Pergi jumpa doktor. Tawakal dan redha apa jua keputusan. Belajar dari kesilapan yang lalu.”

“Thanks, sahabat. Insyaallah, aku akan pergi jumpa doktor nanti.”

“Ok. Apa-apa aku roger balik erk.”

“Ok.


                                                                              **********


Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.

Daud dan Hasya berjalan serentak masuk ke halaman rumah Yusuf. Perlahan-lahan Daud mengetok pintu. Beberapa minit kemudian pintu dibuka. Kelihatan Yusuf dalam keadaan kusut masai dan tidak bermaya. Terkejut Hasya melihat keadaan Yusuf ketika itu.

“Ya Allah..Tengku ok tak ni?” tanya Daud yang juga mengambil berat akan anak arwah sahabatnya itu.

“Saya ok sikit. Masuklah.”

Yusuf tersenyum memandang Hasya. Hasya dan Daud masuk ke dalam rumah. Bersih rumah Yusuf! Tersusun rapi.

“Tengku dah makan ke?” tanya Hasya sambil meletakkan handbegnya di atas sofa.

“Tak ada selera nak makan.”

“Eh, Tengku nak ke mana tu?”

“Nak ke dapur buatkan air.”

“Eh, tak payah. Biar saya buatkan.” Jawan Hasya lalu berjalan menuju ke dapur meninggalkan Daud dan Yusuf berduaan.

Yusuf perasan Daud dari tadi memandangnya.

“Nape uncle pandang saya macam tu?”

“Nampak macam sesuai kamu dengan si Hasya tu.”
Yusuf ketawa kecil.

“Saya serius ni, Yusuf. Kamu tu pun dah nak masuk 3 series dah kan? Bila lagi?”

“Belum ada jodoh lagi la, uncle.”

“Jodoh kena cari. Tak payah susah-susah. Depan mata pun ada.”

“Sape?”

“Eh, budak ni.. si Hasya tu la!”

“Takut dia yang tak nak kat saya..hahaha”

“Dia budak baik! Uncle suka cara dia.”

Yusuf diam. Daud sebenarnya tak tahu apa yang tersirat sebenarnya!

“Kalau dah berkenan, bagi tahu uncle. Boleh pergi merisik dia nanti.”

“Eh, nanti uncle! Adeh..berderau darah saya ni. Benda macam ni tak boleh buat main-main, uncle.”

“Sebab tu uncle nak kamu buat keputusan dengan cepat. Sebelum orang lain sambar!”

Yusuf kembali diam. Tiba-tiba handphone Daud berdering. Daud memberi isyarat untuk menjawab telefon di luar rumah.

Yusuf menoleh ke arah dapur.

“Lamanya! Apa dia buat?” Yusuf perlahan-lahan bangun lalu berjalan menuju ke dapur.

                                                            
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2014 11:26 AM | Show all posts
Daisy membuka cermin tingkap keretanya. Roy, orang suruhannya memberi satu keping sampul sambil tersenyum.

Daisy membuka sampul itu lalu membelek beberapa keping gambar.

“Cepat betul kau buat keje erk? Aku baru je nak tanya kau..”

“Saya professional kot!”

“Heh?”

Daisy masih membelek setiap gambar itu.

“Betina ni budak mane?”

“Satu opis dengan Tengku Yusuf jugak, bos!”

“Owh yeke? Tak perasan pula aku time aku pegi ofis dia hari tu.. Eh, jap! Aku dah ingat. Betina ni pernah ada dalam bilik Yusuf masa aku terjah bilik dia hari tu. Hmmmm not bad!”

Roy tersengih.

“Bos.. fuluss!” Roy menghulurkan tangannya.

Daisy memandang Roy.

“AKu ingat laa..jap!” Daisy mengeluarkan seikat duit rm50 lalu dihulurkan pada Roy.

“Lebih pada cukup aku bagi! Sekarang berambus.”

