CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59689|Reply: 294

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 11-2-2014 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.. Mari kita bercerita..

Disclaimer : Cerita ini adalah rekaan imaginasi penulissemata-mata. Tokok tambah dari cerita– cerita dan kisah benar yang didengari oleh penulis. Ditulis sepenuhya oleh saya. fresh from the oven. Kalau nak copy boleh, tapi sila bagi credit. Kalau tak nak bagi kredit, sukatila. Tapi tak halal. Haha. Itu sahaja. Thank you.
p.s :Kalau xsesuai, momod boleh delete thread.

Cerita : 1
Dari kecik, aku boleh Nampak benda – benda yang orang laintak nampak. ‘kakak’ baju putih, budak kecik telinga panjang perut buncit, gula– gula, guling – guling, bola api terbang (aku panggil super saiya ) banyaklagi lah. Dulu, memang aku takut. Takut sangat – sangat. Ye lah, maunye taktakut. Mula – mula ko mimpi kena kejar hantu. Lepas tu bukak je mata, ingat dahlepas, skali ko nampak ade hantu lain plak kat ujung katil / tilam kau. Tak kestress tu.

Oh, lupa. Nama aku Ariana. Panggil ana je. Sepanjang ceritani, aku akan menggunakan kata ganti diri nama ‘aku’, sebab sukati aku la nakguna apa. Oh satu lagi, jangan percaya sangat tau cita ni. Kan penulis dahbagitau atas tu. Cerita ni rekaan je. Aku ni watak utama hasil imaginasipenulis. Baca je lah ye sebagai hiburan.


Ok, berbalik kepada kisah aku. Masa pertama kali aku nampakdan faham benda ni, masa aku umur 4 / 5 tahun camtu kot. Masa tu aku duduk katluar umah. Termenung lepas bangun tido.  Aku ingat lagi masa tu jam dalam pukul 3 – 4petang macam tu. Aku tengah duduk termenung dekat kerusi dekat car porch luarrumah. pandangan aku masa tu menghala ke jalan raya. Tengah aku termenung tu,tetiba aku nampak macam baaaanyak patung – patung kecik tengah jalan kat atasjalan raya. Banyak sangat! Dorang satu kumpulan, dalam 4000 – 5000 orang camtukot. Ada banyak kumpulan.  Size kecik je.Besar patung askar yg warna hijau xde muka tu. Dalam cita toys stories ada.Sapa pernah tengok, tau la besar mana. Tapi rupa manusia tau! Tangan, kakibergerak – gerak. Macam orang berjalan.

Last edited by popotalks on 9-5-2014 10:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2014 08:04 PM | Show all posts
sambung ~

Masa aku tengok tu, aku xde la takut sangat. Masih blur. Ambik masa jugak la nak digest apa yang aku nampak. Bila aku dah perasan apa yang aku nampak tu benda aneh, aku pun jalan la dekat nak tengok betul – betul apa yang aku nampak.

Actually bukan jalan, tapi lebih kepada berlari sebenarnya. Bila dah nak sampai dekat gate umah aku, tetiba aku rasa badan aku melambung ke udara. Oh, rupanya nenek aku yang angkat aku.

Masa tu aku macam frust sangat sebab tak dapat tengok benda tu, sampai meronta nangis – nangis. Bila aku pusing balik, aku tengok kat jalan dah tak de. Kosong. Lagi lah aku marah, sebab aku xpuas hati. Habis nenek aku kene bebel. Hahahaha.  

