CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 10-3-2014 08:15 AM | Show all posts
ceritalahh cerita lain pulakkk...best karangan awk,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2014 11:36 PM | Show all posts
Cerita 15 : Ariana kembali. Ulat jadi ular. Eh, duyung??

Ok, aku kembali! Haa. Rindu tak? Hahaha. Ok, aku nak cerita ni. Masa tu umur aku 18 tahun camtula. Dah lepas spm tapi belum dapat result lagi. satu hari kazen aku ni, bobo, Mal dan Rie ajak aku pegi ikut diorang masuk hutan. Aku ni nak kata minat sangat masuk hutan tu, tak la. Tapi dah bosan kan xtau nak buat apa, so aku follow je la.

Dah siap semua kelengkapan, kitorang masuk hutan tak jauh dari rumah nenek aku kat kampung. Dekat je. Kalau masuk hutan tu, hiking dalam sejam camtu la, akan jumpa satu tempat lapang. Di hujung kawasan lapang tu, naik bukit sikit dan kita akan nampak view yang sangat cantik! Untuk makluman, kampung nenek aku ni, nak kata dekat sangat dengan laut tu takla, tapi nampak jugak la view laut dari atas bukit tu. Best! Dah puas menikmati view dari atas bukit, kitorang pun jalan la menuju ke satu kawasan sungai ni.
Sungai ni, sungai berbatu. Air dari gunung, tapi di kawasan tengah dia sangat dalam. Air dia jernih. Kawasan dia cantik. Di seberang sungai tu, ada kawasan berbatu lepastu ada macam bongkah batu kapur besar betul! Masa masuk hutan dan sampai tempat tu, aku tak rasa apa – apa. Happy lagi adalah. Yelah, aku memang rapat betul dengan mangkuk 3 ekor tu, so kitorang memang enjoy la. Tapi adab dan batas dalam hutan tu masih terjaga la. Oh, kazen aku sorang ni, si Rie pun lebih kurang macam aku jugak. Boleh tengok benda pelik – pelik. Tapi aku lagi peka la kalau tak silap. Ada jugak masa dia yang lagi peka. Ntah, mana – mana pun boleh. tak kisah. Hehe.

So, lepas dah sampai sungai tu, kitorang ambik keputusan untuk buat khemah dekat tepi sungai tu je. Mal yang dah biasa camping, pacak khemah, buat perimeter, buat semua lah. Kitorang tiga orang, mandi sungai. Haha.

Tengah aku syok menyelam berenang dalam sungai tu, aku perasan ada seekor ulat sampah kecik jatuh dari permukaan air. Aku heran la. Kalau ikut, mana ada pokok kat area aku berenang tu. kalau ada, mesti nampak. Mesti redup. Sebab air tu memang jernih dan clear habis. Then aku fikir, mungkin burung bawak kot. Terlepas pastu jatuh dalam air. Aku buat bodoh je la. Malas nak layan dan continue berenang. Masa tu, jarak Antara aku dengan ulat sampah tu, tak de la jauh sangat. Kira dekat jugak la. Dan aku pulak berenang menuju kearah ulat sampah tu. ingat nak tangkap pastu bagi dengan anak ikan dekat pinggir sungai.

