CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3890|Reply: 23

[Tempatan] 'Tidak jual minyak ke Israel'

[Copy link]
Post time 19-12-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode
'Tidak jual minyak ke Israel'

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak pernah menjual minyak ke Israel dan invois yang 'didedahkan' adalah satu urus niaga daripada sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura dan bukannya syarikat Israel seperti yang didakwa.
Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad berkata, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan enam yang lain dengan niat jahat telah sengaja melemparkan dan menerbitkan fitnah itu untuk mencemar reputasi Felda di peringkat tempatan mahupun antarabangsa bagi merugikan Felda.
Menurut Faizoull, 53, kumpulan tersebut juga memfitnah Felda bagi menghalang para pelabur Islam daripada melabur dalam syarikat yang Felda mempunyai kepentingan seperti Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).
"Mazlan yang menyedari semangat anti-Zionis dalam kalangan pelabur Islam telah sengaja menyebabkan harga saham FGV turun dengan mendadak bagi menyokong agenda tersendiri yang selama ini membantah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia,'' kata beliau.
Keterangan tersebut terkandung dalam pernyataan saksi setebal 41 muka surat yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini pada perbicaraan kes saman Felda selaku pihak plaintif terhadap Mazlan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang difailkan pada 7 Januari lalu.
Selain mereka berdua, Felda menamakan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; Pengarang Harakah, Taufek Yahya; penulis artikel, Mohd. Arif Atan; pencetak akhbar tersebut, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.; dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan pertama hingga ketujuh.
Pihak plaintif diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Choo Shi Jin.
Faizoull menyatakan, Mazlan telah memuat naik satu gambar invois bertajuk 'Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel' menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berunsur fitnah.
Antaranya, Felda Iffco Oil Product Sdn. Bhd. adalah anak syarikat kepada Felda Iffco Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat usahasama 50:50 antara IFFCO dengan Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd.
Felda Global Ventures Downstream adalah anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. yang plaintif mempunyai 38 peratus ekuiti.
Menurut saksi plaintif pertama itu, Felda Global Ventures Downstream dan Felda adalah dua entiti yang berbeza iaitu Felda Iffco Oil Product hanya melibatkan Felda Global Ventures Downstream dan bukannya pihak plaintif.
"Sebab itulah, Felda boleh dikatakan tidak mempunyai kaitan langsung dengan usaha dan urusan Felda Iffco Oil Product,'' ujar beliau.
Menjelaskan invois yang dimuat naik oleh defendan pertama, menurut Faizoull, jelas menunjukkan produk yang dijual adalah RBD Palm Olein iaitu sejenis minyak masak dan bukannya Crude Palm Oil iaitu minyak sawit mentah seperti yang didakwa oleh Mazlan.
Menurut saksi itu, artikel tersebut merujuk kepada Felda yang membawa maksud pihak plaintif telah bekerjasama secara terus dengan sebuah syarikat yang kononnya milik Israel yang berpengkalan di Singapura iaitu Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd. dan menjalin hubungan dagang secara terus dengan Israel.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili defendan pertama hingga keenam dalam pemeriksaan balas menyatakan, memandangkan terlalu banyak perkara yang tidak diketahui oleh Faizoull berhubung dakwaan wujudnya urus niaga dengan Israel, maka beliau tidak sepatutnya menganggap pihak defendan telah memfitnah Felda.
Faizoull tidak bersetuju dengan kenyataan peguam itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong menetapkan esok bagi pengurusan kes untuk menentukan tarikh sambung bicara.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 12:28 PM | Show all posts
Singapore tu kan "proxy" Israel.... rasanya semua orang pon tau kot... Tak tau la kalu aku yang silap..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:30 PM | Show all posts
so kalau jual pun ape salahnye. bisnes je pun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:38 PM | Show all posts
NIXAR posted on 19-12-2013 12:30 PM
so kalau jual pun ape salahnye. bisnes je pun.

