CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3311|Reply: 25

[Tempatan] Kenaikan gaji 6 peratus memadai di Malaysia

[Copy link]
Post time 8-1-2014 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Kenaikan gaji minimum enam peratus setahun adalah munasabah bagi membantu pekerja menangani beban kos sara hidup yang tinggi di Malaysia pada masa ini.

Rakan Pengurusan KPMG Malaysia baharu dilantik, Johan Idris, berkata enam peratus adalah permulaan baik terutama selepas (mengambil kira) faktor seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tarif baru elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baru tol.      

“Kenaikan gaji pekerja sebanyak enam peratus itu adalah munasabah selepas mengambil kira anggaran kenaikan kadar inflasi yang akan ditolak oleh faktor kenaikan harga,” katanya.      
      
      
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan laporan ‘Kaji Selidik Pengarah Bukan Eksekutif 2013 Profil dan Gaji’ yang dijalankan bersama KPMG dan Institut Jawatankuasa Audit Malaysia (ACI) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Rakan Kongsi KPMG Malaysia, Peter Ho, Lee Min On dan Mohd Khaidzir Shahari.

Mengenai pelaksanaan GST, Johan berpendapat ia tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun.


Sementara itu, kaji selidik KPMG MalaysiaACI mendedahkan ganjaran purata untuk pengarah bukan eksekutif (NED) di 300 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan permodalan pasaran, meningkat 37 peratus kepada RM122,000 setahun setakat 30 Jun 2013 daripada RM89,000 setahun pada 2009.

Johan berkata, syarikat di tangga ke 201 hingga 300 menunjukkan peningkatan terbesar, dengan ganjaran NED meningkat sekali ganda kepada RM65,000 setahun daripada RM32,000 setahun.

“Bagaimanapun, hasil kaji selidik itu tidak harus dilihat atau dibincangkan tanpa mengambil kira pelbagai perubahan dalam landskap korporat,” katanya sambil menambah ganjaran itu adalah lebih rendah berbanding pasaran maju seperti Hong Kong dan Singapura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 12:55 AM | Show all posts
Gaji naik 6%, barang naik sampai 60%. Kejap bang, nak habis cuci pinggan nie.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 12:57 AM | Show all posts
tujuan gaji naik untuk bayar cukai kerajaan jah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 01:10 AM | Show all posts
xmampu nak kata apa...overwhelmed
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 01:56 AM | Show all posts
matiklah ai kene potong elaun kang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 04:30 AM | Show all posts
Gaji pekerja mesti dinaikkan selaras GST - setuju tak ?
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=778671




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji naik 6% tu total ke apa. Kena ambik kita kenaikan CPI. Kurang2 pun 3% tahun ni. So kena at least 6% + kenaikan CPI
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji naik, kos bisnes naik. Bos-bos business owner pon akan pass kenaikan kos ke consumer. Ujung-ujung sama jah bagi kita2 ni. Hahah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 07:21 AM | Show all posts
kat sykt iols... max salary increment cuma 5% .... cuma dapat more 5% atas recommendation daripada immediate superior dan approved by HOD
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 07:52 AM | Show all posts
Petani,penternak dan nelayan naik gaji berapa persen lak?
Just asking??
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 07:54 AM | Show all posts
Bila nye nak naik gaji?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:44 AM | Show all posts
naik 6% itu bagi akak macam kentut jah, takde effect lah kot, sebab ujung ujung kena bayar cukai jua.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:03 PM | Show all posts
6%? SYUKUR MALAYSIA MASIH AMAN..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu2 pernah jgk aku merasa increment sampai 10%. skrg nak rasa 3% pun payah. tahun ni ntah2 x de. bertabah je la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:23 PM | Show all posts
middle class la yg paling naya

mohon gaji gomen naikkan la sedih sangat skang ni

cikgu2 pun dah start bawak bekal

datang lambat sekolah antar anak sbb tambang bas sekolah dah naik...permit bas banyak tak lulus, ramai pengusaha bas lingkup

kerajaan skang ni macam bangsat la serius aku cakap, kalo biarkan benda ni berlarutan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 10:32 AM | Show all posts
kesianla private companies yg struggling nie.. jgn cakapla pasal big2 corporate. yg tu bolehla nak cover kenaikan 6% gaji pekerja. yg struggling nie??? (and kebanyakan mmg tgh struggling).. nak naik 1% ponnn payah tau. Redha dan bersyukur je apa yg dapat.. mintak Tuhan cukupkan semua benda. Sekat semua benda yg nak disekat.. beli spender pun kena kumpul duit tabung. pffftttt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 11:03 AM | Show all posts
co. iols setiap tahun kenaikan gaji ikut performance.. yg dpt 3 or meet expectation naik la dlm RM200 and yg dpt 4  & exceed tu dpt la RM300.. so, nak increment lebih keje pun kena bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:14 AM | Show all posts
untung la kalau ada increement. company lama iols kerja. 2 tahun takde increement sbb semua kos naik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 11:56 AM | Show all posts
penguatkuasaan gaji minimum RM900 pun ramai majikan yg dah mengeluh...makan tahun nak implement. inikan pulak naikkan 6% tiap2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompeni aku rata2 gaji naik 3%. Itu kategori mnc tu bygkan kalo kompeni yg pakcik gad makcik cleaner keje n dok kl n anak ada 4
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.078260 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list