Lepas tu aku tak ingat dah apa jadi. Tapi sampai sekarang aku ingat benda kecik – kecik yang aku nampak tu. Macam manusia betul rupa dia. Tapi size yg sangat kecik. Tapi tak pasti jantina dorang laki ke perempuan. Dan dorang ramai sangat!

p.s : nenek aku ni pun boleh tahan jugak ilmu mistik nye. Dulu tangan aku pernah buruk. Masa aku umur 3 – 4 tahun. Buruk sangat macam tangan hantu. Nenek aku la yang ikhtiarkan ubat tangan aku sampai baik.  Nanti aku cite pasal nenek.
Last edited by popotalks on 11-2-2014 08:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 08:11 PM | Show all posts
Cerita 2 : kakak pokok pisang. Cantik tau!

benda ni jadi pun masa aku umur sekitar 4 – 5 tahun jugak. Agak lama jugak la lepas insiden aku nampak banyak manusia kenit tu. Masa tu adik aku yang nombo 2 masih kecik. Baby lagi.

Aku pegi belakang rumah. main sorang – sorang. Masa tu anak jiran aku belum balik, tak tau pergi mana, so main la aku sorang – sorang dekat belakang umah. Belakang umah aku masa tu, ada pokok limau kasturi. Sebelah pokok limau, pokok cili padi warna warni dan cili besar, lepas tu rumpun daun pandan, sebelah rumpun daun pandan, ada serai, lepas tu ruang kosong sikit dalam 10 langkah budak kecik, then ada pokok pisang 2 batang berkembar.

Masa tu aku main dekat pokok limau. Pokok limau ni yang best nye, dia sentiasa berbuah lebat sepanjang tahun. So, aku pun bedal la buah tu main masak – masak. Masa tu posisi aku membelakangkan pokok pisang. Tengah main – main tu, tiba – tiba aku tercium bau macam wangi pisang. Boleh imagine tak? Bau dia macam bau pisang masak yang dah di kupas lepas tu kau cium dekat – dekat bau tu. Haa, camtu lah.
Bila dah cium bau tu, aku buat dek je lah. Ye lah, budak kecik, nak peduli apa ngan semua benda kan. Yang penting boleh main dan nenek aku tak marah. Tengah aku dok cangkung potong – potong daun, aku rasa bahu aku kena cuit. Aku toleh belakang dan nampak sorang kakak cantik berdiri kat belakang aku. Dok usha – usha senyum – senyum. Aku masa tu, heran la. Dah siap nak lari coz takut kene culik. Bila aku angkat je nak lari, akak tu Tanya “ Akak nak main sekali, boleh ? “

Terus aku blur. Lepas tu akak tu senyum lagi, so aku pun ok je lah kan. Masa tu, aku terus rasa kakak tu baik dan ok sebab dia nak main dengan budak kecik macam aku. Cantik pulak tu! (Aku dulu asal nampak pempuan cantik je, aku terus cop orang tu baik ah. Haha. ) Kitorang pun main –main la masak – masak. Tengah seronok – seronok tu, tetiba nenek aku jerkah. Aku punya terkejut sampai melambung pisau mainan aku dr tangan. Aku dah panic sebab takut akak tu kena marah. Terus aku toleh ke belakang, sebab nak suruh akak tu lari. Sekali toleh, aik. Mana akak tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 08:13 PM | Show all posts
sambung ~
Tetiba telinga aku pedih. Kena piat ngan nenek aku sebab degil nak main kat luar umah. Dalam tengah kena heret masuk umah tu, aku tengok jgak belakang. Cari kakak tu. Mana dia, mana? Lepas tu aku ternampak, macam kakak tu sembunyi kat sebalik pokok pisang. Aku siap signal lagi soh dia dok diam – diam sana. Takut kena bamboo nenek aku. Masa tu, memang aku tak dengar dah, nenek aku marah bebel – bebel. Aku dah set aku nak main ngan akak tu lagi bila mak ayah aku balik petang karang.

Petang tu bila mak ayah aku balik, aku terus lari kat belakang umah. Pusing – pusing pokok pisang tu cari akak tu nak main sama. Puas aku pusing – pusing satu kawasan belakang umah aku, tapi akak tu dah tak da. Aku rasa nak nangis dah.

Last – last, aku rasa bahu aku kena cuit lagi. Aku toleh lagi, kakak tu tengah senyum tengok aku. Dia hulur tangan, nak pegang tangan aku. Masa tu aku rasa happy sangat sebab kakak tu ada. Dia hulur tangan, dan bagitau nak bawak aku pegi rumah dia.

