CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2493|Reply: 12

[Dunia] 77 maut, seorang terselamat pesawat tentera Algeria terhempas

[Copy link]
Post time 12-2-2014 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Mutakhir
77 maut, seorang terselamat pesawat tentera Algeria terhempas                        
2014/02/12 -  08:00:56 AM



ORANG ramai melihat keadaan bangkai pesawat pengangkut tentera Algeria selepas terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini. - Foto REUTERS

ALGIERS: Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat.

Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari.      

Pesawat berkenaan akhirnya ditemui terhempas di Gunung Fortas berdekatan pekan  Ain Kercha, 50 kilometer di barat daya  Constantine, bandar utama di sebalah timur Algeria.         
      
Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini  dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu.

Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan.

Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.
   
Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera.  
   
Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut.

Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam.

Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi. - AP
Last edited by NIXAR on 12-2-2014 03:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 03:13 PM | Show all posts
we're going down we're going down......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:40 PM | Show all posts
trauma yg sorang idup tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 03:45 PM | Show all posts


The Hercules C-130 was on route to Constantine from the Sahara Dessert garrison town of Tamanrasset, when it came down in Oum al-Bouaghi province

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/ ... .html#ixzz2t5kWAkff
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2014 03:46 PM | Show all posts


Wreckage: The plane was on a flight of 950 miles, and had made one stop in the town of Ouargla, before making its descent towards Constantine

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/ ... .html#ixzz2t5kepEC2
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 03:54 PM | Show all posts
ngerinyer....lepas nih boleh lar wat filem...
macam cerita ape tah yang kerata api eksiden lelaki tu sorang je hidup yang lain semua mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2014 04:10 PM | Show all posts
tentera kita juga memiliki beberapa c130.  harap ia diselenggara dgn baik.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:13 PM | Show all posts
seorang je yang hidup?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 04:28 PM | Show all posts
Sedihnya ramai yang terkorban ni yang merisaukan kalau naik flight time cuaca buruk.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:41 PM | Show all posts
mst trauma sungguh  yg terselamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:47 PM | Show all posts
woaa...sorang jek yg terselamat?
press mesti xsabar nk tau citer die psl tragedi ni, t'msk aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Flight pengangkutan yg paling selamat sekali. Tp sekali berlaku kemalangan semua kojol
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 08:16 PM | Show all posts

elohim bayar cash walaupun lambat, harap2 tentera Mesir pun kena musibah yg sama, sebab pangai depa sama ja dgn tentera Aljeria...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069783 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list