CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2263|Reply: 16

[Tempatan] Edisi Felda jual minyak pade Israel

[Copy link]
Post time 17-2-2014 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Artikel urus niaga Felda dengan Israel, fitnah berniat jahat

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad menganggap artikel berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan Israel, bukannya pendedahan berunsur kepentingan awam sebaliknya suatu fitnah dan berniat jahat.
Menurut Faizoull, 54, apabila berkata suatu dakwaan yang tidak betul maka perkara itu adalah fitnah.
Beliau menyatakan demikian ketika disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan kes saman fitnah Felda terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan enam yang lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Prosiding yang didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong itu menjadi tegang seketika setelah Faizoull dikatakan merujuk kepada satu nota tanpa memohon izin daripada mahkamah.
Jawapan Faizoull sebelum itu juga ditegur, kerana Mohamed Hanipa tidak berpuas hati apabila saksi pertama Felda itu menganggap Mazlan membuat dakwaan yang berunsur fitnah.
Mohamed Hanipa berkata: "Fitnah atau tidak bukan kamu yang tentukan. Biar mahkamah putuskan."
Faizoull juga menganggap soalan yang diajukan sama ada beliau ahli UMNO atau tidak, suatu yang tidak relevan dengan tindakan saman dikemukakan pihaknya.
Tindakan Mohamed Hanipa mempersoalkan kredibiliti saksi pertama Felda itu membuatkan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Felda, bangun sambil menyifatkan peguam terbabit keterlaluan.
Suasana tegang itu membuatkan Heng Cheong mengarahkan Mohamed Hanipa dan Mohd. Hafarizam duduk.
Mahkamah sehubungan itu mengingatkan supaya saksi mesti memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum merujuk sesuatu dokumen.
Menjawab soalan lain, Faizoull tidak bersetuju apabila Felda dikatakan menjalin hubungan perniagaan dengan Israel.
Dalam keterangannya pada 18 Disember tahun lalu, Faizoull menyatakan, Felda tidak pernah menjual minyak sawit ke Israel dan invois yang 'didedahkan' adalah satu urus niaga daripada sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura dan bukannya syarikat Israel seperti yang didakwa.
Dalam saman yang difailkan pada 7 Januari tahun lalu, Felda menamakan Mazlan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; Pengarang Harakah, Taufek Yahya; penulis artikel, Mohd. Arif Atan; pencetak akhbar itu, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd., dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan pertama hingga ketujuh.
Felda menyatakan, saman itu difailkan ekoran ucapan Mazlan dalam satu perhimpunan haram di hadapan pejabat Felda pada 23 November 2012 yang turut disiarkan dalam Facebook beliau bertajuk, Bukti Felda jual minyak sawit mentah (MSM) ke Israel.
Rentetan daripada itu, beberapa artikel berhubung isu urus niaga itu telah diterbitkan dalam Harakah antara 26 dan 29 November 2012 dan akhbar Suara Keadilan bertarikh 27 November 2012.
Felda juga mendakwa, defendan pertama memfitnahnya pada 19 November 2012 kerana memuat naik satu gambar invois bersama kapsyen di Facebook miliknya bertajuk Bukti Felda jual minyak sawit mentah ke Israel.
Perbicaraan bersambung 21 April depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pitenah tak lah PAS namenye.. :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:01 PM | Show all posts
dasatgiler posted on 17-2-2014 11:38 AM
Tak pitenah tak lah PAS namenye.. :lol

parti islam kaki fitnah.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:05 PM | Show all posts
"Fitnah atau tidak bukan kamu yang tentukan. Biar mahkamah putuskan."

kah kah kah, lobai tara baca punya worang...patut pun bodo kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 12:33 PM | Show all posts
so.. ada ke tidak urusan jual minyak kat Israel?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2014 12:38 PM | Show all posts
gi la tanye org yg menyebarkn berita berkenaan.....

iaitu pas pis pus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2014 12:43 PM | Show all posts
Apa masalah urusniaga dgn Israel? Mcm bapuk jer ... nak urusniaga dgn Israel pun takut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:13 PM | Show all posts
patutlah tak dengar lagi suara Mazlan Aliman ni...dah kena saman rupanya..

baguslah..biar dia rasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2014 01:15 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 17-2-2014 01:13 PM
patutlah tak dengar lagi suara Mazlan Aliman ni...dah kena saman rupanya..

baguslah..biar dia ras ...

dia ingat dia maksum kot.....pasal tu mulut dia melongkang saje
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:23 PM | Show all posts
akughi posted on 17-2-2014 01:15 PM
dia ingat dia maksum kot.....pasal tu mulut dia melongkang saje

masa dia sama fitnah kata Felda bengrap hari tu...org2 Felda halang dia ngan geng2nya masuk.

padan muka dia..

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mursyidul AM PAS pernah menyatakan kesangguppan berkawan dgn syaitan.. Takat UMNO yg jual minyak masak kat israel apa lah sgt.. :lol :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 01:42 PM | Show all posts
gogo2 posted on 17-2-2014 12:43 PM
Apa masalah urusniaga dgn Israel? Mcm bapuk jer ... nak urusniaga dgn Israel pun takut..

Mintak Father Guan Eng berurusniaga dgn Israel lah kalau betul tak takut..

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 01:52 PM | Show all posts
Mana macai PR,tak mau bantu Mazlan ke,biasa kalau buat demo ramai yg sehati sejiwa sanggup ponteng kerja turun buat demo,tu belum lagi yg kira MC tipu semata2 nak kempen di PRK Kajang ni,maklumlah undi PAS masuk syurga,undi PKR ada atas lagi dari syurga ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 02:41 PM | Show all posts
takut aku nk komen kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 03:56 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 19-2-2014 02:41 PM
takut aku nk komen kt sini...

HAHA.. kan??
x saba nak tau sape yg menang...
tp zaman sekarang ni yg salah pun bole menang.. peguam tu la kena pndai putar belit,
pndai berhujah, n bukti d kemukakan mesti kukuh... hmmm...
bahaya tol jdi peguam yek
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2014 04:24 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 19-2-2014 03:56 PM
HAHA.. kan??
x saba nak tau sape yg menang...
tp zaman sekarang ni yg salah pun bole menang.. pe ...


TP KT MALAYSIA NI SNG JE NK MNG KLAU KITA DIDAKWA,
BUATKAN KES TU "KELIRU" DAN ADA KESANGSIAN, KOMPEM KENA GUGUR KES TU, MCM ALTANTUYA SBGAI CONTOH. Last edited by -electrifying- on 19-2-2014 04:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2014 05:08 PM | Show all posts
yelah.. Felda jual kat Singapork, Singapork jual kat Israel... mana ada Felda jual kat Israel..kan..kan...

Lepas ni jual beras, gula, getah, besi kat Singapork dan Singapork jual kat Israel.. mana ada jual kat Israel... kan..kan...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.113622 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list