|
Azmarul Tekad Terus Menyanyi, Belanja Besar
NAMA Azmarul Azuan Harun, 28, mungkin kurang dikenali di kalangan peminat industri hiburan. Namun, jika anda pernah mengikuti program ‘Vokal…Bukan Sekadar Rupa’ yang disiarkan di saluran TV3 pada tahun 2011, anda pasti ingat tuan empunya nama yang bertubuh ‘comel’ ini.
Biar pun tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir, ia bukan alasan untuk Azmarul berhenti dalam bidang nyanyian.
Bakal muncul dengan ‘single’ terbaru, ‘Kau Akhiri’ ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Abie, dia mengakui sanggup berbelanja lebih RM10,000 untuk menerbitkan klip video lagu tersebut, memetik Harian Metro.
“Syukur saya akhirnya dapat bekerjasama dengan Azlan. Bahkan saya berterima kasih kepadanya kerana menghasilkan lagu untuk saya. Ia baru dihantar ke semua stesen radio sejak Januari lalu dan penerimaan pendengar agak menggalakkan.
“Saya juga akan terbitkan klip video untuk lagu ini yang diarahkan Azrin Salleh. Kos semuanya berjumlah lebih RM10,000. Saya berani berbelanja besar dan bab pulangannya satu hal. Namun apa yang dilakukan lebih kepada kepuasan diri sendiri. Saya puas hati dengan lagu ini dan percaya orang lain juga akan berperasaan begitu,” ujarnya.
Kami tabik dengan keazaman Azmarul untuk membuktikan dirinya boleh diterima ramai suatu hari nanti. Zaman sekarang ini, kalau muka lawa tapi suara ke laut pun tak guna. Sebabnya peminat sudah bijak menilai bakat seseorang penyanyi. Kalau tak percaya, lihat sahaja Adibah Nor yang kini mempunyai begitu ramai peminat walaupun bersaiz besar.
p/s good luck! |
|