CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RaihanRozhan

Misteri Jalan Beruas

  [Copy link]
Post time 2-2-2014 09:17 PM | Show all posts
RaihanRozhan posted on 20-1-2014 10:09 AM
sori semua bz sikit dgn kemas barang bilik

Jalan ni memang dari aku dalam perot mak aku sampai la ...

mak aiii..garangnye mase lembaga tu jerit suruh buatkan susu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 09:27 PM | Show all posts
yela kan..Tamar Jalis dgn Tok Awang Ngah tu adalah org yg same ker tt.?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 02:39 PM | Show all posts
tt tumpang citer..hmm bulan 6 thn lepas g lumut lalu jln beruas la...laki aku beli rumah kat sana. setel urusan semua km blk ari tu jgak dah senja. ank2 aku dok belakang. memula ok pastu ank sulung aku punya la happy dok main cak2..ank no 2 diam ja. bila tanya dia kata main ngan kwn. aku dah naik seram. aku tutup radio pastu pasang bacaan quran dr hp. ank2 pggil dok depan menyempit satu kerusi 3 org. pastu baru ok. ank aku dah x gelak sakan..laki aku ckp jln tu mmg angker sbb tu kenkwn dia jarang blk klu dah mlm..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 10:24 AM | Show all posts
Aku orang Sabak Bernam. Kira jati la kat sana hehe. Beruas tu laluan utama aku untuk ke Utara dari dulu, sampai la sekarang. Even dari KL pun, aku akan singgah Sabak dulu, then akan ikut jalan dalam, lalu beruas, hingga la ke tol Cangkat Jering, baru masuk hiway, sebab tak sanggup nak habiskan perjalanan lalu ipoh yang macam panjang berjela jela tu haha.

Beruas, dalam tahun 80-an, agak scary laluan tersebut. Around 6 petang je dah macam gelap je, sebab kiri kanan hutan. Rumah penduduk tak banyak pun tepi jalan. Even jalan pun tak cantik mana pun, tak macam sekarang ni. So far, setakat jumpa orang bawak keranda time maghrib, malam, adalah perkara macam biasa je nampak time dulu huhu, walaupun takut, aku jadi berani sebab bapak aku ada hahha.

Pasal jalan Felda Soeharto dari Tanjung Malim, tembus Sabak, ikut Sepintas batu 4 tu, memang ngeri, aku juga biasa lalu situ ( bawak kereta je la, bawak motor belum hati kering lagi huhu ) time pagi, tengahari, petang, senja, dan hampir tengah malam. Biasa time siang, masih ada jumpa juga kereta/moto/lori/traktor lalu situ. Kadar kekerapan dalam setiap 10 minit. Tapi bila malam, dalam 40 minit baru jumpa satu huhu. Tahap ketakutan adalah tinggi, sebab possibility untuk jumpa makhluk lain adalah tinggi. Makhluk lain kat situ adalah seperti gajah, monyet, harimau kumbang, dan pernah aku kena tahan dengan beruang yang sedang berdiri. Siot je, ingat hantu huhu. Setakat lalu jalan tu, biasa la tengok anak harimau mati tepi jalan kena langgar kete/lori. Ular sawa sangat panjang kat situ, dan besar. 4 batang rokok abis nak tengok ular sawa melintas jalan, slow sebab ikut jalan tar hehe.

Pasal jalan hutan melintang ada treler takde driver, tak pernah dengar lagi cite tu, tapi jalan kat situ walaupun lurus tegak, ianya tak rata. Biasa ada eksiden kaw kaw kat situ. Dan bila waktu siang, kat area TNB tu agak ngeri juga. Selalu ada speed trap.

Kalau dari Sabak tu, area tangki air kat selekoh nak masuk Kampung Kota, Perak tu. Hala ke Hutan Melintang, situ biasa terkena orang tahan pengguna jalan raya, bila berenti, dah naik kete, tetiba orang yang ditumpangkan akan tetiba mengilai kuat kuat kat UNITATA tu, pastu terbang kuar. Tak tau apa motif dia nak gelak bila sampai kat UNITATA tu hahaha.

Tu je setakat ini, sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 12:00 PM | Show all posts
cm_puding posted on 4-2-2014 10:24 AM
Aku orang Sabak Bernam. Kira jati la kat sana hehe. Beruas tu laluan utama aku untuk ke Utara dari d ...

port hantu ke kt kilang UNITATA tu? bapak mertua kawan laki aku bekas manager UNITATA ni..ntah2 dia tau kot psl citer ni klu betul..

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 12:33 PM | Show all posts
myakayina posted on 4-2-2014 12:00 PM
port hantu ke kt kilang UNITATA tu? bapak mertua kawan laki aku bekas manager UNITATA ni..ntah2 di ...