Masa aku sambut tangan dia, aku rasa kulit tangan dia macam rasa kulit kayu. Makinlama, makin ketat genggaman dia. Makinsakit tangan aku. Depan aku macam ada satu rumah kampung lama. Rumah tinggi. Nak kata cantik, biasa je. Kitorang makin dekat ngan rumah tu, lepas tu aku dengar nenek aku jerit kuat betul panggil nama aku. Dalam masa yang sama aku rasa tangan akak tu macam makin keras menggerutu dan genggam tangan aku kuat betul, dan akak tu macam tarik tangan aku nak soh jalan laju – laju biar sampai umah dia.

Bila aku tengok atas, aku nampak benda yang aku takkan lupa sampai sekarang. Muka kakak yang cantik tadi dah bertukar jadi hodoh betul!! Daging pipi dia macam luruh dari pipi, mata merah, rambut mengerbang sangat – sangat dan rambut putih. Lepas tu, jantung aku berdegup laju sangat3 aku terus pengsan.
Sedar – sedar je, aku tengok mak ayah, nenek dan pak sedara n mak sedara aku duk keliling aku. Pastu atuk aku dok baca yasin dekat sebelah katil. Tangan aku rasa pedih sangat, macam lepas kena melecur. aku angkat tangan nak tengok melecur ke tak, lepas tu mak ayah dan pak mak sedara aku terus terpa aku yang terbaring dekat katil. Mak dan nenek aku siap bebel – bebel lagi.

Malam tu jugak, pokok pisang tu ditebang, dan pak sedara dan atuk aku pagar rumah kitorang dengan garam dan lada. Dahan pisang tu dan akar die dibakar malam tu jugak. Masa dahan pisang tu dibakar, aku dengar macam suara orang menjerit dan menangis mendayu – dayu. Aku takut, peluk atuk aku kuat – kuat. Tangan aku berbekas merah dan memang melecur sangat.

Bila aku Tanya balik mak aku apa jadi malam tu, dia cakap, dia terkejut dengar nenek aku jerit nama aku, terus dia berlari ke belakang. Sampai kat belakang, nampak aku tengah bergayut kat atas pokok pisang tu.
Nenek aku pulak, tengah kumat – kumit lepas tu macam rejam sesuatu yang tak nampak. Pokok pisang tu tinggi besar dan tumbuh dekat dan agak bersilang. Dapat imagine tak? Pepandai lah ek. Aku tersepit kat tengah – tengah antara dua pokok tu.

masa ayah aku panjat pokok tu, mak aku cakap, ayah aku bagitau separuh badan aku macam digulung oleh sehelai daun pisang yang besar. Daun pisang tu macam hold aku kuat sampai ayah tak boleh nak angkat aku tanpa alihkan daun pisang. Mak cakap, bila ayah sentuh daun tu,dia rasa macam ada renjatan elektrik. Lepas berapa kali cuba, last – last ayah baca ayat kursi baru boleh.

Malam tu, atuk dan pak sedara datang tengok  aku. Tangan aku kiri membengkak besar dan berair macam lepas melecur teruk. Ada jugak la meracau – racau, lepas tu aku tertidur, tak ingat apa jadi. Sedar – sedar je, tangan aku dah kene temple dengan daun. Dalam 2 – 3 minggu camtu kot baru sembuh. Tu pun hari – hari nenek aku letak daun kat atas tempat melecur tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 09:53 PM | Show all posts
Cerita 3 : Silat

Masa tu umur aku 14 tahun. Form 2 la. Dekat sekolah aku baru masuk persatuan silat. Aku yang memang minat sangat – sangat dengan seni silat ni pun dengan excited nya pergi mendaftar. So, lepas mendaftar, ada pertunjukkan silat sikit. Nak intro la macam mana bunga – bunga silat tu. Aku excited, so dengan confident nya duduk barisan depan sekali dan memerhati dengan penuh minat dan passion.

