CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36213|Reply: 376

Jelmaan Jin: Ular, Al-'Awamir, Jinnan

[Copy link]
Post time 20-1-2014 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Salam...

Saya telah beberapa kali membincangkan isu berkaitan Al-'Awamir (ular yang ditemui di dalam rumah), namun perbincangan tersebut dah berselerak di merata bebenang yang berkaitan Jin dan Saka

Untuk memudahkan berbincang dengan fokus pada tajuk Ular Jelmaan ini maka saya buka ruangan ini...

Dijemput mana-mana forumer yang berminat atau yang ingin berkongsi, untuk menyatakan hujjah masing-masing berdasarkan Al-Quran dan Sunnah

@hantukiller
@orangbesi
@burungantu
@Dzulqarnain

Forumer yang saya tak 'tag' @ pun dialu-alukan....
Last edited by mnm77 on 21-1-2014 08:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2014 04:07 PM | Show all posts
Al-'Awamir secara zahirnya boleh dilihat dengan mata kasar, sebab ia berbentuk Ular, dan boleh dibunuh secara fizikal.

Apakah ada Ular yang asalnya Jin atau jelmaan Jin?

Hadith berkaitan Ular, Jinnan, Al-‘Awamir

اَلْحَيَّاتُ مَسْخُ الجِنَّ كَمَا مُسِخَت القِرَدَةُ وَالخَنَازِيزُ من بني إسرائيلَ

(Sebahagian) ular itu adalah Jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera dan babi yang diubah dari kaum Bani Israil (yang engkar).”
(Riwayat At-Tabarani)

Di dalam hadith yang lain baginda Rasulullah saw bersabda:

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ
Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari, satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
(Mustadrak Al-Hakim)

Hadith berkaitan Jinnan dalam bentuk Ular, Al-‘Awamir:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّه سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ اقْتُلُوا الْحَيَّاتِ وَاقْتُلُوا ذَا الطُّفْيَتَيْنِ وَالْأَبْتَرَ فَإِنَّهُمَا يَطْمِسَانِ الْبَصَرَ وَيَسْتَسْقِطَانِ الْحَبَلَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ فَبَيْنَا أَنَا أُطَارِدُ حَيَّةً لِأَقْتُلَهَا فَنَادَانِي أَبُو لُبَابَةَ لَا تَقْتُلْهَا فَقُلْتُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَمَرَ بِقَتْلِ الْحَيَّاتِ قَالَ إِنَّهُ نَهَى بَعْدَ ذَلِكَ عَنْ ذَوَاتِ الْبُيُوتِ وَهِيَ الْعَوَامِرُ وَقَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ فَرَآنِي أَبُو لُبَابَةَ أَوْ زَيْدُ بْنُ الْخَطَّابِ وَتَابَعَهُ يُونُسُ وَابْنُ عُيَيْنَةَ وَإِسْحَاقُ الْكَلْبِيُّ وَالزُّبَيْدِيُّ وَقَالَ صَالِحٌ وَابْنُ أَبِي حَفْصَةَ وَابْنُ مُجَمِّعٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَآنِي أَبُو لُبَابَةَ وَزَيْدُ بْنُ الْخَطَّابِ
Dari Ibnu 'Umar RA bahawa dia mendengar Nabi SAW yang sedang menyampaikan khutbah di atas mimbar bersabda: Bunuhlah Al-Haiyyat (ular-ular) dan bunuhlah Zal-Tofyatain (ular yang berbelang/bergaris dua putih) dan Al-Abtar (ular yang ekornya pendek) kerana kedua jenis ular ini dapat merabunkan pandangan dan menyebabkan keguguran (janin) . Abdullah berkata, ketika aku mencari ular untuk membunuhnya, Abu Lubabah memanggilku, dan berkata, jangan kamu bunuh. Aku katakan, sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk membunuh ular-ular. Dia berkata, baginda setelah itu melarang membunuh ular-ular yang tinggal dirumah, iaitu yang disebut al-'awamir.
(Sahih Bukhari)

Larangan membunuh Al-‘Awamir ini kerana dikhuatiri ada di kalangan Al-‘Awamir (Jinnan dalam bentuk Ular) yang telah peluk Islam (di Madinah) semasa zaman Nabi. Setelah diberitakan Jin yang Islam akan akur dan keluar/tinggalkan rumah melalui AMARAN, maka Nabi perintahkan para sahabatnya supaya beri amaran dulu sebelum bunuh. Jika masih kelihatan juga setelah diberi amaran, maka yang degil itu merupakan Al-‘Awamir yang kafir (Syaitan), maka boleh bunuh Al-‘Awamir yang kafir itu. Penjelasannya boleh didapati dari hadith dari Sahih Muslim (matan teks Arab yang penuh berserta sanad akan dilampirkan)

Last edited by mnm77 on 20-1-2014 04:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:09 PM | Show all posts
Siap ada special invitation for named few lagi untuk masuk benang ini.....

