CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lokmanwawa

Himpunan Cerita Paling Seram (kopipasta)

[Copy link]
Post time 20-1-2014 09:18 PM | Show all posts
thoyol posted on 20-1-2014 08:57 PM
Whoopss!!

not mine laa kak, princebrunei punya.

hehehe dah buat pembetulan yol, prince brunei punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer rumah sewa ni dah penah kua dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 12:38 AM | Show all posts
laila_zi posted on 20-1-2014 05:21 PM
Yup betoi betoi prince brunei ...... amboiii nak kena cubit TT ni

Mai Lha Cubitt , Wekkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 12:51 AM | Show all posts
Jemaah Bela Hantu Raya Gagal Pijak Masjidilharam

{Seperti yang diceritakan oleh Haji Nor Hashim Abdullah, 43, dari Harmony Excellence Travel & Tours kepada wartawan Mastika, Desi Ernita Dahnin @ Nita.}

SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.

Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang. Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.

Macam Kandang Babi

TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.

Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.

Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.

Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.

Gagal Pijak Masjidilharam

SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.

Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.

Akibat Alih Batu Sempadan

PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.

Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.

Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini. Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.

Mastika Mei 2011

-Husaini-
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 08:37 AM | Show all posts
thoyol posted on 20-1-2014 06:57 PM
Whoopss!!

not mine laa kak, princebrunei punya.

alahai seriau aku tgk abatar ko....
mn prince brunei skg ek...merajok kaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 05:14 PM | Show all posts
lokmanwawa posted on 21-1-2014 12:51 AM
Jemaah Bela Hantu Raya Gagal Pijak Masjidilharam

{Seperti yang diceritakan oleh Haji Nor Hashim A ...

wei dik hj hashim ni akak n hubby kenal sgt ler kami panggil dia cikgu hashim selalu bwk jemaah umrah utk hormoni excellent opis kat AU5 keramat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2014 05:15 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 21-1-2014 08:37 AM
alahai seriau aku tgk abatar ko....
mn prince brunei skg ek...merajok kaa

kak tipsh kata org cilok citer dia pas tu takda royalty.....sedih tul
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 12:20 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 21-1-2014 08:37 AM
alahai seriau aku tgk abatar ko....
mn prince brunei skg ek...merajok kaa

Hehe.. Aku plak suka tgk abatar ko. Hehe..

agaknya dia merajuk kot.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2014 12:31 AM | Show all posts
laila_zi posted on 21-1-2014 05:15 PM
kak tipsh kata org cilok citer dia pas tu takda royalty.....sedih tul

owhh , nk buat credit mcm mana ? saya xpandai kak ,
bole ajarkan dok !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 12:32 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 20-1-2014 01:07 PM
bole jek...tp masalahnya citer ni dh penah kuar dulu kt sini...

hehehehehe !


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 01:07 AM | Show all posts
SELAMAT MEMBACA SEMUAA !

saya nak ceritakan pasal histeria .. time ni berlaku tahun 2009 .. mase sy form 4 .. bnd ni sy sdri yg alami .. tp kwn yg cter kn dkt sy .. sbb time sy histeria 2 .. xsedar papew ..

kelas sy brda di blok belakang .. pulak 2 kelas kitorang mg budak plg nkal thun 2 .. cikgu pun xnak masuk ngajar kalo bly .. blkg blok 2 tmpat 'benda' 2 dduk .. sblm ni dah rmai yg kne histeria .. tp sy xpenah kne lg .. nk di jadikn crite .. kwn sklas sy kne .. dia bru balik dari bilik air .. baru lps menangis .. kitorg kwn2 pmpuan tya la knpe .. tp dia diam je .. cikgu plak msok .. lps cikgu sy msok tok mengajar .. dia makin kuat menangis .. kwn2 yg dduk sblh dia semua lari .. sbb dia menangis lps 2 ktwe .. cikgu suruh kitorg semua bacakn ayat qursi .. nk bg dia tenang .. bkn makin tenang .. makin liar ade r .. kitorang yg pegang dia ni .. dia cekam tgn kuat2 .. tgn sy yg tlg pegang dia .. dia cekam gune kuku .. sakit nye .. hya allah yg tahu kne cekam gtu .. dkt 10mnt la dia menangis .. dia ckp dia xgangu pon ..nape nk kaco dia .. kitorg pkat rmai2 angkat kwn sy 2 bwk prgi ke surau .. pgl la ustaz .. budak2 kelas lain sibuk nak tgk jugak .. lps 2 .. makin rmai plk yg kne .. budak2 dok meracau ckp sakit .. mase sy nk kena ni .. sy dah rse xsedap bdn .. sy nk tlg org lain .. sbb kwn sy td da ade org lain bantu .. budak yg sy nk tlg 2 .. nk muntah .. sy tlg bwk dia prgi muntah .. time ni sy kena .. n kwn sy yg cter kn dkt sy lps sy naik skola ..

