CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26539|Reply: 47

Jenis minyak yang baik untuk rambut

[Copy link]
Post time 21-12-2013 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Anda tidak lagi perlu berbelanja lebih untuk rambut. Produk terbaik di pasaran seringkali membuatkan anda lari bajet setiap bulan. Kadang kala, produk yang terbaik boleh ditemui di pasaraya berdekatan . Seperti yang kita semua tahu,produk terbaik untuk rambut kita adalah minyak semula jadi. Lihat sahaja selebriti Bollywood, bagaimana mereka memiliki rambut cantik, bersinar dan lebat? Rakyat di India memang terkenal dengan penggunaan minyak. Jadi, mari kita lihat 6 jenis minyak yang bagus untuk rambut anda.

Minyak avokado
Minyak avokado sangat bagus untuk rambut normal. Ia mempunyai kandungan nutrient yang banyak seperti asid amino, lemak asid, vitamim A,B,D dan E. Ia juga berkesan sebagai pelembap, perapi dan membaiki kekuatan, melurus dan menyinarkan rambut anda.

Minyak kastor
Minyak kastor bertujuan menebalkan rambut anda, mendorong fosikel rambut untuk berfungsi supaya rambut baru dapat dihasilkan, menhalang daripada masalah botak. Mengurangkan rambut bercabang dan membantu melembutkan rambut mengerbang. Minyak kastor juga menghalang sebarang penyakit kulit di kepala.

Minyak kelapa
Minyak kelapa sangat popular di kalangan masyarakat India. Minyak kelapa menghalang kelimumur, menguatkan akar rambut, meluruskan, melebatkan dan menghalang sebarang kerosakan rambut.

Minyak zaitun
Masyarakat Mediterranean amat menyukai penggunaan minyak zaitun ini. Minyak zaitun bertindak sebagai pelembap, perapi, menguatkan akar rambut, mengurangkan kelimumur dan juga sumber antioksidan yang kuat untuk membantu mengurangkan rambut gugur.

Minyak rosmeri
Minyak rosmeri agak sukar di dapati di pasaran, namun ia bertindak memberi rangsangan pada fosikel rambut untuk berfungsi menghasilkan rambut baru. Ia juga menghalang daripada kemunculan uban, menghalang kelimumur, meluruskan rambut mengerbang serta menyinarkan rambut anda.

Minyak badam
Minyak badam berfungsi perangsang terbaik untuk melembutkan kutikel rambut, memberi rangsangan pada fosikel rambut untuk berfungsi menghasilkan rambut baru, menebalkan rambut, menghalang rambut gugur dan menyinarkan rambut anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 01:55 PM | Show all posts
nat suka pakai minyak rambut yg kaler ijau tu.. pakai malam sebelum tidur dan basuh ngan symafoo awal pagi...
beli kat mydin jer..  rega lebih kurang rm5.. kepala x panas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2013 01:57 PM | Show all posts
natberry posted on 22-12-2013 01:55 PM
nat suka pakai minyak rambut yg kaler ijau tu.. pakai malam sebelum tidur dan basuh ngan symafoo awa ...

nat,tempek gambar boleh x.......nk tgk...
ok x minyak tu.....hilangkan kelemumur x???
lebatkan rambut x?????


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 02:08 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 22-12-2013 01:57 PM
nat,tempek gambar boleh x.......nk tgk...
ok x minyak tu.....hilangkan kelemumur x???
lebatkan r ...

ada banyak jenis... yg penting uban tarak....

nat lupa.. ada banyak jenama cam ROJAM, ZAM ZAM, HIMALAYA.. tp nat lupa yg nat pakai sekarang.. dalam botol tu dia letak cam akar kayu..

kalu qaseh gi mydin dia sederat ngan rak cream rambut... pilih je mana berkenan
nanti nat balik rumah nat tilik jenama dia.. dah try cari pic kat gugel tp x jupe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2013 02:19 PM | Show all posts
natberry posted on 22-12-2013 02:08 PM
ada banyak jenis... yg penting uban tarak....

nat lupa.. ada banyak jenama cam ROJAM, ZAM ...

qaseh major prob kelemumur......
bila sikat turun cam salji...malu gak....
jenama franchoil ke minyak nat tu??