Comments

kalau berminat boleh join, yang nama-nama tu yang saya biasa bincang, maka saya jemput  Post time 20-1-2014 04:12 PM
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:13 PM | Show all posts
mnm77 posted on 20-1-2014 04:07 PM
Al-'Awamir secara zahirnya boleh dilihat dengan mata kasar, sebab ia berbentuk Ular, dan boleh dibun ...

partner yang tinggal serumah, tidur sebantal yang jenis bila cakap senantiasa berbelit macam ular ....jelmaan JIN jugak kah M&M?

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:15 PM | Show all posts
Kalau nak berkongsi ilmu dengan niat untuk memanfaatkan ilmu....tak payah dijemput..terlebih lagi dalam ruang terbuka seperti forum ini...kecuali memang jenis yang MUSTI dijemput???



Haramjad betul.....

Comments

apa masalah kamu yang mengomel macam ni?  Post time 20-1-2014 04:19 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 04:17 PM | Show all posts
crankshaft posted on 20-1-2014 04:13 PM
partner yang tinggal serumah, tidur sebantal yang jenis bila cakap senantiasa berbelit macam ular  ...

Cakap berbelit bukan kriteria yang dipakai, kalau nampak dia berbelit macam Ular... yang tu kena hati-hati

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2014 04:22 PM | Show all posts
Salam TT

Kenali Jinn yg Arab...
Quran Dictionary - ج ن ن

Pokoknya, ada ke dalil membunuh jinn?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:26 PM | Show all posts
mnm77 posted on 20-1-2014 04:17 PM
Cakap berbelit bukan kriteria yang dipakai, kalau nampak dia berbelit macam Ular... yang tu kena h ...

Kalau gunakan istilah menyusur instead of berbelit lebih close pada ular kot?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 04:36 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 20-1-2014 04:22 PM
Salam TT

Kenali Jinn yg Arab...

Boleh pakai RIDSECT atau BAYGON kah? Bunuh JIn nee?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 04:41 PM | Show all posts
crankshaft posted on 20-1-2014 04:28 PM
Nak jemput jemput secara umum....jangan golongan 'atas' je bagi card jemputan tapi rakyat marhaen..j ...

Tolong lah, saya minta posting yang berkaitan...

Sapa nak join pun boleh, takkan saya nak tag seluruh forum CARI ni,... tolonglah faham ye?

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:45 PM | Show all posts
crankshaft posted on 20-1-2014 04:25 PM
Beb, nee nak tanya...kalau nko tak dijemput masuk thread ini...nko akan tetap masuk tak? Dengan ni ...

Ofkos. Tp x le smpi sentap sbb nama x ditag kot.
Gini adja, hang tolong tag seberapa ramai yg hang mampu
yg terlintas di benak mahupn yg senak perut x dijemput...

p/s: CARI ni bole guna hashtag x?

try je ye...
#jinn, #sami, #tokcha, #ular, #ngangkung, #etc.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:50 PM | Show all posts
crankshaft posted on 20-1-2014 04:36 PM
Boleh pakai RIDSECT atau BAYGON kah? Bunuh JIn nee?

Yg ni yg hang patut terlintas dulu seperkara-dua iaitu...
- #daliladadalil, #tanyajin, #tipujgntaktipu, #etc.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 04:57 PM | Show all posts
crankshaft posted on 20-1-2014 04:49 PM
hence disebut utk mengelakkan nko dari sentap kot?


