CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87673|Reply: 1028

Saya Lebih Suci Dari Johan - Statement Lana (Pg36)

[Copy link]
Post time 25-12-2013 05:54 AM | Show all posts |Read mode


'Maafkan Saya Lana'

Oleh Rudy Imran Shamsudin


Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat,” kata Johan As’ari, 27, selepas memutuskan hubungan dengan aktres Lana Nodin, 34, kelmarin selepas tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya, di sini.


Sewaktu dihubungi Johan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mementingkan keluarga terutama ibunya berbanding kepentingan diri sendiri.
“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini,” katanya.

Johan bagaimanapun cuba mengelak menjawab soalan mengenai ibunya yang dikatakan tidak menyukai Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, sebaliknya menegaskan beberapa kali apa yang berlaku adalah kesilapan dirinya.

“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini.

“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini,” katanya.

Keputusan diambil Johan dilihat terburu-buru, tambahan pula hubungan dijalinkan dengan Lana baru sebulan usianya. Ditanya mengenai adakah dia berusaha membawa Lana bertemu keluarganya terutama ibunya yang didakwa menentang hubungan mereka, jelas Johan, dia tidak mahu terus-terusan menyakiti hati bekas kekasihnya itu.

“Saya cuba bercakap dengan ahli keluarga terlebih dulu, namun jawapannya tetap sama. Jadi sekiranya saya membawa Lana bertemu mereka, ia tidak akan mengubah apa-apa. Saya tidak mahu terus-terusan menyakiti hati Lana,” katanya.

Katanya, walaupun tidak lagi bercinta dengan Lana, dia masih mahu berkawan dengan pelakon utama filem Chow Kit itu dan menyerahkan segalanya kepada Allah mengenai soal jodoh.

“Saya mahu menjadi lelaki yang lebih baik dan begitu juga Lana. Diharapkan selepas hubungan ini saya dan dia sama-sama memperbaiki diri. Mana tahu dalam berkawan itu, jodoh kami ditentukan. Tapi buat masa ini keputusan dibuat dirasakan paling tepat,” katanya.

Hubungan Johan dan Lana mula menjadi perhatian umum apabila aktor yang dikenali menerusi drama bersiri Juvana itu mengumumkan akan melamar selepas tiga hari bertemu pada November lalu dan mendapat liputan meluas media.

Sementara itu, sewaktu dihubungi, Lana pula menjelaskan bukan dia memulakan (bercinta) sebaliknya Johan. Begitu juga apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini.

“Pada peringkat awal perhubungan cinta kami, saya melihat kesungguhan ditunjukkan, apatah lagi Johan dengan berani tampil memberi kenyataan mahu melamar saya. Begitupun waktu itu saya tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan, sebaliknya cuba memberinya peluang.

“Apabila hubungan tidak mendapat restu ibunya, sepatutnya sebagai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami. Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa lebih panjang,” katanya.

Kata Lana, sebagai orang perempuan tidak manis untuk dia membuka mulut, apatah lagi membicarakan soal lamaran seperti diuar-uarkan sebelum ini dan memutuskan hubungan.

“Sepatutnya tempoh yang ada digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi, cara diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya. Tidak mengapalah kalau itu yang dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As’ari,” katanya.

Menurut Lana, dia sendiri runsing dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini hubungan mereka terjalin baik.

“Cuma kesungguhan itu tidak ada. Saya tidak tahu mengapa melainkan ada agenda lain.

“Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Memutuskan hubungan dalam masa sebulan adalah satu tempoh yang cukup pantas untuk menyalahkan takdir. Dia tidak sepatutnya membuat keputusan (mahu melamar) terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini,” katanya.



