CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 27-2-2014 11:30 PM | Show all posts
Lama cik popo tak update nie..
Second benang i follow after JC's...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2014 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga popo cepat semboh n cepat update cite iteww
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 07:29 AM | Show all posts
popotalks posted on 27-2-2014 06:41 PM
Salam. Maaf sangat2 lama senyap. Popo warded kna denggi. Hehe. Skg dah sihat, tp blm discharge g. Es ...

alolo sian nya..ptt la sepi tanpa brita...
nti jgn lupa smbg..
take care

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 09:23 AM | Show all posts
popotalks posted on 12-2-2014 05:02 PM
sambung ~

Tak lama lepas tu, aku sekumpulan student ni keluar dari kelas masing – masing. Ramai  ...

Apsal lecturer tu nmpak kantin tu kosong?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 11:01 AM | Show all posts
Habis merempit baca treads tt nih.. walawehhh! wlupun ada yg direka-reka, mcm betol pulak.
seram gak lahh.. Yg cerita si Taufik ngan pompuan berpurdah tak sabar nak tau smbungannye..
apa2pun chayok! chayok!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 05:06 PM | Show all posts
harap popo cepat sihat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2014 02:35 PM | Show all posts
sambung plissss
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 08:07 AM | Show all posts
nak tahu kisah pempuan berpurdah tu...knp ilmu sihir tu tak lut kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 10:11 AM | Show all posts
Waiting!!.. huhu just bagi semangat pada popo bagi sambung cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:10 AM | Show all posts
Popo when are u goin to talk again??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 10:24 PM | Show all posts
Cerita 12 : Bahagian 7

Aku tersedar dari tidur. Berpeluh – peluh. Ngeri. Jantungku masih berdegup laju. Keadaan sekeliling masih gelap. malam. Aku bangkit dari katil, pergi ke bilik air dan cuci muka. Duduk di beranda rumah dan termenung jauh.

Flashback few years ago..

Aku mengesat peluh di dahi. Tak sangka, susah jugak nak tangkap katak puru. Sampai di rumah, aku mandi kejap, masak dan makan malam dengan Tok Cang. Berbual kejap, pastu aku beransur masuk ke bilik.

Kemenyan putih, bunga 7 warna, air 7 sungai, ular pokok, 9 ekor katak puru, darah ayam hitam, pisau, mangkuk dan beberapa benda lain dah ku siapkan awal – awal. Aku duduk bersila di lantai. Katak puru ku ambil, ikat kedua belah kaki belakang dan gantung dalam keadaan terbalik di luar tingkap bilik. Bising.

Air tujuh sungai, bunga mawar dan darah ayam ku campurkan sekali. Kemenyan di bakar dan aku mula membaca mentera. Setelah beberapa ketika, kedengaran bunyi kecoh d luar rumah. macam bunyi dalam hutan. Ada bunyi ayam, itik, monyet, etc. bising. Kemudian senyap. Sunyi.

        Aku terus baca mentera hingga habis. Bukak mata. Puas. Aku tengok ke jendela. Katak puru tinggal kaki je. Mangkuk berisi darah dah bersih. Aku bangun, kemas – kemas semua barang tadi, letak di bangsal dan baring atas katil. Tersengih – sengih puas hati.


Sebuah rumah di kampung..

“Maakkk!! Tolong Ayu mak, sakiiiiiiiiiiiiit!”

Si ibu hanya mampu menangis melihat keadaan anak daranya. Ustaz, imam dan bilal kampung serta beberapa orang pemuda dilihat mengelilingi anak daranya. Si ayah dan anak lelakinya turut membantu. Membaca ayat – ayat suci al – Quran. Ada yang azan, ada yang membaca Yasin.

Keadaan Ayu semakin teruk. Kedua belah tangan dan kakinya kembang teruk. Macam di tiup belon. Macam nak pecah. garis – garis urat hijau dan merah nampak jelas nyata di atas kulit. Jari jemari nya yang mulus dan halus dahulu kini semua bengkak terus. Kembang. Keadaannya sangat menyedihkan. Hampir setiap hari dia menjerit kesakitan. Tubunya kurus kering namun kaki dan tangan nya bengkak teruk. Di luar, kedengaran bunyi katak bersahut – sahutan.

Ustaz menggeleng kepala dan mengucap beberapa kali. Seakan tahu siapa si dalang sihir. Masih muda. Mempunyai pertalian darah dengan mangsa. Ustaz mendekati si ayah dan membisik kan sesuatu pada si ayah. Kelihatan si ayah terus menekup mulut dan menagis. Si ibu yang melihat suaminya begitu terus menangis teresak – esak. Masing – masing tahu. Ajal si Ayu sudah hampir benar. Suara Ayu semakin lama semakin lemah. Kini dia mula mengerang. Nafasnya seperti tersekat di kerongkong. Seperti di cekik. Imam menghampiri si ayah dan si ibu. Berbisik sesuatu. Kedua ayah dan ibu menghampiri anak daranya dan membisikkan sesuatu.

