CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17406|Reply: 155

Edisi Tersangatlah Sendunya : Mama Rina AF6 Jual Kereta!!

[Copy link]
Post time 12-12-2013 12:22 AM | Show all posts |Read mode
            Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Cari Rezeki         
                     
        
                     Mama Rina

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF-6) Hairina Abd Halim mengakui berasa terkilan apabila tidak lagi mendapat undangan nyanyian sejak setahun lalu.

Hairina atau lebih mesra dengan sapaan Mama Rina, 50, berkata, akibat keadaan itu dia terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu melunaskan ansuran bulanan.

"Sekarang ini jika ada apa-apa undangan saya akan menaiki bas dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur kerana tidak lagi mempunyai kereta.
"Undangan nyanyian juga tidak serancak dahulu malah sejak setahun lalu saya tidak lagi menerima sebarang tawaran nyanyian," katanya kepada mStar Online.

Mama Rina ditemui selepas majlis memperkenalkan enam peserta akhir pertandingan Bintang Nostalgia di Angkasapuri di sini, Rabu.
Acara itu bakal berlangsung pada 16 Disember ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri  pukul 9 malam. Ia bakal disiarkan menerusi TV1.

        
Mama Rina ketika membuat persembahan dalam rancangan Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008.

Mama Rina merupakan seorang ibu tunggal dan peserta paling tua menyertai AF-6 pada tahun 2008 ketika usia 45 tahun. Dalam perkembangan sama, nenek kepada dua orang cucu ini berkata, istilah berputus asa tidak pernah wujud dalam dirinya biarpun karier nyanyiannya semakin malap.

Jelasnya, bidang nyanyian sudah sebati dalam dirinya dan akan terus berusaha selagi diterima peminat. "Hampir tiga puluh tahun saya menyanyi dan ia tidak akan dilupakan begitu sahaja.

"Biarpun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran tetapi saya tidak akan berputus asa selagi ada peminat," ujarnya.

        

Sementara itu, bercakap mengenai penyertaannya dalam pertandingan Bintang Nostalgia 2013, Mama Rina menjelaskan dia mahu menggunakan platform tersebut untuk memperkenalkan kembali namanya.

Bagaimanapun katanya, lagu-lagu nostalgia yang menjadi pertaruhan menerusi pertandingan itu turut menarik minatnya untuk mencuba.
"Sebelum ini saya sudah membawakan pelbagai genre lagu seperti rock, balada dan tradisional tetapi lagu-lagu nostalgia belum pernah saya cuba.

"Selain ingin memperkenalkan kembali nama dalam bidang nyanyian saya mahu mencabar diri dengan muzik-muzik nostalgia," katanya.
Bagaimanapun kata Mama Rina, dia tidak mengharapkan gelaran juara namun bersyukur jika ia menjadi miliknya.

Juara pertandingan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM13,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diberikan RM9,000 dan RM7,000. Manakala sagu hati akan menerima wang tunai bernilai RM3,000.
Last edited by xanderz on 12-12-2013 12:24 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2013 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku first

Cam pengomen kt nara kemaruk nk first
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak ckp terkejut sgt tgk gambar Mama Rina skrg

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sendunyaa...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:31 AM | Show all posts
Tu tandanya Allah suh duk umah tambah amal ibadatt... Tp tak sedaq gakk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:35 AM | Show all posts
nape nampak mcm fonen jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2013 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pelik jer.. mcm auww pun ader..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:43 AM | Show all posts
mcm kesianlaa plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2013 12:44 AM | Show all posts
Yelah mama dah nampak cam AA beramvut panjang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
A'ah pelik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
oh my dah 50 pun nk menyanyi ke.pls someone put a sense in her head pls
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mama rina who?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:00 AM | Show all posts
tua2 ni takyah nak gaya rambut pelesu + baju rimau bagai.  
nampak tua, old-fashioned dah outdated sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa time masyuk dulu xbeli kereta cash? Rumah buat aset ke. Zzz
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
'Tak kan putus asa selagi ada peminat'???? Adoiii abis tu setahun tiada undangan tu tak kan tak faham2 apa maksudnya nek na oooiii...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:12 AM | Show all posts
serem.. haha. trylah kilauan mas makcik. mana tau ada rejeki disitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2013 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoyai dah tua2 umonye baik2la g taubat...to mama rina jgn nk berlagak muda sgtla...malu kat anak cucu wehh...ak yg muda pon segan tgk kamu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:18 AM | Show all posts
kenapa nampak macam mr.bean??
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:28 AM | Show all posts
Mekap dia skeri
Kalau jumpa dia masa dia basah lencun kena hujan harus aku cabut lari secepat mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 01:38 AM | Show all posts
bila kita tua nanti..xsemestinya kita dapat hidayah

bila kita still muda ni...xsemestinya kita xdapat hidayah.



sekian...ustaz forum bermadah bicara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.765738 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list