X lah, hang try pi ligan ulaq ayaq kt bod MPS sana...
- pastu blk mai sini cerita yg sana tu puak apa, sepuak ka apa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 05:39 PM | Show all posts
Berikut adalah hadith dari Sahih Muslim, perihal Al-‘Awamir:
و حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَهُوَ عِنْدَنَا مَوْلَى ابْنِ أَفْلَحَ أَخْبَرَنِي أَبُو السَّائِبِ مَوْلَى هِشَامِ بْنِ زُهْرَةَ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي بَيْتِهِ قَالَ فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي فَجَلَسْتُ أَنْتَظِرُهُ حَتَّى يَقْضِيَ صَلَاتَهُ فَسَمِعْتُ تَحْرِيكًا فِي عَرَاجِينَ فِي نَاحِيَةِ الْبَيْتِ فَالْتَفَتُّ فَإِذَا حَيَّةٌ فَوَثَبْتُ لِأَقْتُلَهَا فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنْ اجْلِسْ فَجَلَسْتُ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَشَارَ إِلَى بَيْتٍ فِي الدَّارِ فَقَالَ أَتَرَى هَذَا الْبَيْتَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَ كَانَ فِيهِ فَتًى مِنَّا حَدِيثُ عَهْدٍ بِعُرْسٍ قَالَ فَخَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْخَنْدَقِ فَكَانَ ذَلِكَ الْفَتَى يَسْتَأْذِنُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْصَافِ النَّهَارِ فَيَرْجِعُ إِلَى أَهْلِهِ فَاسْتَأْذَنَهُ يَوْمًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُذْ عَلَيْكَ سِلَاحَكَ فَإِنِّي أَخْشَى عَلَيْكَ قُرَيْظَةَ فَأَخَذَ الرَّجُلُ سِلَاحَهُ ثُمَّ رَجَعَ فَإِذَا امْرَأَتُهُ بَيْنَ الْبَابَيْنِ قَائِمَةً فَأَهْوَى إِلَيْهَا الرُّمْحَ لِيَطْعُنَهَا بِهِ وَأَصَابَتْهُ غَيْرَةٌ فَقَالَتْ لَهُ اكْفُفْ عَلَيْكَ رُمْحَكَ وَادْخُلْ الْبَيْتَ حَتَّى تَنْظُرَ مَا الَّذِي أَخْرَجَنِي فَدَخَلَ فَإِذَا بِحَيَّةٍ عَظِيمَةٍ مُنْطَوِيَةٍ عَلَى الْفِرَاشِ فَأَهْوَى إِلَيْهَا بِالرُّمْحِ فَانْتَظَمَهَا بِهِ ثُمَّ خَرَجَ فَرَكَزَهُ فِي الدَّارِ فَاضْطَرَبَتْ عَلَيْهِ فَمَا يُدْرَى أَيُّهُمَا كَانَ أَسْرَعَ مَوْتًا الْحَيَّةُ أَمْ الْفَتَى قَالَ فَجِئْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ وَقُلْنَا ادْعُ اللَّهَ يُحْيِيهِ لَنَا فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِصَاحِبِكُمْ ثُمَّ قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرِ بْنِ حَازِمٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ أَسْمَاءَ بْنَ عُبَيْدٍ يُحَدِّثُ عَنْ رَجُلٍ يُقَالُ لَهُ السَّائِبُ وَهُوَ عِنْدَنَا أَبُو السَّائِبِ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فَبَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ إِذْ سَمِعْنَا تَحْتَ سَرِيرِهِ حَرَكَةً فَنَظَرْنَا فَإِذَا حَيَّةٌ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِقِصَّتِهِ نَحْوَ حَدِيثِ مَالِكٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَقَالَ فِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْهَا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا فَإِنْ ذَهَبَ وَإِلَّا فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّهُ كَافِرٌ وَقَالَ لَهُمْ اذْهَبُوا فَادْفِنُوا صَاحِبَكُمْ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2014 05:40 PM | Show all posts
Dan telah menceritakan kepadaku Abu At Tahir Ahmad bin 'Amru bin Sarh, telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdullah bin Wahb, telah mengkhabarkan kepadaku Malik bin Anas dari Soifi iaitu maula dari Ibnu Aflah, telah mengkhabarkan kepadaku Abu As-Saib maula Hisyam bin Zuhrah bahawa suatu ketika dia menemui Abu Sa'id Al Khudri di rumahnya.

