CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 12-2-2014 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 12-2-2014 05:23 PM
terima kasih  tapi cite syu memang best! real life experience! suka tengok cara syu be ...

Hehe tengkiu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaaaaaa..... Nak lagi!!!! Cite TT terbaekkk tok, walaupun rekaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum sambung malam ni, nak tanya~ cmne nak edit tittle thread ni? Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Fyka_93 posted on 12-2-2014 05:47 PM
Alaaaaaaaa..... Nak lagi!!!! Cite TT terbaekkk tok, walaupun rekaan

Terima kasih :-D
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 06:04 PM | Show all posts
Gud job TT.. sila sambung lg
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 07:30 PM | Show all posts
biler memula bukak tt siap tulih citer rekaan,.,...aku dah rs semacam....tetapi biler dibaca...sedap2 plak citernyer...olahan citer yang menarik...kalau betul citer rekaan..iamginasi TT yang tinggi....nanti aku timbang tara boleh tak dibg kredit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2014 07:32 PM | Show all posts
setelah ditimbang tara aku bg lump sum la +250 kredit utk citer page 1 dan 2.,..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:53 PM | Show all posts
Fyka_93 posted on 12-2-2014 05:47 PM
Alaaaaaaaa..... Nak lagi!!!! Cite TT terbaekkk tok, walaupun rekaan

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2014 08:54 PM | Show all posts
montkoda posted on 12-2-2014 06:04 PM
Gud job TT.. sila sambung lg

terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 08:56 PM | Show all posts
medangmru posted on 12-2-2014 07:32 PM
setelah ditimbang tara aku bg lump sum la +250 kredit utk citer page 1 dan 2.,..

wahh! time kasih momod. harap penulisan saya kat sini tak melanggar peraturan. kalau ada, mohon ditegur. terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:04 PM | Show all posts
Kisah 6 : Kantin pun nak sihir jugak ke?
Episode 3 : Kesian Ngah.

Sampaila satu hari ni, masa tu ngah aku datang awal. Sebelum subuh lagi sebab pagi awal tu dorang ada catering untuk sarapan. Jadi kena datang awal untuk prepping dan setting semua. Masa dia baru sampai, ngah aku terjumpa bungkusan plastic dekat depan pintu dapur kantin. Masa tu, ngah aku dah rasa pelik sangat dah. Dia nak bukak bungkusan tu, tapi tak jadi. So, lepas settle semua dia pun balik rumah dan check rakaman cctv. Dalam cctv tu, dia nampak clear orang yang letak bungkusan tu, adalah Bang Leman!!.

Masa dia nampak muka Bang Leman kat situ, dia jadi lebih3 hairan. Kenapa pulak orang tua ni nak buang sampah dekat depan pintu aku? So, ngah aku pun terus telefon aku soh pegi rumah. dia nak soh aku ‘tengok’ something. Masa dia telefon tu aku macam dah dapat sense something is wrong je. Sebab aku tau ngah aku ni bukan jenis yang suka benda – benda tahyul camni. Dia tak la tak percaya, tapi dia tak suka nak ambik kisah. takut fitnah katanye.

So, petang tu aku pun pegila ke rumah ngah aku. Rumah aku dengan rumah ngah tak jauh. dalam 15 minit perjalanan je. Masa aku dekat nak sampai rumah ngah aku, dari jauh lagi aku dah nampak rumah tu macam diselubungi dengan kabus merah kehitaman ( Rumah ngah aku ni 3 tingkat, so memang tinggi dan nampak rumah dia dari jauh. ) masa aku tengok tu, aku dah dapat agak, memang something is very wrong. So, aku pun park kereta depan rumah, baca al-ikhlas 3 kali, dan keluar dari kereta.

Baru je sebelah kaki keluar, kaki aku dah rasa macam kena gam kuat kat lantai. Macam ada tarikan magnet. Aku istighfar dalam hati, lepas tu baca lagi al – ikhlas 3 kali, hembus kat tapak tangan dan sapu dekat seluruh badan. Baru ok. Masa nak menapak masuk dalam rumah, aku nampak macam ada beruk bergayut dekat tingkap tingkat 2 dan 3. Pastu ada benda yang macam ular, tapi macam bukan. Badan dia lurus panjang warna hitam dan bersisik macam ular, tapi ekor dia bercabang dua, di hujung ekor macam ada sengat tajam bentuk macam mata anak panah, warna biru. kulit dia bersisik, tapi berlumut - lumut hijau.  Ular tu melingkar di atas grill pintu masuk rumah.

