CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 14-2-2014 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts
alahai..xde sambungan pulak..saspen betoi..

bestla cerita tt.. kalah ramlee awang murshid..

tumpang tnya..tt ni layan ariana rose jugak ke? nama ariana..adik pn adam.. heheh

tt jgn lupa sambong..!! :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 09:08 AM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 06:50 PM
Cerita 11 : yeeee ke puterii~~~

Ingat tak cerita kak lai aritu? Kan aku dah cakap die lemah seman ...

yg ni 100% kisah benar ke...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
yayan_froggy90 posted on 14-2-2014 03:37 AM
alahai..xde sambungan pulak..saspen betoi..

bestla cerita tt.. kalah ramlee awang murshid..

Ramlee awang murshid tu sifu besar. Hehe. One of my favourite author jugak. The only one. Hehe.

Ariana rose? Bolehla sikit2. Tapi xbrapa layan sgt. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 14-2-2014 09:08 AM
yg ni 100% kisah benar ke...

Xlah~ hehe. Fifi ni suka main teka2. Hehe ;p
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 02:15 PM | Show all posts
popotalks posted on 14-2-2014 10:59 AM
Xlah~ hehe. Fifi ni suka main teka2. Hehe ;p

tp apsal aku rs cam real...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 14-2-2014 02:15 PM
tp apsal aku rs cam real...

Kebetulan je kot :O
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2014 10:01 AM | Show all posts
sambung lagi tt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kemon..kemon..kemon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2014 03:40 AM | Show all posts
ThousandSwords posted on 16-2-2014 01:16 AM
kemon..kemon..kemon..

pokemonn digimon dan doremon
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer tuan tanah mcm betul2 real.. Tentu TT byk baca citer mistik atau terlibat secara tk langsung. Mcm upacara sihir guna pad wanita haid tu, mmg ada sihir mcm tu or 100% rekaan aje?.. Hihihi.. #sajatanya.. (Eh tetiba berhashtag..hihihi..)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
X rasa mcm rekaan. N x rasa jugak TT nie org biasa2.

X sbr nk tunggu sambungan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...x sabar plak...cite tt mmg best....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2014 08:50 PM | Show all posts
ArianPutra posted on 16-2-2014 03:40 AM
pokemonn digimon dan doremon

Hammboi dak anak nih..mentang2 dh up citer baru.. heeee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum. Maaf coz lambat post cerita. TT ttiba d suruh terlibat dgn satu event 3 hari straight. Xsempat nak update cita.. insyaallah malam ni TT sambung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
AiLurve posted on 16-2-2014 09:28 AM
Citer tuan tanah mcm betul2 real.. Tentu TT byk baca citer mistik atau terlibat secara tk langsung.  ...

Terima kasih, terima kasih upacara tu diinspirasikan dari satu upacara sihir yang memang betul - betul pernah ada. Cuma diolah kembali menjadi sesuatu yang 100% berbeza. Pokoknya, ilmu hitam ni memang suka buat semua benda kotor lah. Hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
zakutaki91 posted on 16-2-2014 12:33 PM
X rasa mcm rekaan. N x rasa jugak TT nie org biasa2.

X sbr nk tunggu sambungan.

Orang biase je hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 10:07 AM | Show all posts
sementara nak tunggu tt update sambungan cerita 12 malam nanti, tt letak dilu cerita 13 sebagai selingan lah ye. enjoy

Cerita 13 : Tolong orang kena rasuk, pedang terbang dan anak panah. Best oo!

Time tu 1st day aku tinggal dekat asrama penuh. Selama hidup aku, ni la 1st time tinggal berjauhan dari mk ayah, tapi demi pelajaran ngan takut kan mak ayah, terpaksa la.

So, lepas selesai orientasi hari pertama, batch baru dikehendaki berkumpul di surau untuk sesi suai mesra kalau tak silap. Masa tu, aku tengh ambil wuduk untuk solat maghrib. Tengah ambik wuduk, aku perasan orang kat sebelah aku macam pelik je. Cara dia ambik wuduk macam ada something wrong. Laju semacam , pastu macam tak berap nak basah. Ada hati jugak nak tanya, tapi takut kena cop kepochi, lagipun orang kat sebelah aku ni senior. Masak la aku kalau tanya yang bukan – bukan. Selesai ambik wudhuk, aku masuk dalam surau. Masa tu, orang dah start rapatkan saf, jadi aku cepat – cepat masuk telekung dan masuk dalam saf. Aku dekat saf yang tengah – tengah.

