CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 0

TIPS MEMILIH TUDUNG BAGI SI CANTIK MANIS

[Copy link]
Post time 28-12-2013 04:28 PM | Show all posts |Read mode

“Cuba korang tengok tudung kakak tu tak kena langsung, tak sesuai langsung ngan baju dia. Ada ke patut pakai tudung tu dalam majlis macam ni dengan gaya macam tu”.

Pernah tak anda melihat atau melalui situasi sedemikian. Nak ke anda diperkatakan seperti tu hanya kerana anda tersilap memilih jenis dan gaya tudung yang sesuai nak pergi event tu. Pastinya korang tidak maukan. Malu tu..

Dan ini sangat memalukan jika anda  menjadi perhatian tapi bukan sebab korang cantik tapi sebab gaya pelik yang anda bawakan. Jadi untuk mengelakkan anda menjadi mangsa umpatan orang, anda boleh gunakan tip yang saya dapat ni sebagai panduan untuk anda dan untuk semua pengguna tudung untuk tampil manis dan angun di majlis-majlis yang bakal anda hadiri.


Pertama – Pilihan Material

Untuk majlis yang tidak formal, pastikan kita pilih kain dari jenis lycra, lacoste, microfiber ataupun kapas untuk majlis atau sitiuasi. Ini akan membuat kita lebih selesa, sejuk malah ianya lebih mampu dimiliki dan tidak kelihatan over dalam gaya kita nanti.

Manakala untuk majlis formal pula, sesuai kalau kita pilih kain tudung daripada jenis sifon dan kapas Tetra. Sebab kain ni sesuai untuk suasana sejuk seperti majlis di dalam dewan atau hotel.


Kedua – Pilihan Warna

Warna adalah perkara yang agak penting juga dimana warna memainkan peranan bagi membuat kita diperhatikan. Dan ianya kadang-kadang memeningkan kepala kita untuk mencari warna yangs sesuai dan sedondon dengan baju.

Andai katalah kita pergi satu majlis tu tapi warna tudung yang kita pakai tu amatlah  tak sesuai, pastinya banyak mata yang memandang dan mula tersenyum sinis dan ini akan melemahkan semangat kita dan keseronokan kita di dalam majlis tersebut.

Panduan yang saya dapat ni, ia menyarankan untuk majlis tidak formal, warna hijau, biru dan merah jambu pastel yang dicampurkan atau digandingkan dengan warna coklat, oren ataupun maroon agak tidak terlalu galak dan sesuai dengan sitiuasi. Tapi, jika anda seorang yang sukakan perhatian, warna merah jambu boleh dijadikan warna asas untuk hijab anda.

Bagi majlis yang formal pula, warna yang lebih menyerlah dan berkilau sangat sesuai. Anda akan merasa selesa dengan warna tersebut. Pastinya anda akan dapat pujian daripada rakan-rakan sebab korang kelihatan sangatlah cantik.


Ketiga – Jenis Tudung

Pelbagai jenis tudung yang ada dijual di luar sana, tudung ber”awning”, Syria, Fareeda, ber”layer”. Kita perlu memilih mengikut keadaan, jika anda dalam keadaan ataupun suasana santai dan memerlukan anda bergerak bebas, pilihlah tudung jenis Syria, awning ataupun Syria awning. Ini kerana tudung jenis ini lebih mudah disarung dan tidak akan mengganggu pergerakan anda. Tudung-tudung jenis ini amat disarankan untuk aktiviti lasak seperti sukaneka ataupun majlis-majlis melibatkan aktiviti luar.

Manakala untuk majlis formal pula, anda boleh memilih tudung yang jenis selendang ataupun gaya yang lebih menyerlah seperti Fareeda, tudung ber”layer” dan jenis sarung. Pastikan ianya dipadankan dengan lace ataupun manik untuk menonjolkan lagi kecantikkan si pemakai. Bagi penggemar selendang, ianya pun sesuai untuk digunakan di majlis formal kerana ianya mudah untuk digayakan fesyen tudung yang lebih terkini. Selendang juga boleh dipadankan dengan penggunaan anak tudung yang selesa.


Akhir sekali – Jenis Tudung dan Gaya Yang Seiring Bentuk Muka Anda.

Wajah Oval:

Anda bebas meimilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung ataupun tanpa tanpa anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua.

Wajah Petak:

Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkanmenbuat ikatan ke belakang tengkuk kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda.

Wajah Panjang:

Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit di bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.


Wajah Bulat:

Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak kelihatan lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipis agar kepala anda tidak akan kelihatan lebih besar, Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.

Wajah segitiga/ berlian:

Seperti betuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah digayakan dengan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.



Last edited by tabasco on 28-12-2013 04:41 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048224 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list