Dekat atas kereta, ada makhluk rupa macam beruk tapi size kecik. Size macam monyet biasa, tapi rupa macam kingkong/cimpanzi bulu warna hitam. duduk melepak – lepak atas kereta ngah aku. Bila dia nampak aku datang, terus berdiri dan agah – agah aku. Macam nak terkam. Masa tu aku terpaksa control ayu sebab takut dorang tau aku dapat tengok dorang. Kalau dorang tau, masak aku.

Lepas bagi salam, ngah aku pelawa masuk ke dalam. Kitorang borak – borak kat umah jap tanya khabar masing – masing. Masa tu, Cuma aku dengan ngah aku je ada kat umah. Tengah kitorang syok – syok borak, aku ternampak kelibat perempuan rambut panjang turun dari tingkat atas ke bawah. Laju je dia turun. Masa nampak tu, aku boleh control lagi. Kalau ikut hati, tadi dah aku lari keluar umah. Lagipun rumah ngah aku ni suram je semacam. Tak pernah umah ni camni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:10 PM | Show all posts
sambung ~

Ngah aku masa tu duduk atas sofa. Belakang dia kosong. Takda dinding. Tengah syok borak, aku nampak ada 2 tangan putih kuruuuuus sangat pegang kedua – dua bahu ngah aku.mula – mula pegang bahu. Lepas tu, tangan tu macam makin panjang, makin panjang, last – last tangan tu grip leher ngah aku. Masa benda tu cekik leher ngah aku, ngah aku dah start terbatuk – batuk. Aku terus ambik air kat dapur bagi ngah aku minum. Dalam masa yang sama, aku tepuk – tepuk belakang ngah aku sambil baca ayat yang ustaz aku bagi dulu. Ayat untuk halau benda tu kejap supaya tak mengganggu. Lepas dah ok, ngah aku terus naik atas cakap nak tukar baju dan ambik barang. Aku tunggu je la kat bawah. Masa aku tengah tunggu tu, aku rasa macam nafas aku makin sesak. Macam ada ramai sangat manusia dekat dalam tu. Pastu ada bau haaaanyir sangat – sangat! Macam bau hanyir darah time datang bulan. Aku dah rasa nak muntah.

Aku pegi tangga dan jerit panggil ngah aku soh cepat sikit. Tetiba suara lelaki yang jawab! Dalam dan garau! kuat pulak tu! Aku tak tau dia jawab apa, tapi disebabkan panic, aku terus lari naik atas. Masa tu dalam otak aku fikir nak selamatkan ngah aku je. Takut kena makan jembalang. Dahla bau darah! Ko gile tak panic?? Aku naik sampai tingat atas sekali, cari ngah aku, tapi tak jumpa. Pastu aku dengar nama aku kena panggil kat bawah. Aku lari lagi turun bawah, nampak ngah akudah bersiap dekat depan pintu, tunggu aku.

Tapi yang tak bestnya, dekat belakang ngah aku, ada satu lembaga tinggi. Badan tough macam badan lelaki, kulit hitam pekat berkilat, tapi muka dia cam terbalik. Aaa. Faham tak? Macam kepala dah dipusingkan 180 darjah ke balakang. Macam tu lah. Depan rambut, belakang baru muka. Benda tu menempel dekat betul dengan ngah aku.

Pastu aku tanya ngah aku, dia bawak apa. Dekat tangan dia ada plastic kamdar besar. Ngah aku cakap, masuk dalam kereta dulu, nanti dia story. Dia rasa tak sedap hati. Lepas habis kunci pintu semua, kitorang pun gerak. Ngah aku soh gerak pegi rumah ayah angkat aku. Aku panggil Ayah Tih. Dalam perjalanan, kitorang diam je. Ngah aku pun tak banyak cakap. Aku pulak focus memandu sebab takut eksiden. Dahla ada benda tu ikut masuk dalam keta. Mengganggu pulak. dengan bau lagi. Huh! Menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:12 PM | Show all posts
citer rekaan tapi macam benar2 kejadian
well done!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:12 PM | Show all posts
sambung ~

