CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smiley

[Lain-Lain] FILEM GOTHIKA

[Copy link]
karynn This user has been deleted
Post time 10-2-2004 06:54 PM | Show all posts
tak ajak pun bonita...

but mmg ok la citer nih.. terkejut tu adalah sekali dua.. tp jln citer cam dah biasa.. dr awal cam dah dpt agak dah who's the culprit.

logic? biasanya hantu nih, akan kejar mereka yg ada blood relation ngan owang yg bunuh dia tu... so... thats explains...

cuma halle berry mmg superb!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


guy_klcc This user has been deleted
Post time 11-2-2004 12:17 PM | Show all posts
best ke cite ni ..cuba bagi sinopsis sikit
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2004 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by karynn at 10-2-2004 06:54 PM:
tak ajak pun bonita...

but mmg ok la citer nih.. terkejut tu adalah sekali dua.. tp jln citer cam dah biasa.. dr awal cam dah dpt agak dah who's the culprit.

logic ...


alaaa...u jauh sgt la.. dekat2kanlah dirimu itu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2004 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by guy_klcc at 11-2-2004 12:17 PM:
best ke cite ni ..cuba bagi sinopsis sikit


tak best kalu bg sinopsis...better gi tgk sendiri..
Reply

Use magic Report

cekodok_basi This user has been deleted
Post time 11-2-2004 09:02 PM | Show all posts
bole la..tapi bagi aku crita nie takler seram mana pon..biasa2 camtue jer..secara ikhlas aku cakap aku sikit pon tak rasa tersentak ke,tetiba melompat ke apa ker..cuma storyline dia ok lerr..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2004 01:06 AM | Show all posts
gaia...kene merge topik ni...

baru je dpt tengok tadi.
pada aku sederhana je la...
lakonan halle berry mmg bagus, tapi jalan citernya tak kemas...
patutnya citer ni boleh dibuat dgn lebih baik lagi.
aku dah agak, mmg ada sikit persamaan dgn citer 'what lies beneath' dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
peachlily This user has been deleted
Post time 12-2-2004 01:40 AM | Show all posts
uiii..cam best jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2004 02:30 PM | Show all posts
sayangidaku....
cite what lies beneath tuh..kisah husband dia ada affair ngan pompuan lain...student dia n then kill the girl,ini pompuan tu kene dera oleh sekor binatang yg bertopengkan manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2004 02:34 PM | Show all posts
manusia ni memang byk komplen,letih baca org kutuk org..filem melayu diaorg kutuk...filem barat kutuk...tak letih ker kutuk org jer.aku rasa la org yg kuat mengutuk tuh buat filem,n then suruh org nilai..n rasa apa yg pernah dirasa oleh org yg pernah dia kutuk dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2004 04:37 PM | Show all posts
maksud aku takla sama sgt dgn citer what lies beneath. kan aku tulis sama sket...
yg sama adalah bab hantu yg possessed the wife utk balas dendam... dlm what lies beneath pon hantu tu rasuk michelle pfeiffer...sama mcm hantu tu rasuk halle berry(miranda).
pastu last sekali...hantu tu tolong  miranda kan dpd sheriff yg jahat tu...sama dgn what lies beneath, di mana last sekali masa michelle pfeiffer hampir nak kene bunuh dgn laki dia, hantu tu tolong...
persamaan lain...hantu budak2 pompuan tu byk bagi clue pada michelle & halle.
byk lagila...
komplen tak semestinya tak suka...komplen dr segi kritikan membina apa salahnya, bukan mengutuk pon.

kalo ikutkan, citer ni teruk gak kene kritik oleh media barat... tak caya tengok kat sini > gothika's movie review

dari segi rating... citer ni lebih byk dpt komen negatif banding positif.
aku tak kisah sgt komplen media barat...sebab pada aku citer ni tetap best...sebab aku suka citer psiko thriller...

[ Last edited by sayangidaku on 12-2-2004 at 04:54 PM ]
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 17-2-2004 07:17 PM | Show all posts
Mana ada lagi dah ceta psycho thriller yang ori jaman moden ni... semuanya dah pakai formula yang sama sejak jaman tok kadok hitchcock. Pulak tu, sejak Sixth Sense semua musti kena ada twist kat penghujung (itu pung tak ori, walaupun orang kata si Shymalan tu ori sangat... kan ke Hitchcock dah pakai trick tu dalam Psycho? Nama pun Psycho lagik... ibu pada segala filem psiko).

Alamak, kalau taktik tu Encik Aziz Osmang kita pung dah taruk dalam filem dia, what other validation do you need?

Jadi apa yang boleh diharapkan hanyalah dari segi execution, especially character development. To be entertained, that's all I ask for out of a thriller...

[ Last edited by racerX on 17-2-2004 at 07:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2004 09:57 AM | Show all posts
tengok smlm.... rasa macam dah tengok cerita yg sama storyline....


