mohon TT @AbukRokok update tajuk!! Aedy Ashraf nafi mabuk
Sedar batasan sebagai Muslim
Kuala Lumpur: “Bersosial? Saya percaya itu hak masing-masing. Nak berparti atau apa pun tak ada masalah bagi saya asalkan jaga kerja,” kata pelakon remaja, Aedy Ashraf berhubung dakwaan segelintir pihak melabelnya artis kaki sosial dan liar. Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 21, yang sudah beberapa kali didakwa liar dan gemar bersosial di kelab malam sejak beberapa tahun lalu sekali lagi dituduh mabuk di sebuah kelab malam, baru-baru ini.
Ketika dihubungi Harian Metro, pelakon sitkom Oh My English itu mengakui keluar bersosial dan berparti bersama rakan-rakan pada waktu lapang, tetapi menyangkal tuduhan mabuk seperti diperkatakan.
“Memang saya akui ada keluar parti dan bersosial. Kebetulan berkawan dengan orang lebih matang.
“Sebagai remaja, saya perlukan hiburan apabila penat bekerja. Tapi saya selalu sedar batasan sebagai Muslim dan artis. Tak adalah sampai saya mabuk seperti dikatakan itu,” katanya.
Bagaimanapun Aedy berkata, dia tidak perlu melatah dengan dakwaan yang timbul kerana ia adalah asam garam dunia seni.
Mulut orang saya tak boleh tutup. Takkan saya nak tegur orang label saya macam itu pula? Nak cakap, cakaplah apa saya boleh buat pun.
“Saya tak boleh buat apa. Orang yang kenal saya akan tahu saya. Saya keluar bersosial pun tak ganggu kerjaya. Saya jaga kerja dan menyusahkan orang,” katanya.
|