CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
 Author| Post time 12-2-2014 09:29 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 12-2-2014 09:23 PM
Pi kat post pertama ang and edit kat title atas tu....

dapat! haa~ thank you thank you sifu. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 12-2-2014 09:29 PM
dapat! haa~ thank you thank you sifu. hehe

Beresss... aku bukan sifu.... aku siput jer

nanti sambung lagi citer tu... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Best2... mcm betul sebab x mngarut2 wlu rekaan... mean.. mesti TT study sblm buat penulisan ni... heeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:52 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 12-2-2014 09:33 PM
Beresss... aku bukan sifu.... aku siput jer

nanti sambung lagi citer tu... hehe

haha. okay, nantikan sambungan nye. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 09:53 PM | Show all posts
cubby_qt posted on 12-2-2014 09:47 PM
Best2... mcm betul sebab x mngarut2 wlu rekaan... mean.. mesti TT study sblm buat penulisan ni... he ...

hehehe. kalau mengarut, tak best la. terima kasih sebab sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 11:34 PM | Show all posts
okay, malam besok ada bz sikit, so update terus ending malam ni la ye. enjoy



Kisah 6 : Kantin pun nak sihir ke?
Episode 4 : mak ayah aku datang. Cerita disebalik bau hanyir.

Lebih kurang dalam setengah jam, mak ayah aku sampai. Aku tengok je muka mak aku, aku terus lega. Tenang semacam. hehe. lepas salam ngan ayah tih, mak terus tanya aku apa jadi. aku cerita dari A – Z. mak dengar cerita aku, terkejut sangat, terus tanya mana ngah. aku tunjuk bilik tempat ngah rehat, lepas tu cepat – cepat duduk balik dekat ruang tamu. Sibuk nak dengar cerita dari ayah tih. Hahaha.

Untuk makluman, ngah aku ni adalah kakak kepada ayah aku. so, memang wajibla ayah aku tanya apa kes ngah aku boleh jadi sampai camni.

Menurut ayah tih, benda ni dihantar dengan tujuan untuk menyeksa ngah aku sampai mati. Seksaan tu sangat teruk, tapi perlahan – lahan. Biar ngah aku seksa nak mati. Sebelum ni, ada sihir lain yang di hantar. Tapi, sihir yang sebelumya dah hilang @ dibuang. Jadi, disebabkan tak puas hati pasal belaan yang sebelumnya dah dibuang, si penyihir hantar lagi satu jenis sihir. Yang sihir baru ni lagi hebat, sebab main dengan ilmu hitam yang tersangat syirik!

Cara buatan untuk sihir yang baru ni adalah dengan berzina dengan perempuan bukan mahram yang sedang datang bulan, lepas tu tuala wanita yang telah dipakai ( a.k.a : masih berdarah @ tak dicuci ) perempuan yang dizina itu akan diletakkan di bahagian kepala katil sewaktu sedang berzina, dan dipuja dengan jampi serapah tertentu. Then, lepas cukup kuota berapa – berapa tuala wanita dengan perempuan yang dizina, tuala wanita tu akan dikeringkan di dalam sebuah bilik yang gelap, dan diasapkan dengan kemenyan pada malam – malam tertentu selama beberapa waktu. Lepas dah cukup syarat tu, si penyihir akan ambil tuala wanita tersebut, letak dalam plastic dan dicampurkan dengan tanah merah + perut ikan mentah + darah ayam hitam. benda – benda tu dipuja lagi sampailah ikatan perjanjian termetrai antara syaitan dengan si penyihir.

Cara nak detect jin sihir ni ada atau tak, senang je. Kalau pesakit atau orang sekeliling dia tercium bau hanyir darah, adalah dia tu. Jin ni spesis yang suka mandi darah kot, ntah, aku pun tak tau. Hehe.

Bila dengar benda ni, aku tercengang sebab langsung tak sangka ngah boleh kena benda macam ni. Padahal ngah adalah seorang yang tersangat baik. Dia sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Sedekah, pastu sangat suka tolong orang, dan tak pernah berkira walaupun orang yang ditolong tu terang – terangan tak suka ngan dia.

Tak lama kemudian, ngah keluar dari bilik, dipimpin oleh mak. Macam yang aku expect, lepas ngah dengar cerita tu, dia terus menangis. mak, ayah dan aku pun sedih jugak tengok dia nangis. Then ngah pun bukak cerita pasal rakaman cctv yang dia nampak, dan pasal Bang Leman. Bila ayah aku dengar cerita pasal Bang Leman, marah betul dia, sampai bercakap pun suara menggeletar. Terus mak aku tanya, macam mana nak buat dengan Bang Leman? nak hantar balik ke tak? Ngah aku just geleng kepala je.