Masa tu solat aku memang betul – betul tak khusyuk. Aku rasa macam ada mata yang memerhatikan aku. kuat sangat sampai jantung aku start berdegup laju. Baru nak masuk rakaat ketiga, aku dengarr bunyi orang mengerang dekat sebelah aku. pastu tetiba budak sebelah aku pengsan! Terbongkang terus depan mata aku. aku cepat – cepat bagi salam dan membongkok nak tolong perempuan tu. Baru je nak tolong, tetiba perempuan tu duduk dan mengilai kuat betul! Ah sudah, what the hell is this?? Aku terkam lengan perempuan tu dan tekan dia ke bawah. Takut dia lari terajang orang tengah solat. Dalam pada tu, aku baca surah – surah dan ayat yang aku tau untuk lock pergerakan perempuan ni.

Masa aku tengah tahan perempuan tu, aku perasan badan die sejuk sangat! Macam kena rendam dalam ais. Perempuan tu pulak dah start merapu dan rontaan dia makin kuat. tengah aku tahan perempuan tu, dekat saf lelaki pulak ada bunyi budak laki ketawa berdekah - dekah. padahal orang belum g habis solat.

“ ADOI!! SETAN SIAL!! “

Aku agak mesti ada orang kena sepak. Haha. Sebab masa tu Jemaah tengah sujud. Kaki pempuan ni pun macam nak bagi penyepak jugak kat kepala orang yang tengah sujud, tapi xboleh sebab aku dah baca ayat untuk kunci pergerakan dia. So, dia lebih banyak meracau dan mencarut. Tapi masih jugak kena tahan, takut anytime lock aku boleh pecah. ilmu belum tinggi maa.

Tak lama lepas tu, orang pun selesai solat. Perempuan tu kitorang angkat dan alihkan die ke satu sudut untuk dipulihkan. Pastu, aku pun lepas tangan dah apa nak jadi dengan pempuan tu, aku tak nak tau. Baru je nak eskep, aku nampak ada benda rupa dia macam kacukan anjing ngan beruk. Muka macm anjing, tapi ada tangan macam tangan beruk, kaki macam kaki anjing tapi lagi besar dan bulu lagi kasar dan lebat. benda tu berlari laju dari padang tepi surau, pastu zup! Langgar badan budak pempuan sorang ni.
Budak pempuan tu terus pitam kejap, pastu bangun balik. Masa tu, kawan dorang tak perasan pun apa jadi dengan dia. Dorang teruskan berjalan laju – laju ke hostel cam biasa. Then aku perasan budak perempuan tu sengih dia lain macam.

Tak jadi aku nak balik hostel. Tak sedap hati. So aku terus naik ke kelas, sementara tunggu prep. Baru je labuh punggung atas kerusi, aku dengar bunyi 7 – 8 orang menjerit – jerit serentak. Masa ni aku rasa macam dada aku terhimpit sangat. Macam lemas masa kita dekat tengah orang ramai. Aku tutup mata dan terus istighfar banyak – banyak sebab aku rasa nak pengsan dah. Lepas istighfar dan baca surah – surah tertentu, aku tenang balik. Bila aku bukak mata, aku nampak macam suasana kecoh je kat luar. macam raaaaaaamai sangat orang berlari – lari kat luar. macam keadaan huru – hara pun ada jugak. Untuk pengetahuan, tempat duduk aku ni betul – betul dekat tepi tingkap, dan pandangan dari tempat duduk aku menghadap ke block kelas, block pentadbiran dan padang sekolah. Kelas aku dekat tingkat 4. So, nampak semua lah view.

Masa ni aku rasa betul – betul tak sedap hati. Aku toleh nak tengok sapa jugak dalam kelas, dan aku baru perasan rupanya aku sorang je yang duduk dalam kelas. Aku dah start nak panic, tapi aku try to cool down. Aku baca surah al – ikhlas 3 kali, dan pusatkan surah tu ke ubun – ubun aku. dengan niat seratus peratus kepada Allah. Baca selawat 33 kali, istighfar 7 kali dan zikir – zikir lain sampai aku rasa yakin sangat yang Allah akan lindungi aku.

Lepastu aku keluar dari kelas dan mula berjalan ke bawah. Tengah aku berjalan dekat koridor nak turun bawah, banyak kelas – kelas bertutup lampu dekat block aku. boleh kata aku sorang je kot ada dekat ats tu. Then aku turun ke tingkat satu lagi. masa aku turun, entah kenapa aku nak lalu pulak dekat tingkat tu. Sebab aku dengar tingkat tu macam kecoh sangat. Bila aku lalu ada satu kelas ni. Aku nampak dalam tu ada banyak sangat makhluk – makhluk yang tidak diingini. Macam – macam bentuk, macam – macam rupa. Then baru aku perasan rupanya ada budak kerasukan dalam tu. Aku biarkan je, malas nak tolong. Haha.

