CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
Post time 17-2-2014 11:13 PM | Show all posts
nak lagi... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 12:00 PM | Show all posts
TT please kon-ti.ni-u
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
best pulak baca citer TT, aku tak rasa hanya rekaan... kalau bukan dialami sendiri oleh TT pun... mungkin pengalaman saudara atau org terdekat TT... teruskan ye TT... Last edited by jefrilza on 18-2-2014 06:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 09:29 PM | Show all posts
assalam. maaf sebab semalam tak update. TT tertidur dan siang tadi bz bebeno. hehe. okay, sebagai ganti, TT akan update 2 bahagian sekaligus malam ni ye. bahagia 2 dan bahagian 3. harap korang enjoy.

Disclaimer : Cerita ini adalah rekaan imaginasi penulissemata-mata. Tokok tambah dari cerita– cerita dan kisah benar yang didengari oleh penulis. Ditulis sepenuhya oleh saya. fresh from the oven. Kalau nak copy boleh, tapi sila bagi credit. Kalau tak nak bagi kredit, sukatila. Tapi tak halal. Haha. Itu sahaja. Thank you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 09:33 PM | Show all posts
Cerita 12 : Bahagian 2

Aku sign up dengan Setan masa umur aku 15 tahun. masa tu aku taksub sangat dengan benda – benda ghaib. Cakap je apa – apa buku cerita hantu, semua aku ada baca. Banyak jugak benda yang aku kaji sepanjang aku suka baca buku, tapi ada satu buku ni yang paling best.

Buku latihan budak sekolah. Buruk dan lusuh. Aku dapat buku ni dari sorang lelaki tua yang tinggal dekat hujung kampung. Orang cakap dia ni bomoh. Ada membela. Aku selalu berangan nak pegi mengintai kat umah dia malam – malam, tapi aku takut. Takut terjumpa hantu. Ngeri.

Entah camna, satu hari tu aku teringin sangat nak tengok apa yang laki tua ni buat. Hati aku macam dipanggil – panggil untuk pegi sana. Padahal sebelum ni jangan kata nak pegi. Nak tengok pun aku dah seriau dah. Tapi malam tu, aku nak jugak pegi! So, masa mak ayah aku solat maghrib, aku curi – curi keluar kayuh basikal ayah aku pegi rumah orang tua tu. Orang tua ni kita panggil Tok Cang la senang. Aku kayuh laju – laju sebab nak cepat sampai. Masa tu masih ramai lagi budak – budak lepak kat luar. hari pun belum gelap betul. Kayuh punya kayuh, aku pun sampai. Masa aku sampai, tok Cang ni dah berdiri depan pintu dah. Muka serius. Macam tau – tau je aku nak datang. Aku dah fikir dua tiga kali nak masuk ke tak. Takut Tok Cang marah aku tetiba main kat umah dia.

Then Tok Cang senyum kat aku, dan lambai panggil aku soh masuk umah dia. Masa dia ajak tu, aku 2 , 3 jugak nak masuk ke tak, tapi ntah nape tetiba aku dengan confident nya park basikal dekat depan tangga umah tok Cang, then terus masuk.

Untuk pengetahuan, rupa Tok Cang ni tak de la menakutkan sangat. Biasa je, macam lelaki tua yang lain. Tak de la nak pakai rantai tengkorak ke, bela rambut panjang ke, mata terjengil keluar. Memang normal. Kebiasaan dia aku tengok, pakai slack panjang warna coklat cair + baju tshirt putih.

Back to story, bila aku melangkah masuk je dalam rumah tu, aku rasa macam bulu roma aku meremang sangat – sangat. tak tau kenapa. Tok Cang suruh aku duduk kejap, pastu dia pergi ke dapur buat air. Bila dia bawak air ke depan, aku perasan dekat tangan dia ada buku latihan lusuh.

Tok Cang : anak ni nama Taufiq kan?

Aku ( terkejut + angguk ) : camna atuk tau?

Tok Cang : Taufiq dah besar nanti nak jadi apa?

Aku : tak tau lagi tok. Nak jadi kaya kot. Hehe

Tok Cang ( senyum dan letak buku lusuh tu atas meja. mata aku dok usya je buku tu dari tadi ) : tolong ambil kan tok daun – daun kering dekat luar. ambik sebanyak yang boleh Taufiq genggam. Bawak masuk dalam.

Aku pun turun ke bawah, pastu buat cam yang disuruh. Heran jugak la, tapi disebabkan mak ayah aku didik untuk hormat orang tua, aku ikut je macam yang disuruh.

