CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 5

[Tempatan] Produk Brahim's untuk penerbangan Jepun

[Copy link]
Post time 8-1-2014 09:15 AM | Show all posts |Read mode
  • Pengerusi Eksekutif Brahim’s, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi (dua, kiri) menunjukkan menu nasi lemak yang disediakan Brahim's untuk Mas dalam satu majlis, Jun lalu.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


BRAHIM'S Holdings Bhd menandatangani perjanjian dengan ANA Holdings Inc (ANA) bagi menyediakan hidangan makanan halal Jepun bagi katering dalam penerbangan di negara matahari terbit itu.

Brahim's dalam satu nota kepada Bursa Malaysia semalam memaklumkan, kerjasama itu akan membuka ruang untuk kedua-dua syarikat menubuhkan usaha sama dalam dapur halal penerbangan di lapangan terbang Narita dan Haneda di Tokyo.

Brahim's memaklumkan, objektif perjanjian itu adalah bagi menubuhkan gabungan rangkaian strategik dan kerjasama perniagaan bagi meneroka cara dan memanfaatkan strategi kedua-dua pihak.

"ANA melalui anak syarikatnya ANA Catering Service Co Ltd (ANAC) akan bekerjasama dengan Brahim's khusus untuk syarikat penerbangan luar yang mendarat di Narita dan Haneda, untuk membekalkan hidangan dalam pesawat halal dengan menggunakan kemudahan milik ANAC pada peringkat awal.

"Apabila perniagaan itu berkembang, kedua-dua syarikat akan pertimbang untuk mewujudkan usaha sama bagi memperluas kemudahan itu," menurut Brahim's.

Sementara itu, perjanjian itu akan turut menyaksikan Brahim's memasarkan dan mengedar produk siap dimakan dihasilkan anak syarikatnya, Dewina Food Industries Sdn Bhd di Jepun dengan bantuan ANA Trading Co Ltd sebagai pengedar.

"Syarikat IHG-ANA, iaitu usaha sama antara ANA dan InterContinental Hotels Group yang mengendalikan rangkaian hotel ANA InterContinental, ANA Crowne Plaza, dan ANA Holiday Inn di seluruh Jepun turut berminat menggunakan produk Brahim's untuk dihidangkan kepada tetamu beragama Islam melalui cawangan Brahim's di Jepun, Brahim’s Food Japan Co Ltd," menurut kenyataan itu.

Brahim's dan ANA menjangka untuk memperoleh penguasaan pasaran dalam katering halal penerbangan, meningkatkan agihan dan kedudukan di Asia Pasifik bagi meneroka pasaran makanan halal di kedua-dua negara, selain bahagian lain di Asia.

Brahim’s kini membekalkan makanan kepada 36 syarikat penerbangan komersial  antarabangsa yang terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dengan Malaysia Airlines sebagai pelanggannya yang terbesar.


http://www.sinarharian.com.my/produk-brahim-s-untuk-penerbangan-jepun-1.238168
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 10:55 AM | Show all posts
sedap  brahim ni......nyam2.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 02:41 PM | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat masterchef selebriti 2 final masak tuk brahim..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 02:50 PM | Show all posts
Jepon pon amalkan kronisme.. ni abg dollah badwi punya kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 02:51 PM | Show all posts
abang brahim
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.077895 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list