So, aku pun teruskan jalan – jalan seluruh sekolah. Nak tengok brapa ramai orang yang kena rasuk. Masa tu, aku memang tak takut langsung. Lebih kepada perasaan ingin tahu lah. Ada orang yang kena rasuk mengilai – ngilai, ada yang menjerit – jerit, ada yang merapu, ada yang pusing – pusing pokok, ada yang jadi macam beruk, ada ang berlari - lari. Macam – macam style lah! Hahahaha.

Dah penat pusing – pusing sekolah, tambah lagi kena tiaw dengan senior, aku pun pegi dewan makan. Kat sana budak – budak yang tak kena rasuk disuruh berkumpul dan baca yasin. So, aku pun masuk dewan makan dan duduk tepi pintu dan baca surah al – ikhlas banyak – banyak. Aku suka surah ni sebab surah ni je yang aku betul – betul faham maksud, tajwid betul dan betul – betul sentuh hati aku dengan kekuasaan Allah. So, aku boleh khusyuk la senang kata.

Tengah syok khusyuk, aku dengar macam ada bunyi ZUP – ZUP dekat tepi telinga aku. aku tutup mata sebab nak teruskan je bacaan. Malas nak melayan benda lain. Entah camne, masa aku tutup mata, aku seolah – olah nampak pemandangan macam ada banyak anak panah warna putih terbang – terbang. Anak panah tu memanah makhluk – makhluk aneh yang berkeliaran dekat atas tanah. Aku cuba gak cari dari mana datang anak panah tu, tapi tak nampak punca.

Tengah syok perati anak panah, tetiba aku dengar bunyi jeritan yang sangat kuat!! macam nak pecah kepala aku dengar. Aku pandang atas langit, dan aku nampak ada satu benda yang tersangat besar, terbang dekat atas langit. Macam melarikan diri. Dekat belakang makhluk tu, ada satu pedang putih berkilat panjang yang berpusing – pusing terbang. Kena baling kot.  Aku syak jeritan tu datang dari dia. Pastu telinga aku tangkap bunyi azan dan bunyi zikir – zikir. Aku terus bukak mata dan pemandangan tu hilang.
Memang masa tu orang tengah azan. Senior kot. Banyak sangat bunyi azan, azan, azan. Tak lama lepas tu, keadaan jadi tenang balik. On the way aku balik hostel, aku perasan ada sekumpulan lelaki muda berdiri dekat padang tepi surau. Aku berhenti dan tengok betul – betul.  Adala dalam 10 – 12 orang camtu. Gagah dan tinggi. Pakai baju macam jubah pun ada jugak, tapi jubah tu tak terlalu panjang, paras bawah lutut dan berseluar. Pastu aku tetiba rasa nak bersin. Aku bersin, bukak mata, dorang hilang. Aku pun jalan balik asrama.

Esoknya, sekolah kitorang cuti seminggu disebabkan kejadian semalam. Yess!!  Hahaha. Rupanya semalam, ada kejadian orang yang kerasukan terjun dari tingkat 4. Budak -budak lain tak sempat nak selamatkan dia, sebab dia lari laju sangat. Ada bahagian yang patah, tapi tak mati lah.
Last edited by popotalks on 17-2-2014 10:09 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 02:32 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 12:37 PM
Cerita 8 : Tangan ku yang buruk macam tangan hantu.

Kalau korang baca balik posting first aku, m ...

Salam,

apakah yang menyebabkan tangan jadi gitu?


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 06:35 PM | Show all posts
popotalks posted on 17-2-2014 10:07 AM
sementara nak tunggu tt update sambungan cerita 12 malam nanti, tt letak dilu cerita 13 sebagai seli ...

steady! dDpt gmbrkn keadaan tu.. ada rujuk kt sesiapa kt ttg apa yg blaku kt skolah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 08:10 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 12-2-2014 10:59 AM
pndi tt menulis...sng phm...x berbelit2

sils smbg ye....jgn skip lamaaaaaaaaaaaa sgtttttttttt.... ...

kalau aku tulis satu cerita..korang nk baca tk??? ada yg nk forward kat mana2 produser tk untuk buat drama akasia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.089371 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list