CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 4

Curi Pasir Selangor

[Copy link]
Post time 18-12-2013 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Curi Pasir Selangor : Pembangkang Cuba Alih Perhatian Kepada Isu Tol Dan Elektrik


Pembangkang dilihat seolah-olah cuba mengalihkan isu kecurian pasir yang melibatkan jutaan ringgit di Selangor.  Mereka mengambil kesempatan mengembar gemburkan isu kenaikan tol yang  berlaku di Selangor  yang berkemungkinan melibatkan pembangkang. Namun mereka mengkambing hitamkan kerajaan Barisan Nasional. Kesinambungan juara fitnah yang dipegang oleh pembangkang terus diungguli mereka.


Datuk Sutinah Sutan yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengesahkan bahawa  kelemahan dalam sistem yang diamalkan PTD telah menyebabkan pasir yang bernilai jutaan ringgit. Kita amat maklum bahawa PTD dikawal oleh pembangkanglah yang telah membuka “ruang” yang cukup besar untuk mereka laksanakan  jenayah ini.  Akhirnya rakyat Selangor lah yang mengalami kerugian dari jenayah curi pasir yang bersifat “peribadi” untuk “golongan” yang terpilih dalam pembangkang ini.


Namun dengan campurtangan SPRM maka isu ini bakal “menyentak” jantung “tangan-tangan ghaib” yang selama ini menjalankan jenayah curi pasir Selangor. Kelemahan PTD ketika melakukan pemantauan pengurusan pasir di negeri ini akan di atasi  oleh SPRM. Jalan penyelesaian terbaik akan dicari  supaya perkara sama tidak berlaku lagi pada masa akan datang.


Dalam masa yang sama SPRM juga  menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor  yang ditadbir oleh DAP supaya membuat laporan polis terlebih dahulu bagi menyiasat dakwaan kes curi pasir yang dilaporkan berlaku di Sungai Long , Hulu Langat.  Sekiranya dalam siasatan berkenaan terbukti berlakunya rasuah, laporan seterusnya boleh dibuat kepada SPRM.  Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya mengalu-alukan SPRM membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes curi pasir di Sungai Long, Hulu Langat.



Persoalannya bolehkah  kita percaya kepada janji-janji yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Beliau merupakan seorang pemimpin yang terkenal dengan gelaran “Manifesto Bukan Janji”. Khalid kononnya  memberi jaminan tidak akan beri perlindungan kepada mana-mana pihak terlibat sama ada di peringkat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) atau Pejabat Tanah Daerah. Kononnya  kerajaan negeri akan mendapatkan laporan lengkap dari semua jabatan dan agensi berkenaan untuk siasatan dalaman.


Kita perlu ingat bahawa Khalid Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan sebelum ini media tempatan telah  membongkar kegiatan curi pasir di kawasan seluas 40 hektar di ladang sawit di Sungai Long, Hulu Langat.  Kegiatan itu didakwa berlarutan sejak dua tahun lalu. Sindiket berkenaan juga dikatakan mampu mengaut keuntungan sehingga  RM12 juta.


Selain dari Sungai Long, pihak media ada juga mendedahkan satu sindiket mencuri pasir di ladang kelapa sawit di Bandar Sunway Semenyih mengaut keuntungan RM12 juta sejak beroperasi dua tahun lalu. Kerajaan negeri mengalami kerugian jutaan ringgit apabila 30,000 tan pasir dikesan dikeluarkan daripada kawasan berkenaan. Namun persoalannya mengapa pemimpin pembangkang “buat senyap” isu ini. Adakah kerana ianya melibatkan “poket” mereka sendiri?  Sebenarnya kebajikan rakyat tidak pernah DAP, PAS dan PKR peduli. Asalkan mereka mendapat kuasa dan kekayaan maka semuanya “beres”.


Kita semua membangkang sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat. Oleh itu kenaikan tol yang melibatkan syarikat konsesi di Selangor amatlah mencurigakan.  Adakah ini merupakan propaganda yang dicipta oleh pembangkang? Dalam pada masa yang sama maka kenaikan tariff elektrik juga perlu disiasat. Adakah ianya juga merupakan “game” pembangkang yang mengasak kerajaan sehingga PM tidak ada pilihan? Pembongkaran demi pembongkaran bakal memberi “pencerahan” sebenar kepada rakyat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 11:26 PM | Show all posts
K
  1. ita semua membangkang sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat. Oleh itu kenaikan tol yang melibatkan syarikat konsesi di Selangor amatlah mencurigakan.  Adakah ini merupakan propaganda yang dicipta oleh pembangkang? Dalam pada masa yang sama maka kenaikan tariff elektrik juga perlu disiasat. Adakah ianya juga merupakan “game” pembangkang yang mengasak kerajaan sehingga PM tidak ada pilihan? Pembongkaran demi pembongkaran bakal memberi “pencerahan” sebenar kepada rakyat.
Copy the Code
Hebak sungguh kuasa PR, tariff elektrik naik pun salah PR. Rupa2nya kuasa Najib adalah bawah telunjuk PR dan jugak Losomah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 07:38 AM | Show all posts
rugi besar ..yang tak undi BeeEnd ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 05:19 AM | Show all posts
Jalan rosak angkara lori pasir

HULU SELANGOR - Sebuah kawasan bekas lombong di Ladang Rasa bersebelahan Sungai Selangor didakwa terus menjadi sasaran kegiatan curi pasir.
Seorang pekebun yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 49, berkata, kegiatan itu dipercayai beroperasi lebih lima bulan lalu namun pihak berkuasa didakwa gagal membendung kegiatan tersebut sehingga mengundang banyak masalah.

“Boleh tengok jalan rosak teruk sebab lori keluar masuk setiap hari. “Bukan satu dua lori, tapi lebih 10 lori yang keluar masuk. Satu lori ada empat ke lima trip setiap hari. Bayangkan berapa teruk jalan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tan mendakwa, kegiatan tersebut tidak berlesen kerana dilakukan pada waktu petang hingga lewat malam. "Kegiatan curi pasir bermula antara jam 5 petang hingga 12 malam setiap hari tanpa pemantauan pihak berkuasa," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/
sobab sprm tak buwek apo apo ...meke tak curi pasir ...meke amik pasir ...Allah SWT yang punya ....hanya tak ado lesen ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jematan bengkok kene stop atas arahan pr kot?

Tapi

Sapa yg desak johor jual pasir pada singapor supaya pojek jematan bengkok dia jalan yek?

PR jugak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063405 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list