CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
 Author| Post time 19-2-2014 10:23 PM | Show all posts
Cerita 12 : Bahagian 4

4 tahun aku hidup di dalam dunia gelap. aku terlibat dalam ahli kongsi gelap, jual dadah, jadi bapak ayam, tukar – tukar perempuan, malah aku  mempunyai nafsu yang sangat – sangat tinggi, you can’t even imagine. aku pantang gila ditegur atas apa yang aku buat. Prinsip aku, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. buat hal sendiri masing – masing.

Aku ingat lagi ada satu Ramadhan, aku sihir sorang imam besar sebab tegur aku makan tengah hari. Masa dia tegur aku, aku senyum je, buat – buat tak paham. Lepas imam tu blah, aku baca – baca sikit, tiup dan kecepok! Sebelum masuk dalam kereta, imam besar tu dah terjelepok depan pintu.

Aku masa tu, ketawa je la. Sapa suruh kacau. Sampai rumah, aku masih tak puas hati. Aku topup – topupkan lagi sihir. Sampai aku pernah guna tulang babi untuk sihir imam besar tu. Tulang babi tu, aku dapat dari orang dekat Sarawak. Tulang babi hutan mati beragan. Tulang tu, aku celup dalam darah anjing hitam pastu asapkan beberapa hari sampai darah tu kering, jampi serapah sikit – sikit, pastu aku campak tulang tu ke lombong. Selagi tulang tu masih dalam air, selagi tu la sihir tu tak kan hilang. Senang kata, memang tak da can lah imam tu nak sihat. Aku biar dia sakit perlahan – lahan. Lama – lama aku bosan, aku suruh je kuli aku sekat laluan pernafasan dia. sekat sampai mati. Lepas dia mati, aku rasa macam kebal pulak. hahaha. Lagikan imam besar tumbang di tangan aku, ni kan yang lain. Hahaha.

Sampai la satu hari, aku terjumpa dengan seorang perempuan ni. Berpurdah penuh warna hitam. mata je nampak. Masa tu, aku tengah beli sate dekat tepi jalan. Dia lalu dekat depan aku. entah kenapa, aku tiba – tiba rasa tertarik hati sangat nak tahu pasal dia. lepas beli sate, aku follow dia dari belakang. Aku baca mentera cuca pengasih, tiup dan bila aku yakin cuca pengasih tu dah kena pada dia, aku buat – buat terlanggar bahu dan sengaja jatuhkan sate yang aku beli. Selalunya kalau dah sampai tahap body contact macam ni, perempuan tu akan menyerah sendiri je pada aku. tapi dia ni tak! Aku hairan! Betul – betul hairan! Eh, tak pernah lagi aku jumpa yang macam ni. What happen??

  Aku try lagi baca cuca pengasih yang lebih kuat, tambah dengan pemanis. Aku cuba tegur perempuan tu, tapi dia diam dan senyum sikit, pastu blah macam tu je. Sepatah perkataan pun takde.  Jalan makin laju lagi ada.

Masa ni, aku dah start panas hati. Aku cuba seru pulak semangat perempuan tu, tapi langsung tak da apa – apa effect. Berkali – kali aku cuba seru, tapi memang tak da effect langsung. siapa perempuan ni?  Last – last aku hantar santau angin dan sihir lain pulak. siapa suruh tak layan aku. kan dah kena. Hahaha.

Masa aku on the way balik ke kereta, aku rasa bahu aku kena tepuk. Aku toleh, perempuan tu ada dekat belakang aku. dia hulur tangan macam nak bagi sesuatu dalam genggaman dia pada aku. masa tu, aku macam dah start kerek la. Apahal pulak minah ni. Tadi bukan main sombong, sekarang nak macam – macam pulak. aku jeling je pempuan tu, pastu aku pusing nak pegi kereta balik. than aku dengar perempuan tu cakap,

Encik, semoga Allah melindungi encik dari neraka jahanam dan syaitan yang direjam. Semoga Allah meluaskan taman – taman syurga di kubur encik. Semoga Allah melindungi Hidayah encik dari dicemari oleh syaitan dan iblis yang terkutuk. Insyaallah. saya halalkan segala sihir yang encik beri. Tapi saya tidak rela tubuh badan yang Allah bagi ni untuk dihinggapi oleh sihir encik ni. Oleh itu, saya harap encik sudi terima balik sihir yang encik bagi ni. Banyak sangat ni, encik.