“Thank you, bos!” Roy mencium duit itu lalu terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju.

Daisy memandang sekeping demi sekeping gambar Hasya di tangannya itu.

“Rupanya kau yang curi ‘cinta hati’ aku erk?”

Daisy geram. Diketap bibirnya rapat-rapat.


                                                                 **********


Perlahan-lahan Yusuf melangkah masuk ke dapur. Tanpa Hasya sedari, dia diperhatikan. Yusuf diam berdiri memandang Hasya sibuk membuat bubur dan menyiapkan air kopi. Langsung tak nampak kekok!

“Ya Allah.. betul aku tak tipu yang aku sudah jatuh hati padanya. Tapi.. aku tak sanggup hancurkan cintanya. AKu tak sebaik yang dia sangkakan. Usirkanlah perasaan cinta dan sayang ini, Ya Allah..” bisik hati Yusuf sambil terus memandang Hasya.

"Ehem..ehem!” Yusuf berdehem lalu duduk dikerusi makan di situ.

“Ya Allah, terkejut saya. Kejap ye, Tengku. Nanti bubur dah siap, saya hidangkan untuk Tengku.”

“Rajinnye! Nak dapat markah lebih erk?”

“Sampai hati Tengku cakap saya macam tu. Saya buat ikhlas la..” padahal dalam hati rasa berbunga aje dapat buat bubur untuk orang yang tersayang!

“Hmmm..bertuah sapa yang dapat memperisterikan awak ni.”

“Tak bertuah mana pun. Saya ni biasa-biasa je..”

Yusuf memandang Hasya. Hasya perasan dirinya dipandang.

“Kenapa Tengku pandang saya macam tu? Rasa tak selesa pula saya..”

Yusuf bangun. Dia berjalan menuju ke Hasya. Hasya berdiri langsung tak bergerak. Kemudian mereka berdua bertentangan mata.

“Cantik sangat ciptaanMu..”bisik hati Yusuf sambil tersenyum memandang Hasya di hadapannya itu.

“Ermm..” Hasya makin tidak selesa apabila Yusuf semakin dekat menghampiri dirinya.

Masing-masing memendam perasaan. Terbit rasa cinta dan sayang! Namun tidak dapat diluahkan.
Sebaik sahaja Yusuf hendak memegang tangan Hasya..

“Err Yusuf!”

Kehadiran Daud mengejutkan mereka berdua. Nasib baik Yusuf belum sempat memegang tangan Hasya. Dengan cepat dia berpaling ke belakang.

“Ada apa, uncle?”

“Uncle dah nak kena balik la pula. Anak uncle yang bongsu tu tak sihat. Nak kena bawa gi klinik jap. Eh, Hasya masak ke?”

“A’ah.. sedap baunya kan?” puji Yusuf.

“Bertuahnya.. Cepatlah Yusuf masuk meminang Hasya ni. Ada orang jaga makan minum kita..pakai kita.. best!”

“Eh uncle ni..”

Hasya diam tertunduk malu! Padahal dalam hati dah lompat galah siap bagai dah seronok disokong kuat Daud itu.

“Saya dah nak balik ni. Hasya macam mana? Nak saya hantarkan ke?”

“Tak pe, uncle. Hasya nanti saya call Raudhah minta dia datang ambil Hasya kat sini.” Yusuf tolong jawabkan!

“Owh..ok lah macam tu. Jaga diri. Tak elok berdua dalam rumah ni. Pastu, jangan buat sampai jiran syak yang bukan-bukan pulak ye..”

“Tahu..”

Daud berlalu pergi meninggalkan Yusuf bersama Hasya di dapur berkonsepkan moden itu.Yusuf menongkat dagunya sambil memandang Hasya.

“Adeh, rasa macam dah menikah la plak..siap masak bagai hikhik” bisik hati Hasya sambil tersengih sendirian.

“Aippp! Pikir ape tu sampai tersengih? Tak mo nakal-nakal yee..” usik Yusuf lalu memeluk tubuh.