Ayah tih suruh ngah dan kitorang bermalam dekat situ, sebab takut ada serangan lagi daripada penyihir malam tu, tapi ngah menolak dengan baik, dan Alhamdulillah, malam tu taka da apa – apa yang berlaku. Malam tu, ayah aku paksa ngah tido rumah kitorang sebab rumah dia tak de orang dan sunyi. Senang sikit kitorang nak tolong kalau ada apa – apa. Ngah pun ikut rawatan susulan beberapa kali lepas tu dengan ayah tih. Ada jugak la insiden dia kerasukan waktu proses berubat tu, tapi aku tak ikut, so tak tau apa cerita, jadi aku malas nak cerita kat sini. Alhamdulillah, sekarang ngah dah semakin pulih dan perniagaan pun semakin maju. Paling best, hubungan dia dengan orang sekeliling dah pulih dan kembali baik macam dulu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bang Leman?? beberapa hari lepas insiden ngah aku sawan tu, ngah aku dapat berita Bang Leman masuk hospital. Perut dia membusung tetiba dan hidung tak henti – henti keluar cecair cam nanah + hingus. Ngah aku ada jugak pergi ziarah dia lepas tu, dan keadaan bang Leman sangat tenat. Dia langsung tak sedar. Perut dia besar sangat – sangat macam nak pecah. pastu tak tau dah apa jadi dengan dia sekarang. Masih hidup ataupun dah mati. Ngah aku nak lupakan je apa yang dah terjadi. Sama ada dia maafkan atau tak Bang Leman, aku pun tak sure jugak.
Tamat~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 10:56 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 12-2-2014 10:58 AM
Tokok tambah dari cerita– cerita dan kisah benar yang didengari oleh penulis.

campur2 dgn kisah ...

entah2 ni cik es x?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:45 AM | Show all posts
idakamaruddin posted on 13-2-2014 08:56 AM
entah2 ni cik es x?

x la....
cik es lain cara penulisan dia...
berbeza dgn TT...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2014 12:30 PM | Show all posts
Cerita 7 : wiwit, wiwit~~

Ni cerita adik aku si Adam lagi. cite standard bebudak asrama, tapi kejadian yang betul – betul berlaku kat dia sendiri. Aku tau la, sebab lepas je kena dia direct terus tepon aku cerita. Hahaha. Ok macam biasa, ‘aku’ dibawah adalah adik aku, Adam. So Adam, tell us our story.

Malam tu, macam biasa la. Dota berjemaah dengan roommate sampai tengah malam. Kebetulan esok takde kelas pagi. Kelas petang kol 4 je ada, so boleh la kitorang dota sampai pagi! Muahahahahaha.  Heaven gila beb. Haha. Ok, malam tu aku main dota banyak heng. Banyak first blood dan aku mula riak. Mula rasa legend. Haha. So mula la aku menganjing dan membuli kengkawan lain. Bukan senang beb nak dapat trolling rights macam ni! Hahaha.

Lepas dah puas trolling, mata aku jadi berat plak tidur. Mengantuk sangat – sangat. Tak tahan, aku off dota, baring atas katil dan lelap mata nak tidur. Oh btw, kitorang main dota dalam gelap. dah lights off, so tutup la lampu.

Posisi aku, kaki aku lurus melunjur ke tingkap. Masa tu, tirai masih bukak lagi. tingkap tutup. Tapi tingkap nako je, senang sangat nak bukak. Tengah aku dok mamai mamai nak tidur, tetiba telinga aku tangkap bunyi orang cakap wiwit. “ weewit, weewit”. Aku pun eran la. Ade kod rahsia baru ke, weewit2 ni? Malas nak layan, aku cuba sambung tido.

Malam tu aku mimpi, ada macam kak pon tengah intai kawan – kawan aku main game. Dia cakap “ weewit, weewit” untuk tarik perhatian kengkawan aku. tapi malangnya, kak pon yang noob tak tau bahawa apabila seseorang tersebut main dota sambil pakai headphone. Taufan lalu sebelah pun dorang tak tau.
Jadi, aku yang nampak ni la terpaksa halau benda tu. hoi, belah la! aku jerkah. kak pon diam, dan terus toleh tengok aku. aku terus baca ayatul qursi kuat – kuat. biar terbakar hangus mampos mu. Hahahaha. Malangnya, kak pon tu cakap bacaan aku salah! Dahla salah, bodoh pulak tu! Hihihihihi.

