CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74489|Reply: 331

[BEST]Kisah Aku dan Mistik [TAMAT]

[Copy link]
Post time 24-12-2013 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Akhirnya aku buka thread aku sendiri setelah sekian lama aku menumpang share cerita di thread orang... hehehe...

Maaf la klu cerita aku ni kurang menarik penulisannya sbb aku memang tak pandai sgt nak mengarang sementelaah pula aku online guna smartphone je so agak terbatas la kan...

Sepanjang hidup aku memang banyak kejadian mistik yg kena pada aku juga orang terdekat aku... Dalam banyak kisah tu ada dua kisah yang aku tak boleh lupa sampai aku mati. Pertama kisah aku disukai penunggu hutan dan kedua kisah mak aku kena sihir. Dua kisah ni beri kesan cukup mendalam pada aku.

Kisah penunggu hutan atau jin hutan tu suka aku ada aku story sikit sikit kat thread Asrama sekolahku. Cuma aku banyak skip ceritanya sebab aku tak sedia nak share.  

Cerita aku ni ada sket 18 sx cuma ianya berlaku bukan secara fizikal tapi secara roh.

Bagaimana aku boleh terjebak dalam alam mistik ni bermula masa aku tahun pertama di universiti. Aku antara pelajar aktif yg suka join pertubuhan yg ada di kampus.

Satu hari aku bersama 8 pelajar perempuan dan beberapa orang pelajar lelaki yg kesemuanya menjawat jawatan Majlis Tertinggi menjalani program Tamrin di satu hutan berdekatan universiti aku. Kalau aku sebut hutan tu confirm ramai yg kenal dan tahu keadaannya.

Cuma masa tu aku tak tahu sebab aku masih baru kan kat universiti tu. Tiga hari dua malam kami bertamrin kat hutan tu.

Sesampai kat hutan tu aku cukup terpesona melihat keindahan dan ketenangannya. Tapi aku lupa hutan juga tempat makhluk lain. Aku tak buat apa apa salah pun sepanjang di hutan tu seingat aku la.

Kami sewa dua chalet. Satu chalet utk lelaki dan satu chalet utk wanita. Chalet kami bersebelahan utk memudahkan kami berhubung jika ada kecemasan. Maklumlah dalam hutan kan. Oh terlupa pula chalet kami mengadap sungai.

Malam pertama aku menginap di chalet tu aku rasa lain macam. Chalet tu ada dua bilik dan setiap bilik ada 4 org dan aku tidur dibilik depan sekali mengadap sungai.

Malam tu aku langsung tak boleh lelapkan mata kerana aku rasa seseorang sedang memerhatikan aku dalam bilik tu tapi aku tak nampak cuma rasa. Puas aku cuba pejam tapi perasaan diperhatikan tu makin membuak buak. Hingga lah subuh aku masih tak boleh tidur.

Apa yg aku alami aku diamkan dan aku tidak maklumkan kepada sesiapa pun kerana aku fikir mungkin perasaan aku je. Alhamdulillah sepanjang tiga hari dua malam di situ program kami berjalan lancar cuma bila malam je aku susah nak lelapkan mata kerana rasa ada orang kelima turut ada dalam bilik tu.

Selesai program tu kami balik ke kampus. Aku balik ke rumah sewa aku area universiti. Kami menyewa 10 orang. Rumah sewa aku ni pun ada juga sesuatu nanti ada masa ada mood aku cerita... heh

Aku sampai rumah sewa jam 10 mlm. Masa aku melangkah masuk tu housemate lain dah lepak tingkat atas dan di ruang tamu tu ada sorang kwn aku tengah study. Kwn aku ni aku namakan dia kak ina.

Bila aku masuk rumah tu aku lepak ruang tamu utk hilangkan penat sambil bersembang dgn kak ina. Nampak je aku masuk kak ina tiba tiba badan dia berpeluh dan mata dia agak merah dan merenung aku tajam sambil berkata "aku rasa ada benda ikut kau balik sebab aku rasa something bila nampak kau". Masa tu kak ina cakap dgn muka serius sambil pandang aku.

Dan aku pulak acuh tak acuh dengar cakap kak ina dan aku siap boleh gelak lg. Malas layan kak ina aku terus ke tingkat atas dan bersiap nak tidur. Malam tu aku tidur lena maklumlah badan letih kan dah dua malam aku tak leh tidur.

Sedang syok tidur tu, aku terjaga dalam jam sekitar 3-4 pagi (aku agak la). Masa terjaga tu aku terpandang hujung kaki aku ada kelibat hitam seperti lelaki sedang pandang aku dgn pandangan biasa. Aku tak perasan muka sebab keadaan agak gelap tapi memang aku yakin aku nampak susuk tubuh lelaki sedang berdiri pandang aku.

Dalam hati aku "ah sudah apa pulak ni. Dari mana datang lelaki ni. Aku mimpi ke." Berkali kali aku cubit pipi aku utk pastikan aku tak bermimpi. Aku rasa sakit, sah ini bukan mimpi. Tiba tiba timbul rasa takut dan aku terus selubung muka aku dengan selimut. Berdebar tak yah cakap la. Teringat kata kata kak ina tadi. Ahhh perasaan kot aku cuba sedapkan hati dan akhirnya aku terlelap.

Esokkannya aku tak cerita pada kwn kwn aku apa yg aku alami mlm td sbb aku lebih beranggap hanya perasaan aku je...

Hidup aku macam biasa dan aku dah tak nampak kelibat tu lg. Hingga la satu hari tu aku ziarah rumah makcik aku time weekend. Malam tu aku tidur dalam bilik dgn kakak aku. Aku mimpi, aku di bilik yg sama, katil yg sama sedang tidur tp sebelah katil aku berdiri seorang lelaki sedang memerhatikan aku yg sedang tidur.