“Adelahhh..”

Hasya memandang Yusuf. Mereka berdua berbalas senyuman. Ya, mereka saling berbalas perasaan di dalam hati!


                                                                  **********


Yusuf sengaja membiarkan pintu rumahnya terbuka. Lagipun waktu hampir menuju ke maghrib. Hasya meletak sebuah mangkuk kecil yang berisi bubur dan secawan air kopi diatas meja di ruang tamu itu.

“Makanlah. Tak sedap diam-diam aje tau”

“Confirm sedap!"

Yusuf mengangkat mangkuk bubur itu. Perlahan-lahan dia mamah dan.. tawar! Dia memandang Hasya.

“Sedap tak?” tanya Hasya teruja.

“Sedap. Sedap..” Yusuf menyambung makan bubur itu.

Hasya tersenyum.

“Tawar kan?”

Yusuf terus memandang Hasya. Rupanya memang dia sengaja tawarkan bubur itu!

“Tengku kan demam. Lagipun saya letak garam sikit je.”

Yusuf hanya tersenyum. Risau jika dia cakap lebih-lebih akan menyakitkan hati Hasya pula nanti. Hasya tak makan. Dia tengok Yusuf makan pun dia dah rasa kenyang. Berselera betul Yusuf makan. Licin mangkuk tu!

“Alhamdulillah. Sedap sangat! Tak pernah saya rasa masakan sesedap bubur ni. Ni baru masak bubur kan, masak lain tak tahu lagi..” puji Yusuf bukan main lagi sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangan.

“Amboi, bukan main lagi puji aku. Macam perli aku pun ada gak ni!” bisik Hasya sambil memandang Yusuf yang tengah minum air kopi itu.

“Saya nak tanya Tengku  boleh?”

“Boleh. Tanyalah..”

Mereka berdua bertentangan mata.

“Tengku tak teringin nak kahwin ke?”

Soalan itu menyebabkan Yusuf terdiam. Azan maghrib terus berkumandang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2014 11:38 AM | Show all posts
Daisy menuju ke rumah kawan baiknya, Intan di Bukit Damansara. Pintu rumah diketuk. Tidak berjawab. Dia cuba pula memetik loceng yang telah disediakan. Tiba-tiba pintu dibuka. Muncul Intan dengan memakai baju tidur.

“Amboi, awal pakai baju tidur?”

Intan tersengih sambil membuka manga grillnya. Kemudian muncul seorang lelaki berbangsa Inggeris di belakang Intan dengan berpakaian kemas.

“Thank u so much dear..” ucap lelaki itu lalu terus mengucup bibir Intan tanpa segan silu di hadapan Daisy.

Lelaki itu kemudian tersenyum memandang Daisy lalu terus pergi meninggalkan mereka berdua.

“Makan sorang nampak!”

“Yang tu aku punya yeee..takleh kongsi dengan kau!”

“Kedekut!” Daisy mencubit lengan Intan.

“Kaya wei! Ada syarikat minyak tuuu”

“Wowww!!! Dia tak ada member sekapal gak ke?”

“Ada! Nanti aku rekemen kat kau ok?”

“Cantik!!”

“Eh, masuk la..tak kan nak sembang kat luar je. Hahaha”

“A’ah lupa pula nak masuk. Handsome sangat boyfriend kau tu..”

“Kan?”

Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Daisy merebahkan punggungnya diatas sofa. Kemudian dia berasa seperti ada sesuatu yang diduduknya.

“Kondom? Wei!! Hhahaha agak-agak la oiiii..eeeeee”

Daisy baling kondom terpakai itu di dalam tong sampah kecil di hujung sudut.

“Hahahaha sorry beb! Tak sempat. Nah!”

Intan menghulurkan segelas wisky pada Daisy. Daisy menyambut gelas itu tetapi diletaknya di atas meja. Kemudian dia ke sinki lalu membasuh tangannya.

