CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18044|Reply: 135

Artis Upah Pelajar RM30 Sejam Sebab Nak Tercalon Anugerah

[Copy link]
Post time 23-1-2014 08:20 PM | Show all posts |Read mode
KL, 23 JAN 2014: Kalau tak silap Murai Batu ini bukanlah kali pertama Murai Batu terdengar golongan artis mengupah kelab peminat untuk menghantar undi semata-mata untuk  menang sesebuah anugerah yang membabitkan undian peminat.

Terbaru Murai Batu terdengar seorang artis wanita telah mengupah sekumpulan pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi untuk menghantar undi supaya dirinya tercalon untuk kategori top 5 sebuah anugerah berprestij.

Naik semput Murai Batu bila mendengar cerita ini. Bagaimanapun Murai Batu ingin tahu juga siapakah gerangan selebriti itu dan siapakah yang telah diupahnya untuk menghantar undi?

Selidik punya selidik, artis wanita berkenaan adalah salah seorang yang cukup cantik dan kalau tak silap Murai Batu pernah beberapa kali tercalon dalam anugerah berkenaan.  Tapi sayangnya rezeki masih belum menyebelahinya lagi.

Bagaimanapun Murai Batu kurang bersetuju apabila artis berkenaan telah mengupah sekumpulan pelajar dengan harga RM30 untuk sejam semata-mata untuk mendapatkan khidmat bantuan mereka untuk mengundinya.

Benar, kalau di lihat dari sudut berbeza, cara artis berkenaan mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu strategi untuk tercalon, tapi dari sudut lain pula, ianya bukanlah pendekatan yang positif atau boleh dicontohi.

Kenapa Murai Batu berkata demikian? Kerana anugerah berteraskan undian adalah berdasarkan undian telus daripada peminat.  Kepada peminat yang benar-benar merasakan seseorang artis itu popular atau layak, maka mereka akan mengundi. Macam pilihan raya juga.

Jadi cara yang digunakan oleh pelakon itu sama sekali bukanlah pendekatan yang baik atau boleh dicontohi oleh sesiapa. Dalam kata lain, ini dah kira main tipu.

Tapi apa yang membuatkan Murai Batu pelik, walaupun pelakon berkenaan mengupah sekumpulan pelajar untuk mengundinya, tapi nampaknya namanya langsung tak melekat dalam carta top 5 anugerah berkenaan.

Eh! Apa sudah jadi? Murai Batu takut undian yang dihantar itu tidak sampai ke pihak sepatutnya atau mungkin usaha artis berkenaan masih belum kuat untuk melayakkan dia tercalon untuk kategori yang dipertandingkan.

Sayangnya.....

Mana tidaknya, kebelakangan ini Murai Batu lihat terdapat ramai pelakon baru yang berbakat besar dan cantik-cantik belaka lagi popular yang nampaknya boleh menandingi populariti artis seorang ini.

Jadi apa yang boleh Murai Batu katakan di sini, kuatkanlah usaha dan pertingkatkan prestasi supaya nama anda terus mekar, segar dan sentiasa berada di hati peminat. Bukan senang untuk kekal popular ya kawan-kawan.




Murai Batu: Banyak betul artis baru yang di TV nampak lain dan di luar nampak lain. Hampir tak kenal Murai Batu dibuatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm FS je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdesak sangat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sanggup buat gitu? Ish ish ish..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
stars83 posted on 23-1-2014 12:31 PM
mcm FS je..

X kot. FS tiap2 thn tercalon
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
stars83 posted on 23-1-2014 08:31 PM
mcm FS je..

FS mmg dah diketahui ramai upah org mohon simpati untuk undi dia
Aku sendiri pernah baca msg dia hantar pd satu dato. Mintak derma untuk sponsor undi dia 5ribu ker 10k tak bro ingat. Rasanya mintak 10k.

Dia mintak datok tu beli undian pakai sms.

Datok tu tunjuk pd aku dan bbrp orang yg ada kat situ.

Kami gelak sakan and perli ler datok muda yg mmg miang tk semengah tu.

Kami ni crew. Ikut jer boss kami suruh buat kerja. Boss aku pun jumpa datok tu nk mintak sponsor buat drama.

La ni, abp dah xsyok. Sbb sapa ada duit, dia meng. Or sapa pandai cakap or girlgirl sikit dpt la

Yg buat duit berita harian. Lg banyak org sponsor, lg banyak ler masuk.

Almaklumnya... nilai sebenar lakunan dah tak ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2014 08:50 PM | Show all posts
Ee toksah la sampai tahap ni..desperate sgt nk menang knape. Kalo ade bakat x dpt anugerah pun org appreciate laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 08:52 PM | Show all posts
Fazura kut
Dia x pernah tercalon
Last year ada drama dia blakun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 08:57 PM | Show all posts
kumanheart posted on 23-1-2014 08:44 PM
FS mmg dah diketahui ramai upah org mohon simpati untuk undi dia
Aku sendiri pernah baca msg dia  ...

Time tu dia single ke dah couple ngan jije selipar biru?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:01 PM | Show all posts
Nasib baik tak upah bangla atau nepal
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:07 PM | Show all posts
Tapi apa yang membuatkan Murai Batu pelik, walaupun pelakon berkenaan mengupah sekumpulan pelajar untuk mengundinya, tapi nampaknya namanya langsung tak melekat dalam carta top 5 anugerah berkenaan.


tak tercalon top 5 pun lah
definitely bkn FS
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape2..takde kije heh dok upah org semata-mata nak tercalon..:Q
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:16 PM | Show all posts
Mek jura ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:19 PM | Show all posts
utk retis2 ni menang ABP atau at least tercalon dalam top 5 tu penting
sbb ia kayu ukur samada ko akan ada job atau tak sepanjang tahun lepas ni
that's why jangan heran kalo retis mesia beriye2 berhabis duit sbb nak menang ABP

terbaik atau populer
produser2/penganjur2 mesia ni lebih amek yang populer dari yang terbaik
that's the truth
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
setankuning posted on 23-1-2014 09:19 PM
utk retis2 ni menang ABP atau at least tercalon dalam top 5 tu penting
sbb ia kayu ukur samada ko a ...

Betul sgt..... Yg kayu kayan...semue jadi heroin.... Yg hebat2 jadi pmbantu.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 09:30 PM | Show all posts
Desperate btl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2014 09:56 PM | Show all posts
MAK AIH .. XKAN FS KOT ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:15 PM | Show all posts
Kalau berani dedahlah nama
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:19 PM | Show all posts
munchkin posted on 23-1-2014 10:15 PM
Kalau berani dedahlah nama

Kaannnn.... Dedah je la nama tu oiii.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:21 PM | Show all posts
Pernah berkali kali tercalon tp x pnh menang.....
Bkn FS kot sbb dia tercalon n menang berkali kali....
RR atau fakezura kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.554627 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list