Makin aku berenang dekat, makin jauh pulak ulat sampah tu. aku berenang lagi laju. Nak jugak tangkap ulat tu. bila makin dekat, macam makin panjang pulak ulat tu. tak kisahlah. Aku tangkap pastu berenang naik ke dasar. Nak ambik nafas. pastu berenang ke tepi. Aku confident sangat ulat tu ada dalam tangan aku. dapat rasa. Dah sampai tepi, aku pun naik ke darat. Pastu jalan ke pinggir sungai tu,nak bagi anak ikan makan ulat. masa tu aku perasan kazen aku yang lain – lain terdiam tengok aku. pucat je muka. Rie yang tengah duduk atas batu tepi sungai pun dok nganga ja tengok aku. aku buat dek je. Then aku perasan aku rasa macam bawak sesuatu yang berat kat tangan aku. aku masih lagi buat dek. Ingat mainan perasaan je. then bila dah sampai tepi, aku dudk la mencangkung kat gigi air. Kawasan yang ada banyak anak ikan. Aku pun campak la ulat tu masuk. Kecepush! Sekali tengok, yang melayang tu bukannya ulat. tapi ular! Ular hitam pekat gila! Kalau ikut logic, ular bila dah kita baling camtu, dia confirm la akan lari berenang pegi tempat lain. Ular ni sempat g stop kejap pastu toleh tengok muka aku dalam 10 saat camtu baru blah. Tu pun blah dekat – dekat tu je. tak jauh. bulu roma aku dah meremang gila. Aku dah mula tak sedap hati. Apa pulak benda ni? masa tu aku perasan kepala ular ni ada semacam tanduk kecik warna coklet. Cmne nak cakap eh? Lebih kurang cam tanduk setan la lebih kurang. Tak macam tanduk ular sangat. Eh, ular ada tanduk ke? Hehe. dah tengok camtu, aku pu cepat – cepat blah la. Pegi dekat kazen aku yang lain. Buat selamber je. then aku pun berbual la dengan kazen aku. buat macam takde ape sangat yang berlaku. Stay cool cam biasa. Lepas beberapa ketika, aku pun lupa dah pasal ular tu. kitorang masak, solat, dan buat unggun api.

Malam tu, lepas solat isyak dan makan malam, kitorang duduk lepak kat luar khemah. Tengok bintang dan berbual – bual. Menikmati suasana malam. Aku duduk atas kerusi sandar. Berbual dengan si Rie. Kitorang berbual sampai tengah malam jugak la. Tengah syok berbual, Rie tiba – tiba diam lepastu bagi isyarat soh kitorang semua senyap. Masa ni posisi si Rie ni menghadap sungai. Kitorang 3 orang membelakangi sungai.
Kitorang tengok si Rie asyik dok usha sungai, kitorang pun toleh la belakang. Masa tu aku la orang yang last sekali toleh belakang. Sebab takut. aku memang tak sedap hati dari sebelum solat isyak tadi. Tapi sekarang dah lebih susah hati. Ahh, amneda la ni. Bila aku toleh belakang, nmpak gelap je. tak nampak apa sangat. So, aku try concentrate. Sebelum tu, aku dah baca siap – siap dah ayat pelindung. Takut apa – apa jadi aku tak nak menyusahkan yang lain. Than entah kenapa, aku berani pulak bangun dan duduk menghadap sungai. Aku perati betul – betul apa yang ada di sungai tu. kosong. Macam tadi. Biasa je.

Than aku terpadang kat atas sebuah batu kat tepi sungai tu. batu besar, tapi terletak kat dalam sungai. Kalau siang nampak la kat mana bat utu. Kalau malam, memang almost tak nampak. Atas bat utu, duduk sorang perempuan berambut panjang. Bukan rambut panjang macam hantu kak limah tu ye. Rambut pajag dan basah. Dari pusat ke atas, rupa manusia. Pusat ke bawah pulak, ada ekor ikan dan bersisik macam ikan. Kaki tak de. Aku gosok mata beberapa kali. Biar betul. Takkan duyung dalam sungai kot?
Aku tak puas hati, tutup mata kejap dan baca beberapa ayat al-Quran yang aku tau. nak test power, mana tau dapat tengok lagi jelas. Haha. Masa ni aku ada la belajar beberapa perkara untuk improve dan lindungi diri aku. sapa yang ajar, tak leh bagitau lah ye. Hehe.