“Ada apa kau datang cari aku ni?” tanya Intan lalu menghidupkan rokoknya.

“AKu dah dapat tahu siapa yang jadi dalang antara aku dan Yusuf!”

Intan menghembuskan asapnya ke udara.

“Motif kau nak dapatkan Yusuf jugak? Sudah-sudahlaaa..dia tak cintakan kau pun”

“Tapi aku cintakan dia!”

“Tak cukup! Perkataan cinta itu pun dah cukup suci bagi pasangan yang saling menyintai.”

Daisy membulatkan matanya.

“Sejak bila kau jadi doktor cinta ni?”

“Sejak aku jumpa Michael tu la! Dia dah banyak ajar aku pasal cinta. Dan..dia cakap nanti dia akan jumpa mak ayah aku nak hantar rombongan!”

“What? Serius?”

“Ya!”

Daisy ketawa. Intan sambung hisap rokok.

“Betul kau serius ni? Setahu aku kau ni susah nak jatuh hati”

“Sebab tu aku cakap tadi, Michael dah banyak ubah cara hidup aku.”

Intan mengetuk rokok lalu abunya jatuh masuk ke dalam bekas khas.

“Yusuf tak layak untuk kau. Dia baik, kau tu jahat!"

“Aku nak dia jugak!”

Intan menggelengkan kepalanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 02:47 PM | Show all posts
alaaaa nak lagi momey
mane sukup
cuti 3 hari ..lame tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2014 02:52 PM | Show all posts
yoozara posted on 30-1-2014 02:47 PM
alaaaa nak lagi momey
mane sukup
cuti 3 hari ..lame tu

alaaaaaa..idea abis la plak hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2014 11:06 PM | Show all posts
ni mesti sebenarnya yusuf x de AIDS kn
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2014 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 11:46 AM | Show all posts
Yusuff tertipu dgn permainan daisy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 12:14 PM | Show all posts
sejuk posted on 30-1-2014 11:06 PM
ni mesti sebenarnya yusuf x de AIDS kn

ermmm..hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 12:14 PM | Show all posts
cegitu posted on 1-2-2014 02:55 PM
Sikit sangat...

jap g momey smbung ckit erk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 12:15 PM | Show all posts
nallepooh posted on 2-2-2014 11:46 AM
Yusuff tertipu dgn permainan daisy...

jeng jeng jengggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2014 12:19 PM | Show all posts
Yusuf bangun lalu berjalan ke kolam ikan. Dia mengambil sepeket makanan ikan lalu dilontar sedikit demi sedikit ke dalam kolam di hadapannya itu.

“Soalan aku sensitif sangat ke?”

Hasya bangun lalu berjalan dan berdiri di sebelah Yusuf.

“Saya minta maaf kalau soalan saya tadi ada membuatkan Tengku tersinggung.”

Yusuf menoleh lalu memandang Hasya.

“Tipu kalau saya cakap saya tak nak kahwin. Saya pun macam manusia lain yang perlukan belaian kasih..sayang dan saya juga ada nafsu!”

Hasya diam. Baru sahaja Yusuf hendak pegang tangan Hasya, kedengaran enjin kereta yang agak kuat masuk ke perkarangan rumah Yusuf itu. Sekali lagi hajat Yusuf itu tidak kesampaian.

“Haii!!!” jerit Raudhah lalu berlari anak ke arah mereka berdua.

Yusuf dan Raudhah tersenyum memandang Raudhah yang keanak-anakkan itu.

“Amboi, mesra nampak!” perli Raudhah sambil tersenyum sinis memandang Yusuf.

Yusuf hanya tersenyum lalu berjalan menuju ke paip air.

“Dah ke?”

“Dah ape nye?” Hasya hairan dengan soalan Raudhah itu.

“Korang berdua dah declare ke?”

“Ha? Hahaha ko ni buat lawak plak erk?”