Malam tu dalam bilik, aku pun buat – buat la bunga silat tu. Dah puas, aku pun baring dan tido. Malam tu aku mimpi, aku dekat tengah gelanggang silat d tengah hutan. Ada 3 orang lelaki dewasa. Sorang bawak tombak, sorang bawak keris panjang dan sorang bawak kayu panjang.

Tiga orang tu pakai baju silat hitam, dan lawan dengan aku sorang. Masa tu aku memang lawan mati – mati sebab aku takut mati kena bunuh dengan dorang 3. Lawan punya lawan, sampai la aku menang. Pagi esok nye, aku bangun tido badan aku rasa penat betul, dan rasa sengal – sengal dekat bahagian – bahagian tertentu. Bila aku nak mandi, ada lebam macam kena pukul dekat lengan dan belakang aku. Dan beberapa di bahagian paha dan betis. Aku bagitau mak, dia cakap aku tido buas, tendang – tendang dinding. Pffftttt. Ambik masa dalam seminggu jugak la baru lebam aku hilang, sebab lebam dia agak teruk. Sampai susah nak duduk dan susah nak jalan.

Lepas beberapa minggu, aku pun lupa dah pasal mimpi tu, dan latihan silat dah pun bermula. Masa tu, kitorang berlatih bunga dan buah pukulan. Tengah – tengah aku berlatih tu, aku macam nampak kelibat lelaki pakai baju silat hitam dan pegang tombak dekat luar gelanggang. Bulu roma aku terus meremang. Aku dah tak focus. Buah dan bunga dah ke laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 09:55 PM | Show all posts
sambung~

Lepas tu ada lagi kelibat lelaki pakai baju silat. Kali ni pegang keris panjang pulak. Immediately aku terus teringat mimpi aku haritu.

“ ah sudah, apa pulak kali ni “.

Tangan aku dah menggeletar. Bulu roma dah meremang sampai kepala. Last – last aku pejam mata kuat – kuat dan beristighfar dalam hati.

Masa aku pejam mata tu, aku macam ternampak laki 3 orang tu tengah usha aku dari luar gelanggang dengan muka tak puas hati. Lepas tu, pandangan aku macam terzoom in pada dorang, dan aku perasan lelaki 3 orang ni macam tinggi semacam. Terus aku pandang bawah.

Hah! Kaki dia tak jejak tanah! Aku jerit dan beristighfar, pastu terus undur laju – laju kebelakang sampai terjatuh. Masa tu, aku nampak muka laki 3 orang tu macam makin tegang, dan diorang dah bersedia mengangkat senjata masing – masing macam nak serang aku. Makin dekat, makin dekat dan makin dekat. Aku dah menjerit – jerit sebab takut mati kena bunuh.

Then aku rasa sejuk sangat tetiba.. Aku bukak mata dan nampak muka jurulatih aku dekat depan aku. Sebelah dia kawan aku pegang baldi. Masing – masing semua muka risau.

“ Weh, ko ok ke? Ko dah sedar? “ tanya Sya. Kawan sekelas.

Aku blur, angguk kepala dan nak bangkit berdiri. Aku dipapah oleh Sya untuk berdiri dan duduk di kerusi di tepi gelanggang. Sya setia menemaniku di sebelah. Guru Muda yang ku panggil Abang Mamat memberi ku sebotol air mineral untuk diminum. Diperhatinya aku meneguk air itu sehingga habis.

“ Ana nampak siapa tadi? “ tanya bang mamat. Aku ceritakan satu persatu apa yang ku nampak serta mimpiku. Selesai, ku lihat bang mamat hanya tersenyum dan mengangguk – angguk. Sya pula tercengang – cengang di sebelahku. Ahli yang lain sedang sibuk menyambung latihan.

Semenjak hari tu, aku sentiasa di suruh bang mamat untuk berada di barisan depan sekali, dan selalunya aku akan diawasi sendiri oleh bang mamat.