So, lepas selesai baca ayat tu, aku tenung lagi atas sungai. Duyung tu masih dalam posisi yang sama. Rambut panjang menutupi dada. Berdasarkan bentuk badan, macam badan perempuan. Dari pinggang ke kaki, bersisik dan berekor macam ikan. Tak la macam ikan sangat ekor dia, tapi lebih macam rupa pelepah daun yang besar. Kalau tengok muka, macam muka manusia. Ada hidung, 2 mata, satu mulut, tapi bentuk mulut dia macam pelik sikit. Macam lebih besar dan panjang dari manusia biasa.

Duyung tu tak buat ape pon. Duduk je kat situ. Main – main rambut. Posisi betul – betul di bawah cahaya bulan. Tapi still tak boleh nampak clear betul. Mata dia tak sure sepet ke bulat. Tapi memang nampak la bentuk mata, hidung dan mulut. Muka macam manusia Cuma beza tang mulut je lah.

Tengah syok tengok, Rie tarik lengan aku ke belakang. Suruh aku duduk dekat lagi dengan dorang, pastu buat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuk ke mulut. Rie berjalan ke depan, pastu ambil segenggam pasir kemudian dibaca nya sedikit di pasir tersebut lalu dilepaskannya perlahan – lahan ke tanah. Dibiarkan terbang dibawa angin. Pastu kitorang cium bau ikan hangus yang sangat menusuk. Menusuk sampai boleh sakit lubang hidung, dan bunyi yang bingiit sangat!

Masa tu aku tengok si duyung tu tadi macam tertoleh – toleh. Tapi belum sempat aku tengok dia nak buat apa lepas tu, rie suruh kitorang masuk dalam khemah cepat – cepat . kitorang berkumpul dalam satu khemah. Tak sampai 10 saat kitorang duduk dalam khemah, kedengaran bunyi benda besar jatuh dalam sungai. Masa tu aku cuak jugak la. Mana la tau tanah runtuh ke apa kan. Masak la aku tak dapat nak balik. kitorang stay dalam khemah tu, sampai tertidur – tidur.

Sedar je, hari dah siang dan terang. aku keluar dari khemah. Alangkah terkejutnya aku! kat depan aku, ada seekor ular yang sangat besar tengah melingkar di atas batu di atas bukit tak jauh dari khemah kitorang! Memang nampak dekat sangat, dan ular tu memang jelas – jelas besar! Aku berlari balik sauk dalam khemah, bangunkan semua kazen aku dan suruh dorang keluar. Kat luar, keadaan macam biasa. Macam takde apa yang berlaku. Kazen aku yang lain dah bengang sebab kejutkan dorang tidur. Aku cerita apa yang aku nampak tadi pada rie. Rie mengangguk faham, past uterus suruh kitorang balik. barang semua tinggalkan dulu kecuali barang – barang yang penting seperti parang, telefon bimbit dan botol air.

Sepanjang perjalanan balik tu, aku dapat rasa dengan jelas getaran dekat atas tanah. Pastu bunyi ular berdesing. Aku yakin dan pasti, ular tu ikut kitorang balik rumah, dan aku tau  sangat yang ular tu saiz dia memang sangat besar! Sepanjang perjalanan balik, bulu roma aku meremang – remang. Degupan jantung tak menentu, dan aku rasa gelisah sangat! Sesekali jelas kedengaran bunyi ular berdesir, tapi aku buat bodoh je.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 11:39 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 8-3-2014 11:48 PM
Tq po sbb dah menamatkan citer ni... tapi boleh tak jelas kan siapa aisyah fatimah....

ur welcome. tq sebab sudi baca. fatima aisyah akan ada cerita dia sendiri. nanti popo cerita ek
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 12:41 AM | Show all posts
popotalks posted on 10-3-2014 11:39 PM
ur welcome. tq sebab sudi baca. fatima aisyah akan ada cerita dia sendiri. nanti popo cerita ek  ...

Waaah... terbaik...
In sya Allah, saya akan menantikannya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:09 AM | Show all posts
lepas tu apa jadi?? ular ikut ke rumah ker? ular besar mcm anaconda ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:26 AM | Show all posts
popotalks posted on 10-3-2014 09:36 PM
Cerita 15 : Ariana kembali. Ulat jadi ular. Eh, duyung??

