CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

  [Copy link]
 Author| Post time 20-2-2014 10:03 PM | Show all posts
Cerita 12 : bahagian 5

Tidak lama kemudian, telingaku menangkap bunyi riuh rendah. Bau hamis dan lembab menyelubungi udara. Aku bukak mata, bangun dan bergegas pergi ke sebuah rumah buruk tidak jauh dari tempatku.
Sesampainya di sana, ku lihat jelmaan serupa Tok Cang sedang duduk tersengih – sengih seolah – olah menunggu ketibaanku. Beberapa makhluk ghaib yang berada disekitanya bergegas keluar setelah melihat kedatanganku. Aku berdiri tegak di hadapan lelaki tua yang menyerupai Tok Cang.

Jelmaan Tok Cang : jadi, untuk apa kau ke mari? Jangan marah wahai anak. Tiada apa yang akan menandingimu selagi masih ada aku di belakangmu. Jangan risau dengan betina itu. Tiada apa yang harus kau khuatirkan tentangnya.

Aku : kepala otak kau! Sapa perempuan tu?? Aku nak kau siasat siapa perempuan sial tu!!! Cakap besar macam sial, tapi ilmu yang kau bagi tak lut langsung! sial bodoh! Penipu!
Jelmaan Tok Cang (ketawa terbahak – bahak ) : hahahahahahahahaha.


Aku terus berlalu keluar dari rumah tu. Sakit hati ku dengar suara lelaki tu. Dasar setan memang macam tu. Aku berjalan pantas keluar. Habis semua benda ku sepak terajang. Segala makhluk yang berada di pinggir – pinggir jalan semua berlari ke tepi melihat keadaanku begitu.

Aku kembali duduk bersila di bawah sebatang pokok tua. Tawa lelaki tua tu masih lagi kedengaran ditelingaku. Membuatkan aku semakin sakit hati dan tidak dapat menumpukan perhatian penuh. Setelah beberapa ketika, aku kembali tenang dan menumpukan konsentrasi penuh untuk kembal ke alam manusia.
Bila aku bukak mata, keadaan sudah pun gelap. malam. Terasa badanku basah dan angin bertiup sejuk. Hujan rupanya. Aku berdiri dan melangkah masuk ke dalam rumah. mandi , makan dan naik ke bilikku di atas. Di dalam bilik, aku berjalan menuju ke almari buku. Membelek buku latihan lusuh yang diberikan Tok Cang padaku. Aku saying betul dengan Tok Cang. Aku pun tak tau kenapa. Bila aku belek buku tu, aku jadi rindu. Aku baring di atas katil, dan kubelek – belek lagi buku lusuh tu sampai aku tertidur.

Bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2014 10:05 PM | Show all posts
Cerita 12 : bahagian 6..

Aku tersedar disebabkan keadaan sekelilingku terlalu panas dan bising. Rasa macam duduk dalam neraka. Mula – mula aku cuba mengubah kedudukan dan memaksa diriku tidur kembali. Namun, keadaan tiba – tiba menjadi terlampau panas dan bising! Kalah disko!

Aku bingkas bangun dan bukak mata. Hatiku panas dan marah! Bila aku bukak mata, aku blur kejap. Alangkah terkejutnya aku, didepanku terdapat seekor kala jengking yang tersangat besar! Ekornya diangkat tinggi menampakkan sengatnya yang bisa dan besar. Aku bingkas bangun dan melarikan diri. Baru beberapa langkah berlari, aku terasa seperti tapak kaki ku melecur. Tanah terlalu panas! Aku kuatkan lagi larianku supaya aku tidak berpijak terlalu lama di atas lantai. Kawasan tu tersangat luas! Langit hitam kemerah – merahan. Dapatku dengar dengan jelas suara – suara menjerit seolah diseksa,namun tiada satu kelibat pun yang ku nampak kecuali kala jengking tadi. Aku berlari – berlar dan berlari. aku tak boleh nak berdiri lama. Kakiku akan melecur dengan lebih teruk.

Sewaktu aku sedang berlari, nun di kejauhan aku ternampak seolah ada pesta keramaian.terdengar suara gelak tawa dan gurauan mesra.  Kelihatan seolah – olah ada cahaya putih terang yang menyinari kawasan itu. Aku berlari lagi menggunakan sisa kudrat yang ada untuk sampai ke tempat yang ku lihat. Waktu tu, aku hampir rasa mau menyerah, namun entah kenapa, masih ku paksa kan kakiku melangkah kearah tempat tu.

