CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 13-2-2014 01:39 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 12:51 PM
Tak sepenuhnya rekaan.  ada yang berdasarkan kisah benar, ada yang berdasarkan imaginasi.  cer ...

seronok baca kisah popo...mcm real story je sumernya..
btw - apa punca tangan tu tiba jd gitu? kena ludah ngan hantu ke..?
se lagi..xsangka ada gak ilmu hitam yg guna pad pompuan mcm tu..
ish2..dasat sungguh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2014 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
MissMamamia75 posted on 13-2-2014 01:39 PM
seronok baca kisah popo...mcm real story je sumernya..
btw - apa punca tangan tu tiba jd gi ...

Terima kasih. Hehe. Ntah la. Popo pn xtau nape tangan jd camtu. Denga cite tu dr kawan. Masa kecik dulu tangan die pernah buruk macam tangan hantu. Siap ada gambar. Dan memang tgn die macam tangan hantu. So popo adaptasi je cite tu masuk dalam cite popo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 13-2-2014 01:37 PM
Some story ko cam real... bukan sekadar rekaan. ... bila ko cakap ada yg betul berlaku baru aku fa ...

Hehe. Tak terjangkau imaginasi den kalau semua cerita ni rekaan 100%. Ada jugak yg base on true story. Cuma d adaptasi menjadi sebahagian dr cita sy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 13-2-2014 01:38 PM
Aku je yg tak baca citer cik es.... huhu

Hehe. Baca la~ memang best! Tapi skip part yg ckp die tipu. Baca je sbg hiburan. Anggap cam baca novel. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 01:47 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 11:27 AM
Ada~ haha. Aku dah bertaun2 dh jd sr kat sini. Dari zaman ilah dlu g. Sempat jugak la baca cerita  ...

wpon ada rekaan...aku rs cam real jek citer2 ko ni...pndi ko mengarang..idea seme...perfecto...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 13-2-2014 01:47 PM
wpon ada rekaan...aku rs cam real jek citer2 ko ni...pndi ko mengarang..idea seme...perfecto...{:t ...

Time kasih , time kasih ^_^
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 02:06 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 11:27 AM
Ada~ haha. Aku dah bertaun2 dh jd sr kat sini. Dari zaman ilah dlu g. Sempat jugak la baca cerita  ...

citer ilah pon best gak...best gile kot...tp tu la ilah x dpt teruskan...atas2 sbb tertentu...rindu cite ilah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 13-2-2014 02:06 PM
citer ilah pon best gak...best gile kot...tp tu la ilah x dpt teruskan...atas2 sbb tertentu...rind ...

Ha'ah. Cite ilah memang dh tahap legend dh bg aku. Sangat3 best. All time favourite. Plus, byk ilmu berguna jugak dselit dlm cerita2 dia. Best3!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 02:08 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 11:42 AM
Terima kasih. Hehe. Ntah la. Popo pn xtau nape tangan jd camtu. Denga cite tu dr kawan. Masa kecik ...

lor aku igt tgn ko...tgn kwn ko rupa nya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 04:44 PM | Show all posts
Cerita 10 : Terambik Rimau. Haizz. =.=

Benda ni jadi dalam tahun lepas. Awal tahun lepas kalau tak silap. Satu hari tu, aku mimpi. Dalam mimpi tu, aku macam dekat tengah lembah subur yang menghijau. Cantik sangat tempat tu! So, disebabkan sifat ingin tahu dan perasaan bahagia dan damai yang mendalam, aku pun jalan – jalan dekat area lembah tu, nak tengok apa lagi yang ada.

Tengah jalan – jalan, dari kejauhan aku nampak macam sekumpulan 7 – 8 ekor anak rimau. Tengah lari – lari atas rumput, main – main sesame dorang. Cooooomel sangat!! Ada yang warna putih, ada yang warna oren cam rimau biasa. Aku yang sememangnya terlalu sukakan kucing, terus lari ke arah kumpulan anak rimau tu, nak tangkap sekor untuk aku main. Haha. Yang best nya, bila aku pegi ke arah kumpulan anak kucing tu, bukan dorang nak lari selamatkan diri. Makin laju lari ke rah aku lagi adalah! Last – last aku dapat main dengan semua anak rimau tu. Muahahahahaha. Heaven!!  Kitorang main kejar – kejar, macam – macam lagi lah.