Kurang asam, ko troll aku ye, cik pong?? Aku tak puas hati, aku baca lagi ayat – ayat lain, tapi cik pong tu masih jugak ketawa berdekah – dekah. Tah menda yang lawak sangat, aku tak tau. Gila kot dia ni. Last – last, aku azan. Belum habis lagi azan, aku rasa badan aku kena goncang. Aku tersedar. Kawan – kawan aku lain semua kerumun aku.

Kawan : “weh Dam, ko pehal? Mimpi audition jadi bilal ke?”

Aku : “ weh, tido la tido la! Aku letih ni halau pontianak, tido la! “ ( aku merapu. Rasanya aku ngigau kot masa ni. Tapi aku masih ingat apa aku cakap. Haha.)

Lepas tu aku terus sambung tido. Esok paginya, bangun – bangun je aku terus call kak Ana. Cerita hal semalam. Lepas call kak ana, roommate aku sume tanya pasal kes semalam. Aku pun cite la. Lepas cita, masing – masing pun bukak cerita masing – masing.

Kawan aku Chai, masa dia main dota dia pakai earphone. Tapi dalam masa yang sama, dia rasa suasana tetiba jadi gelap sangat – sangat. Macam terlebih gelap. bulu roma die ada jugak la meremang, pastu tercium bau bangkai. Ingatkan si Fadli yang kentut. Fadli kentut memang bau bangkai. Kebetulan pulak, Fadhli main game sebelah dia. Fadhli ni memang kaki kentut. Asal dota je, die memang suka buat pencemaran udara. So, dia ignore dan teruskan Dota.

Izwan pulak cite, die memang perasan aku ngigau so die toleh nak tengok aku ngigau apa. Masa die toleh tu, dia perasan dekat luar tingkap macam terlebih gelap and macam ada sesuatu je. 5 – 6 kali jugak dia dok toleh perati tingkap tu, sampai la tetiba bulu roma dia meremang sangat – sangat, da pastu aku tetiba je terus azan.

So, bila dah dengar cerita masing – masing, semua seram dan cuak. Masing – masing cakap tak nak main malam ni la, tido awal la, dota malam esok je la, nak baca yasin la~
tapi malangnya, malam tu kitorang dota gak sampai pagi. Sebab esok cuti. Haha. Kali ni kitorang dah jadi lebih bijak. Kitorang pasang lampu tidur, tapi tukar bulb yang lagi terang , dan on bacaan ayat al – quran dekat fon masing – masing. Jadi bilik kitorang terang la, tak gelap dan ko boleh nyah, kak pong!
Hahahahahaha.

end~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 12:31 PM | Show all posts
idakamaruddin posted on 13-2-2014 10:56 AM
entah2 ni cik es x?

cik es? bukan. die punya cite lagi hebat. gaya penulisan pun lagi power
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 12:37 PM | Show all posts
Cerita 8 : Tangan ku yang buruk macam tangan hantu.

Kalau korang baca balik posting first aku, mesti korang perasan aku pernah bagitau yang tangan aku pernah buruk macam tangan hantu. Dan nenek aku yang ubatkan. So, meh sini aku nak cerita. Macam mana tangan boleh jadi buruk, na.

Masa tu, aku baru umur  setahun lebih. Kecik lagi, masih comel. Haha. Mak aku tengah lipat kain. Kitorang stay dekat rumah nenek aku kat kampung. So, kedudukan mak aku masa lipat kain tu adalah di beranda tempat lepak kat luar. Tu memang port best nak lipat kain, especially petang – petang. Tengok budak – budak kampung keluar jalan – jalan petang – petang, syok jugak la.

Nenek aku cerita, masa mak aku tengah lipat kain tu, dia ada dekat bawah. Tengah cabut rumput dalam pasu bunga. Dia nampak aku dekat atas, tengah main sorang – sorang dekat beranda. Mak aku pun ada kat situ.

Tengah syok – syok cabut rumput, tetiba nenek aku dengar mak aku menjerit, pastu aku terus meraung – raung nangis. Nenek aku berlari naik ke beranda, dan nampak kedua – dua belah pergelangan tangan aku ada kesan macam kena cengkam dengan tangan. Merah dan berbekas. Nenek aku dah susah hati, sebab dia macam dah dapat agak apa tu.