Abu Saib berkata, ketika itu saya mendapatkan Abu Said yang sedang bersolat. Lalu saya tunggu hingga dia selesai solat. Tiba-tiba saya mendengar sesuatu yang bergerak di pelepah kurma di sudut rumah, lalu saya pun menoleh ke arah tersebut. Ternyata di sana ada seekor ular, maka saya melompat dari tempat duduk saya untuk membunuhnya. Namun tak diduga sebelumnya itu, Abu Sa'id Al Khudri memberi isyarat kepada saya agar tetap duduk. Akhirnya saya pun kembali ke tempat duduk saya. Setelah selesai solat, Abu Sa'id menunjuk sebuah rumah di perkampungan itu seraya berkata, kamu dapat melihat rumah itu wahai sahabatku? Saya menjawab; 'Ya, saya melihatnya. Abu Sa'id melanjutkan ucapannya; 'Di rumah itu dulu ada seorang pemuda yang termasuk keluarga kami dan baru saja melangsungkan pernikahannya (pengantin baru). Dulu kami berangkat menuju medan perang Khandak bersama Rasulullah SAW. Ketika itu pemuda tersebut meminta izin Rasulullah, pada tengah hari, untuk segera pulang menemui isterinya. Akhirnya Rasulullah memberinya izin seraya berkata kepadanya: 'Bawalah senjatamu, kerana aku khuatir orang-orang Bani Quraizhah akan menyerangmu! Tak lama kemudian, lelaki itu mengambil senjatanya dan pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, dia mendapati isterinya sedang berdiri di tengah pintu. Tanpa lengah lagi, dia pun langsung mengarahkan tombaknya ke arah isterinya (kerana rasa cemburu). Namun isterinya berkata kepadanya, tahanlah tombakmu dan masuklah ke dalam rumah agar kamu tahu mengapa aku berada di luar. Lelaki itu masuk ke dalam rumah dan ternyata di dalamnya ada seekor ular besar yang sedang melengkar di atas tempat tidur. Tanpa berkata-kata lagi, langsung dia tikam ular tersebut dengan tombak yang dipegangnya. Setelah itu dia keluar seraya meletakkan tombaknya di depan rumah. Tiba-tiba ular tersebut menghentamnya. Tidak dapat diketahui dengan pasti, siapakah yang mati terlebih dahulu, ular atau pemuda itu.

Abu Sa'id Al Khudri berkata, akhirnya kami menemui Rasulullah SAW untuk melaporkan peristiwa tersebut kepada baginda. Lalu kami berkata, Ya Rasulullah, mohonkanlah kepada Allah agar dia dapat hidup! Maka bersabda (Rasulullah): 'Mohonlah keampunan untuk sahabatmu itu', seterusnya bersabda lagi: Sesungguhnya di kota Madinah ini ada JINNAN (sekelompok jin jelmaan) yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) daripada mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari ia tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia, kerana itu adalah Syaitan'

Dan telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Rafi', telah menceritakan kepada kami Wahab bin Jarir bin Hazim, telah menceritakan kepada kami bapaku dia berkata, aku mendengar Asma' bin Ubaid bercerita dari seorang laki-laki yang biasa dipanggil dengan As Saib, menurut kami dia adalah Abu As Saib, dia berkata, kami menemui Abu Sa'id Al Khudri, tatkala kami sedang duduk, kami mendengar gerakan suara di bawah tempat tidurnya, lalu kami lihat ternyata seekor ular. -dan seterusnya sebagaimana hadith Malik dari Soifiy. Dan di dalamnya disebutkan, kemudian Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya bagi rumah-rumah yang ada ‘Awamir, apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) dalamnya, maka berilah amaran ke atasnya sebanyak tiga kali. Dan sekiranya masih enggan pergi, maka bunuhlah ia! Kerana itu adalah kafir’. Baginda juga bersabda, ‘pergilah kalian untuk menguburkan sahabat kalian’.

(Sahih Muslim, Kitab Salam, Bab Bunuh Ular dan Selainnya)

Last edited by mnm77 on 21-1-2014 04:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 12:05 AM | Show all posts
Saudara @hantukiller ada bawakan satu keratan hadith, untuk menyokong kefahaman beliau bahawa Nabi perintah bunuh Jin Islam yang degil... yang mana saya sanggah kefahaman tersebut. Sebenarnya Nabi LARANG bunuh Jin Islam, dan hanya perintah bunuh Al-'Awamir yang kafir.