UNITATA tu berhantu mungkin akibat daripada persekitaran yang penuh dengan ladang kelapa sawit, di mana, bila ada ladang kelapa sawit, mesti banyak tikus, bila banyak tikus, ular pun banyak, dan secara automatik, burung HANTU pun banyak, ok, takde kena mengena hehehe


tapi, dulu time aku kecik, aku ingatkan tempat tu tempat macam Universiti hahahahhahahahaa serious
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2014 02:22 PM | Show all posts
cm_puding posted on 4-2-2014 12:33 PM
UNITATA tu berhantu mungkin akibat daripada persekitaran yang penuh dengan ladang kelapa sawit, di ...

aku tngok kawasan sekitar UNITATA banyak gak keta lalu.. mmg la jalannya straight jer.. kadang bau busuk kelapa sawit tu..
tak sangka plak ada entiti kat kawasan tu..

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:25 PM | Show all posts
myakayina posted on 4-2-2014 02:22 PM
aku tngok kawasan sekitar UNITATA banyak gak keta lalu.. mmg la jalannya straight jer.. kadang bau ...

mesti la harus banyak kete lalu, dah itu je jalan utama untuk masuk ke Sabak Bernam dari Teluk Intan yang dekat hehehe

sedangkan Federal Hiway pun orang pernah jumpa hantu hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2014 02:30 PM | Show all posts
cm_puding posted on 4-2-2014 02:25 PM
mesti la harus banyak kete lalu, dah itu je jalan utama untuk masuk ke Sabak Bernam dari Teluk Int ...

federal highway belah mana plak org jumpa entiti? aku selalu gak lalu sini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:36 PM | Show all posts
myakayina posted on 4-2-2014 02:30 PM
federal highway belah mana plak org jumpa entiti? aku selalu gak lalu sini..

hahaha yang tu bukak benang lain la, ini dah lari tajuk dah hoho
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2014 02:39 PM | Show all posts
cm_puding posted on 4-2-2014 02:36 PM
hahaha yang tu bukak benang lain la, ini dah lari tajuk dah hoho

citer kt benang hiway sana la..nak gak tau..

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 01:44 AM | Show all posts
Best baca kisah TT. Sekarang ni bila masuk Bod MPS, aku akan terus terjah thread ini.

Ini aku nak kongsi cerita yg di ceritakan oleh anak saudara aku dari pengalaman yg menyeramkan oleh  kawan2 anak saudara aku yg menuntut di Politeknik di Sabak Bernam. Depa2 ni menyewa rumah di salah sebuah kampung yg berdekatan dgn Politeknik di Sabak Bernam

Pada 1 malam selepas depa habis makan malam di pekan, depa  balik ke rumah secara konvoi  bermotosikal dgn melalui jalan yg biasa depa lalui.
Tiba pada jalan yg tak jauh dari 1 chalet yg agak famous kat area situ, salah seorang yg berada di hadapan sekali telah memecut motor dgn laju bila melintas kat 1 tiang lampu tepi jalan. Yg berada kat belakang rasa pelik & bila tiba giliran yg berada kat belakang melintas berhampiran tiang lampu yg di maksudkan, depa pun ikut sama pecut.

Bila sampai rumah, jadi heboh cerita depa2 ni terserempak dgn Cik Pon tengah mencangkung tepi jalan berdekatan dgn tiang lampu.
Akibat dari kejadian ni ada antara depa terpaksa tidak hadir class selama beberapa hari coz demam.

Aku tahu tempat di mana kejadian ni berlaku coz aku sering berulang-alik setiap 2 minggu sekali untuk melawat @ menghantar balik anak saudara aku yg belajar di Politeknik & anak aku yg belajar di SBP Integrasi Sabak Bernam. Last edited by pu3_rania on 8-2-2014 01:47 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 02:07 AM | Show all posts
cm_puding posted on 4-2-2014 10:24 AM
Aku orang Sabak Bernam. Kira jati la kat sana hehe. Beruas tu laluan utama aku untuk ke Utara dari d ...

Baca kisah hang pasal jalan Felda Soeharto dari Tanjung Malim ni, aku teringat kisah jiran aku kena sakat dgn Cik Pon yg melintas depan kereta dia.

Kejadian ni berlaku waktu remang2 senja & dah dekat nak masuk waktu Maghrib. Pakcik kepada isteri dia dah ingat kan dia jgn lalu jalan situ tapi dia berdegil nak ikut jalan situ. Alasan dia tak nak lalui jem especially di Tanjung Karang & Kuala Selangor coz masa tu kereta banyak coz orang ramai baru balik dari kampung sempena Hari Raya Puasa.

Masa memalui 1 jalan lurus yang mana kiri kanan belukar, tiba2 dia nampak Cik Pon tengah melayang terbang depan kereta dia. Nasib baik dia tak cepat panik & sempat jugalah dia laungkan azan. Isteri dia yg kat sebelah dah menangis terkejut. Nasib baik anak2 dia yg dok kat belakang tak sedar apa yg dah terjadi. Lepas laungkan azan cepat2 dia suruh isteri pasang CD Ruqyah.