Sampai dekat rumah ayah tih, belum sempat park kereta lagi, tetiba mulut ngah aku berbuih. Menggelepur dia dalam keta aku macam kena sawan. Kelam kabut la aku park keta dan panggil ayah tih mintak tolong. Kebetulan masa tu, anak lelaki ayah tih semua ada dekat umah. Bayangkan, badan ngah aku kecik je. Tinggi tak sampai 155cm pun, tapi yang angkat dia masuk umah sampai 5 orang laki dewasa. sampai merah padam muka dorang angkat ngah aku. Mana lagi dia menggelepur macam kena sawan. Aku dah start nangis sebab tak sanggup tengok keadaan ngah aku cmtu. Dalam masa yang sama, aku nampak benda yang ikut kitorang tadi, duduk mencangkung depan ngah aku, dok jolok tangan dia dalam tekak ngah aku. Mana tak ngah aku nak menggelepur macam tu.

Ayah tih tenangkan aku dan soh aku pegi ambil wuduk. Lepas ambik wuduk, aku disuruh duduk sebelah ayah tih. Masa tu, ngah aku dok tengah – tengah, anak ayah tih semua dok keliling dia. Masing – masing baca surah apa tah, aku tak tau. Aku disuruh tengok sama ada benda tu masih ada lagi tak kat situ. Aku tutup mata kejap, tarik nafas dalam – dalam dan hembus perlahan – lahan. Aku nak make sure aku betul – betul tenang sebelum aku mula bantu ayah tih. Bila aku dah tenang, aku bukak mata perlahan – lahan.
Masa ni, aku tengok benda tu masih lagi jolok tangan dia dalam tekak ngah aku. tangan yang sebelah lagi cengkam kepala ngah aku. masa tu memang aku rasa sedih betul tengok. Tapi aku kuatkan hati dan bagitau ayah tih apa yang aku nampak.

Ayah tih angguk je dan terus baca – baca surah – surah. Masa tu, aku dah rasa seram sangat – sangat. Di luar rumah, angin bertiup kuat sangat! Macam nak ribut. Pastu aku nampak macam ada bayang besar dan sangat gelap berlegar – legar disekeliling rumah. keadaan ngah aku dah makin teruk. Benda tu dah main rentap – rentap tekak ngah aku pulak.  meraung – raung ngah. Menangis – nangis dia. aku bagitau ayah tih apa yang aku nampak. Dia geleng kepala dan tutup mata. Mulut masih lagi kumat – kumit baca surah. Lepastu, aku tak tau datang dari mana, ada lembing panjang datang dari luar tingkap, terbang laju dan rejam benda yang kat atas badan ngah aku tu.  Serentak dengan tu, ayah tih hentak tapak tangan ke lantai, pastu keluar cahaya putih terang betul dari tengah ruang tamu.  sampai tertutup mata aku sebab silau. Bila aku bukak mata balik, aku nampak anak ayah tih semua tengah berdiri. Azan. Ngah pulak terbaring tak sedarkan diri. Aku tak berani nak bergerak, sebab masih terkejut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:15 PM | Show all posts
sambung ~

Ayah tih cuit kaki aku, pastu aku tersedar. Terus ayah tih suruh aku ambik kain dekat dapur ngan air, lepas tu lap segala air liur ngah, bagi minum air dan bawak masuk ke bilik. Lepas selesai semua, aku call mak dan ayah aku mintak diorang datang ke rumah ayah tih. Lepas call mak ayah, ayah tih tanya aku, ngah ada bawak apa – apa tak? Baru aku teringat pasal plastic Kamdar tu. Aku cakap, tadi ngah ada bawak plastic. Masih tertinggal dalam kereta. Ayah tih suruh anak dia, Abang Afiq ambik. Aku duduk je termenung dekat ruang tamu. Memang habit aku termenung kalau nak digest sesuatu. Haha. Tengah dok termenung, aku rasa macam ada orang belai kepala aku. aku pandang atas, nampak ayah tih tengah senyum – senyum pandang aku.

Ayah tih : Insyaallah tak de apa – apa. Diorang pun makhluk Allah jugak. Rahsia Allah ni terlalu besar. Tak terjangkau akal kita. Bersyukur lah sebab dapat tengok salah satu dari tanda kebesaran Allah.