Keratan hadith yang dibawa oleh hantukiller di bawah ini sebenarnya sebahagian KECIL dari hadith yang panjang pada post #14.
hantukiller posted on 16-1-2014 12:28 PM
قال إن بالمدينة جناقد أسلموا فإذا رأيتم منهم شيئا فآذنوهثلاثة أيام فإن بدا لكم بعد ذلك فاقتلوهفإنما هو شيطان

Nabi s.a.wbersabda, “sesungguhnya di Madinah ini (terdapat) jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka, hendaklah kamu memberi amaran selama tiga hari.

Jika ternyata kepada kamu selepas itu maka hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”.

Saya merahkan bahagian keratan dari hadith tersebut:
و حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَهُوَ عِنْدَنَا مَوْلَى ابْنِ أَفْلَحَ أَخْبَرَنِي أَبُو السَّائِبِ مَوْلَى هِشَامِ بْنِ زُهْرَةَ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي بَيْتِهِ قَالَ فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي فَجَلَسْتُ أَنْتَظِرُهُ حَتَّى يَقْضِيَ صَلَاتَهُ فَسَمِعْتُ تَحْرِيكًا فِي عَرَاجِينَ فِي نَاحِيَةِ الْبَيْتِ فَالْتَفَتُّ فَإِذَا حَيَّةٌ فَوَثَبْتُ لِأَقْتُلَهَا فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنْ اجْلِسْ فَجَلَسْتُ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَشَارَ إِلَى بَيْتٍ فِي الدَّارِ فَقَالَ أَتَرَى هَذَا الْبَيْتَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَ كَانَ فِيهِ فَتًى مِنَّا حَدِيثُ عَهْدٍ بِعُرْسٍ قَالَ فَخَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْخَنْدَقِ فَكَانَ ذَلِكَ الْفَتَى يَسْتَأْذِنُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْصَافِ النَّهَارِ فَيَرْجِعُ إِلَى أَهْلِهِ فَاسْتَأْذَنَهُ يَوْمًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُذْ عَلَيْكَ سِلَاحَكَ فَإِنِّي أَخْشَى عَلَيْكَ قُرَيْظَةَ فَأَخَذَ الرَّجُلُ سِلَاحَهُ ثُمَّ رَجَعَ فَإِذَا امْرَأَتُهُ بَيْنَ الْبَابَيْنِ قَائِمَةً فَأَهْوَى إِلَيْهَا الرُّمْحَ لِيَطْعُنَهَا بِهِ وَأَصَابَتْهُ غَيْرَةٌ فَقَالَتْ لَهُ اكْفُفْ عَلَيْكَ رُمْحَكَ وَادْخُلْ الْبَيْتَ حَتَّى تَنْظُرَ مَا الَّذِي أَخْرَجَنِي فَدَخَلَ فَإِذَا بِحَيَّةٍ عَظِيمَةٍ مُنْطَوِيَةٍ عَلَى الْفِرَاشِ فَأَهْوَى إِلَيْهَا بِالرُّمْحِ فَانْتَظَمَهَا بِهِ ثُمَّ خَرَجَ فَرَكَزَهُ فِي الدَّارِ فَاضْطَرَبَتْ عَلَيْهِ فَمَا يُدْرَى أَيُّهُمَا كَانَ أَسْرَعَ مَوْتًا الْحَيَّةُ أَمْ الْفَتَى قَالَ فَجِئْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ وَقُلْنَا ادْعُ اللَّهَ يُحْيِيهِ لَنَا فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِصَاحِبِكُمْ ثُمَّ قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرِ بْنِ حَازِمٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ أَسْمَاءَ بْنَ عُبَيْدٍ يُحَدِّثُ عَنْ رَجُلٍ يُقَالُ لَهُ السَّائِبُ وَهُوَ عِنْدَنَا أَبُو السَّائِبِ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فَبَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ إِذْ سَمِعْنَا تَحْتَ سَرِيرِهِ حَرَكَةً فَنَظَرْنَا فَإِذَا حَيَّةٌ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِقِصَّتِهِ نَحْوَ حَدِيثِ مَالِكٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَقَالَ فِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْهَا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا فَإِنْ ذَهَبَ وَإِلَّا فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّهُ كَافِرٌ وَقَالَ لَهُمْ اذْهَبُوا فَادْفِنُوا صَاحِبَكُمْ

'Sesungguhnya di kota Madinah ini ada JINNAN (sekelompok jin jelmaan) yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) daripada mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari ia tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia, kerana itu adalah Syaitan'

Dan bahagian yang hantukiller tidak lihat ialah bahagian yang digariskan, yang menjelaskan Al-Awamir yang kafir:

Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya bagi rumah-rumah yang ada ‘Awamir, apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) dalamnya, maka berilah amaran ke atasnya sebanyak tiga kali. Dan sekiranya masih enggan pergi, maka bunuhlah ia! Kerana itu adalah kafir’.