Aku pernah lalui jalan ni & tahu kawasan mana yg dia kena sakat. Aku lalui jalan ni sebab nak hantar anak & anak saudara aku balik asrama sambil singgah makan di restoren Selera Rimba di Sg. Lembing, Sabak Bernam. Bila aku cerita dgn dia aku lalui jalan ni, so masa tu jugalah dia buka cerita dia kena sakat & nasihatkan jgn lalu jalan tu masa senja & malam.



Last edited by pu3_rania on 8-2-2014 02:09 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 02:12 AM | Show all posts
sranua posted on 26-1-2014 09:32 AM
Yup btol...kalau bawak keter sorang2 mmg ade rasa serun jugak....tp ye lah..takkan nak takut hantu s ...

Thanks for the info.
So sekarang dah tahu ada jalan alternatif yg boleh di gunakan utk elak jam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 09:11 AM | Show all posts
pu3_rania posted on 8-2-2014 02:12 AM
Thanks for the info.
So sekarang dah tahu ada jalan alternatif yg boleh di gunakan utk elak jam

nak elak jem dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor, boleh masuk ikut Simpang Sungai Panjang kalau dari Sabak Bernam, terus je jalan tu, kira jambatan atas parit tu sampai 4, make sure ada signboard tulis Parit 4, masuk kanan, terusssss je, sampai jumpa jalan yang belum tar, berpasir je, pastu masuk kanan, terus je jalan tu, dan akan ada option nak keluar ikut Tiram Buruk Tanjung Karang, atau Ijok hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 09:13 AM | Show all posts
pu3_rania posted on 8-2-2014 02:07 AM
Baca kisah hang pasal jalan Felda Soeharto dari Tanjung Malim ni, aku teringat kisah jiran aku ken ...

Resort tu Hay Resort ?

btw, Hay Resort tu ada satu bilik yang khas untuk makhluk tersebut hahaha
Full macam mana pun, tak bukak pun bilik tu.
Dah dulu khabarnya, ada satu family yang kawan aku bawak stay kat resort tu, berkeras nak jugak check in bilik tu, sebab dah full semua bilik, ianya berakhir dengan diorang stay kat cafe sampai subuh, pagi pagi terus check out, tanpa bayar satu sen pun hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2014 11:28 AM | Show all posts
tq mod bg tacang
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 03:04 PM | Show all posts
cm_puding posted on 8-2-2014 09:11 AM
nak elak jem dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor, boleh masuk ikut Simpang Sungai Panjang kalau da ...

Thanks a lot
Info yg amat berguna
Hang ada lagi kisah2 misteri ke di jalan & sekitar kawasan Sabak Bernam & Sungai Besar
Kalau ada mari lah kongsi kat sini supaya meriah lagi rumah TT ni
TT dah lama menyepi, sibuk kot
Tak sabar nak baca kisah2 yg di kongsi kan oleh TT
Harap2 cepatlah dia muncul kat rumah dia ni
Berkenaan tajuk thread ni kalau TT dapat ubah dengan manambah Sabak Bernam selain Misteri Jalan Beruas, rasanya lebih sesuai coz TT bukan saja cerita kisah misteri Jalan Beruas tapi ada di tambah dengan cerita berkisar di sekitar Sabak Bernam
Just my 2 cents ya TT




Last edited by pu3_rania on 8-2-2014 03:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 03:14 PM | Show all posts
cm_puding posted on 8-2-2014 09:13 AM
Resort tu Hay Resort ?

btw, Hay Resort tu ada satu bilik yang khas untuk makhluk tersebut hahah ...

Bukan Hay Resort.
Chalet tu ialah T......k U..i yang terletak betul2 di tepi jalan laluan nak ke Politeknik & SBP.
Aku & family dah kerap menginap di chalet tersebut & so far Alhamdulillah tak ada gangguan
Actually chalet tu tak ada apa2 masalah dgn sebarang gangguan tapi ada satu kawasan yang terletak tepi jalan yang tak jauh dari chalet tu yg munculnya Cik Pon
Awak, tolong lah cerita lebih lanjut pasal gangguan yg ada di Hay Resort.
Menarik sangat minat aku utk ketahui pasal gangguan yg ada di Hay Resort & kalau boleh nak tahu di mana resort terletak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 03:26 PM | Show all posts
pu3_rania posted on 8-2-2014 03:14 PM
Bukan Hay Resort.
Chalet tu ialah T......k U..i yang terletak betul2 di tepi jalan laluan nak ke  ...

takde idea dengan hint  T ----K tu . kang terbaca lain hahaha


btw, Hay Resort tu kat jalan utama kalau dari Pekan Sabak tu, selepas masjid jamek, juga dikenali dengan Waterfront Challet .

Pasal apa bilik tu ada penunggu pun kitorang tak tau, maybe dia boring kot dok tepi sungai Bernam tu hehe ( btw, challet tu tepi sungai bernam yang katanya Sungai yang terdalam sekali di Semenanjung huhu )

Sungai tu pun juga banyak buaya hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.083258 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list