Sejak kejadian tu, aku tak pernah nampak lagi mamat tiga orang tu. Bagus jugak la. Aman hidup aku nak berlatih sampai dapat bawak nama Negara. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2014 09:58 PM | Show all posts
Cerita 4 : AKU TAK NAK KAWAN NGAN KAU!!

Masa tu umur aku dalam 16 tahun camtu. Masih sekolah dan aktif jugak la ikut persatuan dekat sekolah. Satu hari tu aku dapat offer ikut program anak angkat. Aku join, dan kitorang seramai 35 orang peserta pergi ke sebuah kampung dekat area pedalaman utara tanah air.

Kampung tu cantik tau! Indah je suasana dengan sawah luas terbentang. Background sawah pulak, ada gunung – gunung. Memang superb view lah!

Masa ni, aku dah selalu jugak la encounter benda pelik – pelik. Tapi belum ada lag yang sepower ni . kalau aku tau nak jadi macam ni, memang tobat la aku tak nak datang kampung ni.

Okay, kejadian berlaku masa hari kedua program. Masa tu kitorang masing – masing dah ditempatkan di rumah keluarga angkat masing – masing. Aku dan kawan aku Lin dan Syam diletakkan di bawah jagaan keluarga Encik Samad.  Sikit intro pasal encik samad, dia tinggal berdua je dengan bini dia. Anak – anak dia semua tengah belajar dekat overseas. Encik Samad ni seorang pesara kerajaan, isteri dia pulak suri rumah. lepas pencen, encik samad dan isteri dia banyak habiskan masa di bendang atau kebun. Jadi, most of the time bila hari siang, rumah tu memang kosong lah.

Rumah Encik Samad ni, pelik sikit. Rumah dia rumah kayu tinggi, standard macam rumah orang dulu – dulu. Di depan rumah, sebelah pintu masuk, ada beranda panjang dan luas untuk lepak – lepak. tingkap pulak, macam tingkap rumah iklan adabi. Yang main selak bukak ke luar tu.

Yang peliknya rumah encik samad ni, sekeliling rumah dia di tanam dengan pokok bunga melur dan bunga harum sundal malam. Bunga tu di tanam betul – betul mengelilingi rumah encik samad tanpa putus.  Boleh imagine tak? Even di ruang masuk ke halaman rumah pun di tanam dengan bunga tu, tapi di letak dalam pasu bunga dan di gantung tinggi. Aku tau nama bunga tu pun sebab aku ni mulut rajin sikit nak tanya macam – macam. Hahaha. So, bila dah banyak bunga harusla kawasan rumah tu wangi sentiasa kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 10:02 PM | Show all posts
sambung ~

Masa tu, aku tengah lepak – lepak dekat beranda rumah. menikmati angin petang dan pemandangan indah. Tengah lsyok berangan aku tak perasan hari dah senja.

Lin degan Syam dari tadi stay dekat surau kampung. Malam ni ada makan – makan dan solat Jemaah. Aku tak ikut sebab bukan AJK. Malas. Rumah pulak sunyi, tak de orang. Mak ayah angkat aku bermalam dekat kampung sebelah. Ada keduri.

Tengah aku syok melepak, tiba – tiba aku rasa badan aku keras semacam. Tak boleh nak bergerak langsung. Masa tu, bulu roma aku dah meremang sampai kepala. Suasana dah senja betul, dengan langit merah sangat. Masa tu aku tengah menyandar dekat dinding. Tengah aku usaha nak gerak, tiba – tiba aku perasan padi kat situ macam kena goncang! Masa tu aku dah start panic. Aku pejam mata dan istighfar dalam hati banyak – banyak. Lepas aku tenang sikit, aku beranikan diri bukak mata sikit – sikit.

Depan mata aku, aku nampak ada perempuan rambut panjang, pakai baju gaun pendek putih kotor, tengah terapung di tengah bendang.kedudukan kepala dia macam orang lepas mati gantung diri. Lidah terjelir keluar, darah menitik kat baju, kaki terjuntai. Tapi terapung kat udara atas bendang!