Last edited by mnm77 on 21-1-2014 10:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2014 12:28 AM | Show all posts
Hujjah hantukiller kata Jin Islam yang degil itu Syaitan dari keratan berikut:

قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ
Berkata (Nabi): 'Sesungguhnya di kota Madinah ini ada JINNAN (sekelompok jin jelmaan) yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) daripada mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari ia tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia, kerana itu adalah Syaitan'

Untuk faham konteks hadith di atas, kena rujuk keseluruhan hadith, terjemahan diberi pada post#15.

Lafaz potongan hadith di atas bukan bermakna Jin yang Islam di Madinah itu Syaitan. Lafaz di atas menunjukkan:
1. Ada golongan Jinnan, yakni Al-'Awamir yang boleh dilihat dengan mata kasar sebagai ular, yang tinggal di Madinah, telah masuk Islam. Ini bermakna ada juga Al-'Awamir yang kafir.
2. 'Melihat sesuatu dari mereka' bermaksud melihat Al-'Awamir dalam bentuk ular, walaupun masih belum dikenalpasti samada Jin atau bukan, samada Islam atau kafir. Sesungguhnya Jin tak boleh dilihat dengan mata kasar, samada Jin Islam mahupun kafir, melainkan Al-'Awamir atau Jinnan yang dalam bentuk haiwan seperti ular dan anjing, maka boleh dilihat dengan mata kasar, dan mereka boleh juga terbunuh jika dibunuh secara fizikal.
3. Memberi 'izin' dalam konteks di atas ialah beri amaran supaya keluar, dalam masa 3 hari. Dalam hadith yang sama (di bawah), Imam Muslim membawa jalur riwayat lain dengan lafaz beri amaran sebanyak 3 kali. Beri izin atau amaran itu sebagai Kaedah untuk KENALPASTI Jin Islam atau Jin kafir (Syaitan).

Oleh kerana di Madinah pada zaman Nabi, ada Jinnan (Al-'Awamir) yang masuk Islam, maka wajarlah DIBERI AMARAN dulu jika mahu bunuh, supaya tidak bunuh Al-Awamir yang Islam. Jinnan yang Islam akan beredar setelah diberi amaran. Yang kafir atau yang Syaitan, akan tetap DEGIL, maka boleh bunuh (secara fizikal).

Bukti ada Al-'Awamir yang kafir disebut dalam lafaz berikut:
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْهَا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا فَإِنْ ذَهَبَ وَإِلَّا فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّهُ كَافِرٌ
Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya bagi rumah-rumah yang ada ‘Awamir, apabila kamu melihat sesuatu (yang aneh) dalamnya, maka berilah amaran ke atasnya sebanyak tiga kali. Dan sekiranya masih enggan pergi, maka bunuhlah ia! Kerana itu adalah kafir’.

Maka jelaslah, ada Al-'Awamir yang peluk Islam masa zaman Nabi, ada yang tetap kafir. Yang kafir itu yang degil, yang tidak mahu beredar setelah diberi amaran. Yang jenis ini (syaitan/kafir) boleh dibunuh.

Kesimpulan: Nabi TAK perintah bunuh Jin Islam! Bila dah kenalpasti Al-'Awamir yang kafir, maka boleh bunuh.

Last edited by mnm77 on 21-1-2014 09:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 01:14 AM | Show all posts
hantukiller posted on 20-1-2014 12:17 PM
Nampaknya kamu masih tak faham hadis yg kamu sendiri berikan tempohari.

Berbalik kepada post kamu dari thread yang satu lagi... dah baca semua hadith di atas? Dah faham atau masih belum faham? Saya dah bawakan hadith penuh yang kamu kata saya tak faham hadith tu. Sila lampirkan hadith penuh kamu, dengan hujjah kamu, kemudian kita lihat bahagian mana yang kamu dakwa saya tak faham, moga-moga beroleh manfaat.

