CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3573|Reply: 18

Pikat untuk senang

[Copy link]
Post time 2-2-2014 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Selamat Tahun Baru Cina Sha ucapkan kepada rakyat Malaysia. Minggu ini Sha ingin berkongsi cerita mengenai pelakon lelaki suam-suam kuku yang bijak memikat wanita untuk kepentingannya. Terus-terang, Sha sendiri ragu-ragu mempercayai cerita disampaikan seorang teman yang sudah lama kenal dengan pelakon ini.

Seingat Sha, pelakon ini berbudi bahasa orangnya. Tak nampak pula sisi negatifnya apabila berurusan. Namun jelas sumber, luaran memang nampak sempurna. Ibaratnya pijak semut pun tak mati. Bab tutur bicara pun sangat sopan malah dia nampak lurus. Dek kerana sikap ditonjolkan itulah ramai terpedaya dan 'cair'. Biasanya pelakon itu akan mendekati mereka yang boleh mendatangkan keuntungan kepadanya dan sasarannya tidak lain adalah wanita. Pernah dia menghimpit seorang penyanyi yang kini mula berjinak-jinak dengan bidang lakonan. Lama jugalah mereka bercinta tetapi apabila penyanyi itu makin kurang tawaran menjayakan persembahan, dia ditinggalkan. Ketika masih bersama, beribu jugalah duit dipinjamkan kepada pelakon lelaki itu. Nama pun dah sayang, bila pelakon lelaki itu mengadu berada dalam kesusahan, pastilah dia sanggup pinjamkan. Sampai ke hari ini pelakon itu masih belum bayar hutangnya. Khabarnya apabila mengetahui penyanyi itu sudah mula berlakon, dia merayu supaya hubungan yang terputus disambung semula. Pada masa sama, pelakon itu cuba memancing kawan bekas teman wanitanya. Dia tak tahu yang dua wanita itu berkawan baik. Tembelang pelakon itu pecah apabila kawan penyanyi itu buka mulut dan mereka sudah sepakat mengenakan semula 'buaya darat' terbabit. Khabarnya sudah ramai dianiaya pelakon itu. Penyanyi itu pun sudah tidak ada hati dengan pelakon itu dan mahu segala hutangnya dilunaskan. Menurut sumber, dua wanita itu rancak mengatur strategi 'menumpaskan' lelaki yang disifatkan tidak berguna itu. Sudahlah kaki auta, ada hati nak menggunakan wanita untuk kesenangan hidup. Dasar tak sedar diri.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 12:02 PM | Show all posts
siapa pulak ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape ni. Zul gayatri ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 12:08 PM | Show all posts
Selalu pelakon wanita yang memikat untuk senang. Sekarang dah terbalik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iqram & soo wincci?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa pulak si lelaki jahanam ni.. kepit jer anu dia dengan penyepit baju..

kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2014 02:04 PM | Show all posts
ebby yus kot!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 02:10 PM | Show all posts
zul ariffin?

johan sehari?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2014 02:15 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 2-2-2014 02:04 PM
ebby yus kot!

hahhahahhahaha tekaan yg kelako..
nie lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 04:37 PM | Show all posts
siapakah..??
jd penasaran..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 04:53 PM | Show all posts
siapa yer...???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 06:50 PM | Show all posts
aiskrimpelangi posted on 2-2-2014 12:04 PM
Sape ni. Zul gayatri ke apa.

Zul pnah ada gossip dgn penyanyi ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kitty_lynne posted on 2-2-2014 06:50 PM
Zul pnah ada gossip dgn penyanyi ke

Abby kn ex elite uols
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 07:30 PM | Show all posts
aiskrimpelangi posted on 2-2-2014 07:14 PM
Abby kn ex elite uols

Gossip kt atas katanya penyanyi yg kini mula berlakon uollss...
Abby tu dh tahap kertu dh dlm bidang lakonan... Skrg pun sheols dh x menyanyi n berlakon khennnzz...


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 08:27 AM | Show all posts
sapa la pulak kali nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 10:05 AM | Show all posts
kutip tacang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2014 10:52 AM | Show all posts
erk.. siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 11:37 AM | Show all posts
MellyNad posted on 2-2-2014 02:15 PM
hahhahahhahaha tekaan yg kelako..
nie lawak..

hahaha
tetiba ebby yus masuk carta

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2014 12:29 PM | Show all posts
aiman ? penyanyi yg jadi pelakon? huhuhu..speku sajo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070506 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list