tiba2 sy jatuh n menangis .. meracau2 suruh pergi .. jgn gngu sy ..
cikgu2 pmpuan tlg papah sy bwak msok dlm surau .. ade ustaz 2 tlg ubt kn sy .. dia baringkan sy .. ttop muka dgn kain .. lepas 2 .. kwn sy cter yg sy tampar muke 2org cikgu .. dgn sorg budak lelaki .. lps dorg tenteram kn sy .. sy suh dorg lps kn .. lps 2 .. sy brlari keluar dri surau 2 menuju ke belakang blok tmpat 'benda' 2 ddok .. nsib baik sblm sy smpai tmpt 2 dorg da dpt tgkap sy .. kalo x lg haru .. lps drg bwk sy g surau .. ubatkn semua .. sy rse dah ok .. xlme lps 2 ayh sy smpi tok amik sy bwk blik rumah .. kain xyh ckp laa .. nsb baik kain skola 2 koyak ckt kt bahagian kaki .. dpt la cuti 2ari cikgu bg .. maaf la admin kalo bhsa berterabur .. curi mase wat keje .. kalo fans xpecaya .. admin bly tag sy .. demi allah citer ni bukan rekaan semata2 .. ia terjadi pd diri sy .. n ape yg brlaku pd sy .. kwn sy yg ceritakn ..

Sumber : RAHSIA
-LW-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2014 01:09 AM | Show all posts
diambil dari blog.. berlaku pada 2 hari lepas di Labuan betul ke..

MISTERI!!! Orang Cuba Bunuh Diri Ghaib Di Bangunan Lama Hotel Labuan

Orang ramai dikejutkan dengan laporan ‘cubaan bunuh diri’ yang berlaku di bangunan lama, Hotel Labuan, lewat petang semalam, 13 November 2013.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan Jabatan Bomba & Penyelamat W.P. Labuan (Fire & Rescue Dept. Labuan F.T.), tiada sebarang perkara berlaku seperti yang dilaporkan.

Pengarahnya, Tuan Zainal Madasin berkata, pihak bomba dan penyelamat dengan 51 anggota, bergegas ke lokasi itu setelah dimaklumkan oleh pihak polis, kira-kira jam 6.00 petang.

Namun, hasil pemeriksaan selama 3 jam yang dilakukan di hotel 10 tingkat itu, didapati tiada individu lain berada dalam bangunan berkenaan.

Bercakap ketika ditemui pemberita R-T-M Labuan beliau berkata, daripada kejadian seumpama itu, pihaknya akan memantau kawasan sekitar Labuan terutama kawasan yang berisiko berlaku kejadian seperti itu.

Hotel Labuan yang mempunyai 150 bilik dan dibina pada 1979 setinggi 10 tingkat itu ditutup kerana masalah teknikal pada 1997. Sehingga kini, Hotel itu masih tidak beroperasi dan ditinggalkan begitu sahaja.

Ramai yang mengesahkan banyak kejadian aneh dilaporkan berlaku di hotel tersebut yang merupakan salah satu punca tidak ada sesiapa yang mahu menguruskannya. Adakah cerita berikut benar? Wallahualam…
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 02:34 PM | Show all posts
lokmanwawa posted on 22-1-2014 12:31 AM
owhh , nk buat credit mcm mana ? saya xpandai kak ,
bole ajarkan dok !

dik, tulis jer citer / credit tuk sapa2 so paham ler org yg citer ni penulis asalnya sapa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:28 AM | Show all posts
mostly citer saya tak pernah bace sbb maybe orang baru kat sini, oklah lah gak TT share citer2 nieyh...

tapi tula kene la kreditkan atau citation kan pemilik asalnya utk mengelak plagiarism gituuu hah~~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2014 03:32 PM | Show all posts
lucky_peace posted on 23-1-2014 10:28 AM
mostly citer saya tak pernah bace sbb maybe orang baru kat sini, oklah lah gak TT share citer2 nieyh ...

xpew xpew lain kali sya buat k
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 03:53 PM | Show all posts
nak join kopipes gak leh?


Diserang gerombolan lembaga putih
Oleh Nuri Angkasa



HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan. Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru yang sangat lazat isinya.

Mereka berehat di hujung kampung penempatan masyarakat Orang Asli yang belum begitu tersusun. Kelompok etnik itu sudah dapat menerima perubahan kecil sekali gus keluar dari kepompong cara hidup lama. Limat yang mengetuai kumpulan empat pemancing itu adalah anak tempatan Temerloh. Dia sudah biasa dengan sungai di sebelah sini. Melihat keadaan cuaca buruk yang berterusan, Limat membatalkan hasrat ke hulu Sungai Lembing. Tambah pula air sungai sangat deras dan mula melimpah tebing.

Sebuah pondok lama yang sudah ditinggalkan mereka gunakan untuk berteduh. Jika keadaan memaksa, mereka akan terus bermalam.

“Jika keadaan bertambah buruk memang kami merancang tidur di situ,” cerita Karim yang turut menyertai kumpulan itu.

Dia berkata, malam itu mereka dikejutkan dengan air banjir dari limpahan sungai sudah mencecah lantai pondok berkenaan. Mereka mula cemas apabila mendapati air naik begitu pantas. Pada masa sama, hujan semakin lebat.