“ ayah dan ibu halalkan dan ampunkan semua dosa kau nak. Kami halal kan semua makan minum kau dari kecik sampai sekarang. Insyaallah nanti kita jumpa di sana. Tunggu ye nak. “ bisik si ayah.

Si ibu hanya mampu mengusap rambut si anak. Tidak mampu berkata – kata. Di ciumnya muka anak nya sepuas hati. Ayah membisikkan syahadah di telinga anak nya. Kelihatan mulut si anak terkumat – kumit mengikut alunan syahadah dari si ayah. Beberapa ketika kemudian, si anak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

bersambung... Last edited by popotalks on 6-3-2014 10:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 10:29 PM | Show all posts
Cerita 12 : Bahagian 8

Awal pagi lagi aku dah keluar dari rumah. hatiku resah, gelisah. Tak tenteram rasanya. Matahari belum naik, angin bayu masih sejuk. Embun banyak. aku bawak kereta sampai ke sebuah tasik. Cantik. Aku duduk termenung di situ lama. Fikir. Macam – macam hal aku fikir. Kedengaran suara alunan ayat Al - Quran. Dekat je bunyi. Hatiku tiba – tiba sayu. Pilu. Macam ada sesuatu yang halus meresap dalam hatiku. Aku nangis. Nangis teresak – esak. Sampai sumbat hidung.

“ Assalamualaikum.”

Aku toleh belakang. Kelihatan seorang perempuan berpurdah di belakangku. Matanya tersenyum.

“ Assalamualaikum “

“ Waalaikumsalam “ jawabku. Bergetar rasa lidahku menyebut ayat tu. sudah terlalu lama ku pahatkan rasa benci dengan ayat tu. hingga aku jijik nak menyebutnya.

“ jom solat subuh, encik. dah nak masuk waktu ni. “ ajak perempuan berpurdah tu.

Entah kenapa aku akur. Bangkit dari duduk dan berjalan mengikut perempuan tu ke surau. Hatiku masih sungul. Aku berjalan masuk ke dalam perkarangan surau. Sebaik sahaja memijak perkarangan surau, kepalaku tiba – tiba pening yang teramat sangat. Kaki dan seluruh badanku lemah. Pandanganku mulai kabur, dan gelap.


Aku tersedar. Kedengaran suara perempuan mengaji mendayu – dayu. Aku cuba bangkit dari pembaringan, namun kepalaku masih terlalu pening. Seluruh tubuhku sakit. Sengal – sengal dan bisa. Aku baring kembali. Tutup mata sekejap untuk hilangkan pening. Bila aku bukak mata, aku terkejut melihat seorang perempuan berpurdah di depanku. Sikit – sikit, aku mulai ingat siapa perempuan tu. bila melihatku tersedar, perempuan tu bergegas pergi. Tidak lama kemudian, 2 orang lelaki datang menghampiriku. Kelihatan garis ketenangan dan kebahagiaan di wajahnya. Tenang dan bercahaya. Aku tahu apa cahaya itu. Selalu ku lihat di wajah orang – orang yang benar – benar ikhlas. Cahaya ini sahaja sudah cukup kuat untuk melumpuhkan sihirku yang paling ampuh. Cahaya ikhlas.

Mereka memperkenalkan diri sebagai Pak Idris dan Bang Jamal. Setelah berehat beberapa ketika dan kurasakan tenaga ku sudah pulih, aku minta diri untuk pulang. Sebelum pulang, Pak idris menghulurkan sesuatu di tanganku. Terdapat 2 uncang. Kedua – duanya berwarna hitam. bila ku tanya, dia hanya tersenyum. Rezeki katanya. Aku simpan kedua uncang itu di dalam poket dan berlalu pergi.

Di luar, cuaca masih gelap. ku lihat jam di tangan. Sudah malam rupanya! Aku masuk kedalam kereta dan pergi ke kedai makan. Dalam kereta, hatiku terasa kosong. Sungul.

“ balik. “ suara Tok Cang ditelinga.

Ku abaikan suara syaitan tu. entah kenapa aku rasa meluat dan loya. Malas nak melayan si syaitan jahanam. Sampai di kedai makan, aku makan. Lepas makan, aku cari mana – mana masjid dan duduk termenung di situ hingga pagi. Aku masih keliru.

Tengah termenung, aku tiba – tiba teringat dengan uncang yang di beri oleh pak idris. Aku keluarkan kedua – dua uncang dari poketku. Satu uncang menganduni sebentuk cincin. Aku tengok cincin dan simpan. aku bukak uncang lagi satu. Terkejut! Di dalamnya terdapat beberapa kuntum bunga yang dah kering, cebisan batu, hirisan daun pandan yang dah kering dan sebatang buluh kecil. Aku tau apa tu!