Aku terkejut, tapi dalam masa yang sama, aku rasa tercabar. Aku toleh ke belakang, ludah muka perempuan tu dan berlalu pergi. Masuk dalam kereta, pastu aku drive laju balik ke rumah. sampai di rumah, aku bukak baju dan pergi ke bilik khas di belakang rumah. aku duduk bertafakur sekejap, kemudian aku pergi keluar menuju kea rah pokok besar di kawasan belakang rumah ku. aku duduk bersila di bawah pokok itu, dan mula menumpukan konsentrasi penuh ke alam yang satu lagi. aku harus tahu siapa perempuan itu, dan kenapa ilmuku sama sekali tidak lut padanya.

bersambung..

Last edited by popotalks on 19-2-2014 10:24 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2014 12:19 AM | Show all posts
Peh, popo.. Kalau betul ko reka citer2 ni, aku respek ko punya 'insight' view berkenaan dunia mistik.

Inilah jenis skrip movie seram yang patut Msia buat. Fully researched, lengkap asal usul semua.

Keep it up..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 12:27 AM | Show all posts
Bes cerita ang  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin posted on 19-2-2014 09:24 AM
amboi rahsia sajok...
sila smbg...

Hehehe. Jgn marah ~ kang kne juai. ;p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sranua posted on 19-2-2014 04:39 PM
Menarik ni ..boleh ikut baca...

Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
duniaku85 posted on 19-2-2014 05:58 PM
ai nk jd pembaca setia popo la..cerita rekaan tp klau baca mcm real je..sbb jalan cite logik and rea ...

Terima kasih, terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-2-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
thoyol posted on 20-2-2014 12:19 AM
Peh, popo.. Kalau betul ko reka citer2 ni, aku respek ko punya 'insight' view berkenaan dunia mistik ...

Waseh. Haha. Terima kasih, terima kasih. terasa diriku begitu berharga. Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina posted on 20-2-2014 12:27 AM
Bes cerita ang

Thank you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2014 07:41 AM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 05:33 AM
Hehehe. Jgn marah ~ kang kne juai. ;p

kalo jual pon xde org nk bli pon...
ok sila smbg lg...
makin menarik citer...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Selingan cerita 14 : aku bakar kang~

Masa tu aku baru je masuk U. Kira dlm 1st month aku kat sana lah. Aku ada sorang kakak angkat. Nama dia aisya. Masa ni, dia baru je bersalin anak triplets. Kak aisya ni anak yatim piatu. Mak ayah aku angkat dia dari rumah anak yatim masa umur dia 4 tahun camtu kot kalau tak silap.

Rumah kak aisya ni dekat je dengan U aku. So, confirm la aku kena suruh teman kak aisya kat umah dia. Aku suka la. Makan free, bilik aircond, ada tv, semua selesa lah! Mak aku pun selalu jugak datang umah kakak aku tolong jaga dia dalam pantang. Kdg2 ada jugak mak mentua kak aiya dtg. Mak mentua kak aisya ni orang jauh. Dr sabah. Jadi kalau dia stay kat situ, memang lama jugak la. Dlm sebulan dua camtu.

Ok, kejadian jadi masa kak baru keluar dari hospital. Kak aisya beranak awal pagi subuh, the next morning dah boleh keluar dah. beranak normal dan anak buah aku semua sihat - sihat. Terer akak aku. Hehe. Masa ni, aku dah stay dekat umah kak aisya dari sehari sebelum dia bersalin.

Lepas aku dapat berita kak aisya bersalin, dalam sejam dua camtu abang ipar aku pun balik umah. Nak tanam uri anak buah aku.

Masa dia sampai rumah, aku perasan macam ada dua tiga ejor kelip - kelip ikut dekat belakang. Aik. Siang pun ada kelip - kelip ke? Aku perati betul - betul kelip - kelip tu. Dia follow je mana - mana abang aku pegi. Abang ipar aku memang tak lepas uri dari tangan dia. Kehulur kehilir je dia bawak.

Pastu dia pegi belakang dan cangkul tanah. Masa ni bulu roma aku tetiba meremang sangat - sangat! Time tu baru pukul 8 - 9 pagi camtu. Masih awal. aku perati je abang ipar aku tanam uri tu. Besar jugak la bekas dia. 3 orang kan. Tengah dia dok uruskan uri tu,jantung aku berdebar - debar. Tadi bulu roma meremang, sekarang tambah berdebar - debar pulak! Apa la nak jadi ni.

Aku baca al ikhlas 3kali, zikir - zikir sikit, dan baca ayat - ayat al quran. pastu pejam mata  kejap.