Last edited by juliez on 30-12-2013 01:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian lana...kata2 lana nampak lebih matang dari johan... takper semoga lana bertemu jodoh yg lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:14 AM | Show all posts
sudah dapat apa yang dimahukan la ye johan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:17 AM | Show all posts
Johan ni da senget ke ape??
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:20 AM | Show all posts
sakit pulak hati aku dgn si johan ni..sian lana..xpe lana, Allah dh tunjukkan 'rupa' sebenar johan kepada kau dan shila..semoga korang mendapat suami yg terbaik selepas ujian2 ini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:22 AM | Show all posts
Lana ni banyak kawan dgn laki2 bukan melayu dulu.
Kalo dia ckp dia kecewa dgn sikap laki2 melayu.
Ha..johan ni adalah contoh..keji sgt hidup.
Nak kawin..tanya mak dulu bincang.
Bukanny janji bcakap2.. pastu mak xsuka,xbg..suka suki je
Buat si lana mcmtu.smoga mak johan ni mengadap sgt menantu yg di pikir baik Dgn perangai anak
Yg xsemenggah tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2013 06:23 AM | Show all posts
pulak dah...

johan ni gelojoh sgt!
aritu dan2 baru dua tiga hari kenal dh ajak kahwin... pastu kecoh kat wartawan..
cuba dia diam2.. slow2..  x kecoh2...
pujuk mak pak dia elok2... lama2 lembut juga hatinye..

apa pun harap niat Lana nak berubah x berpatah arang la..
lgpun dia dh plan nak pegi umrah kan Mac depan..
ni dh putus x tau la jd ke tak..

suka la tu shila amzah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kalu ade anugerah artis paling propa mesti johan menang..kalah ashraf muslim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak..Kesian lana..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:33 AM | Show all posts
Hmmm..too many drama
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian lana..hazab btul la mamat ni.dia ni mcm xtau ape yg dia nak dlm hidup
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai si keparat ni tak habis2 dgn cite bercinta, putus cinta.. Sapa plak next victim lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:49 AM | Show all posts
apeke biol nye si johan ni...
sesuka suki ko je kn??!!
bile dah bosan ko tinggal camtuh je..
meluat betol aku ngan berangai ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:51 AM | Show all posts
kesian lana. takpelah cari yang lain. shila please jangan layan. nanti esok kecewa. terburu buru and bila ada masalah/tak suka dropkan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:55 AM | Show all posts
dah dapat yg bertudung, ko pi carik yg tetek besar. ibu mana la yg tak kecewa johan!
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki xsedar diri si johan ni... Wat ikut suka hati dia jer... Dah brapa ramai pompuan dia wat camni... Aman ker hdup dia bila sakitkn hati org xsudah2... Bwk muhasabah diri ler johan oit.... Berckp tu bior ler pikir dulu buruk baik nyer... Semberono sgt... Xpikir pnjg.... Bodoh sgt nmpk nyer mmg xlayak dibuat somi pun.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2013 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi ayat lana tindakan johan mengaibkan family doa,yg selama ni dia pakai seksi ya rabbi xigt memalukan family dia jgk? Mak johan mcm kita2 ni lah,dah tau bakal menantu seksi nak mampus,xkan la dia nk stuju. Xper,mak lebih berhak dr kekasih kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian lana. baru nak berubah jd baik. hrp2 bertrrusan la niat dan usaha tuk jd lbh baik tu. insyaallah nnt jumps lelaki yg lebih baik jgk. dan shila, jgn la kau kembali ke johan tu. dan jgn plak bergabunh dgn lana, team tag mengiutuk2 johan mcm yg pernah scha dan linda onn buat. nak team tag pergi usrah sesama tak pe. yg tu akak benarkan. johan tu, biaq lantak pi la dia terjun dgn labu2nya. mak ko tu johan, sbb utama x nak lana, aku x rasa sbb lana tu sendiri. tp sbb ko tu la johan. mana dia nak letak muka kat family shila udah kau betperangai mcm ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2013 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 25-12-2013 06:55 AM
dah dapat yg bertudung, ko pi carik yg tetek besar. ibu mana la yg tak kecewa johan!

Lana tu scapegoat je utk dia lari dari shilalak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2013 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Johan ni hengat dia kasanova?? Choi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.081343 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list