Betul tu ... kalau minyak sawit Malaysia tk sampai kat dorang cemana dorang nak dpt nourishment ... lepas makan baru boleh pegi bom Gaza dan tembak budak2 Palestin ... bisnes je pun kannnnn ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:41 PM | Show all posts
ehhh...hari tu masa mukriz timbalan miti, dia cakap, hantar gaza, bukan israel
hari ni sudah lainnnn kaa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 12:52 PM | Show all posts
namirulmukminin posted on 19-12-2013 12:28 PM
Singapore tu kan "proxy" Israel.... rasanya semua orang pon tau kot... Tak tau la kalu aku yang sila ...

ini serupa jugak ngan McD, coke, rokok dll......perdagangan ngan US.....

urusan perdagangan tak terus ngan israel....tapi dari proxy yahudi......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2013 12:55 PM | Show all posts
hzln posted on 19-12-2013 12:41 PM
ehhh...hari tu masa mukriz timbalan miti, dia cakap, hantar gaza, bukan israel
hari ni sudah lainn ...

.........lain ape pulak? ni cerita kat singapore....ape pulak gaza? ko faham isu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:59 PM | Show all posts
Patut lah dah lama tak dengar sibadut Mazlan ni lagi...kalau tak...dia lah hero sehero2nya..kena saman rupanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 01:04 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 12:59 PM
Patut lah dah lama tak dengar sibadut Mazlan ni lagi...kalau tak...dia lah hero sehero2nya..kena sam ...

Isa Samad lebih mirip seekor badut ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:07 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 19-12-2013 01:04 PM
Isa Samad lebih mirip seekor badut ...

badut2 isa samad tu...org felda semakin kaya raya...sebadut2 Mazlan tu menyusahkan org felda.

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:09 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 19-12-2013 12:38 PM
Betul tu ... kalau minyak sawit Malaysia tk sampai kat dorang cemana dorang nak dpt nourishment .. ...

heleh 2 X 5 je pun. hang bom aku, aku bom hang. so nak susah hati buat apa. janji masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:35 PM | Show all posts
NIXAR posted on 19-12-2013 01:09 PM
heleh 2 X 5 je pun. hang bom aku, aku bom hang. so nak susah hati buat apa. janji masyuk

wahhhhhh ... boleh hafal nih utk jawab soklan kubur dan di mahsyar nanti ... masa mungkar nakir tanya siapa saudara kamu ... kalau dorang tk puas hati boleh bagi hafalan nih ... tqvm ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:38 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 19-12-2013 01:35 PM
wahhhhhh ... boleh hafal nih utk jawab soklan kubur dan di mahsyar nanti ... masa mungkar nakir ta ...

sama2. nanti2 jgn lupa pulak bila kita susah aci tgk arab palestin tu nk tlg kita ke x. arab ni kalo x perang dgn israel pun depa perang sesama sendiri. buat apa buang masa tlg depa
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:42 PM | Show all posts
akughi posted on 19-12-2013 12:55 PM
.........lain ape pulak? ni cerita kat singapore....ape pulak gaza? ko faham isu tak?
...

ho lahh...ho lahhh....saloh isu
hat tu isu kapal2 yisroel berlabuh kat pelabuhan klang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 01:46 PM | Show all posts
NIXAR posted on 19-12-2013 01:38 PM
sama2. nanti2 jgn lupa pulak bila kita susah aci tgk arab palestin tu nk tlg kita ke x. arab ni ka ...

   hahahahahaha sempoi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:51 PM | Show all posts
NIXAR posted on 19-12-2013 01:38 PM
sama2. nanti2 jgn lupa pulak bila kita susah aci tgk arab palestin tu nk tlg kita ke x. arab ni ka ...

ko tak baik fikir diri sendiri..kena fikir pasal org..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 01:58 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 01:51 PM
ko tak baik fikir diri sendiri..kena fikir pasal org..

dah berpuluh tahun dah ankel. x reti2 nak berubah palestin tu. terutama yg belah hamas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:03 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 19-12-2013 01:35 PM
wahhhhhh ... boleh hafal nih utk jawab soklan kubur dan di mahsyar nanti ... masa mungkar nakir ta ...

Kalau aku nak tanya balik kat malaikat tu ummah israel tu siapa yang cipta agak-agak boleh tak?  
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:08 PM | Show all posts
NIXAR posted on 19-12-2013 01:58 PM
dah berpuluh tahun dah ankel. x reti2 nak berubah palestin tu. terutama yg belah hamas tu.

tak pa..hamas ka, fatah ka dah jumpa Najib...minta tolong damaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:35 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 19-12-2013 02:08 PM
tak pa..hamas ka, fatah ka dah jumpa Najib...minta tolong damaikan..

Mana buleh...nanti najib pulak kena cop syiah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.217192 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list