SHAH ALAM 22 Jan. - Isteri pelakon Amar Asyraf Zailuddin, 28, iaitu Arna Salleh, 29, kini hamil tiga bulan setengah. Menurut Amar Asyraf, kehamilan isterinya sudah diketahui sejak November lalu.
``Cuma dia muntah-muntah di awal pagi dan akan baik selepas itu. Jika waktu malam, masa tidur dia tiba-tiba akan terjaga. Bukan untuk apa, hanya untuk muntah. "Masa itulah saya akan berjaga-jaga. Isteri saya juga risau dan takut jika saya tidur lebih awal kerana dia sentiasa terbayangkan sesuatu," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama 3 Dara Pelamin 1, di sini hari ini.
Pasangan itu berkahwin pada 7 Jun lalu dan majlis pernikahan mereka berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. - UTUSAN ONLINE
Untuk kembalikan ingatan
Last edited by tapibukanaku on 10-7-2014 02:33 PM
|