CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3320|Reply: 0

Adakah Paul Walker Ahli Neraka

 Close [Copy link]
Post time 4-1-2014 04:34 AM | Show all posts |Read mode
Adakah Paul Walker dan Nelson Mandela masuk Neraka di Akhirat nanti. Adakah semua manusia Bukan Islam setelah mati akan memasuki Neraka Jahanam atau menjadi Ahli Neraka. Perbincangan dan Persoalam Agama ini dibincangkan dalam bentuk Video dan disertakan bersama teks berbahasa Inggeris. Hootoh Tudia hanya memetik sebahagia darinya sebagai pengenalan dalam Bahasa Melayu. Pautan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris ada di akhir Entri asal Adakah Paul Walker Ahli Neraka.



Adakah Paul Walker dan Nelson Mandela dan orang-orang seperti mereka, akan berakhir di Neraka Jahanam. Sebelum seseorang itu memberi apa-apa penghakiman atau berbicara mengenai perkara ini, kita perlu memahami bahawa tidak semua manusia bukan Islam yang mati akan memasuki Neraka Jahanam atau dibakar Api Neraka.

Persoalan dan Video ini mengandungi beberapa maklumat yang sangat penting. Jangan hanya melihat tajuk dan terus membuat penilaian. Saudara Islam diggalakkan untuk menonton sehingga akhir, dan fahami dengan sebenarnya. Untuk kanak-kanak di bawah umur, Pengawasan dan penerangan orang lebih dewasa diperlukan sekiranya video dan persoalan "Adakah Paul Walker dan Nelson Mandela dan orang-orang seperti mereka, akan berakhir di Neraka Jahanam" dibicarakan agar kekeliruan dapat dielakan.

Sebelum ke pautan sepenuhnya, +Hootoh Tudia berharap pengenalan dalam Bahasa Melayu ini dapat memberi manfaat kepada semua. Bagi menjawab persoalan Adakah Paul Walker Ahli Neraka? Tonton video oleh Ustadh Majed Mahmoud, di bawah




Perkara amat penting dan sebenarnya tidak mustahil berlaku di dunia hari ini.
  • Ada sesetengah mereka yang belajar dan memahami Agama Islam tetapi mereka memilih untuk menolak.
  • Ada yang tidak belajar dan tidak memahami Agama Islam dan mereka mati sebagai orang bukan Islam.
  • Ada yang tidak pernah langsung mengetahui dan menerima pendedahan tentang Apa itu Islam.
Bagaimana pula nasib mereka yang tiada langsung menerima pendedahan tentang Islam. Perkara sebagini tidak mustahil berlaku. Sebagai contoh, ada seseorang yang tinggal seorang diri di sebuah pulau dan tidak tahu apa-apa mengenai Islam. Malah, juga tidak mustahil perkara yang sama terjadi pada seseorang yang tinggal di Kota New York. Merujuk Video, Satu wawancara ketika seseorang telah ditanya mengenai Islam.

Allah tidak akan menghukum seseorang sehingga orang itu difahami sepenuhnya dan jelas akan sesuatu kebenaran itu. Seperti Firman Allah swt dalam Surah Al-Israa

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Surah Al-Israa' (17:15)


Artikel, Grafik dan Video dalam Entri Adakah Paul Walker Ahli Neraka adalah sumber bebas dan rumusan dari Ustadh Majed Mahmoud.



والله أعلمُ بالـصـواب  - Wallahu’alam bissawab - Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya - Allah knows the right




Comments

Sila sambung di: http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=777934&extra=page%3D1  Post time 4-1-2014 03:21 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.078887 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list