“Tetapi kami bernasib baik apabila beberapa buah sampan kayu penduduk Orang Asli datang memberi pertolongan lalu membawa kami ke kawasan selamat di atas sebuah bukit. Di sana pun sudah dipenuhi oleh penduduk Orang Asli yang diselamatkan dari perkampungan penempatan yang sudah ditenggelami air limpahan Sungai Lembing.

“Keadaan bertambah buruk dan mencemaskan apabila beberapa ekor ular sawa besar turut mencari mangsa tetapi berjaya dihalau oleh seorang lelaki tua yang dianggap sebagai bomoh di kalangan penduduk di situ,” katanya.

Limat diberi layanan baik walau pun keadaan makin terdesak kerana air terus naik. Namun itu tidak membimbangkan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu.

Tetapi bagi Limat dan kawannya menganggap kejadian itu satu pengalaman baru. Menjelang tengah malam itu, mereka dibawa berpindah ke satu lagi kawasan selamat oleh pembantu ketua Orang Asli. Ini kerana menurut ketuanya bahawa mereka perlu diselamatkan sebelum keadaan bertambah buruk. Mereka tiba di kawasan kecil tetapi tempatnya menarik. Mereka dibekalkan dengan sedikit makanan yang sudah dimasak. Beberapa orang yang dibawa khas mula membuat kerja mendirikan pondok serta unggun api di tengah kawasan lapang. Kumpulan itu kemudian meninggalkan Limat dan kawannya sebaik saja semua keperluan sudah disiapkan.

Pertolongan yang diberikan oleh masyarakat Orang Asli itu sangat bererti buat mereka, cerita Karim lagi sambil mendakwa bahawa pada malam itu mereka bagaikan terpukau lalu tidur dengan nyenyak hingga pada saat-saat terjaga dengan satu kejutan yang sangat menakutkan. Mereka terdengar hilai ketawa mengelilingi kawasan itu. Kelihatan lembaga putih berterbangan.

“Kami ketakutan tetapi Limat tidak menunjukkan perubahan dan tetap tenang. Dia duduk bersila kemas sambil membaca sesuatu yang tidak kami dengar dengan jelas. Tetapi nyata dia cuba menghalau makhluk putih yang mengilai dengan lebih garang itu daripada mendekati kami.

“Limat cuba diheret keluar dari pondok tetapi kerana duduknya yang kemas serta amalan yang tidak kurang hebatnya lembaga putih itu kemudian meninggalkan kawasan kami untuk beberapa waktu. Tetapi lembaga itu datang semula dengan bilangan yang lebih banyak sambil mengilai dengan bunyi yang lebih mengerikan,” katanya.

Dek kerana ketakutan, mereka berpelukan sesama sendiri. Namun Limat cekal membaca ayat al-Quran. Pondok tempat mereka berteduh digoyang dengan kuat dan hampir roboh.

“Limat bangun lalu melaungkan azan dengan kuat. Pondok roboh dan kami terbaring di atas tanah perkuburan dengan batu nesan yang bertaburan.

“Kami semakin terkejut tetapi Limat merasa syukur sebaik saja menamatkan laungan azan yang sekali gus melenyapkan gangguan lembaga putih yang mengganggu mereka pada dinihari sebelum subuh itu.

Paling menghairankan apabila mereka sebenarnya berada di tengah-tengah kawasan perkuburan Islam di sebuah kampung Melayu di Sungai Lembing dan bukan perkampungan Orang Asli seperti yang berlaku dalam tragedi misteri yang dilalui sepanjang hari dan malam itu.

“Limat tidak banyak bercakap malah terus membawa kami pulang sambil singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang. Kami solat sunat kesyukuran dan doa selamat yang diimamkan sendiri oleh Limat.

“Apa yang berlaku adalah satu misteri bagi kami dan tentunya banyak lagi misteri yang dilalui oleh kaki pancing dalam kisah yang berlainan,” kata Karim menamatkan perbualan.

*Artikel diperolehi dari laman web "BERITA HARIAN JORAN".*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lokmanwawa posted on 22-1-2014 01:09 AM
diambil dari blog.. berlaku pada 2 hari lepas di Labuan betul ke..

MISTERI!!! Orang Cuba Bunuh Di ...

thanx... dah lama teringin nk baca pasal rumah sewa prince brunei tu... baru ni dpt baca lepas awal repost cite ni... but bagi kredit la lepas ni k...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 05:37 PM | Show all posts
lokmanwawa posted on 20-1-2014 02:00 AM
nty saya update yg sy buat !

maaf lokmanwawa, akak bgtau sbb dah baca part yg sebelumnya. maaf ye.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 12:14 PM | Show all posts
nice sharing TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 02:48 PM | Show all posts
detox posted on 23-1-2014 05:37 PM
maaf lokmanwawa, akak bgtau sbb dah baca part yg sebelumnya. maaf ye.

Tak apa kak oi .
sja ok ja !


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.280422 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list