Bila aku bukak balik mata, aku nampak banyak makhluk - makhluk hurung abang ipar aku! Ada yang macam nenek, ada yg ngeri semacam, ada yang standard rambut panjang baju putih, ada yang macam lepas kena langgar lori. Macam - macam lah!

Masa tu aku risau sebab takut anak buah aku sakit ke apa. Aku bukak mata, dan pemandangan tu masih ada. Tension kejap. Pastu aku baca surah - surah dan mohon pertolongan Allah untuk mudahkan semua urusan abang ipar aku.

Aku pun cepat2 pegi dekat sebelah abang ipar aku. Buat - buat nak tolong la konon. Sambil - sambil tu, aku ajak la dia borak - borak sikit. Dalam hati aku tak putus - putus zikir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung..

Tengah aku dok kalut - kalut fikir nak buat apa, tetiba aku teringat satu ayat ni yang ustaz aku pernah ajar masa tinggal dekat asrama. Kalau baca ayat ni, dengan penuh tumpuan dan keyakinan pada kuasa Allah, badan boleh keluar api oooo! Aku tau la. Pernah tengok. Hehe. So, aku pun test je la baca. Aku tengok dah makin ramai yang hurung abang ipar aku. Dahla tanah ni banyak batu. So, kerja menggali ada slow sikit sebab banyak batu.

Aku pun try baca ayat tu, pastu concentrate gila - gila. Sampai pening kepala. Masa tu, aku nampak jelas macam ada api keluar dari mana tah, sempat sambar beberapa ekor hantu yang bertenggek. Meraung - raung dia. Yang lain dah tengok camtu, bertempiaran lari. Dalam masa yang sama, kerja abang aku jadi makin mudah dan tak.lama lepas tu, uri anak - anak buah aku pun selamat di tanam. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 09:44 AM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 08:07 AM
Sambung..

Tengah aku dok kalut - kalut fikir nak buat apa, tetiba aku teringat satu ayat ni yang ...

TT, ayat doa apa tu? Share la. Adakah ayat hafazan yang selalu kita baca?

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 02:32 PM | Show all posts
Ait..mana sambungan kisah wanita berpurdah hitam tu..mcm best dpt patahkan ilmu syaitan tu.. rasa termotivasi plak.. heeeheee..

er..TT..kalo bleh cuba intro kn sikit cerita tu kisah lelaki / ppuan sbg watak utama nye boleh? memula citer dr seorg ppuan (pasal pki telekong) ..lps tu llki (pasal nama taufik) ni yg bacakan ayat berapi ni x tau llki ke ppuan plak..mukin popuan ke.. heee...

kalo x relevan, abaikan je.. heee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ThousandSwords posted on 20-2-2014 02:32 PM
Ait..mana sambungan kisah wanita berpurdah hitam tu..mcm best dpt patahkan ilmu syaitan tu.. rasa te ...

Okeh2, insyaallah tt akan buat cmtu. Thank you for telling me abt it. Reader cmni la yg tt suka. Hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
serikandi_gurl posted on 20-2-2014 09:44 AM
TT, ayat doa apa tu? Share la. Adakah ayat hafazan yang selalu kita baca?

Tt x ingat exact ayat dia cmne. So sbb tu la dlm kebanyakan cita, tt x letak ayat yg cmne. Tt mmg xtau/xingat. Mungkin boleh tanya dgn yg lebih arif.

Macam bro @Adiya ke. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 07:50 PM | Show all posts
cerita dr sudut pengamal sihir pulak.. biasa kita baca kat sini kisah orang yang disihir jer...
tk sabo nk tau kesudahan kisah 12..

cepat2 sambung eh popo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2014 08:08 PM | Show all posts
Waaaaa kagum...
Nak lagi. Best cerita jadi jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila sambung part wanita berpurdah tu ek.... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 09:11 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 20-2-2014 09:09 PM
Sila sambung part wanita berpurdah tu ek.... hehe

Yer... nak kisah wanita berpurdah... syumaimah, ape nama thread yang ditulis oleh ahli forensik tuu... minat nak bace
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
magpie5672 posted on 20-2-2014 09:11 PM
Yer... nak kisah wanita berpurdah... syumaimah, ape nama thread yang ditulis oleh ahli forensik tu ...

Alahai lupa la magpie... tapi writer dia rasanya ada nama hell kat belakang... kot.... saya x buka pun thread tu sbb tak mampu ler nak baca pasal spital nih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072743 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list