Soseh Soseh: Cipta lagu untuk insan pujaan
Kata orang dalam setiap lagu itu ada kisah masing-masing. Kadangkala pencipta lagu atau penulis lirik menulis kisah khayalan dan ada masanya ia memang kisah benar daripada pengalaman hidup sendiri dan kisah orang lain.
SS dengar cerita ada seorang komposer yang akan bertanding dalam anugerah muzik tempatan akan datang sebenarnya mencipta lagu yang insan yang memang digilai tetapi cintanya itu tidak pernah terbalas.
Memang SS tahu insan yang ditujukan lagu itu memang seorang yang hebat dan ramai jatuh cinta dengan orang itu kerana personalitinya yang menarik. Namun jangan tidak tahu, ramai pula yang tangkap cinta syok sendiri.
Sumber berkata, komposer berkenaan hingga sekarang masih menaruh hati terhadap insan seni terbabit dan mencurahkan segala perasan cintanya kepada si polan itu. Amboi sampai begitu sekali. Tak dapat orang, bercinta dalam lagu pun cukuplah.
Apa yang penting itulah kuasa cinta yang tidak kenal siapa dan lebih perit kalau menaruh cinta terhadap suami atau isteri orang!
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11
PS : Lamanya tak buka benang..mod kalau tak relevan sila katup.
Last edited by rosasa on 11-12-2013 06:52 PM
|