Tengah syok main dengan anak rimau, aku perasan rimau tu macam makin lmak makin besar. Macam kejap je dorang ni jadi dewasa. Padahal mula – mula aku jumpa tadi, keciiik je. Comel je. Sekarang macam dah makin gagah perkasa pulak. tapi dorang masih jinak dan manja ngan aku, so aku ok je~ yang penting, ada kucing. Hahaha.

Dah puas tido, aku pun bangun pagi macam biasa. Time bangun tu, aku tak de feeling sangat. Buat hal macam biasa yang aku buat bila bangun pagi. Lepas semua selesai, aku nak nersiap turun ke kolej. Sampai di kolej, lepas habis kelas aku pun balik ke rumah balik. Masa aku otw balik rumah, aku rasa macam ada rimau 3 – 4 ekor berlari saing ngan keta aku. tapi nampak dari hujung – hujung mata je la. Besar ooo! Dekat nak sama besar ngan keta aku. tapi  aku fikir lagi, takkan la ada rimau kat tengah Bandar kot? Ish, nehi nehi.

Aku pun drive balik cam biasa, focus balik ke jalan. Pastu terserempak dengan jem, maka lekatlah aku dalam jem selama beberapa lama. Selalunya bila aku lekat dalam jem, aku main game plant vs zombie dekat fon aku. sapa yang pernah main, tau la macam mana bunyi zombie tu mengaum. Masa tengah syok main, diselangi dengan bunyi zombie, telinga aku macam dapat tangkap bunyi rimau mengaum. Aku pause game, off radio, dan concentrate dengar. Senyap. Takda bunyi lain selain bunyi kereta. So, aku pun sambung main game. Dalam otak aku, bunyi big bike kot. Sambung main game, dan pastu drive balik sampai rumah.
Malam tu, aku mimpi lagi main dengan rimau. Aku pun happy la, sebab aku memang suka sangat ngan spesis kucing / rimau. Pagi tu aku bangun cam biasa, dan hari berlalu cam biasa. Petangnya, bila aku otw balik ke rumah dari kolej, sekali lagi aku macam nampak ada rimau lagi sebelah keta aku. macam bersaing ngan kereta. Kali ni, aku nak tengok betul – betul, jadi aku slow down kereta dan toleh sebelah.  Memang ada rimau oi!! Rimau tu tak sangka aku slow down kot, dia terlajak lari ke depan, berenti pastu toleh belakang tengok aku. kaki tangan aku dah menggeletar. What is this, what is this?? Rimau, are u satan?? Aku istighfar dalam hati, dan tenangkan diri kejap. Masih maintain bawak keta slow. Kereta lain banyak yang dah hon aku, last – last aku bukak emergency signal, dan drive slow –slow sampai rumah. rimau tu follow je keta aku sampai rumah. sampai je kat rumah, sekali lagi aku terkejut! Ada 5 – 6 ekor rimau besar – besar tengah lepak dekat laman rumah mak aku! besar – besar pulak tu! Aku dah rasa tak sedap hati. Rasa nak pengsan pun ada. Walaupun aku suka sangat dengan rimau, tapi aku tau benda ni tak betul, so automaticly aku panic semacam. haha.

Masa keta aku sampai, semua rimau tengok aku, dan semua terus berdiri. Macam nak pegi dekat aku. aku baca al – ikhlas 3 kali, da nada lagi surah – surah tertentu untuk tenangkan diri aku. bila aku keluar dari kereta nak bukak gate, rimau yang saing dengan kereta aku terus pergi dekat sebelah aku dan tenyeh – tenyeh kepala dia dekat aku. macam nak manja. Aku abaikan je, bukak gate, masuk dalam kereta dan park masuk dalam rumah. lepas park, aku cepat – cepat keluar dan berlari masuk rumah.

Dalam rumah, aku dengar bunyi rimau mengaum – ngaum dekat luar. Banyak dan bersahut – sahutan. Aku dah susah hati, so aku call ayah tih aku, dan cerita pasal benda ni. Lepas habis cerita, aku dengar ayah tih ketawa.

Ayah tih : takde apa – apa tu. Ana terambik rimau sesat je. Benda ni, saka harimau yang dah tak bertuan. Bila dia tengok ana layan dorang, dorang pun suka la. Jangan susah hati, Insyaallah nanti ayah uruskan.

Lepas berbual – bual, aku letak telefon, nak atas dan solat maghrib, sambung dengan baca al – quran dan terus isyak. Waktu aku solat, masih lagi terdengar – dengar bunyi rimau main – main dekat bawah. Tak lama lepas tu, aku dengar macam bunyi rimau gaduh, macam bergelut, then bunyi pasu bunga mak aku kena langgar, jatuh dan pecah. pastu senyap.

