nicuya posted on 17-12-2013 02:04 PM
penah jgak tdengar humming tgh2 mlm....tp igtkan org duk dodoi baby....wat xtau je la...
sama la kita... bunyi mcm tgh dodoikan anak, agak kuat tp butir sebutan tak berapa jelas
masalahnya sebelah menyebelah rumah ai org2 bujang je menyewa
ai buat bodow jah
dulu ada terbaca artikel Azmeer ada citer pasal lagu dia ada mcm unsur mistik atau dpt ilham dr unsur mistik sebegitu , lagu tu nyanyian Elly MAzlein ` Ku berkasih Pada Yang Tiada` lirik lagu tu pun mcm bercinta dgn hantu, lagi satu lagu mek Jiana Jen ciptaannya ` Gementar Menghukum Kalbu` pun ada unsur mistik gak dari citernya, iols speku ni citer berkait Azmeer lagi lah ni
ni lagu Elly Mazlein yang lirik mcm bercinta dgn hantu ciptaan Azmeer rentak lagu Pop Keroncong
Ku toleh ke kiri dan ke kanan
Indah menawan semua berpasangan
Ku renung lautan luas terbentang
Yang mengasyikan ombak berkejaran
Karam di laut dapat ku renang
Karamnya di hati siapa tahu
Segala rahsia yang tersimpan
Pada siapa hendakku mengadu
Bagai angin lembut yang bertandang
Tak dapat ku lihat di pandangan
Cuma pohon rendang yang bergoyang
Seperti rindu mu yang bertandang
Itu hanya dahulu
Bukannya baru semalam
Bukan esok yang mendatang
Hati ini kesepian
Tiada wajah tiada rupa
Tiada bayang yang menjelma
Rupa-rupanya ku berkasih pada yang tiada
Sedangkan ku rindu belaian mu
Meski ku tahu tak mungkin bersatu
Bagai angin lembut yang bertandang
Tak dapat ku lihat di pandangan
Cuma pohon rendang yang bergoyang
Seperti rindu mu yang bertandang Last edited by tebuanharimau on 17-12-2013 08:01 PM
Lagu Yang Menakutkan
Posted by HANAN GLORY on THURSDAY, 24 JANUARY 2013 AT 10:02 PM
Lagu Cindai-Siti Nurhaliza
- Dikatakan lagu ini berhantu di mana ada seorang perempuan yang sedang menyanyi di dalam bilik air ketika mandi,dan ada yang ikut nyanyi bersamanya sedangkan ketika itu hanya dia seorang sahaja di dlm bilik air tue.
- Seorang wanita diganggu ketika menyanyi lagu ini di dalam bilik air juga.Apabila dia mula menyanyi "cindailah mana" tiba-tiba ada suara perempuan sambung "cindai d sini"..kemudian hantu itu mengilai.
Lagu Menanti kekasih-Alda
Ini merupakan lagu terakhir penyanyi Alda dari Indonesia yg famous dgn lagu "Aku tak biasa".Lirik lagu yg menakutkan dan gelak seram di akhir lagu nie pasti membuatkan bulu roma anda meremang.Pelbagai spekulasi dibuat mengenai lagu ini contohnya selepas 3 hari lagu ini dibuat,polis menemui mayat Alda mati dalam sebuah hotel.Tetapi yangpasti punca kematiannya kerana overdose dan ada kaitan dengan teman lelakinya.
Namun,selepas forensik check mayatnya,didapati Alda telah mati 7 hari yg lepas.Maka,siapa yang record lagu tue?Khabarnya,lagu tersebut secara tiba-tba sahaja sudah siap direkod dan pengurus Alda sendiri tidak tahu dari mana datangnya lagu ini.
Ada pula yg mengatakan kononnya ketika lagu ini dirakam,Alda dalam keadaan yang sedih dan kecewa krn kecurangan teman lelakinya.Oleh kerana itu,walaupun lirik lagu sebenarnya lain,tetapi Alda telah menyanyikan lirik lagu ini.Kesahihan sebena cerita ini tidak diketahui.
Lagu Ulik Mayang
- Pelajar dirasuk ketika membuat latihan persembahan ulik mayang sehingga dia tidak berhenti menari.
- Seorang wanita diganggu ketika sedang ikut menyanyi lagu ulik mayang di radio pd waktu mlm,dan tanpa disedari lagu itu tidak berhenti walaupun dah hampir setengah jam.Ketika dia sedar keadaan itu,suara nyanyian tersebut sgt halus dan lembut dan bukannya lagi suara penyanyi Ella.
- Seorang wanita diganggu dengan lagu ulik mayang setiap kali balik bekerja pada waktu malam dan melalui laut.
- Kisah ulik mayang ini bermula dgn kisah seorang nelayan yg menangkap ikan di tgh laut.Tiba-tiba datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut lalu dia diselamtkan oleh beberapa org puteri laut(jin laut) dan mereka telah jatuh cinta dengan nelayan ini.Namun oleh krn berbeza dunia,mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai.
Nelayan tersebut tidak sedarkan diri kerana puteri2 itu enggan melepaskannya lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa.Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat2 yg lain utk membantu sehinggalah dtg Puteri Sulung(adik-beradik dengan puteri laut tadi),dan menyuruh adik-adiknya balik ke tempat asal.