Aku teringat kembali perempuan berpurdah haritu. Yang ku ludah. Aku pun bergegas pergi ke surau Pak Idris dan Bang Jamal. Aku harus tahu bagaimana perempuan sekecil dan selemah itu boleh melumpuhkan sihir ku. hebat!

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 11:27 PM | Show all posts
Peh popo, mmg gempak citer kali ni. Aku mmg duk tunggu je cerita purdah ni abis..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:28 AM | Show all posts
best...lagi...sambungann
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy dah ada sambungan.... karang baca... pagi pagi ni busy.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 11:32 AM | Show all posts
Benang popo ni antara benang yg menyajikan cerita yg terbaik pernah aku baca. kisah yg diceritakan jarang2 dapat kita baca/dengar. paling legend benang ilah dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2014 01:50 PM | Show all posts
Cerita 12 : bahagian 9. Last episode

Sampai di surau, kelihatan Pak Idris sedang membersihkan kawasan surau. Baru saja aku nak melangkah masuk ke dalam surau, dadaku terasa sakit. Jantungku bagai dihimpit sesuatu. Sakit dan semput. Kakiku terhenti melangkah. Rasanya semakin mencucuk – cucuk. Aku menahan dada. Kakiku rasa dicucuk jarum. Kepalaku sakit. Bising. Aku rasa sangat bising. Pandanganku kabur. Gelap.

Aku tersedar. Bau hamis dan lembab memenuhi udara. Aku kenal bau tu. aku lantas berdiri. Hatiku panas. Panas dan aku rasa nak mengamuk. Habis semua benda dan makhluk yang lalu ditepiku, kusepak terajang. Aku benar – benar marah. Kedengaran suara Tok Cang ketawa mengejek. Kemudian menangis. menangis sayu. Aku lantas berjalan menuju ke rumah kayu. Kelihatan Tok Cang menangis sayu. Aku yang melihat keadaan begitu rasa meluat. Sangat – sangat meluat! Dasar iblis! Aku keluar dari rumah kayu dan duduk di depan pintu. Ku biarkan saja si setan tu menangis di dalam. Malas nak layan.

Aku tumpukan perhatian untuk balik ke jasad. Makin lama, aku makin hanyut.

Bila aku bangun, seluruh badanku terasa sakit. Kelihatan Pak Idris dan Bang Jamal duduk bersila didepanku. Bila melihatku cuba bangun, mereka lantas menerpa dan membantuku duduk.  Jantungku mash terasa sakit. Tekakku kering. Seperti sebelumnya, seluruh sendi tubuh badanku sakit dan bisa.

“Taufiq, kembalilah ke pangkal jalan. Allah itu Maha Pengampun, Maha Besar dan Maha Bijaksana. Kembalilah Taufiq sebelum terlambat.”

Aku menangis. aku benar – benar tersentuh. Air mataku mengalir laju. Sedikit demi sedikit,  ada satu perasaan halus ya ng menjalar di dalam hatiku. Halus, dingin dan tenang. Hidayah? Taubat? Aku pun tak tau.

Tiba – tiba seluruh tubuh badanku kejang. Anak tekakku terasa sangat perit! Terlalu perit! Aku menggeletar ketakutan. Malaikat maut sudah tiba. Dia sudah dekat. Aku benar – benar ketakutan. Aku takutkan dosaku, takutkan azabku. Aku menjerit ketakutan! Aku cuba bangun dan lari, namun seluruh tubuhku tidak mahu bergerak. Aku menangis, menangis dan menangis! ku takut, aku benar – benar takut mati! Sakit di tekakku terasa berjalan menjalar ke atas. Semakin dekat dengan kepala dan mata. Melepasi hidung. Aku tutup mata dan cuba untuk mengucap. Aku cuba! Tapi aku lupa! Aku lupa bagaimana! Yang aku ingat cuma “Assalamualaikum”. Ayat tu aku ulang berkali – kali dengan harapan Allah akan mengampunkan dosaku. Aku takut neraka.

Sekali lagi jantungku terasa direntap kuat. dan aku terus pengsan.

Aku tersedar. Bingkas bangun dan melihat keliling. Suasana gelap. betul – betul gelap. aku dah buta ka?  Atau aku dah mati? Aku memeluk lutut. Menangis ketakutan. Ku pejam mata kuat – kuat. aku takut balasan tuhan. Aku takut.

Tiba – tiba aku terdengar bunyi rantai diseret. semakin lama semakin dekat, dekat dan berhenti.

“ siapa tuhanmu, Taufiq? Hehehehehe  “ suara halus. Macam suara perempuan yang dah terlalu tua. Tersangat tua.kedengaran lagi bunyi rantai di seret sekelilingku.