Reply

Use magic Report

peachlily This user has been deleted
Post time 21-2-2004 12:58 AM | Show all posts
halle berry is superb
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 24-2-2004 11:23 AM | Show all posts
Weekend hari tu aku gi nengok. Ooookay jek lah. Stylish, but derivative. Hodgepodge elements of other definitive psycho horror movies. BUt who cares about the movie when you're watching it with a cute lawyer chick in a tight white t-shirt. Muahahahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2004 08:39 PM | Show all posts
Wah-wah-wah angkuh betul manusia berawek nih...
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 24-2-2004 08:43 PM | Show all posts
Sweh sweh swehhhh... bukan awek la, kawan aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2004 10:24 PM | Show all posts
erm......honestly la....aku dah tengok banyak citer hantu, filem gothika ni tak sebegitu bagus la kalau compare to others. Side effect pun ok jer....bukannya sangat bagus. Bila tengok, takde daya tarikan nak sambung tengok sebab agak boring. Bukannya nak mengutuk, ni pendapat peribadi aku la....kalau korang rasa tak senang hati, jangan complain kat aku balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2004 12:04 PM | Show all posts
ok la.... tp rasa cam dah tengok jer plot nin
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2004 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by BuBb|eS at 24-2-2004 10:24 PM:
erm......honestly la....aku dah tengok banyak citer hantu, filem gothika ni tak sebegitu bagus la kalau compare to others. Side effect pun ok jer....bukannya sangat bagus. Bila tengok, takde daya t ...



:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 01:20 PM | Show all posts
Gothika buang imej seksi, cantik Halle Berry
08 February 2004
Hantar kepada rakan | Format Pencetak


DENGAN slogan "Hanya kerana seseorang sudah mati, ia tidak bermakna mereka sudah tiada", Gothika lakonan Halle Berry sebagai Dr Miranda Grey membawa anda ke alam halusinasi yang hanya anda seorang mengetahui bentuk lembaga yang mengganggu hidup anda.

Lembaga yang memilih mangsanya sekali gus membuatkan mereka bertindak seperti orang gila dipaparkan dengan baik menerusi gerak cerita dan babak cemas lagi menakutkan dalam filem arahan pelakon dan pengarah, Mathieu Kassovitz yang pernah memenangi anugerah Palme d'Or untuk pengarah terbaik dalam Festival Filem Cannes 1995.

Bermula dengan Berry sebagai pakar psikologi penjenayah yang bijak merawat Chloe (Penelope Cruz), tahanan yang membunuh bapanya sendiri, penonton sudah dapat mengesan rasa suspens yang dibina sejak babak awal lagi.

Grey yang bekerja di bawah arahan suaminya sebagai ketua pentadbir di wad psikiatrik, Pusat Tahanan Wanita Woodward, menganggap pesakitnya hanya mengada-adakan cerita apabila ada insiden yang ditokok tambah pada setiap sesi kaunseling yang diadakan.

Berpegang pada logik dan kewarasan fikiran, Grey mengenepikan pesakitnya yang dianggapnya gila.

Bagaimanapun rumah tangga dan kehidupannya yang stabil bertukar sekelip mata apabila dia terbabit dalam satu kemalangan, yang bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia kini dirawat sebagai salah seorang pesakit mental kerana membunuh suaminya.

Pengalaman ngeri yang dialami Chloe kini meresap pada Grey tanpa dia sedari bagaimana suaminya boleh terbunuh sedangkan semua bukti tertumpu ke arahnya.

Menerusi serpihan ingatan, Grey terus dihantui satu lembaga yang menjadi kunci kepada peristiwa dialaminya. Dia cuba membuktikan kebenaran diri tetapi diragui rakan sekerjanya, Dr Pete Graham (Robert Downey Jr).

Berlandaskan naluri semula jadi dan bukan fakta, Grey berjaya menjejak misteri apabila lembaga yang mengganggunya membantu. Roh yang tidak tenteram membalas dendam dan Grey menjadi orang perantaraan.

Setelah menyaksikan Gothika, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem seram pintar yang hebat kerana isu diketengahkan bukan biasa tetapi isu bijak yang ditonjolkan menerusi lakonan mantap Berry sebagai pakar psikologi penjenayah.

Filem ini memberi tumpuan dan menyerlahkan lakonan Berry yang sebelum ini pernah menggondol beberapa anugerah termasuk Oscar, Anugerah Emmy, Golden Globe, SAG dan NAACP Image Award. Lakonannya berjaya dan meyakinkan sekali gus menanggalkan imej cantik dan seksi yang ditampilkan dalam beberapa filemnya sebelum ini.

Kemampuan pelakon yang sedang berlakon filem Catwoman terbitan Warner Bros Pictures dan baru saja selesai membintangi sekuel filem aksi sebagai Storm dalam X-Men itu digunakan sepenuhnya dalam filem ini.

Malangnya, watak Downey dan Cruz tidak dikembangkan dengan baik dan kehadiran mereka hanya sekadar tempelan saja. Bagaimana pun, ia tidak mencacatkan filem ini kerana secara tidak langsung, tumpuan penonton adalah pada watak Berry.

Yang cantiknya, momentum unsur suspens dibina dengan baik sehingga ke penghujungnya setelah Grey membongkar misteri yang menyelubungi kematian suaminya bagi membersihkan namanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.072028 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list