Makin dekat aku dengan tempat tu, aku rasa macam makin sejuk pulak keadaan sekeliling. Tak sepanas tadi. Sekarang aku dah boleh berlari anak. Tak payah berlari laju macam tadi. Dari kejauhan, kelihatan sebuah binaan seperti pintu gerbang yang tersangat besar. Aku yakin, suara ketawa dan hawa sejuk itu datangnya dari sebalik pintu gerbang tu. aku teruskan berjalan hingga kelihatan sepenuhnya rupa bentuk pintu gerbang yang sangat cantik seni bina nya. Pintu gerbang itu tertutup. Di hadapan pintu gerbang tu kelihatan seorang perempuan berhijab dan berpurdah penuh sedang duduk di pagoda yang terdapat di kawasan luar pintu itu. Kelihatan dia seperti sedang meninjau – ninjau seperti sedang menunggu seseorang.

Sebaik sahaja aku melihat perempuan itu, aku mula berlari – lari anak mendekatinya. Perempuan tu berdiri bila dia perasan aku sedang mendekatinya. Turun dari pagoda dan kelihatan sedang berdiri tenang di hadapan pintu gerbang tu. masa tu aku dah terlalu penat dan haus. Dari jauh ku lihat ada segelas air di tangan perempuan tu. masa tu aku fikir aku tak perlu segelas. Setitis pun cukuplah.

Aku jatuh terjelepok tak jauh dari perempuan tu. kira – kira dalam 10 langkah je lagi. aku terlalu – lalu penat. Kedua tapak kaki ku melecur teruk hingga aku langsung tak terdaya nak berdiri lagi. ku kuatkan hati dan heret badanku menghampiri perempuan tu. telinga ku menangkap suara perempuan tu seperti menangis pilu. Namun, tiada usaha yang dilakukannya untuk menghampirku. Dia hanya berdiri di situ, memegang segelas air di tangan kanan nya dan menggenggam sesuatu di tangan kirinya.

Bila aku dah hampir betul dengan perempuan tu,a ku cuba hulurkan tangan meminta hanya seteguk air untuk ku minum. Kalau tak dapat seteguk pun, setitis sahaja. Masa tu, air mata aku dah mengalir banyak. Aku rasa tak terdaya langsung. semua kekuatan dan kegagahan ku lenyap begitu saja.

Masa perempuan tu membongkok dan hulurkan gelas pada aku, aku terdengar bunyi sesuatu yang sangat kuat dan bingit. Tiba – tiba terasa kakiku dijerut, dan badanku ditarik laju kebelakang. Aku meronta – ronta mintak dilepaskan. pintu gerbang dan perempuan berpurdah tu makin jauh, dan semakin jauh dariku.  Dadaku melecur teruk. Habis semua badanku melecur teruk dan luka. Aku meronta – ronta dan menangis – nangis sekuat hati mintak dilepaskan. jantungku berdegup kencang. Aku mula menangis dan menyesali semua perbuatanku dahulu. Aku mulai menyesal.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 10:10 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 20-2-2014 09:09 PM
Sila sambung part wanita berpurdah tu ek.... hehe

dah sambung bos. sila baca ~ hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 10:10 PM
dah sambung bos. sila baca ~ hehe

Dah baca... menanti nanti siapakah gerangan wanita berpurdah itu... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 10:19 PM | Show all posts
maaf ye semua, bahagian 5 & 6 agak pendek sebab popo agak bz dalam minggu ni dan minggu depan. insyaallah popo akan cuba untuk update setiap hari, atau sekurang - kurang nya 2 hari sekali.

kisah 12 ni, belum sampai ke penghujung nya lagi. ada beberapa bahagian lagi yang belum masuk. insyaallah dalam masa terdekat, habislah. banyak pengajaran dari cerita 12 yang boleh dijadikan ikhtibar dan pedoman untuk kehidupan seharian.

cerita 12 adalah berdasarkan kisah benar yang ditokok tambah secara melampau oleh popo. bahagian mana yang kisah benar tu, biarlah ianya menjadi rahsia popo.

satu je pesan. baca boleh, percaya jangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:30 PM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 10:19 PM
maaf ye semua, bahagian 5 & 6 agak pendek sebab popo agak bz dalam minggu ni dan minggu depan. insya ...