“ siapa tuhanmu, Taufiq? Hehehehe “ suara budak kecik pulak. mengekeh ketawa mengejek.

“ siapa tuhanmu, ayah? Hehehehe “  suara beberapa orang kanak – kanak kecil.

Kemudian terasa lantai di bawahku bergegar. Udara jadi panas. Sangat panas! Sampai berpeluh – peluh aku. keadaan sekelilingku jadi bising. Sangat bising dan melemaskan. Aku tekup telinga dengan tangan rapat – rapat. Kemudian aku rasa badanku seolah diangkat tinggi. Setinggi – tingginya dan dihempas ke lantai. Seluruh tulang belulangku terasa hancur. Terlalu sakit. Kedengaran suara seseorang ketawa terbahak – bahak. Kemudian sekali lagi aku rasa badanku diangkat di tempat yang tinggi dan dihempas ke lantai. Boleh dengar bunyi tulang ku patah semua. Kepalaku pecah.

Tiba – tiba keadaan sekelilingku senyap. Sunyi. Sangat sunyi. Kedengaran satu suara halus menangis. macam suara ibu. Aku cuba bukak mata untuk lihat ibu. Aku rindu. Ku nak mintak ampun. Bila aku bukak mata, kulihat ibu sedang duduk di tepiku. Menangis pilu. Sedih. Aku cuba angkat tangan untuk pegang ibu. Mintak ampun mintak maaf. tapi aku langsung tak terdaya. Seluruh tubuhku sakit. Aku benar – benar tidak terdaya. Air mataku mengalir deras. Hatiku sedih, sesal. Ibu usap rambutku, kucup pipi dan seka air mataku. Tangan ibu lembut. Sangat lembut dan aku semakin rindu.

“ siapa tuhanmu,sayang ? mari ikut ibu. Ibu bantu “ kata ibu.

Belum sempat aku mengangguk, ku lihat Bang Jamal menarik ibu ke tepi kemudian ditikam nya dengan kayu runcing. Aku yang melihat keadaan itu terkesima. Ku lihat mayat ibu sedikit demi sedikit bertukar menjadi makhluk lain. Hodoh dan jijik. Fahamlah aku.

Bang Jamal menghampiriku dan tersenyum. Di sentuhnya ubun – ubunku dengan tapak tangan nya. Kedengaran bang Jamal membaca beberapa ayat al – Quran lalu ditiupnya ke seluruh tubuhku. Aku tutup mata. Sakit masih terasa. Terasa badanku diangkat oleh Bang Jamal dan dibawa pergi.
Bila aku tersedar, ku lihat Pak Idris dan Bang Jamal disebelahku. Mengaji. Aku lantas bangun lalu memeluk Pak Idris. Aku menangis sepuas hati. Kemudian ku sampaikan niatku ingin bertaubat. Pak Idris dan Bang Jamal tersenyum. Senyum lega.

Segala ilmu sihir dan pendampingku dibuang sepenuhnya oleh Bang Jamal dan Pak Idris serta dibantu oleh gadis berpurdah hitam, Fatima Aisyah. Ambil masa beberapa tahun juga untuk dibuang sepenuhnya. Aku bernikah dengan Fatima Aisyah 6 bulan selepas kejadian tu. Dilamar oleh Pak Idris sendiri. Bapa kepada Fatima Aisyah ingat tak cincin dalam uncang tu? itulah tanda lamaran nya. Hehehe.. rupa – rupanya Fatima Aisyah lah yang banyak membantuku untuk melawan segala pendamping dan sihirku. Semenjak dari kali pertama dia bertemuku,dia membantu untuk membuang pendamping dan sihir yang ku amalkan. Dilumpuhkan dengan bantuan dan kuasa Allah SWT semata - mata. Isteriku bukan calang – calang orang! Badan kecik tapi power. Hehehe.  Sekarang aku kerja biasa. Dunia gelap dah ku tinggal. Aku jadi manusia biasa. Hidup di kalangan manusia biasa – biasa. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu keluarga di kampung. Tapi semua ahli keluargaku dah berpindah. Tak tau pegi mana.

SEKIAN. TAMAT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam. Maaf kepada yang menunggu lama. Popo baru je discharge semalam. ampun2. Cerita 12 dah tamat. Semoga enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 08:48 PM | Show all posts
popotalks posted on 7-3-2014 08:42 PM
Salam. Maaf kepada yang menunggu lama. Popo baru je discharge semalam. ampun2. Cerita 12 dah tamat.  ...

Hehee..wlau mcm tergesa2.. tp oklah mnjwb misteri awek purdah tu..Alhmdlh..tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 11:48 PM | Show all posts
Tq po sbb dah menamatkan citer ni... tapi boleh tak jelas kan siapa aisyah fatimah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.436712 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list