Masa tu jugak telinga aku tangkap bunyi orang ketawa mengejek. Nak kata suara perempuan bukan. Suara lelaki pun bukan! Aku masa tu dah betul – betul takut, terus pejam mata aku kuat – kuat. Aku istighfar banyak – banyak, mengucap, baca surah dan macam – macam lagi lah. Dalam masa yang sama, suara ketawa mengejek tu masih lagi kedengaran.

Tiba – tiba, “ awak boleh nampak saya kan? Saya nak kawan dengan awak. Hihihi “ suara tu betul – betul dekat tepi telinga aku!! Siap boleh rasa lagi nafas dia dekat pipi kanan aku. Aku dapat rasa benda tu terbang berpusing – pusing sekitar aku. Ketawa mengejek. Kejap jauh, kejap dekat, jauh lagi, dekat lagi. Bau toksah cakap lah. Kalah bau bangkai gajah.

Aku dah tension. Dah la tak boleh bergerak, kea main pulak macam ni. Last – last aku geram, aku kumpul semua tenaga dan azan kuat – kuat.berkali – kali aku azan. Bila dah yakin sikit, baru aku berani buka mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2014 10:04 PM | Show all posts
sambung ~

Kosong dan gelap. Dah malam. Aku cepat – cepat masuk ke dalam rumah, tutup dan kunci semua pintu dan tingkap, terus berkurung dalam bilik sambil baca yasin sampai tertidur – tidur.

Tengah tidur tu aku mimpi perempuan tadi berlegar – legar di sekeliling rumah. situasi masa tu seolah – olah aku berdiri atas bumbung rumah dan tengok dia tengah pusing – pusing dekat bawah nak masuk dalam rumah. tengah aku syok dok perati dia, tetiba dia hilang.

ha, dekat sini kau ye? Jom ikut aku balik. Lama dah aku cari kawan. Jom cepat sebelum dia datang!
Tangan kiri aku tetiba direntap kasar. Bila aku toleh, aku rasa nak pengsan! Benda tu ada dekat sebelah aku! Aku rentap balik tangan aku kuat – kuat pastu reaksi reflex aku adalah, terajang dan terjun ke bawah.

Aku terajang, berdiri, dah ready nak terjun ke bawah tapi terhenti sebab tiba – tiba macam ada satu cahaya putih terang betul datang dari bawah rumah dan terus memenuhi rumah.  satu rumah tu tetiba terang bederang.  sayup – sayup terdengar suara perempuan meraung kesakitan dan menangis sayu.
Bila aku sedar, aku tengok ada 5 – 6 orang bergelimpangan tido dekat bawah.  Muka – muka yang aku kenal. Aku atas katil. Ada suara orang baca surah Yasin. Suara lelaki. Aku bingkas bangun nak keluar. Tapi kepala aku pening sangat. Salah seorang dari kawan aku tersedar, terus suruh aku baring balik dan aku tertidur lagi.

Aku sedar bila terdengar bunyi orang rancak berborak dekat luar. Macam riuh je. Bila aku keluar, aku tengok banyak kawan – kawan aku, cikgu dan mak ayah angkat aku lepak dekat tengah rumah, berborak sesame dorang. Ada jugak beberapa muka yang aku tak kenal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 10:06 PM | Show all posts
sambung~

Aku yang masih mamai terus pergi dapur cuci muka, dan join kawan – kawan aku lain borak. Masa tengah
syok borak, kawan aku Ijam pandang muka.

Ijam : ko perasan tak apa jadi semalam? Ingat tak?

Aku : (muka blur ) Apa jadi weh?

Wati (kawan kitorang jugak ) : Betul ko tak ingat?

Aku : apa jadi weh, apa jadi???