Kenapa ayat... baca boleh percaya jangan.... mcm pernah saya lihat... tapi di mana ya... huhu musykil kejap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2014 11:42 PM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 06:24 PM
Tt x ingat exact ayat dia cmne. So sbb tu la dlm kebanyakan cita, tt x letak ayat yg cmne. Tt mmg  ...

Aik? apa kah, bagaimanakah, kenape kah, mengapekah nama aku pun ada dalam crita ni???? aku tak tau...aku takoooootttt
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 07:57 AM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 08:19 PM
maaf ye semua, bahagian 5 & 6 agak pendek sebab popo agak bz dalam minggu ni dan minggu depan. insya ...

baekkk bos....janji selalu update cite ye...jgn smpi kami ternanti2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2014 01:47 PM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 06:22 PM
Okeh2, insyaallah tt akan buat cmtu. Thank you for telling me abt it. Reader cmni la yg tt suka. H ...

iyo..me like u to tt..ewwah..Adeh... masih blm terungkai lg kisah women in black hijab nih..sapakaah gerangan... ke jelmaan arwah ibu/kakak  taufik  tuh..huuu**
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 20-2-2014 09:14 PM
Alahai lupa la magpie... tapi writer dia rasanya ada nama hell kat belakang... kot.... saya x buka ...

mrjokerfromhell kot....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 04:11 PM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 10:19 PM
maaf ye semua, bahagian 5 & 6 agak pendek sebab popo agak bz dalam minggu ni dan minggu depan. insya ...

yang tokok tambah tu lagi percaya
hahaha

sila sambung
agak ketagih nak bukak thread ni je hari hari

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 05:10 PM | Show all posts
Tambah je popo..kan dunia ni pentas dunia..ade yg sudi membaca sbg renungan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde sambungan da ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 07:24 AM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 08:19 PM
maaf ye semua, bahagian 5 & 6 agak pendek sebab popo agak bz dalam minggu ni dan minggu depan. insya ...

awat snyp ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:19 AM | Show all posts
popotalks posted on 20-2-2014 10:05 PM
Cerita 12 : bahagian 6..

Aku tersedar disebabkan keadaan sekelilingku terlalu panas dan bising.  ...

tahap daya imaginasi popoo ni power..popo ni ada experience psl ilmu sihir ke? klau xde, ssh jugak nk imagine cite sihir2 ni..kecuali kita ada byk pengalaman psl benda ni..

harap popo leh share tanda2 kne sihir ke, and ayat2 nk sekat sihir ni dari kne kat kita..mne tau popo pun ada ilmu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 05:29 PM | Show all posts
best2 kisah popo ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 06:33 PM | Show all posts
popotalks posted on 13-2-2014 08:50 PM
Cerita 11 : yeeee ke puterii~~~

Ingat tak cerita kak lai aritu? Kan aku dah cakap die lemah seman ...

Bila bace pasal Puteri ni..
tetiba jer teringat kat sorang kawan ni..
Dia kata dia ader pendamping ..tuan puteri katanyer..
Dia dpt tahu pun lepas ader kawan dia yg pandai scan ni citer kat dia...
Kawan dia citer kata tuan puteri ni lawa....
dan selalu tanya kat kawan sagi ni nak x tengok dan jumpa tuan puteri...
so far kawan kiter ni.. x berminat la...
Sebab dia pun cam x percaya 100percent pun....

Macam popo ni boleh Nampak ker kalau orang tu ader pendamping , saka atau aper2 sajer ker...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 04:13 PM | Show all posts
waduh..waduh, best citer tt nie,....ketagihan sudah mau baca lagi..jgn menyepi lama sgt eehh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam. Maaf sangat2 lama senyap. Popo warded kna denggi. Hehe. Skg dah sihat, tp blm discharge g. Esok kot. Insyaallah sekitar minggu depan popo sambung cite 12 sampai habis ek. Kesian korang tertunggu2. Maaf sekali lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
duniaku85 posted on 26-2-2014 11:19 AM
tahap daya imaginasi popoo ni power..popo ni ada experience psl ilmu sihir ke? klau xde, ssh jugak ...

Popo memang xde ilmu sgt pasal benda2 cmni. Logic popo, kalau ilmu sihir ni memang pengamal langgar habis la semua yg haram. Dh buat bnda haram, jijik n kotor confirm banyak dosa. Gitu la lbih kurang. kalau bab sekat2 ilmu ni, mmg popo xtau sgt lah.

Mungkin boleh tanya yg lebih arif macam @adiya ke. Haha. Nama awok lg. Haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.076380 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list