Ok, aku kembali! Haa. Rindu tak? Hahaha. ...

popo ni cite btl ke...siap ada ikan duyong bagai..
pe sbnr nya sepupu ko buat ms guna pasir tu...dia halau ikn duyong tu ke...
nape dia ajk masuk khemah...nape x tgk jek aksi seterusnya...rugi larrr ...ha rugi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2014 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 11-3-2014 08:26 AM
popo ni cite btl ke...siap ada ikan duyong bagai..
pe sbnr nya sepupu ko buat ms guna pasir tu. ...

Bolehla~ hehe. Cerita 16 nanti base on kisah benar. Cita atuk popo masa muda dulu. Kat dlm hutan d swk. Around 60 - 70 years ago.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 08:53 AM | Show all posts
popotalks posted on 11-3-2014 06:50 AM
Bolehla~ hehe. Cerita 16 nanti base on kisah benar. Cita atuk popo masa muda dulu. Kat dlm hutan d ...

wahh btl ek...
x sangka wujud sbnrnya ikn duyong ni ek...igtkn pelesu semata...

baekk sila smbg...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2014 10:35 AM | Show all posts
kes popo g tangkap ulat sampah tu macam benda halus tu cari tuan dia ke? popo dh ambk dia,makna nye dia anggap popo tuan dia kut, tu psl dia ikut popo balik..

org kata, klau dlm hutan, jgn ambk pape..takut nt ada benda ikut
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 08:36 AM | Show all posts
popo nape dh lmbt2 jek ko update...
dedulu ada jek cite br...
aku windduuuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 10:09 AM | Show all posts
teringat2 je  cerita popo ni

sambung lagi pleasee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 09:56 PM | Show all posts
salam. maaf lama tak update. popo baaanyak gila kerja. cuti lama, so kerja sangat la melambak2. insyaallah ada masa terluang popo akan share cita lah ea.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 02:52 PM | Show all posts
takde sambungan dah ke cite duyung ni tt?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 05:22 PM | Show all posts
popotalks posted on 18-3-2014 09:56 PM
salam. maaf lama tak update. popo baaanyak gila kerja. cuti lama, so kerja sangat la melambak2. insy ...

No problemo! Popo jangan lambat sangat tau.. berdebar nak tau nii... cepat2 la cerita kisah si gadis berpurdah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 05:23 PM | Show all posts
ala...
nk lagi cerita
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nak je berkenalan dgn si gadis berpurdah ittew.... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2014 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
fuhh... sempat khatam sblum server reboot... gigih i bca cm bca novel seram... yg best tu benang tt xde borak2 etc.. citer byk.. best betul....

thanx tt , u r talented...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 09:45 AM | Show all posts
Popo di mana kamu... ooo popo....
@popotalks ... please talk... popo we want you talk...
Popo talk pliiizzz Last edited by magpie5672 on 24-3-2014 09:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 06:12 PM | Show all posts
cite dh habis eh??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2014 10:17 PM | Show all posts
Cerita 16 : atuk aku masa kerja land survey

Ok, kisah ni pasal atuk aku pulak. masa muda – muda dulu, dia kerja land survey. Nuuun jauh di Sarawak. So, dah nama pun kerja land survey kan, memang kerja dia keluar masuk hutan lah. Kadang – kadang sampai 3 bulan duduk dalam hutan. Banyak jugak pengalaman yang dia dah lalui. Tapi ada satu cerita ni yang pada aku agak best la. Pasal Nabau. Pernah dengar tak pasal nabau? Haaa. Kalau tak pernah, Nabau tu adalah salah satu cerita tradisi kepercayaan kaum Iban. Nabau ni merupakan seekor ular yang sangat besar! Sangat – sangat besar lah! Saiz badan dia je dah nak sama besar dengan saiz sungai Rajang. So, dapat imagine tak?