Nenek aku soh mak ambik daun kunyit dekat bawah, dan tekapkan kat pergelangan tangan aku. mak aku buat macam apa yang disuruh, pastu daun tu ditekapkan kat tangan aku. masa tu, aku masih lagi mengais meraung – raung, sampai biru muka aku menangis. mata tutup je, tak bukak.

Tak lama lepas tu, atuk aku balik dari kebun. Dia tengok aku nangis, dan tanya ngan mak aku. mak aku cerita la apa jadi, pastu atuk aku geleng kepala dan ambik aku.

Nenek kata, masa tu pergelangan tangan aku dah tumbuh bintik – bintik merah dan bintik – bintik tu cepat betul merebak ke seluruh tangan aku. tak sampai 2 minggu, seluruh tangan aku buruk. Jari – jemari jadi runcing dan tajam – tajam. Macam jari hantu. Merata mak ayah, nenek dan atuk aku bawak pegi berubat, tak jugak sembuh – sembuh. dekat nak setahun jugak la tangan aku buruk camtu.

Keadaan aku pun masa tu makin kurus, dan aku selalu demam sebab malam aku selalu menangis meraung – raung. Mak ayah aku pun dah bingung. Last – last, nenek aku cuba ikhtiar sendiri. Macam – macam jenis akar kayu, daun pokok dia bagi aku makan, dan sapu ke tangan, tak jugak baik – baik. Sampai la satu hari, dia dapat ilham untuk gunakan cengkerang ketam untuk ubatkan tangan aku.

Cengkerang ketam tu, dia bakar atas api sampai hampir hangus, lepas tu tumbuk sampa jadi debu. Then dia sapu kat tangan aku tiap – tiap hari selama seminggu. Dalam seminggu tu, tangan aku dan aku sendiri ada banyak improvement. Aku dah tak nangis malam, dan bintik hitam dan buruk tangan aku dah makin pulih.

Lepas beberapa bulan, tangan aku pulih sepenuhnya macam biasa.

Sekian~
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:48 PM | Show all posts
aku tak rasa ni cerita rekaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Adiya posted on 13-2-2014 12:48 PM
aku tak rasa ni cerita rekaan..

Tak sepenuhnya rekaan. ada yang berdasarkan kisah benar, ada yang berdasarkan imaginasi. cerita 8, kisah benar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 01:10 PM | Show all posts
Cerita 9 : Wang Padong.

Pernah dengar tempat nama Wang Padong? Hehe. mesti ramai yang tak tau. Kalau ada yang tau pun, mesti sikit sangat. Confirm punya la. Haha. Okay, kisah ni aku nak cerita pasal kazen aku.

Kazen aku ni adalah cucu pertama dari keluarga sebelah mak aku. perempuan. Aku namakan dia sebagai kak Lai. So, harusla gap umur kitorang besar. Berbelas tahun gak beza. Cerita ni jadi masa kazen aku umur dalam belasan tahun camtu la. Masih sangat muda remaja. Kak Lai ni, walaupun perempuan tapi adventurer! Dia nye skill masuk hutan, boleh kalah jantan. Cakap je apa, buat jerat, buat pondok, apa – apa je la untuk survive dalam hutan, banyak yang kak Lai tau.

So, satu hari ni dia bosan, tak tau nak buat apa. Kebetulan masa tu tengah cuti skolah, dan kak Lai pulak baru dapat lesen kereta. Fikir punya fikir, last – last kak lai ajak adik – adik dia pegi mandi d Wang Padong. Dorang ajak sekali pak ngah aku untuk temankan dorang, dan beberapa kawan lain jugak.
Bila semua dah set, bertolak la diorang ke Wang Padong dengan menaiki pajero lama pak ngah aku. sampai je kat Wang Padong, masing – masing tak tunggu lama, terus terjun dalam sungai. Bersuka – ria la diorang dekat sungai tu sambil – sambil diperhati oleh pak ngah aku.

Tengah yang lain syok mandi, kak Lai ni pulak tengah sibuk dok perati ikan dalam air. Senapang  ikan dah ready kat tangan, tinggal nak umpan ikan je lagi. lepas baling umpan, dan ikan pun dah start banyak, kak lai pun menyelam dalam sungai nak tembak ikan.