Sebagai penghargaan,maka puteri2 itu dijamu dengan pulut kuning dlm upacara semah(memberi mkn jin laut) Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.
- Setelah kedatangan Islam,acara khurafat ini telah ditinggalkan.Namun masih ada segelintir masyarakat yang tidak berpegang dengan ajaran Islam dan masih mengamalkan upacara Ulik Mayang ini terutama bagi golongan nelayan,kononnya untuk meminta bantuan jin laut melindungi mereka semasa mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.
Lagu Reverse-Karl Meier
Dilarang keras mendengar lagu ini selama 2 jam berturut2 krn boleh terkena gangguan mental dan jiwa.Lagu ini digunakan utk mempengaruhi mental seorang tahanan yg tidak mahu membuka mulut ketika disoal dan setelah diputarkan lagu ini dgn volume yg tinggi selama seharian,tahanan tersebut mengalami depresi dan memberitahu semua maklumat yg pada awalnya tidak mahu diceritakan.
Lagu Gloomy Sunday-Lazzlo Javor
- Lazzlo Javor menulis lagu ini pd thn 1935 dan lagu ini digubah oleh Rezsoe Seres dan akhirnya lagu ini telah meletup.Asalnya lagu ini dikarang untuk kekasihnya tetapi tdk lm setelah pelancaran lagu tersebut,kekasihnya telah membunuh diri
dan di dlm srt bunuh diri itu tertulis Gloomy Sunday.
- Selang beberapa ketika kemudian,seorang pegawai negeri Hongaria bunuh diri dgn menembak dirinya dan mayatnya ditemui dlm keadaan meniarap di ats salinan lirik lagu Gloomy Sunday.
- Kemudian,seorang gadis pula cuba meracuni dirinya,dan ketika kejadian berlaku,lagu Gloomy Sunday sedang beralun di alat muzik di ruangan itu.
- 1 tragedi di restoren Budapest di mana seorang lelaki menembak dirinya sendiri ketika band muzik di restoran itu baru sahaja menyanyikan lagu Gloomy Sunday.
(Pemerintah Hongaria melarang pemutaran lagu ini dimainkan apabila menyedari lagu tersebut telah mengorbankan nyawa ramai orang,tetapi lagu tersebut telah tersebar ke negara lain dan mengorbankan banyak nyawa. Di Inggeris,lagu ini dilarang dimainkan di BBC kerana terjadi tragedi bunuh diri lagi.Beberpa tindakan bunuh diri juga berlaku di AS,tetapi AS tidak melarang lagu itu diputarkan di sana.Secara keseluruhannya,terjadi 200 tragedi bunuh diri di seluruh dunia berkaitan dgn lagu Gloomy Sunday.Pd thn 1968,pengubah Gloomy Sunday menjadi muzik,Rezsoe Seres melompat bunuh diri dr tingkat 8 sebuah bangunan.Akhirnya dia tidak dpt mengubah lagu lainnya selepas Gloomy Sunday. Sebelum meninggal Rezsoe Seres pernah memberitahu bahawa lagu yang sempat menjadi hits ini mewakili kepedihan hatinya krn entah mengapa dia dpt merasakan yg dia tdk akn dpt lg membuat hits yg ke2.Lagu itu telah menambahkan perasaan putus asanya tentang hidup)
lagu2 indon sebenarnya banyak yg dpt ilham dr kisah2 mistik ni sebenarnya..
antara yg iols tahu.. Lagu Sephia (Shiela On 7) tu sebenarnya kisah seorang pompuan yg dh mati..
katenye lagu tu dicipta oleh gitaris SO7 Eros.. pada 1 malam c Eros ni tengah main2 dgn gitar dia nak cr ilham cipta lagu... tibe2 tepon umah dia berbunyi... then dia angkat dengar suara sorang pompuan.. pastu dia tanye nama sape, pompuan tu jawab Sephia.. c Eross pun tanye dr mana dia dpt no tepon umah dia, c Sephia tu ckp dia dpt dr salah sorang peminat SO7 and dia tenagh tepon dr public phone depan umah Eros..
then Eross pon berlari ke tingkap utk tahu siapa c Sephia ni.. sekali tengok kat public phone tu kosong xde orang.. tp yg menakutkan ganggang tepon public tu terapung2 seolah2 ada org yg sedang menggunakan...
esoknya c Eross ni siasat la dgn peminat2 dia pernah tau tak pasal Sephia ni.. siasat punya siasat dia dpt la info pasal Sephia ni, ada alamat sekali. then Eross ni jumpa la dgn mak bpk Sephia pastu dia cite la yg Sephia ni tepon dia segala.. Pastu mak pak Sephia bgtahu yg Sephia ni dh mati masa nak pergi Konsert SO7 beberapa minggu lalu.. pastu mak pak Sephia tunjukkan lah c Eross ni bilik Sephia... penuh dgn poster2 gambar S07...
then utk mengenang Sephia ni Eross cipta la lagu khas utk Sephia.. and melukis I LOVE MY SEPHIA di belakang gitar nya.. kalau perasan setiap kali dia habis perform lagu Sephia mesti dia akan tunjukkan belakang gitarnya tu..