Harap jangan ambik sekerat-sekerat tanpa melihat keseluruhan hadith dan elakkan berhukum tanpa melihat hadith-hadith lain yang menjelaskan makna Al-'Awamir

Di Madinah itu, jika  jin itu degil, tak mau meninggalkan Madinah, apa hukumannya???? Bunuh!!!!!!!!!!!!! sebab apa???? sebab ianya terbukti adalah syaitan!!!!

Yang degil tu yang Syaitan, dan yang Syaitan tu KAFIR, bukan Islam. Dalam Al-Quran dah jelas Syaitan tu kafir. Dalam hadith di atas pun ada disebut kafir, BUKANNYA Jin Islam tu Syaitan... kamu dah salah faham di situ. Dah berkali-kali dijelaskan.

Jika kamu masih nak kata Nabi perintah bunuh Jin Islam berdasarkan logik kamu dari terjemahan SEKERAT itu, sila jawab secara logik, kenapa kena beri amaran atau kena izin dulu? Sepatutnya terus bunuh lah kalau dah tahu Syaitan. Buat apa simpan Syaitan 3 hari, kalau akhirnya nak kena bunuh juga?

Syaitan di Madinah tu lum pasti lagi mengganggu manusia dah nabi suruh bunuh!!!

Kalau SYAITAN di Madinah pun nabi suruh  bunuh,  ADAKAH PENGECUALIAN kepada syaitan syaitan dalam tubuh manusia??? Yang terang terang dah mengganggu manusia????????

Kamu da salah faham laaa.... kenapa mau simpan Syaitan dalam rumah?

Yang Nabi suruh bunuh tu Al'Awamir yang Syaitan. Macamana nak tahu Syaitan? Beri izin 3 hari atau amaran 3 kali, yang degil tu Syaitan.

Syaitan yang tak menjelma, Nabi tak perintah bunuh pun. Caranya nak hindar gangguan Syaitan yang tak menjelma, Amal Sunnah dari sumber Al-Quran dan Hadith. Syaitan yang kita boleh bunuh yang menjelma dalam bentuk tertentu saja.

Ifrit yang ganggu Nabi ketika solat pun Nabi tak bunuh!

Bunuh syaitan banyak lah caranya! banyak!!!! tok cha pun tau bunuh syaitan!!! azan pun salah satu cara bunuh syaitan dari kalangan jin paling bawahan sekali!!!! Mandi air masjid pun mampu bunuh syaitan ditubuh manusia, tapi syaitan yg dari kalangan bawahan juga, ingat, yg bawahan!!!

Sila bawa bukti cara bunuh Syaitan tu adakah betul atau setakat gebang-gebang hebat dakwa dapat bunuh Syaitan bagai.

Ingat, Nabi perintah bunuh Al-'Awamir yang kafir.

Syaitan yang tak menjelma, yang dapat masuk salur darah manusia Nabi tak perintah bunuh pun. Yang dapat dilihat (Al-'Awamir yang kafir) dan berbentuk fizikal sahaja yang boleh dibunuh.

Tapi kalau ko nak bunuh syaitan dalam diri, takkan boleh dengan kaedah tersebut, sebab yg bawahan tu kadang kala je masuk tubuh manusia islam, itupun biasanya bersebab!

Sila bawa bukti, gebang kosong atau cerita dari dialog Jin bukannya boleh percaya sangat. Banyak yang boleh menyesatkan tanpa disedari.

Tapi kalau nak terus pelihara syaitan tu dalam diri pun ok jugak, tengok tua nanti apa jadi dan tengok jugak, boleh lepaskah diri dari bisikan syaitan tersebut

Saya tak bawa isu pelihara Syaitan pun. Syaitan tu musuh manusia. Masalahnya kamu dah salah faham kata Nabi perintah bunuh Jin Islam, sedangkan Nabi perintah bunuh Al-'Awamir yang KAFIR.

Dari salah faham kamu tu, merata tempat kamu jaja kisah bunuh Jin Islam yang kamu kata Syaitan. Ini dah menyesatkan fahaman orang lain jika kamu rawat orang... menyebarkan fahaman Jin Islam itu Syaitan. Jika kamu perawat yang ikhlas, yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah, patutnya kamu elak dari menyebarkan sesuatu yang kamu sendiri tak faham.

