CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladygaga

[Jenayah] 5 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah & bapa - FB pembunuh aktif Je??

  [Copy link]
Post time 30-10-2014 08:31 PM | Show all posts
Dah jatuh hukum gantung 3 org..siap gelak2 lagi..bertabah adik2 yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zara ni oku? ... Sayang fall in lep with a wrong guy...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ladygaga posted on 14-2-2014 05:36 PM
Ibu Zara Eleena menyesal percaya teman lelaki anaknya



Baca yg ni ..naivenya la family dorg ni...kompom jenis baik..senang btul percaya kat org... Boleh plak kasi selongkar kotak emas n percaya emas2 tu berhantu.. Yg anak pulak dah mak x boleh tido lg g bancuh nescafe....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
[quote]amoiblack posted on 11-2-2014 03:36 PM
alfatihah untuk arwah zara.. aku baik gak ngn zara ni.. dia ada cerita dia couple ngn student..tp ta ...[/

sian betul dia lurus percayakan kekasih dia tak sangka jd gini..
dahlah pergunakan ugama konon ustaz bagai. Last edited by Suchi on 30-10-2014 11:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki2 jahanam ni dihukum gantung ke? Hepi plak dgr berita mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:22 AM | Show all posts
Mn news..jth hukum dh ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2014 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
DianKdeja posted on 30-10-2014 08:31 PM
Dah jatuh hukum gantung 3 org..siap gelak2 lagi..bertabah adik2 yer


Sb  ada geng bole gelak2 sb rase hebat... Cube kalau sorg..mg nanges la
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:28 AM | Show all posts
cikkatak posted on 30-10-2014 08:18 PM
Tengok pun elok je bergelak ketawa lepas sabit hukum.. semoga insaf la uolss ye.

aku pun ada tgk gambar tu.  hati kental, boleh gelak2 lagi lepas jatuh hukum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 01:38 AM | Show all posts
Bunuh Pensyarah Dan Bapa: Tiga Bekas Penuntut KTAC Ke Tali Gantung



SHAH ALAM, 30 Okt (Bernama) -- Tiga bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak itu di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam keputusan pada akhir kes pendakwaan sebelum ini, mahkamah melepas dan membebaskan seorang lagi tertuduh, Muhamad Safwan Muhamad, 22, daripada kedua-dua pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata selepas meneliti keterangan kesemua saksi, beliau mendapati pembunuhan itu penuh dengan motif di mana tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril, adalah perancang utama kejadian itu yang berpunca daripada kehilangan barang kemas milik ibu Zara Eleena.

"Berdasarkan keterangan ibu mangsa (Normaliah Mahmood), adalah jelas bahawa barang kemas yang telah diambil oleh tertuduh pertama ialah motif utama tertuduh pertama mengajak tertuduh lain untuk membunuh (kedua-dua mangsa) yang membawa kepada perancangan serta persediaan membunuh kedua-dua mangsa.

"Saya mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan lebih diyakini dan wajar berbanding pembelaan ketiga-tiga tertuduh yang lebih menjurus kepada penafian semata-mata berhubung penglibatan mereka dalam kes ini ," katanya.

Abdul Halim seterusnya berkata ketiga-tiga tertuduh telah bertindak dalam keadaan penuh sedar dan mengetahui kesan perbuatan mereka.

Beliau juga mendapati penafian ketiga-tiga tertuduh semasa memberi keterangan tidak berupaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, malah keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten.

"Kedua-dua mangsa telah menemui ajal dalam keadaan penuh terseksa dan menyedihkan...apa dosa mereka hingga mereka perlu dibunuh sebegitu rupa? Tertuduh pertama (Mohamad Zul Shahril) ialah teman lelaki mangsa (Zara Eleena) walaupun dinafikan oleh tertuduh dan hakikat ini tidak dapat dinafikan apabila dibuktikan oleh ibu Zara Eleena yang pernah jumpa surat Zara Eleena terhadap tertuduh.

"Kenapa tertuduh tergamak bunuh mangsa? Setiap perbuatan zalim atau baik dijanjikan balasan, dan maka kini tibalah masa bagi kamu bertiga untuk terima balasan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan kepada kedua-dua mangsa.

"Hanya satu sahaja hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini dan saya perintahkan ketiga-tiga tertuduh digantung di leher sampai mati," katanya.

Sejurus prosiding berakhir, ketiga-tiga tertuduh dilihat memeluk anggota keluarga masing-masing sambil menangis dan ketika Mohamad Zul Shahril memeluk ibunya, wanita itu pitam sehingga terpaksa dipapah anggota keluarganya.

Normaliah dan bapa saudara Zara Eleena, Dr Mohd Shah Mahmood, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana keadilan berpihak kepada keluarga mereka.

Seramai 32 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Muhammad Adhwa Azfar Muhammad Tajuddin, Rusli Zain dan Abdul Halem Mohamad Husin.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1080802
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur penjahat2 tu ke tali gantung..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Padahnya kalau mengikut nafsu tak gunakan akal yg waras. Diorg boleh gelak2 lg tp family meraung sampai nak pitam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:17 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. mati dibalas mati!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:18 AM | Show all posts
sedihnya baca ayat hakim tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 09:51 AM | Show all posts
Fadhil tu xkena apa2 ke? Dia pon bersubahat
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:36 AM | Show all posts
sia2 hidup ko dik. muda lagi. x sempat rasa kahwin & beranak pinak.

si fadhil tu lepas gitu je ke? x adil betul
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:46 AM | Show all posts
bodohnya diorg ni
sbb brgkemas tak seberapa sanggup membunuh
skrg ke tali gantung
sgt tak berbaloi, padan muka
kesian ibu arwah..hilang suami dan anak..sedihnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 10:49 AM | Show all posts
bagus digantung. kejam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:58 AM | Show all posts
perempuan sebijak mana pun bole jadi menurut saja sebab cinta dan percayakan lelaki. kalau kita baca kes ni rasa mcm ishhh takkan lah bole percaya plak bila laki tu kata ada hantu kat barang kemas? siap plak tolong bancuh air letak ubat tidur. hantar mak balik kampung. nmpak laki ni tau dia boleh perdayakan mangsa begitu mudah sekali. semua dah dalam perancangan dia tapi tak la sebijak yg dia sangkakan.

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:14 AM | Show all posts
tu laa amik pendakwaraya budak2 baru habis grad. Experience zero .. bagi plak kes2 criminal.. mana tak kes tu senang2 je ke laut.. nasib baik sangat kalu pendakwaraya tu yg ada experience sikit.. 2 tahun je pun jadilah.. janganla kasi kes berat2 especially kes bunuh kat  budak2 fresh grad .. kesiannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:31 AM | Show all posts
erkk so 2 org terlepas....


bf nyer tu ke tali gantung gak kann
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.691226 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list