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 02:33 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 22-12-2013 02:19 PM
qaseh major prob kelemumur......
bila sikat turun cam salji...malu gak....
jenama franchoil ke m ...

yg franch oil nat pernah pakai... tp nat tak minat,,, huhu
dia ada bermacam jenis n jenama.. ada campuran aloevera tuk sejukkan rambut, bunga raya tuk lebatkan rambut n ada gak untuk kelemumur...
kena check kat botol tu qaseh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2013 02:39 PM | Show all posts
natberry posted on 22-12-2013 02:33 PM
yg franch oil nat pernah pakai... tp nat tak minat,,, huhu
dia ada bermacam jenis n jenama.. ada  ...

mujarab ke x???????????
kang pakai2 botak kepala
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 04:44 PM | Show all posts
qasehnuramy posted on 22-12-2013 02:39 PM
mujarab ke x???????????
kang pakai2 botak kepala

so far ok je... kalu minyak rambut zam zam tu rasanya dah berkurun.... org tua2 dulu suke pakai.. ternyata mujarab... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2013 08:19 PM | Show all posts
aku suka pakai jenama Dabur Vatika… boleh google banyak org bg positive review ttg minyak ni

sejak pakai vatika enriched coconut hair oil dgn vatika cactus oil, masalah kelemumur dh xde plus rambut gugur semakin berkurang…kulit kepala pun rasa sejuk je..

aku ni free hair n byk org comment n tanya aku pakai treatment or syampu spa…so to me minyak Vatika ni sgt2 elok…

tapi kt Malaysia ni xtau mana ade jual…haritu g mydin ada syampu dia je…aku pakai gak syampu dia yg anti kelemumur punya

btw aku ramas minyak vatika ni kt scalp tiap kali sebelum syampu rambut…then biar sejam. weekend lak aku bawa tidur semalaman…lps syampu aku x pakai pun conditioner. Hasilnya, waallaaah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 02:01 AM | Show all posts
Sebelum ni hari2 pakai syampu anti kelemumur. Ada satu kali masa gi outstation tak jalan. Kepala gatal sangat sampai tak tahan lagi. Sapu santan kelapa. Tunggu kering pastu Saya spray air limau (perah limau nipis masuk dalam botol spray). Cuci rambut dengan syampu moogoo beli kat farmasi (mana2 farmasi terkemuka ada - guardian/vitacare etc) Alhamdulillah dgn izinNya berkesan. Every now and then sapulah kelapa kat kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 02:01 AM | Show all posts
Minyak yang bagus ialah minyak kelapa, minyak zaitun, mustard oil etc
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 10:26 AM | Show all posts
saya skrg br guna franchoil tu...not bad..rambut cam lembut skit...
sblm tu letak olive oil ja..pas 20min shampoo la wangi2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 11:09 AM | Show all posts
kalkulator posted on 22-12-2013 08:19 PM
aku suka pakai jenama Dabur Vatika… boleh google banyak org bg positive review ttg minyak ni

sej ...

ye ke cm menarik jer....
tq sbb share......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 11:13 AM | Show all posts
kawan2 @natberry  @munchkin  @lizaluvliz
rambut korang jenis cepat berminyak x???
klu rambut jenis cepat minyak n kita guna minyak rambut lagi xpe ker???
xde masalah ke nnt???
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 11:50 AM | Show all posts
nak kata berminyak sgt xla jugak..sbb lepas letak minyak kita syampu kan??
depends on org kot...kalau saya 2-3hari skali baru syampu..
semenjak pakai franch oil tu ...so far ok..letak minyak perap dlm 20-30mins sebelum mandi..then syampu..rambut cam lembut and bouncy(mayb sbb pakai aloe vera syampu)
kalau pakai olive oil dl..x buat kerap..mayb dlm skali seminggu je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 11:54 AM | Show all posts
Takde pulak berminyak. Tapi kalau berminyak pun boleh cuci kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2013 12:15 PM | Show all posts
lizaluvliz posted on 23-12-2013 11:50 AM
nak kata berminyak sgt xla jugak..sbb lepas letak minyak kita syampu kan??
depends on org kot...kal ...

tempek gmbar leh x???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 12:17 PM | Show all posts
@lizaluvliz  @munchkin   

klu rambut jenis berminyak n kita tmbh minyak lagi
bukan nnt lagi teruk ke sbb liang2 pori kulit kepala akan tersumbat ngn minyak.?
mmg la kita akan basuh tp nnt penghasilan minyak semulajadi tu cm ne
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2013 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
qasehnuramy posted on 23-12-2013 12:17 PM
@lizaluvliz  @munchkin   

klu rambut jenis berminyak n kita tmbh minyak lagi

Iols pn berminyak. Sebenarnya yg berminyak tu kulit kepala. Hazab betul tktau nk bt mcmmana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 01:03 PM | Show all posts
aiskrimpelangi posted on 23-12-2013 01:01 PM
Iols pn berminyak. Sebenarnya yg berminyak tu kulit kepala. Hazab betul tktau nk bt mcmmana.

ha'ah tu la kan...
kulit kepala jenis berminyak....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.067499 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list