Ijam : semalam, waktu Lin ngan Syam balik, diorang nampak kau pusing satu rumah ni macam orang gila. Patah – patahkan pokok bunga dekat luar rumah tu. Bila Lin tegur, kau sengih – sengih je dekat diorang pastu cakap merapu. Lin dengan Syam dah seram tengok rupa ko pelik, so dorang panggil kitorang dekat surau. Bila kitorang sampai dekat umah, kitorang nampak kau duduk mencangkung nun dekat atas bumbung nun ha. Kitorang pun heran macam mana ko boleh sampai atas sana. Dahlah tak de tangga. Masa aku dengan bilal panjat bumbung, nak bawak ko turun, ko tetiba menjerit lepas tu nak terjun ke bawah. Nasib baik aku sempat tangkap, kalau tak, cacat dah ko ni sekarang.

Aku : (ternganga je sebab teringat balik mimpi aku semalam. Pastu aku imagine aku duduk cangkung macam batman )

Lin : ko tau, semalam masa kitorang tanya kau buat apa dekat bawah, suara kau lain sangat. Halus je macam suara nenek tua. Sebab tu la aku dengan Syam takut, kitorang lari lintang pukang pegi surau balik mintak tolong. Mana la tau ko kena rasuk ke apa.

Aku : aku cakap apa? Ko tanya apa?

Lin : Syam tanya, ko buat apa dekat bawah, patahkan pokok bunga mak ngan ayah. Ko cakap, ko nak suruh kawan masuk. Bila aku tanya kawan mana, ko tunjuk pokok tinggi dekat tepi tingkap. Muka sengih – sengih. Rambut kusut masai. Eeeeee. Aku ingat balik pun dah seriau. Dahlah! Malas aku nak cerita lagi. Ko ingat la sendiri.  ( Lin cau pegi tempat lain )

aku : (tercengang )

Ayah Samad @ Encik Samad  : Ana, mai sini jap nak. Ni, pak imam nak tengok – tengok kan hang.

Aku bingkas dan terus duduk di ruang kosong depan pak imam. Rumah tetiba jadi sunyi. Semua orang concentrate nak dengar apa pak imam cakap.

Pak imam soh aku duduk menjulur kaki menghadap pintu rumah. dia duduk belakang aku. Baca – baca ayat al – quran. Lepas tu aku rasa ngantuk sangat, tapi aku tahan. Tengah aku duduk menahan ngantuk, aku rasa macam ada sesuatu yang sejuk sangat - sangat masuk ke dalam ubun – ubun aku. Macam angin yang sejuk dan dingin masuk dalam kepala dan tersebar ke seluruh sendi badan. Serta merta aku rasa cergas, segar dan sangat – sangat tenang.

Bila dah selesai, aku disuruh mandi dengan air limau. Hari tu jugak aku dihantar balik ke rumah oleh cikgu aku. Frust jugak la tak dapat ikut sampai habis. Tapi, keselamatan lagi penting. Lagipun malu la aku menyusahkan orang buat macam – macam.
Sekian, tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2014 10:07 PM | Show all posts
ada lagi cerita lain. tapi esok la sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 12:59 AM | Show all posts
bookmark dulu


abes HMV baru baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Err. Cerita rekaan?
Mmg ada bakat jd penulis!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer rekaan ke? Baru nak baca... huhu

tak suka baca citer rekaan... nak real punya... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 07:29 AM | Show all posts
ariana rose?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 07:59 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 12-2-2014 07:29 AM
ariana rose?

i pun pk cenggitu td
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 10:45 AM | Show all posts
cerita rekaan tapi gayanya macam authentic
layan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 10:58 AM | Show all posts
Tokok tambah dari cerita– cerita dan kisah benar yang didengari oleh penulis.

campur2 dgn kisah benar ..ok la tu...
jgn jd mcm org tu....esah oo esah kamsiaa...100% tiruan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 10:59 AM | Show all posts
pndi tt menulis...sng phm...x berbelit2

sils smbg ye....jgn skip lamaaaaaaaaaaaa sgtttttttttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 11:54 AM | Show all posts
sedap baca...teruskan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.100488 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list