Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa
Dia masih baru dalam dunia lakonan tanah air. Filem pertama lakonanya yang berjudul Muka Surat Cintapun baru saja ditayangkan pada 16 Januari lalu. Namun sejak minggu lalu, nama Nina Iskandar, 23, menjadi sebutan ramai ekoran gosip yang mengaitkan dia dengan usahawan muda, Adib Khalid iaitu anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K). Bertemu gadis kelahiran Brunei Darussalam ini sewaktu majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG baru-baru ini, MD sempat bertanya kepada Nina sejauh mana hubungannya dengan anak tiri kepada diva kesayangan ramai, Dato' Siti Nurhaliza itu.
"Sebenarnya saya telah diundang ke majlis sambutan hari jadi Dato Siti, baru-baru ini. Itu pun bos saya Mr. David Teo maklumkan pada saya tentang jemputan itu pada saat akhir. Kebetulan saya tidak menjalani apa-apa penggambaran jadi saya ada kelapangan pada hari itu. "Bila tiba di majlis itu, baru saya tahu yang anak Datuk K, Adib yang sebenar mengundang saya. Saya baru tahu yang dia minat saya. Itu kali pertama saya kenal dengan dia. Mungkin sebelum ini dia mengenali saya menerusi Instagram bos saya. "Saya anggap dia sebagai peminat saya sama macam peminat lain. Tentang gosip mengatakan kami ada hubungan, bagi saya gosip tu biasa. Sebagai anak seni saya kena berdepan dengan perkara sebegini", tuturnya dengan nada tenang. David Teo Restu?
Sementara itu Mejar K David Teo yang turut berada di sisi Nina sewaktu temubual diadakan berkata, sebagai artis baru, satu penghargaan buat Nina apabila diundang ke majlis istimewa seorang penyanyi tersohor seperti Siti Nurhaliza..........................................................................
Baca lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... -nina-iskandar.html
|