“AKu serius la!”

Hasya menggelengkan kepalanya sambil berjalan lalu duduk disebuah kerusi. Raudhah mengikutnya dari belakang.

“Lambat kot!”

“Kau ni dah kenapa, Raudhah?”

“Aku tak sabar nak makan nasi minyak korang berdua.”

“Nakal!” Hasya cubit manja lengan Raudhah.

“Sembang ape? Nak tahu bole?” Yusuf duduk sambil lap tangannya yang basah itu.

“Bila Tengku nak masuk meminang Hasya?”

“Ha?” Hasya malu bukan kepalang dengan soalan Raudhah itu. Mukanya merah padam!

Yusuf sudah ketawa melihat gelagat dua gadis dihadapannya itu.

“Kau ni buat malu aku la!” Hasya menampar berulang kali tubuh kecil Raudhah itu.

“Malu-malu plak hikhik”

Yusuf menggelengkan kepalanya.

“Korang berdua tak reti nak balik ke?”

Soalan itu mengejutkan Hasya dan Raudhah yang dari tadi asyik gelak sahaja. Mereka berdua serentak memandang Yusuf.

“Saya bukan berniat nak halau tapi..”

“Tapi ape? Memang nak halau la kan?”

Yusuf sekali lagi ketawa dengan kata-kata Raudhah itu.

“Saya nak solat maghrib ni. Maghrib pun dah sampai hujung-hujung dah..”

Hasya terus memandang jam di tangannya. Ya! Dia pun terlupa nak solat maghrib juga.

“Jomlah balik.” Ajak Hasya sambil menarik lengan Raudhah.

“Hasya dan Raudhah jangan terasa pula tau.”

“Eh, tak ada apa-apa lah Tengku. Kita orang balik dulu la ye..”

Sebaik sahaja Hasya menoleh ke belakang, Tengku sempat memegang lengan Hasya yang memakai kemeja berlengan panjang itu. Raudhah juga perasan. Diam! Pantas Hasya memandang Yusuf. Jantung berdegup!

“Anyway, thanks sebab bubur yang sedap tu!” Senyuman Yusuf mencairkan lagi hati gadis yang bernama Hasya itu.

“Sama-sama..”

Mereka berdua saling berbalas pandang. Ya! Memang sah mereka berdua sudah saling jatuh cinta.

“Ehem..ehem!” Raudhah sengaja batuk sambil menepuk dadanya.

Yusuf dan Hasya saling berbalas ketawa dan mereka juga masih simpan rahsia hati masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 03:16 PM | Show all posts
TAK CUKUP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 03:26 PM | Show all posts
yoozara posted on 4-2-2014 03:16 PM
TAK CUKUP

hahahaha..jap! nak smbung la nii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2014 03:28 PM | Show all posts
Yusuf merebahkan badannya di atas katil. Memandang ke siling yang kosong itu. Hhmm… Sampai bila dia harus seperti ini? AIDS yang menjadi teka teki. Macam mana kalau betul dia ada AIDS? Macam mana dengan perasaan Hasya?

Yusuf bangun lalu duduk. Ditekupkan mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Nafas dilepaskan perlahan-lahan. Kemudian dia memandang cahaya bulan yang menyelinap masuk ke dalam biliknya melalui jendela itu.

“Aku dah dapat rasa, Hasya sudah mula jatuh hati pada aku. Dan aku juga akui yang aku pun sudah jatuh hati padanya. Tapi.. Ya Allah, seandainya dapat ku undur masa kembali, aku takkan buat apa yang aku dah buat sebelum ini. AKu menyesal sangat, Ya Allah..AKu menyesal sangat!”

Airmata jantannya mula mengalir membasahi pipi.

“AKu kena juga jumpa doktor untuk buat pengesahan. Tapi aku takut! Kalau aku betul-betul ada AIDS macam mana?”

Yusuf letih! Letih memikirkan akan masa depannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.699537 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list