Lepas siap buat macam yang Tok Cang suruh, Tok cang soh aku duduk tepi dia. dia ambik surat khabar beberapa keping, pastu lebarkan dan tutup daun kering tu dengan surat khabar. Pastu ambil sehelai daun kering, renyuk – renyuk dan taburkan dekat atas surat khabar tu. Masa tu aku tak perasan Tok Cang ni ada baca mentera ke tak. Aku sibuk menengok anak dara yang lalu dekat depan umah Tok Cang. Haha

bersambung ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 09:39 PM | Show all posts
Cerita 12 : Bahagian 3

Pastu tetiba Tok Cang cuit aku dan tanya, aku suka duit tak? Aku angguk laju gila. Ko gila, tak suka duit? Tok Cang senyum je, then tutup mata dan aku tengok dia macam bertafakur kejap. Dalam seminit camtu dia bukak mata balik, pastu angkat lembaran surat khabar. Bawah tu, banyak gila weh, duit! Berbundle – bundle! Tak pernah aku tengok duit banyak tu! Masa tu dalam otak aku ; gila weh. Orang tua ni reti Tarik duit la! Aku tau sikit – sikit pasal ni sebab salu baca dalam majalah. kan selalu buat kajian. haha.

Tok Cang : Kalau Taufiq nak, Taufiq ambik la sebanyak mana yang Taufiq suka.

Aku : Tak dosa ke Tok Cang?

Tok Cang ( ketawa ) : Nak dosa amenda pulak? bukan nya mencuri. Ada yang memberi. Kita mintak, dia bagi lah. Dia akan bagi aaapa je yang kita nak dalam dunia ni.

Aku : ye ke? Sapa yang bagi Tok Cang? Antu ke?

Tok Cang : Tak lah. Kawan tok. Ha, pegi ambik duit tu, bawak balik buat belanja. Ambik je, tak pe. Boleh. Nak sedekah ke, tak kisah la.

Lepas didesak – desak, aku pun ambik la duit. Bermula dari tu la aku start rapat ngan Tok Cang. Almost setiap hari aku akan pegi lepak rumah dia. makin lama, makin banyak yang aku belajar. Macam – macam petua, macam – macam ilmu yang dia turun kan pada aku. buku latihan lusuh tu, dia bagi aku untuk buat rujukan katanya. Tapi wajib untuk aku melakukan dan mempraktikkan apa yang tertulis di dalam buku itu bersama dia disampingku. so, balik rumah, setiap amalm aku akan belek dan baca buku tu. dan aku hampir hafal segala mentera - mentera dalam tu.

Mula – mula aku perasan ada sesetengah yang Tok Cang ni buat, memang jelas – jelas syirik. Tapi, aku macam terpukau sangat! Nak – nak lagi masa tu aku jadi budak paling hot dekat sekolah. Aku guna ilmu pemanis yang Tok Cang bagi. Aku boleh buat apa je kat sekolah, cikgu pun tak marah! Nak makan, nak tido, tak buatt kerja rumah, semua boleh! Makin lama, aku makin tak sedar diri. dan buku tu pulak, tak boleh renggang langsung dari aku. sana - sini aku usung.

Satu hari masa aku tengah lepak kat umah Tok Cang, Tok Cang tanya aku satu soalan.

Tok Cang : Taufiq, Tok ni tak da anak. Kalau tok mati, Taufiq nak tak segala harta benda tok? Kalau boleh, tok nak jugak turunkan segala ilmu yang tok tau pada Taufiq. Sayang ilmu ni kalau tak pakai.

Aku : Kalau bab harta, saya tak berani cakaplah, tok. Tapi kalau tok nak turun ilmu, saya sokong!

Tok Cang : betul ke ni? Dah fikir masak – masak?

Aku ( semangat berkobar – kobar ) : betul!

Tok Cang : tak menyesal? walau terpaksa bergolok gadai?

Aku ( yakin gile ) : tak!

Tok Cang : Baiklah. Kalau Taufiq dah cakap camtu, nak buat macam mana. Mulai hari ni, Tok Cang anggap Taufiq macam anak sendiri. Tok akan turunkan semua ilmu yang tok ada tanpa tinggal sekelumit pun. Dan mulai saat ini, Taufiq kena panggil tok, ayah. Biar kawan – kawan ayah yang datang nanti tau, Taufiq ni anak ayah. Tak lah Taufiq kena makan nanti. Hehehehe

Lepas tu, kitorang pun berpelukan, dan sejak haritu, aku panggil dia ayah. Makin lama, hubungan aku dengan Tok Cang makin rapat. Keluargaku memang melarang keras aku rapat dengan Tok Cang, namun kerap kali aku mengamuk jika dihalang untuk berjumpa dengan Tok Cang. Aku akan sentiasa cari jalan untuk berjumpa dan menuntut ilmu dengan Tok Cang.

Pernah ku tumbuk muka ibuku kerana menghalangku berjumpa Tok Cang. Aku obsess! Aku langsung tak boleh berjauhan dari Tok Cang. Aku sayang gila dengan orang tua ni, lebih dari aku sayang dengan ahli keluarga ku sendiri. Aku sanggup membunuh, dan terbunuh demi Tok Cang.