Tiga malam aku tidur rumah makcik aku tiga malam aku mimpi benda sama cuma malam ketiga aku mimpi, di bilik yg sama, katil yg sama dan aku sedang tidur cuma aku nampak di tingkap bilik aku ada lelaki tua sedang perhatikan aku. Aku cerita kat makcik aku, dia kata rumah dia tu memang ada benda dan benda tu berupa lelaki tua. Bila dengar kata kata makcik aku tu "dup", aku tersentak sebab aku mimpi lelaki tua malam tu. Aku perincikan bentuk badan lelaki tu dan memang betul dengan lelaki tua yg makcik aku cakap tu...

Dah sudah kenapa aku alami semua ni? Kenapa aku mimpi pakcik tua tu dan kenapa aku mimpi lelaki berdiri tepi katil aku sedang memandang aku...

Pasal pakcik tua tu aku agak dia nak bagitau aku yg dia wujud kat rumah tu dan lelaki yang aku mimpi sedang memandang aku tu baru aku tahu setelah hampir 2 tahun aku di follow tanpa aku sedar tapi lebih kepada aku buat buat tak sedar...

Bersambung. ..



Last edited by BabeYSHa on 21-5-2014 11:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 01:38 AM | Show all posts
teruskan sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 24-12-2013 01:38 AM
teruskan sambungan

InsyaALLAH. .. tengkiu cuma hope aku tak hilang mood la....ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:01 AM | Show all posts
yes teruskan... sbb ada benda aku nak tanya ko .. in pm.. tapi nak baca citer ko dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan dari kisah di atas...

Sejak mimpi yang aku alami di rumah makcik aku tu, aku juga bermimpi di datangi seorang lelaki yang tidak aku kenal. Cuma sampai hari ni aku tak akan lupa wajah dia dan wajah dia tu belum pernah aku jumpa setakat hari ni.

Aku ingat lagi kali pertama aku mimpi lelaki tu masa aku sedang bercuti di kampung sempena cuti semester. Aku mimpi seorang lelaki berbadan sederhana, berkulit gelap dan berambut kerinting datang cium aku di bibir (maaf agak sensor). Bila aku terjaga pagi tu, bibir aku rasa agak sakit tapi aku fikir mungkin masa aku tidur tu aku tergigit bibir sendiri kan tu yang rasa sakit. Punyala positifnya aku masa tu... hehehe...

Aku termangu mangu sendirian dgn apa yg aku alami tu. Kenapa aku mimpi macam tu? Nak kata aku ni gersang sgt tak de pulak sebab aku muda belia lagi masa tu. Aku pun tak pernah buat benda benda tak senonoh tu.

Naik pening jugak aku memikirkannya. Akhir sekali aku buat kesimpulan aku sedang menuju kematangan sebab tu aku mimpi benda macam tu... hehehe... ye ke? Entah la aku pun tak pasti sebab bila aku tanya member rapat, mereka tak alami macam aku mimpi ni.

So aku amik keputusan aku buat tak tahu jer... aku tak selalu mimpi didatangi lelaki tu cuma 3@4 bulan sekali je. Perkara ni aku alami hingga hampir 2 tahun tapi aku tak pernah amik pusing pasal ni sebab bagi aku mungkin normal kot... hehehe

Tapi aku silap lepas dua tahun aku mimpi di datangi lelaki tu, aku bakal melalui sesuatu yg benar benar boleh membiolkan aku..

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella posted on 24-12-2013 02:01 AM
yes teruskan... sbb ada benda aku nak tanya ko .. in pm.. tapi nak baca citer ko dulu...

Hehehe... ko nak tanya apa tu? Citer aku ni panjang. 6 tahun jugak aku alaminya... so byk la kisahnya... hehehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 02:12 AM | Show all posts
teruskan bercerita...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:15 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 24-12-2013 02:06 AM
Hehehe... ko nak tanya apa tu? Citer aku ni panjang. 6 tahun jugak aku alaminya... so byk la kisah ...

adalah sikit pertanyaan dan perbincangan.. tapi bukn kat public.. kat pm.. tapi bukan skg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 03:54 AM | Show all posts
TT menarik..segera sambung
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish bc time pg2 buta mcm ni memang seram:Q
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
QziraH posted on 24-12-2013 04:32 AM
Uish bc time pg2 buta mcm ni memang seram:Q


Awak yg baca seram, sy yang bercerita dan mengimbas balik pun dah tak boleh tido ni. Huhuhuhu.... abih la esok mau aku lentok kat opis ni...

Anyway tq sudi baca perkongsian yg x seberapa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cvmn123 posted on 24-12-2013 02:12 AM
teruskan bercerita...

InsyaALLAH. .. hope x hilang la mood aku.. hehehe... anyway tima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
reza_hard posted on 24-12-2013 03:54 AM
TT menarik..segera sambung

InsyaALLAH, esok sambung... tengkiu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamakk..bersambung ke baru nak layan cite ni huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:52 AM | Show all posts
Wow...
Nak lagi boleh?
Macam best je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 07:36 AM | Show all posts
Cepat sambungggg. Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 08:22 AM | Show all posts
sambungannya please..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 08:29 AM | Show all posts
masih menunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 08:42 AM | Show all posts
besttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2013 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
enncy posted on 24-12-2013 08:29 AM
masih menunggu....

InsyaALLAH tengahhari sikit aku sambung. Pagi ni aku ting tong sket sbb pukul 5 pg baru aku boleh tido... hehehehe

Btw tengkiu seme sbb sudi baca kisah aku yg x seberapa nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.192658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list