Jika betul kamu faham, dan ada bukti yang kuat kamu faham sedemikian itu adalah benar, sila bawa hadith penuh, berkaitan Jin Islam yang degil itu Syaitan yang diperintahkan untuk dibunuh, lagi baik kalau boleh berserta penjelasan Ulama...

Boleh?
Last edited by mnm77 on 21-1-2014 06:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 01:01 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

terima kasih Tuan mnm77 sebab sudi jemput Uncle ke thread yg sgt baik ni..


molek sekali Tuan teruskan huraian hadith ni, sebab memang mudah org boleh terkeliru, tambahan mcm uncle yg tak pandai arab, & limpahan hadith hadith palsu melalui nas nas facebook, dsbnya.. (seolahnya facebook & yg seumpamanya dah jadi sumber nas terpenting sekarang ni!
(susah nak tangkis....byk benar kaki sebar!   )


Bab jin ni....Uncel bukan arif, just "nasitambah" boleh le...

uncle tulis caca marba le ye...yg salah harap perbetoi...



Isu isini...isu JIN...khasnya isu Al Awamir.....so...Uncle main redah ye..


Uncle paste ayat ni dulu..



“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku "


(Adz Dzaariyaat : 56)




Uncle bukan "tafsir ayat" tapi...memang ulama dah tafsirkan ayat ni...YG KESIMPULANNYA ..SEBAGAIMANA MANUSIA, JIN JUGA KENA TAKLIF SYARA'  !


Kenyataan ni sgt penting sebenarnya!


Kita boleh lihat byk tempat dlm Al Quraan...Allah swt sebut JIN & Manusia. Malahan Jin akan disebut dulu! & memang Jin pun yg Allah cipta dulu...

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

(Al Hijr : 26-27)



Jadi, walau kita tak nampak jin ni dlm urusan hari2, urusniaga , ibadah kat masjid dsbnya, jangan kita sangka jin ni tak ada atau tak penting sebab walau kita hari hari makan ayam...hari2 tampo nyamuk, dsbnya. sedang jin kita tak nampak keujudannya....Jin yg kita tak nampak ni...dia juga makhluk yg kena Taklif syara' sama macam kita!


Agak pelik sebenarnya, kalau kita buat semacam lalat atau nyamuk yg kita boelh spray kasi mati je Jin jin ni, sedangkan kalau kita baca dan fahami ayat ayat Al Quraan...Allah menyebut ayat ayat hukum seperti JIN JIN tu sahabat sahabat, adik , abang kita je!....
Tapi diwaktu yg sama...kita seolah tak anggap jin dikalangan yg seumpama Uncle sendiri, ...seumpama Tuan Dzul atau Tuan mnm77, atau Tuan Hantukiller....tapi, lebih kepada angin???...atau..semut yg duk nyorok kat bawah tikar?




Amirul Mukminin fil Hadith....atau kita kata RAJA ILMU HADITH lah...iaitu Al Hafidz Ibn Hajar Al Asqolani dalam buku dia...bila senaraikan nama nama Sahabat Rasullullah s.a.w...siap letak nama nama JIN lagi!   Iaitu para sahabat R.A yg dari kalangan Jin!


So..Bukan main main..!

Tapi, pelik....sebab kita tak nampak dia...kita anggap dia sebagai lalat, atau nymuk..yg boleh spray?...& tak anggap Jin ni sebagaimana sepatutnya iaitu golongan yg sama spt kita yg perlu beribadat juga kpd Allah swt!



ops....uncle nak p keluar sat......sila sambung...sila..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 02:43 PM | Show all posts
Assalamualaikum


Mula mula kita lihat dulu beberapa makna perkataan dari huraian di atas, sila betulkan jika salah

Al-'Awamir = Ular dalam rumah
Jinnan = Jelmaan jin
Kafir = tidak beriman
Syaitan = golongan manusia dan jin yg jahat
Kufur = degil@engkar
Jin islam = jin yg telah memeluk agama islam
Di Madinah = Diseluruh pelosok madinah tak kira dirumah, digua, dibukit, dikawasan lapang, dimesjid atau disungai asal saja dalam Kota madinah(tanah haram madinah)


Siapakah yg boleh jadi Al-'awamir? tentulah ular itu sendiri, atau kadangkala jin, tetapi kalau jemlaan jin, memanglah takkan dapat dilihat oleh mata kasar manusia biasa, dan takkan mematuk pun!

Alamak, ada hal la pulak, bye

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.462733 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list