CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17679|Reply: 124

Siti Nurhaliza Tidak Halang Adib Jalin Cinta Dengan Umi Nazeera

[Copy link]
Post time 14-2-2014 03:01 AM | Show all posts |Read mode

Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak melihat sebarang kesalahan apabila anak tirinya, Adib Khalid dikatakan sedang berkawan rapat dengan aktres Umi Nazeera.

Siti, 35, bagaimanapun berkata, Adib dan Umi sebenarnya adalah kenalan lama kerana mereka sama-sama menuntut di sebuah universiti di Melbourne, Australia.

"Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Siti ditemui selepas sidang media minggu setiausaha 'Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza' di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.

Persembahan tersebut akan diadakan pada 15 dan 16 April depan di hotel berkenaan.

Penyanyi itu mengulas mengenai kehadiran Adib bersama Umi pada konsert amalnya iaitu 'Where The Heart Is' yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.

Dalam perkembangan sama, Siti berkata, hubungannya dengan anak-anak tirinya akrab dan ada kalanya mereka turut berkongsi masalah dengannya.



Siti Nurhaliza (kanan) bersama Adib. Gambar dipetik dari Instagram milik Adib.


Malah kata Siti, Adib pernah meminta pandangannya apabila dia digosipkan bercinta dengan seorang artis baharu dari Brunei sebelum ini.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa gosip itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan seorang selebriti dan jangan terlalu tertekan mengenainya," ujar Siti.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persembahan minggu setiausaha tersebut, Siti berkata, sambutan hangat daripada peminat tahun membuatkan pihaknya dan penganjur mengambil keputusan untuk mengadakan acara berkenaan selama dua hari.

Kata Siti, dia berharap ia akan memberi lebih ruang kepada peminat dan majikan membawa setiausaha mereka ke acara berkenaan.

"Sambutan tahun lalu cukup hebat dan tahun ini pihak penganjur mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan tersebut selama dua hari," katanya.

Tambah Siti, walaupun sudah 17 tahun dia mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, dia tetap teruja kerana menganggap acara berkenaan sangat istimewa.

"Adalah menjadi satu cabaran buat saya untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza setiap kali tiba Minggu Setiausaha dan pastinya kali ini peminat akan terhibur dengan persembahan yang ditampilkan," katanya.



Umi Nazeera

Sementara itu, Siti berkata, dia lega apabila pihak penganjur tidak mengenakan caj tiket yang terlalu mahal untuk perseorangan kerana enggan meletakkan jurang di antaranya dengan peminat.

Jelas Siti, dia tidak mahu peminat berasa terbeban dengan jualan tiket terlalu mahal untuk menyaksikan persembahan itu nanti.

Tambah Siti, seperti tahun-tahun lalu dia akan menyampaikan lagu-lagu hit dan tema acara itu nanti adalah ‘dalam taman dan fantasi.’

Artis baharu, Sarihana turut di undang sebagai penyanyi pembukaan pada acara itu selain makanan tengah hari turut dihidangkan khas daripada menu istimewa hotel berkenaan.

"Seperti biasa cabutan bertuah dan beberapa segmen kejutan menanti yang bakal hadir nanti," katanya.

Persembahan itu turut mendapat tajaan daripada Butik Cosry, Azry Fahmy dan Nizam Sculputure yang akan merealisasikan konsep dan tema persembahan.

Tiket dijual pada harga RM6,000, RM5,000 dan RM4,000 untuk sebuah meja yang boleh memuatkan sepuluh orang.

Manakala tiket perseorangan pula dijual serendah RM400, RM500 dan RM600.

Untuk tempahan tiket dan keterangan lanjut boleh menghubungi 03-2688-9688 (sambungan 500).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2014 03:02 AM | Show all posts
kalo dah ade katup la ye
td carik cm xde lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah baguslah umi pun dh brhijrah..tp awat xtanya pd mak kandungnya si t.z tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 03:14 AM | Show all posts
mahal nya harga tiket.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 03:51 AM | Show all posts
mystica posted on 14-2-2014 03:14 AM
mahal nya harga tiket.

harga meja memang mahal. if wedding satu meja rm1000-2000 begitu la.
ditambah pulak yang buat persembahan siti. mesti la lagi mahal.
siti harga dia menyanyi 1/2 jam pun rm60k. sekarang tah-tah lagi mahal.


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 05:04 AM | Show all posts
Siapalah siti nak halang anak tirinye bercinta dgn sapasapa. Ibu bapa budakbudak tu la kot kalau nak interview pun. Siti sekadar boleh kasi pendapat neutral n berilmiah je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2014 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadik dgn pompuan yg dok ke hulu ke hilir bergambar dgn si adib termasuk gamba dlm bilik tu? Playboy mcm bapak dia budak ni..better cr lain la umi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 05:24 AM | Show all posts
Erkkk Umi cari la yg lain

Adib dah sosiyal sgt umi da berhijarah
X sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 05:36 AM | Show all posts
oh tidak umi..cari yang lain plz..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 06:16 AM | Show all posts
restu tz & dk lebih bermakna, sapalah ct....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 07:11 AM | Show all posts
umi...please carik lain laaa...adib tak sesuwai...tapi kalau dah jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 07:30 AM | Show all posts
moga ummi nazeera dpt jodoh yg lebih baik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg hebat sgt aetiausaha nui sampai nak kena buat minggu setiausaha?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 07:47 AM | Show all posts
kebenda merapu la wartawan ni.. yang panjang berjela pasal minggu setiausaha.. yang ciput punya berita psl dia x kesah ummi n adib.. pulak tu pasal ummi n adib di letakkan tajuk.

wartawan mcm saja je nak naikkan nama ummi yang sememangnya nak avoid limelight psl dia dah hijrah. pls la jgn kacau ummi.. dulu kacau ummi dengan aeril zafrel.. zubir bpop tu tak silap yang buat gossip tak berasas. kalau tgk fb / twitter /  instagram ummi.. memang inspired la.. she has changed a lot. betul la kalau kita rajin mendalami ilmu agama, kita akan semakin dekat dengan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Harusla tanya siti, mak tiri yg terkenal. Makpak kandung mana retis
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 08:05 AM | Show all posts
si adib? dgn umi? erkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 08:05 AM | Show all posts
aku pedulik apa pasal adib...yg aku tau aku nk kutuk selfie norhaliza..lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 08:07 AM | Show all posts
Leonarzi posted on 14-2-2014 07:37 AM
Apa yg hebat sgt aetiausaha nui sampai nak kena buat minggu setiausaha?

taun depan kau mulakan lah tradisi raikan minggu kelindan lori, minggu mak bidan, dan seumpamanya

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 08:10 AM | Show all posts
mmg ANAK BAPAK nan sejati adib nih
sebijik peel bapak, gila retis
tapi sbb muda sama muda takdelah org nak mengeji sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 08:11 AM | Show all posts
ai admire umi sekarang....ohhh please jangan dengan adib pleaseeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 3.965944 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list