Ok, masa tu atuk aku on the way nak pegi ke satu kawasan pedalaman ni. Nak pegi tempat tu kena pakai bot. tak de jalan darat lagi. so, pergilah diorang menggunakan bot menyusuri sungai Rajang. Perjalanan tu makan masa dalam 5 – 6 jam jugak la. Sebab bot tak berapa besar, dan enjin pun tak berapa kuat sangat nak pecut laju.


Masa tu diorang dah lebih kurang 4 jam lebih mengharungi perjalanan. Tetiba cuaca berubah buruk. Angin start kuat, pastu gelombang dan arus kat tengah sungai makin menjadi – jadi. so dorang ambik keputusan untuk berhenti dekat tebing sungai sementara menunggu cuaca buruk reda. So, lepas pegi tepi dan tambat bot dengan tali, dorang pun masuk la ke dalam sikit hutan tu untuk cari kawasan yang sesuai untuk buat tapak khemah. Dah jumpa kawasan yang sesuai, dorang lapangkan kawasan dan dirikan khemah kat situ. Masa dorang dirikan khemah tu, hujan dah start turun dengan selebat – lebatnya. So, lepas bersusah payah, barulah khemah dan tempat berteduh dapat didirikan.


Lepas beberapa ketika, cuaca jadi makin buruk. Tiada tanda – tanda yang hujan akan berhenti. So, dorang pun ambik keputusan untuk bermalam je dalam hutan tu sampai besok. dah nak Isyak camtu baru hujan berhenti. Lepas hujan berenti, atuk aku keluarlah dari khemah. Nak solat. Lepas solat apa semua, atuk aku tergerak hati nak pergi ke tebing sungai. Nak tengok keadaan bot dorang. Yelah, tadi hujan lebat. angin kuat lagi. bot tu tambat je. mana la tau hanyut ke apa kan. Atuk aku ni memang hati kering sangat-sangat. masa dia pegi tebing sungai tu, dia bawak obor je satu. Tu pun tak berapa marak api dia. cukup sekadar menerangi jalan je. dah sampai kat tebing sungai, atuk aku pun cari lah bot dorang tadi kat mana. Cari punya cari, tak jumpa jugak. Masa ni atuk aku suspek bot dorang dah hanyut. So, lepas puas mencari dongak atas bawah kiri kanan tengok kat tengah sungai tu, atuk aku pun ingat nak patah balik ke camp site dorang. Masa dia nak patah balik tu, dia terdengar bunyi macam beberapa pokok tumbang kena langgar. So, dia pun curious la dan pergi tengok. Tengok punya tengok, atuk aku pun perasan agak jauh dari tempat dia berdiri, dekat tebing sungai tu, dia nampak macam ada satu benda besar betul menyusur masuk ke dalam sungai. Atuk aku cakap besar dia macam besar 100 batang kayu balak diikat sekali. Sampai air sungai bergelombang. Besar betul! So, dengan curious nya atuk aku panjat pokok and duduk kat atas pokok  tepi sungai tu untuk make sure apa yang dia tengok. Masa tu bulan terang, so boleh nampak la jugak. Benda tu, rupa dia bulat besar dan panjang. Macam ular yang sangat besar. Atuk aku dok perati jebenda tu menyusur masuk dalam sungai sampai habis. Lama jugak tunggu. Sepanjang benda tu menyusur masuk sungai, keadaan air sungai bergelombang – gelombang. Lepas habis tu, baru sungai tenang dan atuk aku balik ke camp site balik. dia tak cerita dekat sapa – sapa apa yang dia nampak malam tu.


Esoknya, lepas hari cerah, dorang menyusur sungai tu dengan rakit. Bot hilang. Bila dorang dah sampai dekat area yang atuk aku nampak Nabau, memang jelas kelihatan pokok – pokok besar tumbang dan macam ada satu lorong besar hasil daripada tempuhan something yang besar. Pokok kecik, besar rata – rata tumbang. Rata je kawasan tu.


Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.159026 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list