Aku mengangguk perlahan. Slow – slow aku pun tenang balik. Baru nak tenang, aku cium bau hanyir gile lagi! Bau yang macam aku cium mula – mula tadi. Mata aku dah start melilau, cari arah bau tu. Tak lama pastu aku dengar bunyi orang muntah dekat luar. Aku berlari pegi depan pintu, nampak Abang Afiq tengah muntah kat luar. Sempat lagi aku ketawa tengok muka dia muntah. Hahaha. Dekat sebelah dia ada plastic kamdar tu. Serentak tu, aku nampak macam ada kelibat lelaki mundar – mandir dekat luar perkarangan rumah ayah tih. Munda- mandir tapi tak masuk. Lepas tu menjengah – jengah macam nak tengok something, tapi susah nak nampak sebab pendek. Faham tak? Alaa, macam kalau depan kita ada tembok dinding yang ngam – ngam lepas sikit dari kepala. Kalau nak tengok apa disebalik dinding tu, kena jingkit kaki pastu jengah ke atas, baru boleh nampak. Haa, lebih kurang camtu la posisi nye. Lelaki tu macam menjengah ke atas nak tengok sesuatu, tapi tak nampak sebab macam kena hadang dengan tembok tinggi.
Aku pun heran la. Depan rumah ayah tih, jangan kata tembok. Gate pun takde! Budak kecik 5 tahun pun boleh nampak segala apa yang ada dekat perkarangan rumah. baru je nak tegur, uwekkkkk!! Bang Afiq muntah lagi. aku toleh tengok bang Afiq muntah. Hahaha. Serius lawak oo muka Bang Afiq muntah. Hahaha.
Ayah tih pegi ke luar perkarangan rumah dan urut belakang Bang Afiq yang tengah muntah. Aku perasan muka ayah tih pun macam tengah tahan nafas. pastu ayah tih panggil anak dia sorang lagi, Abang Am, soh gali lubang dekat tanah depan rumah, pastu ambik garam, lada hitam dengan air.

Lepas bang Am settle semua, ayah tih ambik daun dari atas pokok kat tepi umah dia, ramas – ramas daun tu, lepas tu jadikan daun tu sebagai alas untuk pegang plastic. Masa ayah tih nak alih plastic tu, aku perasan muka dia merah padam. Macam tak terangkat je plastic tu. Baru sekerat jalan, dia lepas balik plastic pastu heret je sampai hujung. Sebelum dia tanam, dia panggil aku pegi dekat. Ayah tih suruh aku baca al – ikhlas 3 kali, selawat 11 kali dan ada lagi ayat – ayat, then hembus ke tapak tangan pastu sapu ke kelopak mata, ubun - ubun dan seluruh kepala. Lepas tu, ayah tih baca surah apa tah dekat tepi telinga aku, pastu hentak kaki tetiba. Haha. Terkejut aku. ayah tih tengok aku terkejut, terus ketawa geli hati. Hahaha.

Bila aku dah tenang sikit, ayah tih bukak plastic kamdar. Dalam tu ada plastic hitam. plastic hitam dibukak, dan bau hanyir gile tu, dah makin menggila. Tak sempat nak tengok apa dalam plastic, aku dah muntah. Terlalu busuk! Dah puas muntah, aku tengok dalam lubang. Dalam plastic tu ada macam tanah merah + pad perempuan. Kotor dan tak dibersihkan. Bukan satu, tapi ada banyak. Pad terpakai ok. Banyak! Aku mengucap panjang dan istighfar dalam hati. Geleng kepala. Ayah tih tabur garam dan lada hitam dalam tu. Kambus dan settle kan semua. Aku masuk balik dalam nak tengok keadaan ngah. Masih tidur. Letih kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:16 PM | Show all posts
bersambung ke episod 4 ~ esok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2014 09:18 PM | Show all posts
setankuning posted on 12-2-2014 09:12 PM
citer rekaan tapi macam benar2 kejadian
well done!

terima kasih. enjoy the story
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:20 PM | Show all posts
Assalam TT,, sepeti kisah yang benar2 terjadi,,, carry on yaaa,,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:22 PM | Show all posts
intansu76 posted on 12-2-2014 09:20 PM
Assalam TT,, sepeti kisah yang benar2 terjadi,,, carry on yaaa,,,

as salam intan terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 12-2-2014 06:01 PM
Sebelum sambung malam ni, nak tanya~ cmne nak edit tittle thread ni? Hehe

Pi kat post pertama ang and edit kat title atas tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.151097 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list