Selesai solat, aku dapat mesej dari ayah tih.
Assalamualaikum. Ayah tih dah uruskan saka harimau tu. Insyaallah lepas ni dia tak ganggu lagi.

So, pengalaman ni adalah pengajaran buat aku dan semua yang lain : Jangan syok sangat jumpa haiwan yang kita suka dalam mimpi. Kang tak pasal – pasal benda tu saka, susah ooo. Menyusahkan hidup. Kadang kita tak perasan pun kita TERterima / TERbela benda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 06:40 PM | Show all posts
Bagus tt buat disclaimer awal2.. Lesen besar tu..
btw mmg best dr point yg real tt jdkn cerita. Mmg best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ThousandSwords posted on 13-2-2014 06:40 PM
Bagus tt buat disclaimer awal2.. Lesen besar tu..
btw mmg best dr point yg real tt jdkn ce ...

Whoa.lesen besar? Hehe. Terima kasih, terima kasih. Baca boleh, tapi jangan percaya sangat. Hehe. Kang penat den pikul dosa kat padang masyhar. Hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam. Terima kasih banyak - banyak kepada pembaca yang sudi membaca cerita2 tulisan popo. Semoga cerita2 boleh djadikan ikhtibar dan hiburan bagi mengisi masa lapang.

Sekiranya ada perkara yang perlu d tingkatkan lagi dalam apa jua segi, popo dengan senang hati bersedia untuk menerima kritikan. Semoga dengan kritikan / teguran tersebut, popo boleh meningkatkan lagi skil penulisan popo ke tahap yang lebih baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 08:50 PM | Show all posts
Cerita 11 : yeeee ke puterii~~~

Ingat tak cerita kak lai aritu? Kan aku dah cakap die lemah semangat. So, disebabkan die lemah semangat, dia selalu la nampak benda pelik – pelik, pernah kerasukan dan pekerjaan dia selalu ada masalah. Pendek kata, macam rezeki die tersekat lah macam tu.

So, dalam usaha untuk memulihkan balik semangat kak lai dan meningkatkan kualiti hidup beliau, kak lai pun ambik langkah untuk jumpa dengan sorang perawat ni. Perempuan. Dia gelar diri dia puteri. Puteri ni, asal dari Negara seberang. Keturunan diraja jugak, katanya. Siap mengaku keturunan diraja brunei lagi. betul ke tak, aku tak tau. Tapi aku rasa dia tipu je. Kalau orang brunei dengar, kena pancung kang baru tau.
First time aku jumpa Puteri, aku rasa dia ni lucu. Hahahaha. Puteri ni sebenarnya umur dia dah nak 50 tahun. Dalam 40 lebih camtu lah. Tapi perangai tak serupa umur. Suka karoke, pastu gedik semacam. dia marah oo kalau orang panggil dia ‘kak’. Hahaha. Tapi aku peduli apa. Panggil jugak. Hehehe.

So,kitorang pun pergi la ke rumah kak puteri dengan kak lai. Masa tu aku, mak aku, kak lai ngan mak andak aku pegi rumah puteri ni. Rumah kak puteri ni tak jauh dari rumah mak andak aku. jalan kaki je, tak sampai 5 minit. So bila dah sampai, kak puteri pun jemput la kitorang masuk.

Base on cerita kak puteri, dia cakap dia pandai mengurut dan kepakaran dia adalah mandi bunga untuk kasi orang naik seri. Pengantin banyak cari dia untuk naik seri, dan bebudak banyak suka ngan dia sebab dia selalu masuk dalam mimpi bebudak. Dalam mimpi bebudak, selalunya diorang dekat taman bunga kat rumah dia kata lam satu lagi, dan tamn tu cantik sangat – sangat! Pastu dia cerita lagi, setiap keturunan dia akan ada seorang yang terpilih yang akan dijaga oleh seorang puteri. Puteri yang jaga dia ni, kira puteri yang paling best lah! Paling cantik, paling pintar, dan paling pandai berlawan. Konon nya puteri tu asal dari nenek moyang dia dulu.  Disebabkan muka dia yang paling hampir dengan muka puteri tu, jadi puteri tu pun pilih dia.

