CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7952|Reply: 10

Ideologi Setiap Parti Politik di Malaysia

[Copy link]
Post time 19-2-2014 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Sedikit pencerahan mengenai ideologi setiap parti politik(yang terbesar) di Malaysia.

1. United Malays National Organization(UMNO)
IDEOLOGI:
Malay Supremacy
Social Conservatism
Economic Liberalism
Islamism

PENERANGAN:
UMNO lebih menumpukan kepada perpaduan bangsa Melayu(tanpa mengira agama) secara mengkhusus. Ideologi mereka juga antaranya adalah
bersifat patriotik(cinta akan negara), kesaksamaan bidang ekonomi antara sesama bangsa dan juga bagi menegakkan agama Islam.


2. Malaysian Chinese Association(MCA)
IDEOLOGI:
Nationalism
Conservatism
Social conservatism
Moralist

PENERANGAN:
MCA pula lebih kepada patriotik. Dimana pengkhususannya adalah bagi menggalakkan ahli-ahlinya menghargai tanah air Malaysia. Parti politik ini juga menggalakkan amalan tradisi sosial yang bebas(tanpa sebarang kekangan atau fahaman agama individu) dengan menitik beratkan nilai-nilai moral.


3. Malaysian Indian Congress (MIC)
IDEOLOGI:
Nationalism
Conservatism

PENERANGAN:
Ideologi MIC hampir sama dengan MCA dan UMNO sekaligus membentuk satu jalinan(Barisan Nasional) yang sama-sama bergerak bagi mempertahankan kedaulatan negara.


4. Malaysian People's Movement Party(GERAKAN)
IDEOLOGI:
Centrism
Liberalism

PENERANGAN:
Parti GERAKAN mempertahankan kedaulatan demokrasi tetapi tidak menolak pengaruh sosialism(lebih dikenali sebagai komunis). GERAKAN juga memperjuangkan hak samarata dan keadilan. Antara parti lain yang mempunyai ideologi(centrism dan liberalism) yang serupa adalah; People's Progressive Party(PPP), Sarawak United Peoples' Party(SUPP), dan juga United Sabah Party(PBS).


5. United Traditional Bumiputera Party(PBB)

IDEOLOGI:
Nationalism

PENERANGAN:
PBB mempertahankan hak kedaulatan negara semata-mata.


6. People's Justice Party (PKR)
IDEOLOGI:
Social liberalism

PENERANGAN:
PKR menggalakkan; tumpuan kepada pengaruh membanteras rasuah secara besar-besaran(dengan mengusulkan tambahan kuasa kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia kepada Duli Yang Mulia Yang Di Pertuan Agong Malaysia); prinsip kesamarataan tanpa mengira fahaman politik dan juga agama; keadilan undang-undang diperingkat kerajaan dan negeri; dan mempertingkatkan ekonomi negara.


7. Pan-Malaysian Islamic Party(PAS)
IDEOLOGI:
Islamism
Islamic democracy
Religious conservatism

PENERANGAN:
PAS memperjuangkan undang-undang Shari'ah agar diguna pakai diperingkat perseketuan; penumpuan kepada konsep perpaduan umat Islam tanpa mengira bangsa; dan juga prinsip keadilan mutlak kepada umat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat(berpandukan hadis dan al-Quran).


8. Democratic Action Party(DAP)
IDEOLOGI:
Social democracy
Secularism

PENERANGAN:
Mempertahankan sistem demokrasi(kapitalisme) tanpa meletakkan sebarang kelebihan kepada fahaman bangsa(multi-racial) dan juga agama(secularism).


9. PERIKATAN
a) National Front(BN)
IDEOLOGI:
Conservatism
Capitalism
Liberalism
Centralism

PENERANGAN:
Penubuhan perikatan Barisan Nasional dilihat memberi tumpuan kepada;
-hak setiap rakyat Malaysia mengikut perlembagaan Malaysia,
-perpaduan antara bangsa dalam negara Malaysia tanpa mengira agama,
-menyokong penuh pengaruh kapitalism(democracy) [tetapi tidak menolak sekiranya wujud pengaruh sosialism. (Melalui parti GERAKAN)]

b) People's Pact(PR)
IDEOLOGI:
Islamism
Islamic democracy
Religious conservatism
Social liberalism
Social democracy
Secularism

PENERANGAN:
Perikatan Pakatan Rakyat dilihat sebagai suatu perikatan yang mempunyai semua perkara(neutral). Antaranya adalah;
-memperjuangkan hak keadilan rakyat tanpa mengira bangsa dan juga fahaman agama(PKR, DAP)
-memperjuangkan hak keadilan Islam mengikut perlembagaan undang-undang Shari'ah(PAS)
-mempertahankan pengaruh kapitalism(PKR, DAP, PAS)
-menyokong perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan juga bangsa(PKR, DAP) dengan keutamaan perpaduan antara umat Islam(PAS)


NOTA: Sekiranya terdapat salah faham(kesilapan fakta) dalam penulisan ini, adalah diperlukan bagi anda semua memberitahu supaya tiada fakta yang salah yang wujud dalam penulisan ini.
Soalan: Apa itu kapitalism?
Jawapan: Kapitalism adalah suatu pembahagian saham(market exchange) yang meletakkan kerajaan mempunyai kuasa(share) atas hak persendirian(syarikat-syarikat swasta). Crony capitalism pula mengutamakan hubungan antara individu berbanding keutamaan orang luar.