Tengah menyelam tu, tetiba kak lai rasa kaki dia cramp. Dia cuba nak berenang ke atas. Tengah berenang – renang, pergelagan kaki kak lai kena terkam pastu kena tarik laju ke bawah. Masa ni, kak lai tengok bawah dan nampak ada baaaaanyak tangan – tangan putih dekat dalam sungai. Padahal air dia tak la dalam mana pun. Bila tengok tu, kak lai aku terus bidik senapang ikan dia dan tembak kat tangan yang tarik kaki dia. Tembak, kena, dan genggaman tu terlepas. Kak lai laju – laju berenang ke atas. Dan bila dia baru je sampai ke permukaan, tak sempat nak tarik nafas panjang, kak lai rasa tangan kanan dia pulak kena tarik ke dalam air. Kak la dah start panic. sempat jugak lah dia menjerit sebelum tenggelam masuk dalam air tu.

Mujur pak ngah aku perasan, terus cepat – cepat terjun dan tarik dia ke tebing. Kak lai terbatuk – batuk, dan tak lama lepas tu, pengsan. Diorang tak tunggu lama, pak ngah jerit panggil yang lain, diorang packing da terus balik masa tu jugak. Dalam kereta, kak lai masih lagi tak sedarkan diri, tapi dia dah mula meracau. Pak ngah dah bingung masa tu, sebab dia ingat air dah masuk dalam otak atau organ penting, so dia bawak keta memang laju. Jarak antara Wang Padong dengan hospital sekitar sejam lebih perjalanan. Masa tu, pak ngah aku bawak keta laju gila, dalam setengah jam je dah sampai hospital.

Dekat hospital, kak lai diberikan bantuan sewajarnya oleh doctor. Budak – budak lain yang ikut, masih blur dan tak tau apa jadi. tak lama kemudian, parents kak lai pun sampai ke shospital. Kak lai kena admit 2 hari kat hospital. Bila dah discharge, baru kak lai cerita dengan pak ngah aku apa jadi.

Pastu, pak ngah aku bukak cerita dia pulak. mula – mula, pak ngah nampak kakak aku baru je menyelam untuk tembak ikan. Pak ngah dah tau awal yang kak lai nak tembak ikan, sebab kak lai dah bagitau awal. Tapi dia heran, sebab lama betul kak lai menyelam, tapi tak jugak timbul – timbul. Bila timbul pulak, sekejap sangat, pastu tenggelam balik. Time tu, pak ngah dah sedar ada something is wrong, jadi dia pun terjun nak selamatkan kak lai.

Masa dia tarik kak lai ke tebing, dia rasa macam ada benda yang tarik kak lai ke dalam air, tapi dia lawan sehabis tenaga untuk make sure diorang sampai ke tebing. Bila dah sampai tebing, dia bagi bantuan kecemasan dengan kak lai, dan terus jerit panggil budak – budak lain. Takut diorang pun kena benda yang sama. Pak ngah dah tak larat nak tarik lagi sorang. Dah habis tenaga.

Sejak haritu, kak lai macam lemah semangat. Dia selalu sangat kena kacau dengan makhluk halus. Pernah jugak la kerasukan beberapa kali, tapi belum teruk. Nanti aku cerita pasal kak lai kena rasuk pulak. lucu pun ada, kesian pun ada. Hehe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:13 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 10:31 AM
cik es? bukan. die punya cite lagi hebat. gaya penulisan pun lagi power

hehe ko pon ada gak bc citer tahyul dia tu ek...glemer cik es kita kn smpi disebut2 smpi skg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 13-2-2014 01:13 PM
hehe ko pon ada gak bc citer tahyul dia tu ek...glemer cik es kita kn smpi disebut2 smpi skg  ...

Ada~ haha. Aku dah bertaun2 dh jd sr kat sini. Dari zaman ilah dlu g. Sempat jugak la baca cerita die. Best. Tapi sayang cite tipu. Sbb tu aku buat disclaimer awal2. Biar org tau yg cite aku, xsemua betul. Ade yg tipu. Hehe.
Menulis sekadar sbg bahan hiburan je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adiya posted on 13-2-2014 12:48 PM
aku tak rasa ni cerita rekaan..

I think so...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 13-2-2014 01:29 PM
I think so...

Erk. Nape pulak? Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 01:32 PM
Erk. Nape pulak? Hehe

Some story ko cam real... bukan sekadar rekaan. ... bila ko cakap ada yg betul berlaku baru aku faham... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 01:27 PM
Ada~ haha. Aku dah bertaun2 dh jd sr kat sini. Dari zaman ilah dlu g. Sempat jugak la baca cerita  ...

Aku je yg tak baca citer cik es.... huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list