Aku dengar dia cakap camtu aku rasa nak ketawa! muka kak puteri ni hitam berkedut – kedut. Kat pipi dia ada banyak pigmentation, tompok – tompok hitam. Gincu merah, rambut oren, pendek dan gendut. Macam ni ke paling cantik?? Hahahaha. Aku sengih – sengih je kat tepi mak aku bla dia cakap camtu. sempat lagi mak aku siku aku takut aku ketawa. haha. So, lepas puas borak, dorang pun mula kan lah rawatan pada kak lai.

Kak lai disuruh masuk ke dalam sebuah bilik bersama dengan kak puteri. Tapi disebabkan takut, kak lai ajak aku sekali masuk. Kak puteri pun tak kisah, so aku masuk je la. Bila bukak je pintu bilik, aku dah nampak 6 orang perempuan berbaju kebaya kuning, rambut sanggul besar, ala – ala macam dayang istana dekat indon, tengah tunggu dalam bilik. Aku baru je nak tanya kak puteri, dorang tu siapa, tapi aku rasa macam mulut aku beraat sangat nak tanya. So aku diam je dan ikut diorang masuk dalam bilik.

Dalam bilik, kak lai disuruh berbaring dan disuruh berkemban bagi proses urutan dan rawatan untuk buang benda dalam badan dia. Lepas kak lai selesai salin baju, tetiba pling! Dayang – dayang tu berdiri belakang puteri pulak. menari – nari cam tarian siam tu. Tapi kepala masih tunduk. Aku tengok keadaan tu, aku bertambah heran la. nak kata takut, tak jugak. lebih kepada pelik. Ilmu ape lah ni agak nye ek. So, posisi kak lai masa tu adalah berbaring terlentang di tengah bilik, dan kak puteri pulak duduk dekat bahagian kepala. Dia duduk macam duduk antara dua sujud, sambil tutup mata dan kumat kumit. Aku pulak duduk bersandar dekat dinding d bahagian tengah bilik. Kira dari tempat duduk aku, nampak clear view la apa dorang berdua buat kat situ.

Kak puteri masih menjampi, dan aku tegok dayang 6 orang tu masih syok menari – nari kat belakang dia. Then, tetiba aku nampak macam ada debu – debu warna emas keluar dari celah jari dayang 6 orang tu. Aku pun makin interested la nak tengok. kak puteri pun memulakan proses urutan. Masa kak puteri urut tu, aku tengok gerakan tangan dia sama dengan dayang 6 orang tu. Dalam masa yang sama, debu emas tu pulak macam makin tersebar ke seluruh badan kak lai ikut tempat urutan kak puteri.

Lepas selesai kak puteri berurut, aku tengok badan kak lai dah warna emas dah. Hahaha. Lucu je. Macam orang Gold Man yang salu kat dalam tv tu. Tapi tak la camtu sngat. Hehehe. Lepas berurut, sekarang masa untuk pulihkan semangat pulak. kak lai disuruh baring tempat tadi, then tubuh badan kak lai ditutup dengan kain hitam, putih, kuning dan merah. Berlapis – lapis sampai lengkap tujuh lapis. Masa kak puteri letak kain tu, dia macam ada baca mentera jugak. Tapi xdengar la, coz mulut je yang kumat – kumit. lepas selesai, kak puteri duduk di bahagian tengah badan kak lai. Kali ni duduk bersila dan membelakangi aku pulak.

Ntah apa dia baca, tetiba ada benda datang berdesup dari belakang aku, then tembus ke bahagian tengah belakang kak puteri. Macam meresap masuk dalam badan dia pun ada.  Masa tu, aku dapat sense something yang pelik. Kak puteri masih teruskan bacaan dia, then aku nampak macam ada sorang lelaki dewasa tak pakai baju, datang dari mana tah, bawak pedang. Lelaki tu jalan pusing badan kak lai ngan puteri beberapa kali. Pastu tanpa disangka – sangka, laki tu ludah pulak atas kepala kak lai! Lepas je lelaki tu ludah, dia terus hilang dan kak puteri pulak cepat – cepat rentap kain atas badan kak lai dan kibas – kibas badan kak lai dengan kain tu.

Aku yang tengok kak lai buat camtu dah naik geli. Eeeeee. Mesti air liur laki tu kena muka kak lai. Wekkk! Hahaha. Lepas selesai semua, kak lai disuruh mandi bunga. Part ni aku malas nak ikut, sebab aku memang dah tak tahan nak ketawa, so aku pun duduk kat ruang tamu dengan mak aku, then aku ketawa puas – puas. Sampai heran mak ngan mak andak aku tengok. Hahahaha.