Semenjak hari itu, banyak ilmu yang diturunkan Tok Cang kepadaku. Antaranya, ilmu susuk Kiang, susuk Sumandak, penunduk, kebal, macam – macam lagilah! Sedikit demi sedikit, ilmu yang diturunkan oleh Tok Cang menjadi lebih dasyat, lebih jahat dan lebih ngeri cara pembuatan nya. Aku pernah disuruh dan diajar untuk merentap cahaya di dalam badan seseorang hingga orang itu menjerit kesakitan didepanku. Pernah, Antara syarat untuk ilmuku dipenuhi adalah dengan melakukan zina dengan makhluk lain, pondan, zina sejenis, dan makan makanan yang sah – sah kotor dan haram.

Waktu tu, aku rasa aku bagaikan tuhan. aku dibuang sekolah pada usia 16 tahun, dan pada usiaku 18 tahun, aku berhijrah ke kota besar setelah kematian Tok Cang. Keluargaku, telah lama kubuang. Aku lari dari rumah sejak umur 16 tahun, dan tinggal dengan Tok Cang sampai dia meninggal. Bukan tak pernah ibu bapaku pergi ke rumah Tok Cang menangis – nangis merayu ku pulang ke rumah. namun, mereka lah yang ku rentap cahaya dari tubuh, dan mereka jugalah yang ku hantar pelbagai sihir dan santau. Untuk test ilmu kata orang muda.

Sehingga, ibuku dan akakku sendiri mati di tangan ku.

Bersambung……
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2014 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 18-2-2014 09:39 PM
Cerita 12 : Bahagian 3

Pastu tetiba Tok Cang cuit aku dan tanya, aku suka duit tak? Aku angguk la ...

Ngeri nyer... nih bebetul ke atau rekaan? Kalau rekaan memang terer la tt... tt nih mesti banyak tau pasal mistik nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 10:02 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 18-2-2014 09:53 PM
Ngeri nyer... nih bebetul ke atau rekaan? Kalau rekaan memang terer la tt... tt nih mesti banyak t ...

berdasarkan kisah benar. hehe. dr sorang kenalan. tp 1% je yang benarnya. yang lain tu sume tokok tambah melampau semata  - mata. ^_^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 18-2-2014 10:02 PM
berdasarkan kisah benar. hehe. dr sorang kenalan. tp 1% je yang benarnya. yang lain tu sume tokok  ...


Betul ke mak and kakak dia mati kat tangan dia? Huhu Last edited by Syumaimah on 18-2-2014 10:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2014 10:06 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 18-2-2014 10:04 PM
Betul ke mak and kakak dia mati kat tangan dia? Huhu

R.A.H.S.I.A ~
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 18-2-2014 10:06 PM
R.A.H.S.I.A ~

Menci tau... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 11:27 PM | Show all posts
huhuhu.. sadis nyer citer sampai amik nyawa mak n kakak nyer... huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 11:29 PM | Show all posts
sebab citer TT nie, gabungan imaginasi + kisah benar -->> so tertanya2, mana satu yang benar, mana satu yang imaginasi.. huhu..  
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 08:54 AM | Show all posts
popotalks posted on 18-2-2014 07:39 PM
Cerita 12 : Bahagian 3

Pastu tetiba Tok Cang cuit aku dan tanya, aku suka duit tak? Aku angguk la ...

uiks ganas2...
bermaharajalela idop...
smpi mati kuarga sendri dibuatnya..
yg 1% benar tu yg mn....
kuar duit bertingkek2 bwh sokabar tu ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2014 09:14 AM | Show all posts
AiLurve posted on 18-2-2014 11:29 PM
sebab citer TT nie, gabungan imaginasi + kisah benar -->> so tertanya2, mana satu yang benar, mana s ...

hahaha. itu semua Rahsia ~anggap je sebagai bacaan untuk hiburan ea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2014 09:16 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 19-2-2014 08:54 AM
uiks ganas2...
bermaharajalela idop...
smpi mati kuarga sendri dibuatnya..

R.A.H.S.I.A
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2014 09:24 AM | Show all posts
popotalks posted on 19-2-2014 07:16 AM
R.A.H.S.I.A

amboi rahsia sajok...
sila smbg...

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok... Biar lah rahsia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 04:39 PM | Show all posts
Menarik ni ..boleh ikut baca...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 05:58 PM | Show all posts
ai nk jd pembaca setia popo la..cerita rekaan tp klau baca mcm real je..sbb jalan cite logik and real..xde nmpk cite rekaan pun..tp dunia magic popo ni dahsyt sesangat..kalah cite magic indon and thailand..terbaik ahh

  cenggini hah!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.112476 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list