Soalan: Apa itu socialism(lebih dikenali sebagai komunism)?
Jawapan: Socialism memperjuangkan kuasa hak pembahagian sebarang saham(stock exchange) dilakukan oleh mana-mana syarikat persendirian ataupun swasta diberikan sepenuhnya kepada mana-mana pemilik(ownership). Manakala komunism pula memperjuangkan hak yang dinyatakan dengan apa jua cara sekalipun(fahaman Karl-Marxx).

PENAFIAN: Thread ini dibuat supaya memberi pencerahan atas apa yang diperjuangkan oleh aktivis-aktivis politik. Saya sebagai penulis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan fakta. Sekiranya wujud kesilapan fakta didalam thread ini, perlulah bagi anda semua memberi pencerahan(sekiranya ada dengan sumber supaya boleh dirujuk) kepada penulis supaya boleh dibetulkan akan fakta itu.
Last edited by mrundefined on 20-2-2014 10:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2014 10:05 AM | Show all posts
good info...

bagaimana pun sokongan rakyt sekarang byk bergantung @ bias kpd pemimpin / individu yg berperanan besar mendokong parti... tanpa byk mengetahui ideologi penubuhan parti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 10:09 AM | Show all posts
budaktua posted on 20-2-2014 10:05 AM
good info...

bagaimana pun sokongan rakyt sekarang byk bergantung @ bias kpd pemimpin / individu  ...

Saya mendapati 999 dalam setiap 1000 orang tidak mengetahui apa yang disokong mereka. Dalam 999 orang itu pula hampir 70% daripadanya hanya mengikut pendapat orang disekeliling semata-mata. Sungguh, budaya ikut mengikuti memang paling kerap diamalkan dalam masyarakat Melayu hari ini. Mereka gagal memproses setiap maklumat yang diterima sebaliknya menerima atau menolak bulat-bulat apa yang disebarkan oleh media ataupun di laman sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2014 10:11 AM | Show all posts
Apa itu socialism(lebih dikenali sebagai komunism)?


mengapa soalan "socialism" disekalikan dgn "komunism"..?
betulkah penggunaan frasa "lebih dikenali" d situ..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2014 10:17 AM | Show all posts
budaktua posted on 20-2-2014 10:11 AM
Apa itu socialism(lebih dikenali sebagai komunism)?

Ya. Ramai yang mengetahui Komunism(berdasarkan peristiwa 13 hari pemerintahan komunis di TM), jadi mereka menganggap pengaruh komunis ini keji. Sebenarnya ia adalah satu cabang daripada ideologi Sosialism yang saya anggap agak adil, mampu mengurangkan masalah kroni dan mengurangkan gap yang besar antara gaji annual golongan pemerintah dan golongan yang diperintah, cuma ideologi Komunism ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan ideologi Sosialism itu dapat direalisasikan. Itu yang salahnya mengenai idea Komunism ini.

Tetapi itu yang saya faham, jika fahaman saya ini salah mengenai sosialism dan juga komunism adalah dialu-alukan untuk berbicara dan memperbetulkan fahaman saya ini.
Last edited by mrundefined on 20-2-2014 10:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2014 04:48 PM | Show all posts
apa lagi cina mau ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 01:25 PM | Show all posts





lePAS









Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 04:05 PM | Show all posts
Azzroy posted on 20-3-2014 01:25 PM
lePAS

so?
mana plak maruah umngok di kajang?
setakat jadi balaci cina kiasu mca je??


ok, tuan cina kiasu mca tak hilang deposit
good job!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2014 04:38 PM | Show all posts
bangcak posted on 24-3-2014 08:05 AM
so?
mana plak maruah umngok di kajang?
setakat jadi balaci cina kiasu mca je??


alah duk putar undi kecil plak.
kalau PKR kalah, ari ni penuh jalan kt kajang hari ni pakat bergolekkkk golekkkkk
cakap poyo kata menang kerusi plg byk kt selangor PRU13
time nak rebut kerusi mb bacul
nu tella puak2 lobai ni
hrp bersarban besar bakul pon tarak guna








Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 04:47 PM | Show all posts
Azzroy posted on 24-3-2014 04:38 PM
alah duk putar undi kecil plak.
kalau PKR kalah, ari ni penuh jalan kt kajang hari ni pakat ber ...

sapa dlm pkr yg beserban besar sebakul?
ada ka??

tertanya2 jugak sejauh mana perjuangan 'hidup melayu' umngok kat
prk kajang hari tu.
sedih, akhirnya puak2 pejuang ketuatnan melayu terkebil2
dengar tazkirah tuan cina kiasu mca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 10:16 AM | Show all posts
...haih, dok gaduh gak -_- damaii.. Islam is number one :3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.094727 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list