Selesai semua, kitorang pun minum – minum jap dan beransur balik. Masa dalam keta, aku cerita dengan mak aku apa yang aku nampak. Mak aku geleng kepala dan senyum je dengar cerita aku. sejak tu mak aku larang kak lai dari berubat dengan kak puteri tu lagi. takut kena ludah lagi kot. Hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 08:56 PM | Show all posts
event malam ni sangat bosan. so, aku sambung post cerita. hehe.

cerita 12 nanti agak heavy sikit. ada main dengan ilmu hitam, pengamal ilmu hitam dan sihir menyihir.
cerita agak panjang dan bersambung - sambung.
based on true story, but yet again jangan terlalu percaya.
bahagian yang true story 1% je, yang lain semua tokok tambah.

cerita 12, esok post ek.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 09:24 PM | Show all posts
cerita semua best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ainnidzan posted on 13-2-2014 09:24 PM
cerita semua best!

Ye ke? Time kasih
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 08:56 PM
event malam ni sangat bosan. so, aku sambung post cerita. hehe.

cerita 12 nanti agak heavy sikit ...

Walopun tt ckap true story nye 1% jer....tapi aku rase penambah perisa yg 1% tu. Selebihnye kisah yg benar2 terjadi.

Ade perasaan lain macam sket bile bace citer2 tt ni..rse mcam real jer.

Neway, wang padong tu kt mane...teruja pulak nk tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 10:13 PM | Show all posts
edoraixora posted on 13-2-2014 09:46 PM
Walopun tt ckap true story nye 1% jer....tapi aku rase penambah perisa yg 1% tu. Selebihnye kisah  ...

haip! 1% je true story nyeh. tak lebih dari tu. hehe. Wang Padong ni nama sungai. somewhere in east malaysia. hehe. tempat dia sangat cantik. air jernih sampai boleh nampak dasar. tapi bila terjun, boleh tahan jugak dalamnye. rupa macam tak dalam, tapi dalam jugak. agak bahaya untuk orang yang tak mahir berenang, sebab arus dekat bawah boleh tahan deras.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 10:54 PM | Show all posts
alahai bosan nya~ so aku decide untuk publish bahagian 1 dulu sementara tunggu event habis. xleh keluar selagi event ni tak habis. aku jaga bahagian it. zzzzz.


Cerita 12 : Rahsia.

Bahagian 1.

Kali ni aku nak cerita pasal satu rahsia. Rahsia ni dah lama aku simpan. tapi rahsia ni ada banyak sangat ikhtibar yang boleh diambil. pengajaran yang harus dijadikan teladan. Aku dah mintak izin si empunya rahsia. Dia benarkan dengan bersyarat; tiada satu pun perkara penting yang tinggal. Jadi, mari kita bercerita.

----- ‘aku’ di bawah adalah si empunya rahsia. Aku ceritakan begini agar kalian dapat mengalami dan merasai apa yang dirasai. Melakukan apa yang patut, dan menjauhi apa yang di larang. Selami, fahami dan hayati. ------

Assalamualaikum. Nama aku Taufiq. Lelaki. Masih muda. Masih kuat. Masih tegap. Masih bertenaga. Aku pernah ada zaman silam yang gelap. terlalu gelap, tersangat gelap.

Dulu, kau ingat aku nak ke sebut kalam suci tu?

Dulu, aku langsung tak ikut segala suruhan Tuhanku. Ku tinggalkan segala yang wajib. Ku kerjakan segala yang dilarang. Malah bukan itu sahaja. Ku bencikan segala yang disuruh oleh Tuhanku. Ya! AKU BENCI! Aku pernah benci azan, aku pernah benci alunan ayat al – Quran, aku pernah sangat benci melihat perempuan yang menutup aurat, lelaki yang berkopiah berjanggut dan berwajah bersih.

Malah, pernah juga ku bunuh mereka – mereka yang berpakaian begitu. Kenapa? Saja, suka – suka. Biar hatiku puas lihat mereka terseksa, merana dan merayu untuk hidup di tangan ku. Hatiku puas.

Tapi itu dulu, sekarang aku tidak begitu. tidak sama sekali. Baiklah, mari aku bawa kalian kembali ke zaman silamku. Walaupun perit, namun harus ku ceritakan, ku dedahkan rahsia yang harus kalian tahu.

Bersambung : ~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.089659 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list