CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11371|Reply: 69

Jepp Sepahtu dilamar melalui laman sosial

[Copy link]
Post time 13-1-2014 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Peminat Lamar Jepp (Sepahtu) Melalui Laman Sosial
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Kumpulan Sepahtu dari kiri Jepp, Shuib dan Rahman.

PETALING JAYA: Pelawak Jepp daripada kumpulan Sepahtu menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.
"Kalau saya cakap, orang kata syok sendiri pula. Tetapi ada la beberapa peminat yang nak jadikan saya sebagai suami mereka.
"Terkejut juga, tetapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri tidak membalas mesej mereka supaya tiada sesiapa yang berkecil hati. Kalau boleh, saya harap sangat agar tidak melukakan hati sesiapa pun," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, dalam menjaga perasaan orang sekeliling, Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahman.
Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.
"Saya agak terkejut dan terkilan apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.
"Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan? "Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja," tegasnya.
Sementara itu, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini.
Ia akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Warna pada pukul 10 malam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2014 11:09 PM | Show all posts
Jepp mmg ramai peminat.Muka boleh la tinggi pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 11:37 PM | Show all posts
bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahman.

Rahman ni yg mana ya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape Rahman???
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rahman ke rahim..typo error kot..kan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 11:45 PM | Show all posts
rahim dah tukar nama jadi rahman kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2014 11:47 PM | Show all posts
Boleh Rahman ngan Rahim tertukau??
Wartawan ni lagi lawak dr sepahtu la....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 11:53 PM | Show all posts
autocorrect kot...

btw aku kagum dgn pompuan2 yg melamar tu... org tu kenal ko pon idak gigih melamar... kalau aku pon mmg reject...terkejut kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
my opinion..muka jep biase je..cuma dia tinggi..badan pn smart..so mmg npk good looking la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 12:05 AM | Show all posts
motip maxim amek tau kesah jep,,kesah kangkong lagi popular
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangga la tu jep...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 01:12 AM | Show all posts
hanna88 posted on 13-1-2014 03:55 PM
my opinion..muka jep biase je..cuma dia tinggi..badan pn smart..so mmg npk good looking la..

setuju badan jep ni tinggi lagipun dia bujang penampilan agak smart dia ni taklah hensem mana jadinya orang nampaklah dia ni hensem tak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 01:13 AM | Show all posts
pada pemerhatian aku, separuh dari komen2 kat ig jep ni datang dari follower2 yang dahagakan kasih syg.. kekadang naik geli membacanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 02:52 AM | Show all posts
Ape wechat die
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 03:12 AM | Show all posts
kizuna80 posted on 14-1-2014 01:13 AM
pada pemerhatian aku, separuh dari komen2 kat ig jep ni datang dari follower2 yang dahagakan kasih s ...

Cube bace komen kat ig remy ishak. Lagi le geli geleman. Stok stok merenyam. Org pompuan zaman skrg nih ada yg dah tak reti malu eh. Tak mcm anak dara zaman dulu kata mak aku. Stakat puji hensem tu tak pe la kan. Ni sampai nak peluk la ape la eiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahman.. Rahim + mamat kot..hihihihi

Mmg merenyam bc kt jep....kedg beringus skolh pon xhbs lg.. Yg ajk kawen 1 hal..yg beria merayu2 mintak jep balas komen pon dasyat gak...plslah abg jep hensem reply komen sy..sekali pon jadilah..plssss......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2014 04:28 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 14-1-2014 03:34 AM
Rahman.. Rahim + mamat kot..hihihihi

Mmg merenyam bc kt jep....kedg beringus skolh pon xhbs lg..  ...

budak baru akil baligh biasalah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
rahman pn boley....hikhik....ala....kalau taukey jambu yg muka sedikit x siap tu pn awek yg ade rupa gak la kan bley bertukar ganti....ni kan plak si jepp yg blh thn rupa parasnye tu....knp x kantoi lg awek jepp ke mamat ni mmg xde awek lg....mcm pelik je kalau xde....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
DianaSaksen posted on 14-1-2014 01:12 AM
setuju badan jep ni tinggi lagipun dia bujang penampilan agak smart dia ni taklah hensem mana :lol ...

btol tu..ce kalo jep ni rendah..mmg x de nye byk peminat mcm ni..tinggi tu aset bagi lelaki hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 10:13 AM | Show all posts
Cuba kalau Jepp tu bukan artis, tak kaya, masih keje biasa2 macam dulu, agak2 ramai tak pompuan minat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.086511 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list